Saturday, 25 October 2025

Tafsir surah yunus: ayat 96-100

 💎𝐀𝐝𝐚 𝐉𝐞𝐧𝐢𝐬 𝐊𝐚𝐟𝐢𝐫 𝐓𝐚𝐤 𝐀𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧, 𝐊𝐚𝐮𝐦 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 & 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐳𝐢𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒.𝐖.𝐓.💎


♥𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙎𝙖𝙗𝙩𝙪 25/10/2025 / 03 𝙅. 𝙐𝙡𝙖 1447𝙃 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙔𝙪𝙣𝙪𝙨 (33) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [96-100] ♥


F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨: https://youtu.be/NlNQbpAQ-_8?si=UEPFjQVZeclbQgLI 


🌷𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:

1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Yunus dengan ayat 96 sehingga ayat 100 dalam juzuk kesebelas.

2. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan  ada 2 jenis kafir iaitu:

i- ada kafir  yang  telah digazetkan tak akan beriman kepada Allah sehingga mati- bawa dalil bukti apa pun tetapi menolak sehingga binasa.

ii- ada kafir yang apabila melihat tanda-tanda mereka akan dibinasakan terus beriman.

3. Kemudian Allah nyatakan bahawa kaum nabi Yunus adalah kaum yang sempat beriman sebelum diturunkan azab dan selamat dari kebinasaan.

*Inilah kisah nabi yang ketiga dalam surah ini iaitu Nabi Yunus a.s.

4. Jika Allah mahu- boleh saja semua manusia ini menjadi orang beriman dengan izin Allah s.w.t. tetapi itulah ketetapan Allah sudah sediakan syurga & neraka; ada manusia yang beriman ada yang tidak.

 Dunia ini berputar, watak yang berbeza tetapi plot cerita yang sama, kufur, ingkar atau beriman!

*Kita kata alhamdulillah kerana kita termasuk dalam golongan yang beriman.

5. Munasabah dengan ayat sebelumnya:

i- dalam beberapa ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang dalil-dalil, bukti-bukti & hujjah yang Allah telah tunjukkan kepada manusia melalui nabi yang dihantar kepada mereka. Ada manusia yang bukan saja menolak tetapi membuat tuduhan jahat ke atas para nabi.

ii- maka dalam ayat ini Allah nyatakan ada manusia yang tidak akan beriman kerana  keras kepala degil tidak mahu beriman walaupun telah melihat dalil kebenaran di depan mata mereka.


أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ 


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟗𝟔- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧𝐦𝐮 (𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐳𝐚𝐛), 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧:} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟗𝟔) 

1. Allah nyatakan ada sekumpulan manusia yang melampaui, keras kepala, degil tidak mahu beriman lalu Allah gazetkan mereka sebagai  kafir sehingga ke akhir hayatnya! 

2. Lalu Allah 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐳𝐚𝐛 yang akan membinasakan mereka. Apabila melihat azab & mahu beriman Allah tidak akan terima lagi iman mereka ketika itu!


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟗𝟕- {𝐖𝐚𝐥𝐚𝐮𝐩𝐮𝐧 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐣𝐞𝐧𝐢𝐬 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚-𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐤𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥-𝐫𝐚𝐬𝐮𝐥𝐍𝐲𝐚), 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐫𝐩𝐞𝐫𝐢 𝐬𝐚𝐤𝐢𝐭𝐧𝐲𝐚.} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟗𝟕) 

1. Terdapat satu golongan ini walaupun telah datang kepada mereka perbagai ayat-ayat, tanda-tanda dari Allah sebagai dalil & bukti kebenaran dari Allah s.w.t. yang jelas di depan mata mereka- tetap tidak mahu beriman.

2. Ayat-ayat ini adalah samada tanda keagungan & kebesaran Allah melalui:

i- ayat kauniyyah, iaitu mukjizat yang Allah beri kepada para nabi-Nya seperti tongkat Nabi Musa a.s.

ii- atau ayat Syar’iyyah seperti al-Quran, iaitu ayat al-Maqru’ah yang dibaca sepanjang zaman oleh orang nak bacanya. Ada orang yang baca saja tetapi tak faham & beriman, ada yang baca saja, faham tetapi tidak beramal! Yang kita naknya, baca, faham & beramal dengannya!!

3. Allah kata mereka ini tidak akan beriman sehingga mereka lihat azab yang datang sudah datang di depan mata mereka!!! 

4. Tetapi iman mereka pada waktu itu tidak ada faedah, tidak bernilai lagi- tidak akan diterima Allah kerana sudah tamat tempoh masa yang diberi untuk beriman!

5. Maka keadaan mereka ketika itu terumbang-ambing tiada tempat lagi untuk lari lagi kerana di hadapan mereka adalah azab yang akan membinasakan!!! Tidak kiralah umat manapun, matilah mereka dalam keadaan kufur!


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟗𝟖- {(𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐅𝐢𝐫𝐚𝐮𝐧 𝐢𝐭𝐮) 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐚𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 (𝐩𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤) 𝐬𝐞𝐬𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐧𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 (𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐢𝐭𝐢𝐦𝐩𝐚 𝐚𝐳𝐚𝐛), 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐢𝐦𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚. 𝐇𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧 - 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧, 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐞𝐥𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐬𝐞𝐧𝐠𝐬𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐦𝐩𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭𝐢 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐤𝐞 𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐦𝐚𝐬𝐚 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤𝐚𝐧).} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟗𝟖)

1. Apabila mendengar kisah tentang kebinasaan Fir'aun itu- maka jika nak beriman kena beriman sebelum azab datang- barulah iman itu bermanfaat & diterima lalu mereka akan selamat. Jangan seperti Fir'aun yang beriman selepas azab di depan mata- atau nyawa sudah di halkum!

2. Allah nyatakan hanya kaum Nabi Yunus yang telah berbuat begitu- iaitu beriman sebelum datang azab ke atas mereka. Azab belum turun kerana azab apabila sudah turun tak akan naik atau undur balik.

3. Munasabah ayat:

i- dalam ayat lepas Allah nyatakan ada kumpulan kafir yang akan terus berada dalam kekufuran sehingga binasa! Bawalah apa dalil bukti mereka tidak akan terima. #Bawalah rimau gajah pun tak jadi apa.

ii- datang ayat ini menyatakan kaum Nabi Yunus adalah kaum yang beriman selepas mereka kafir. Mereka pun selamat & terlepas daripada azab yang akan diturunkan kepada mereka! 

*Kata ulama': Pada ketika itu azab belum turun lagi- cuma ada tanda-tanda azab akan datang! 

4. Nota (331)- Nabi Yunus a.d adalah seorang nabi yang yang diutuskan kepada kaumnya, penduduk di kampung bernama Ninawa di Iraq sekarang. Nama penuhnya ialah Yunus bin Mata. Kaumnya pada awalnya ingkar & menentang dakwah Yunus ini. 

Dikatakan: Lalu Nabi Yunus & memberi tempoh 40 hari kepada mereka sebelum azab datang. Selepas 40 hari tak datang azab, Nabi Yunus marah dan lari membawa diri meninggalkan kaumnya!

5. Kisah Nabi Yunus dalam surah ini hanya pendek. Terdapat kisahnya yang lebih panjang & terperinci dalam surah-surah yang lain. 

6. Mengikut Tafsir al-Munir tentang sejarah Nabi Yunus a.s:- 

i- nama Nabi Yunus {يُونُسَ} disebut sebanyak 4 kali dalam al-Quran iaitu di dalam surah berikut: an-Nisaa’: 163, al-An’am: 86, Yunus: 98 dan as- Sofaaat: 139 .

ii- Allah sebut Yunus dengan sifatnya 2 kali iaitu dalam surah: 

al-Anbiya’: 87 {وَذَا ٱلنُّونِ} dan al-Qalam: 48 {كَصَاحِبِ ٱلْحُوتِ}.

*Begitulah al-Quran ini bukan seperti novel atau buku cerita tetapi dibawa kisah & cerita hanya untuk kita ambil iktibar & pengajaran.

7. Tidak beriman mana-mana penduduk negeri yang Allah nak binasakan mereka & apabila azab datang tidak akan ada yang selamat! Dalam kisah Allah kata kecuali kaum Nabi Yunus yang beriman semuanya dan iman mereka masih lagi diterima pada waktu itu. 

8. Ulama' kata: Kaum Nabi Yunus ini selamat kerana mereka beriman sebelum turunnya azab! Apabila melihat ada tanda-tanda azab akan datang mereka terus beriman dan mencari Nabi Yunus yang telah tiada pada waktu itu.

9. Antara ulama' yang berpendapat begini ialah: 

i- Az-Zajaj, al-Wahidi, al-Qurtubi, Ibnu Atiyah, Ar-Razi, Ibnu Kathir dan lain-lain- iaitu mereka beriman sebelum datangnya azab.

ii- ada juga ulama' yang kata azab memang telah datang tetapi ia  adalah ciri-ciri keistimewaan khas bagi kaum Nabi Yunus- iaitu mereka diberi peluang untuk bertaubat walaupun azab telah datang! 

*Pendapat pertama lebih terpilih kerana lebih ringan dan disokong oleh ramai ulama'.

10. Apabila mereka beriman Allah angkat daripada mereka azab yang menghinakan itu, yang telah dijanjikan oleh Nabi Yunus ke atas mereka. Allah terima taubat & iman mereka ketika itu lalu Allah beri mereka hidup atas dunia ini buat beberapa ketika sehingga tiba tempoh ajal mereka! 

*Begitulah setiap manusia akan mati dan ada tempoh ajalnya yang tertentu.


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟗𝟗- {𝐃𝐚𝐧 (𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛𝐦𝐮 𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧), 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐢 𝐧𝐞𝐬𝐜𝐚𝐲𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢. (𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐞𝐝𝐢𝐡 𝐡𝐚𝐭𝐢 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐝𝐞𝐠𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫 𝐢𝐭𝐮; 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐢) 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐩𝐚𝐭𝐮𝐭𝐤𝐚𝐡 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐤𝐬𝐚 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧?} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟗𝟗) 

1. Munasabah ayat:

i- dalam ayat yang lepas kita lihat mustahil manusia yang degil keras kepala itu untuk beriman!

ii- maka datang ayat ini Allah menggalakan para rasul dan pendakwah untuk terus berdakwah, berkerja tanpa jemu & kecewa- kita usaha sampaikan apa yang diperintah Allah tanoa jenu & kecewa- jika sampai masanya Allah buka pintu hati siapa saja yang dia nak untuk beriman!

2. Allah kata boleh saja jika Allah mahu semua penduduk ini beriman – tetapi Allah tak buat begitu kerana ia akan menyalahi hikmah & sunnatullah.

3. Kerana Allah telah sediakan syurga & neraka. Syurga telah ada penghuninya begitu juga neraka telah ada penghuninya!!!

4. Tugas seorang rasul hanya berdakwah menyampaikan– terserahlah kepada Allah untuk memberi hidayah kepada siapa

5. Para nabi, rasul dan sesiapa saja tidak boleh paksa orang lain untuk beriman kecuali dengan kehendak Allah- tidak mungkin kita nak jadikan orang beriman dengan sebab kita tanpa kehendak llh.

*Jika Tuhan tak nak walaupun kita nak; tak mungkin terjadi sesuatu apa-pun!

6. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:

{Dan kalaulah Tuhanmu (wahai Muhammad) menghendaki, tentulah Ia menjadikan umat manusia semuanya menurut agama yang satu. (Tetapi Ia tidak berbuat demikian) dan kerana itulah mereka terus-menerus berselisihan.} (Hud 11:118)

*Manusia ini suka berbalah berselisih sesama Islam, dengan kafir toleransi pula!!

7. Jangan lupa kita ada syurga ada neraka- atas dunia ini mungkin kamu selamat- buatlah apa saja sekarang ini tetapi di Akhirat kamu akan berhadapan dengan hukuman Allah.


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎𝟎- {𝐃𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐬𝐞𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐢𝐳𝐢𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 (𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐮𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠-𝐮𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐭𝐮𝐫𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚); 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐦𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢 (𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡-𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡𝐍𝐲𝐚).} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟏𝟎𝟎)

1. Munasabah ayat:

i- dalam ayat yang lepas Allah kata kamu tak mungkin boleh untuk memaksa manusia lain beriman! Di luar kemampuanb kita hatta Nabi s.a.w pun tidak boleh tidak. Jika tidak pastilah Baginda s.a.w akan membuatkan bapa saudara Abu Talib untuk beriman. 

ii- maka datang ayat ini Allah tegaskan bahawa tidak siapa yang akan beriman kecuali dengan izin Allah! 

2. Maka bukan kerja & kemampuan kita manusia untuk paksa orang masuk Islam. Maka janganlah kita terlebih semangat sehingga menjadi kecewa dan tertekan pula jika orang tidak beriman dan tidak menerima.

3. Allah beri kepada kita satu kefahaman yang baik; iaitu tanpa izin Allah tidak akan ada siapa yang akan beriman. Begitulah ketetapan Allah- ada manusia yang beriman, ada yang tidak beriman.

4. Selain dengan taqdir Allah kita juga tetap kena berusaha teruskan dakwah dengan uslub yang tepat & betul barulah akan sampai dakwah yang disampaikan! 

5. Di akhir ayat ini Allah kata Dia akan timpakan azabnya ke atas orang yang 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢 & mengikut 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡-𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡-𝐍𝐲𝐚. Siapa tak mahu ikit perintah di acari penyakit! 

6. Kemurkaan Allah kepada siapa yang tidak berakal; iaitu tak mahu berfikir, tidak mengkaji ayat-ayat Allah samada ayat manzurah atau maqru’ah, tidak lihat kepada hujjah-hujjah yang dibentangkan atau nasihat-nasihat disampaikan, perintah & larangan yang telah dikemukakan. Siapa tidak ikut, maka merekalah orang yang layak menerima ancaman, siksaan & azab dari Allah s.w.t! 


🎀𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:

1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟗𝟔- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧𝐦𝐮 (𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐳𝐚𝐛), 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧:}- orang yang Allah telah tetapkan tidak beriman mereka tidak akan beriman walaupun datang segala bentuk bukti & dalil  kenyataan kepada mereka.

Kata ulama' tafsir seperti Ibnu Jarir, Ibnu Kathir dan ramai lagi bahawa:

Ayat ini menjadi dalil bahawa hidayah itu milik Allah. Tiada siapa boleh menolak kuasa atau mengatasi kuasa memberi hidayah kecuali dengan izin Allah. Hebat & berstrategi mana dakwah kita; jika Allah tak izinkan takkan jadi!

Namun begitu kita sebagai orang yang beriman; kena tetap berusaha, tetap bekerja, jangan mudah koyak, kecewa dan putus asa. Ini kerana kita tahu segala usaha dan gerak kerja kita tidak rugi- semua yang kita buat ada pahala & balasannya di sisi Allah s.w.t!

Allah akan tanya kita- apakah kamu berkerja, kamu berdakwah untuk Islam? Kita tidak akan dipersoalkan apakah kita berjaya atau tidak?? 

Ini kerana berjaya atau tidak itu kerja Allah, hidayah di bawah kuasa Allah! Kerja kita adalah terus berdakwah! Jika malas itu bukan salah orang lain lagi!

2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟗𝟖- {(𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐅𝐢𝐫𝐚𝐮𝐧 𝐢𝐭𝐮) 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐚𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 (𝐩𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤) 𝐬𝐞𝐬𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐧𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 (𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐢𝐭𝐢𝐦𝐩𝐚 𝐚𝐳𝐚𝐛), 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐢𝐦𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚…}- Allah kata alangkah baiknya jika manusia itu beriman sebelum turunnya azab ke atas mereka!

Persoalan dalam kisah ini apakah kaum Nabi Yunus beriman sebelum tengok azab atau selepas tengok azab??? Ini kerana:

i- dalam ayat yang lepas Allah ceritakan kisah tentang Fir'aun yang mengaku beriman ketika dia lemas dalam laut tetapi llh takteriman iman & taubatnya.

ii- tetapi dalam ayat ini kaum Nabi Yunus diterima iman mereka selepas mereka lihat azab. Maka apa yang membezakan antara dua keadaan ini???

Jawapan:

Menurut analisa yang dibuat oleh Ar-Razi, ulama' yang masyhur dalam  tafsir berkata:

i- Fir'aun beriman & bertaubat selepas dia kena azab- lemas kokkak-kokkak dalam laut baru mengaku beriman, nyawa di halkum baru mengaku beriman! Pastilah imannya tidak diterima lagi waktu itu!!

ii- adapun kaum Nabi Yunus; mereka bertaubat sebelum turunnya azab- sebelum mereka tengok sendiri lagi azab itu. Mereka terus bertaubat selepas melihat ada tanda-tanda akan datang azab ke atas mereka bukan lihat azab lagi! Alhamdulillah penjelasan ini memberi ketenangan.

*Yakni berbeza keadaannya dengan Fir'aun! Wallahu a'lam.


2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟗𝟖- { 𝐇𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧…}- Nabi Yunus ini ialah Yunus bin Mata yang diutus ke Ninawa, satu tempat di Iraq sekarang.

Kaitannya dengan kisah Nabi s.a.w:

Apabila pergi berdakwah di Taif, Nabi s.a.w dihalau & ditolak imannya oleh penduduk Taif. Dalam kesedihan & keletihan; Nabi s.a.w berehat dekat dengan sebuah kebun anggur milik Utbah bin Rabi'ah dan Syaibah bin Rabi'ah, dan keduanya sedang berada di kebun tersebut.

Berasa kasihan melihat keadaan Nabi s.a.w- mereka menyuruh hambanya, seorang nasrani bernama Addas untuk memberikan sedikit buah kepada Baginda. 

Sebelum makan buah Nabi s.a.w membaca: Bismillah dan Addas ini berasa sangat pelik kerana tidak pernah mendengarnya.

Addas kemudian berkata, "Demi Allah, ucapan ini tidak pernah dikatakan oleh penduduk negeri ini."

Rasulullah S.A.W bertanya, "Dari negeri apakah engkau wahai Addas? Dan apa agamamu?"

Dia menjawab, "Aku seorang Nasrani dan aku adalah seorang yang berasal dari negeri Ninawa."

Rasul bertanya lagi, "Apakah dari tempat seorang lelaki soleh yang bernama Yunus bin Mata?"

Addas menjawab, "Apa yang engkau ketahui tentang Yunus bin Mata?"

Baginda bersabda, "Dia adalah saudaraku, dia seorang Nabi dan aku pun seorang Nabi."

Apa yang terjadi kepada Addas??

Boleh baca kisah lengkapnya dalam buku Makkah ini:

https://dartaibah.com/store/NEW-Makkah-Kelebihan-&-Sejarah-Cetakan-Baru-2025-p30016004 


3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟗𝟗- {.. 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐢 𝐧𝐞𝐬𝐜𝐚𝐲𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢…}- jika Allah nak boleh Dia jadikan semua manusia atas muka bumi ini beriman!

Tetapi Allah telah tetapkan dengan hikmah & Kebijaksanaan-Nya; ada orang yang beriman ada yang tidak beriman.

Ayat ini menjadi dalil bahawa dakwah saja tidak mencukupi- tetapi pendakwah yang telah berusaha berkerja berdakwah- insya' Allah sudah lepas tanggung-jawabnya & dapat pahala kerana buat kerja. Orang yang tak buat kerja akan rugi.

Allah kata semua perkara yang berlaku dengan izin Allah iaitu dengan taqdir qadha' & qadar Allah Azza wa Jalla.

Kita menolak fahaman qadariyah yang sesat- kita kata semua pkryg berlaku atas dunia ini adalah dengan kehendak Allah s.w.t.


4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟗𝟖- {.. 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐛𝐚𝐢𝐤𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 (𝐩𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤) 𝐬𝐞𝐬𝐞𝐛𝐮𝐚𝐡 𝐧𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧…}- 

Qaryah { قَرْيَةٌ} di sini bukan dengan makna kampung; tetapi dengan makna satu negeri, bandar atau satu kaum yang ramai.

Ini menunjukkan bahawa dakwah itu bermula di bandar kemudian baru tersebar ke kampung-kampung.  Jika bermula di kampung ia tidak akan naik ke bandar kerana orang bandar tidak turun ke kampung!!! Tetapi orang kampung akan naik ke bandar.

Maka jika kita nak buat pusat atau markaz dakwah kena buat di bandar, ini sebagai satu strategi.

Yakni jika Allah nak, boleh aje semua manusia beriman; tetapi kerana Allah tak mahu maka akan berlakulah khilaf sampai bila-bila.

Kisah kaum Nabi Yunus ini adalah sesuatu yang pelik, yang menyalahi adat kebiasaan kaum nabi-nabi lain. Kaum lain apabila turun azab semua akan mati binasa.

Kaum Nabi Yunus ini apabila dia tengok azab nak datang, belum turun lagi- mereka cepat terus bertaubat & beriman!

Faedah ayat- kita yang muda atau yang tua, apabila tengok tanda-tanda nak mati (uban, sakit badan, berkedut dan lain-lain)- cepat-cepatlah kita bertaubat- segera melakukan kebajikan dengan ibadat & infaq, buka simpanan yang ada penuhi tabung-tabung derma.

Masalahnya kita tak tahu bila kita nak mati tetapi tanda-tanda (amaran) itu sudah Allah hantar kepada kita- maka segeralah buat persiapan jangan sampai nyawa di halkum baru nak bertaubat, nak solat, nak derma.


5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎𝟎- {… 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐦𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢 (𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡-𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡𝐍𝐲𝐚).}- dalam ayat ini Allah ajar kepada kita:

Allah kata wahai orang yang beriman kamu gunalah akal yang aku beri kepada kamu itu.

Sekarang ini kita ada akal maka: Kita gunakan akal kita ini untuk belajar al-Quran, tadabbur al-Quran, guna untuk tadabbur kepada ayat-ayat manzurah yang dapat dilihat juga supaya kita tidak menjadi manusia yang tidak berakal.

Kkerana manusia yang tidak berakal ialah manusia yang tidak buat persiapan untuk mati!! Manakala orang yang cerdik ialah orang yang jaga nafsunya dan buat amalan sebagai persiapan untuk mati!

Kena ingatkan mati banyak-banyak tetapi bukan ingat saja- kena buat persiapan untuk mati!!!! Marilah kita semua menjadi orang yang cerdik & berakal agar selamat di dunia & aman di Akhirat.


Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya. 


𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀


#𝙐𝘼𝙈✎𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗵 𝙎𝙖𝙗𝙩𝙪 25/10/2025 / 03 𝙅. 𝙐𝙡𝙖 1447𝙃🌷

No comments:

Post a Comment

Air

  AIR MENGALIR Bukan tidak pernah menjadi ombak dan gelombang garang bersama mu merobohkan pangkalan meremukkan bahtera di tengah lau...