Tuesday, 7 October 2025

Tafsir surah ynus: ayat 45 - 47

 💎𝐍𝐢𝐤𝐦𝐚𝐭 𝐃𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐤𝐞𝐣𝐚𝐩 𝐒𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚, 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐒.𝐀.𝐖 𝐋𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐔𝐦𝐚𝐭𝐧𝐲𝐚 & 𝐒𝐞𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐔𝐦𝐚𝐭 𝐀𝐝𝐚 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥.💎


♥ 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙎𝙚𝙡𝙖𝙨𝙖 07/10/2025 / 15 𝙍. 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1447𝙃 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙔𝙪𝙣𝙪𝙨 (18) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [45-47]♥


F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨: https://youtu.be/T8oFja3Vspk?si=bZ-GNcZT15L0iSjK 


🌷𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:

1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Yunus dengan ayat 45 sehingga ayat 47 dalam juzuk kesebelas.


2. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan bahawa nikmat dunia hanya sekejap sahaja. 


Apabila manusia masuk dalam kubur atau di Akhirat & ditanya berapa lama kamu hidup di dunia mereka menjawab: Hanya sesaat! 


Yakni terasa pendek dan tidak lama masanya walaupun mereka telah hidup 80, 90 atau 100 tahun. 


*Kata ahli fikir: 

الدنيا ساعة فاجعلها طاعة

Dunia ini hanya beberapa saat; isikannya dengan ketaatan.


3. Kemudian Allah nyatakan bahawa ada yang Nabi s.a.w sempat lihat keadaan umatnya yang dibinasakan pada zaman hidup Baginda & ada yang tidak sempat dilihatnya seperti pada zaman sahabat & kini.


4. Akhir ayat Allah nyatakan setiap umat ada rasul samada rasul secara lansung kepada mereka atau kesan rasul terdahulu yang sampai ajarannya kepada mereka. 


Setiap mereka akan hidup dibawah keadilan & kesaksamaan yang dibawa oleh Allah s.w.t mengikut undang-undang Islam.


5. Munasabah dengan ayat sebelumnya:


i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang puak kafir yang telah rosak panca inderanya, alat untuk menerima kebenaran telah rosak! 


Telinga tak dengar, mata telah buta dari mendengar & melihat kebenaran.


ii- maka datang ayat ini Allah bawa satu amaran bahawa kamu semua akan dikumpulkan pada suatu tempat iaitu di Padang Mahsyar di mana segalanya akan didedahkan untuk perhitungan dan balasan. 


Orang mukmin bergembira dengan nikmat yang diberi & menyesal atas kecuaian untuk meningkatkan ibadat & kebaikan! 


Manakala  orang kafir akan menyesal dengan penyesalan yang tidak sudah-sudah. 


Tidak ada apa kelebihan dunia ini kecuali satu saat yang pendek!


أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ 


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟓- {𝐃𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡) 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐡𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐢𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐤), 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐢 𝐬𝐞𝐨𝐥𝐚𝐡-𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐝𝐢 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐬𝐚𝐚𝐭 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐢𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐫𝐢. 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐧𝐚𝐥-𝐤𝐞𝐧𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢. 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐫𝐮𝐠𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐦𝐮𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧, 𝐝𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤 (𝐤𝐞 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐝𝐢 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚).} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟒𝟓)


1. Pada hari Allah bangkitkan & kumpulkan seluruh manusia di Padang Mahsyar kelak, mereka merasakan hidup di dunia hanya sebentar sahaja, 𝐬𝐞𝐨𝐥𝐚𝐡-𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐝𝐢 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐬𝐚𝐚𝐭 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐢𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐫𝐢.


2. Allah guna gambaran waktu siang

 { سَاعَةًۭ مِّنَ ٱلنَّهَارِ} 

kerana biasanya siang ini panjang & kita terasa lama- maka Allah bandingkan dengan berapa detik dari siang yang panjang seolah sekejap terasanya!!! 


Apabila Allah bandingkan sesuatu perkara pasti ada hikmah disebaliknya!


3. Kita orang beriman mungkin kita terasa lama hidup kerana ada Syari'ah ada undang-undang.


 Syari'ah Islam syumul iaitu lengkap, semua diajar dan ada undang-undangnya ketika aman & perang, ketika susah & senang, ketika ramai & sedikit. 


Bahkan untuk ke tandas pun ada cara & peraturannya; apatah lagi nak keluar berjihad & bernusafir pasti ada undang-undang & peraturannya.


4. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:

{(Sangatlah dahsyatnya huru-hara hari itu, sehingga orang-orang yang bersalah merasa) pada masa melihatnya: seolah-olah mereka tidak tinggal di dunia melainkan sekadar satu petang atau paginya sahaja.} (An-Naazi'aat 79:46)


*Hidup atas dunia ini sekejap sahaja, hidup pula di dalam kubur yang lebih panjang sedikit, kemudian kehidupan Akhirat yang kekal abadi!


5. 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐞𝐧𝐚𝐥-𝐤𝐞𝐧𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 buat sementara waktu atas dunia ini. 


Kita buatlah persiapan rapi dengan kita berkenalan atas dunia ini dengan orang yang baik, orang yang soleh, yang dapat memberi kebaikan dunia Akhirat. 


Sangat penting untuk kita menjadi orang yang bertaqwa dan bersahabat dengan orang yang bertaqwa dalam perjalanan hidup kita ini.


6. Kemudian di akhir ayat Allah nyatakan s𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐫𝐮𝐠𝐢𝐥𝐚𝐡 pahala & syurga yang telah Allah janjikan bagi:


i- 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐦𝐮𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧, iaitu mereka tidak percaya akan bangkit semula di Akhirat lalu tidak melakukan persiapan untuknya!


ii- 𝐝𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤 𝐤𝐞 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐜𝐚𝐫𝐢 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐝𝐢 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚- peluang & bimbingan tunjuk ajar dakwah Allah telah beri tetapi mereka sendiri menolaknya dan mencari jalan yang sesat. 


Lalu Allah tidak akan beri kepada orang kafir yang sentiasa menentang melawan; petunjuk yang dapat menyelamatkan mereka di Akhirat. 


*Allah minta sikit sahaja- iaitu agar beriman kepada-Nya tetapi kerana kamu pilih jalan yang sesat maka rugi besarlah!  


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟔- {𝐃𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐦𝐮 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝) 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚, 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐰𝐚𝐟𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐢𝐭𝐮, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚; 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐢 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧.} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟒𝟔) 


1. Munasabah ayat:

i- ayat ini melengkapkan lagi hujjah ke atas puak kafir yang memang mereka tidak ada ilmu tentang Islam.

 Mereka lawan Islam dengan kepala otak, emosi & amalan tok nenek mereka.


ii- maka datang ayat ini Allah nyatakan jika kamu lawan azab sedang menunggu kamu.


 Allah nyatakan azab itu ada yang Nabi s.a.w sempat lihat & ada yang Baginda s.a.w tak sempat lihatnya!


2. Allah nyatakan bahawa adakalanya Allah segerakan balasan ke atas puak kafir yang menyakiti Nabi s.a.w & Islam sehingga Nabi s.a.w sempat menyaksikannya dengan mata kepalanya sendiri.


3. Contoh paling jelas yang Allah tunjukkan kekalahan dan kebinasaan ialah:


i- dalam peperangan Badar & Nabi s.a.w menyaksikannya.

 Abu Jahal iaitu Fir'aun bagi ummat ini dan ramai lagi pemuka Quraisy telah binasa terbunuh di tangan pemuda Islam.


ii- Kemudian peristiwa Khaibar di mana yahudi telah ditawan dan dirampas harta mereka dan sebelumnya mereka telah dihalau keluar dari Madinah.


iii- Serta Perang Hunain di mana orang Islam mendapat kemenagnan yang besar & ghanimah yang banyak!


*Boleh baca buku ini untuk mendalami Sirah Nabi s.a.w:


Tahzib Sirah.

https://dartaibah.com/store/Cetakan-Baru-2024-Edisi-Kemaskini-2024-Kitab-Sirah-Nabi-S-A-W-Terjemahan-dari-Tahzib-as-Sirah-an-Nabawiyyah-p30016044 


5. Atau ada juga peristiwa dan hukuman yang Allah datangkan selepas Allah 𝐰𝐚𝐟𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 Nabi s.a.w 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐢𝐭𝐮. 

Tetapi sama saja; 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 Allah jualah 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 semua itu, tidak akan terlepas.


6. Selepas itu mereka akan dibangkitkan, 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 yakni Allah akan menjadi saksi tentang 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 atas dunia ini semuanya akan dibentangkan untuk pengadilan & pembalasan! 


7. Dalam menghadapi isu semasa & kegawatan yang berlaku hari ini kita perlu berbincang dengan baik dan pastikan apa yang dapat membawa kebaikan kepada umat Islam.


 Kita ada maqasid Syari'ah- lihatlah apakah dapat memberi maslahah kepada umat Islam atau sebaliknya!


8. Kita teruskan berdoa, membaca qunut nazilah semoga saudara kita umat Islam di Gazzah dan Palestin terus kuat bertahan, akan selamat dan dapat menerima bantuan & ubatan yang dihantar!


Orang yang bakhil tidak menambahkan kekayaan, Orang yang penakut tidak memanjangkan umur.


Kata Hikmat 

Dr Abu Anas Madani

*Bagi yang mampu beri sumbangan lebih daripada doa kita kata alhamdulillah.


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟕- {𝐃𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐭𝐢𝐚𝐩-𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐮𝐭𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚); 𝐬𝐞𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠-𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠 (𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐬𝐭𝐢 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧) 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐩𝐮𝐧 𝐝𝐢𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐢𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐚𝐧𝐢𝐚𝐲𝐚.} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟒𝟕) 


1. Munasabah ayat:

i- dalam ayat yang lepas Allah nyatakan keadaan Nabi s.a.w; ada yang Nabi sempat tengok hukuman ke atas orang yang derhaka & ada yang tak sempat Baginda tengok.


ii- maka datang ayat ini untuk menenangkan hati Nabi s.a.w bahawa Allah tidak akan menyiksa mana-mana umat kecuali dihantar kepada mereka rasul yang telah menyampaikan tugas dakwahnya.

 Samada rasul yang bersama mereka atau yang menyambung tugas rasul yang terdahulu.


2. Setiap umat manusia ini Allah utuskan rasul yang Allah hantar kepada mereka untuk mengajak agar beriman kepada Allah, bersifat dengan akhlak yang baik, tinggalkan keburukan & kesyirikan, itu kerja rasul.


3. Jadi pada hari Kiamat kelak; rasul-rasul ini akan dibangkitkan sekali bersama umat-umatnya untuk menjadi saksi ke atas mereka! 


Bahawa mereka telah menyampaikan dakwahnya, telah ajar & tunjuk yang mana yang benar yang mana yang salah; yang mana yang soleh yang toleh!! 


Tetapi kamu tidak dengar kata maka kamu terimalah hukuman dengan adil & kamu tidak akan dizalimi walaupun sedikit!


4. Jadi tugas rasul ini adalah dua kali:

i- di dunia menyampaikan dakwah & petunjuk bimbingan.


ii- di Akhirat menjadi saksi ke atas umatnya!


5. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:

{Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah).} (Al-Israa' 17:15)


🎀𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:


1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟓- {𝐃𝐚𝐧 (𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡) 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐡𝐢𝐦𝐩𝐮𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐢𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐤), 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚𝐢 𝐬𝐞𝐨𝐥𝐚𝐡-𝐨𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐭𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚𝐥 𝐝𝐢 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐬𝐚𝐚𝐭 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐢𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐫𝐢.}- dalam ayat ini Allah nak nyatakan bahawa pendeknya masa, waktu amat singkat semasa kita berada atas dunia & perjalanan hidup sekejap. 


Contoh: Tengok apabila kita reunion dengan kawan-kawan samada yang dari sekolah rendah atau sekolah menengah, yang dulunya adalah sama-sama kanak-kanak atau remaja- tetapi sekarang semuanya dah jadi pakcik-makcik bahkan ada yang telah menjadi datuk atau nenek. 


Di Akhirat kelak dalam keadaan huru-hara, apabila kita menunggu hasil amalan yang kita buat di dunia dulu, barulah kita terasa dunia ini terlalu pendek.


Ulama' tadabbur buat kajian kenapa Allah sebut {𝐦𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐬𝐚𝐚𝐭 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐢𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐚𝐫𝐢}- iaitu kerana waktu siang hari ini kita tahu, manusia sibuk, melakukan pekerjaan, waktunya sibuk dan dirasakan sangat cepat berlalu dibandingkan dengan waktu malam.


Ayat ini menyentap kerakusan kita kepada dunia & menyedarkan kita akan perjalanan hidup yang pendek & sekejap sahaja!


Ayat ini juga tanbih (peringatan) supaya kita tidak panjang angan-angan & terasa bahawa ajal kita sangat dekat!


Dalam ayat yang lepas Allah buat bandinagn manusia ini seperti pokok yang subur apabila disiram air tetapi boleh tumbang dan mati bila-bila masa diserang angin atau manusia.


Begitulah kita manusia, iman kita akan mantap & naik apabila digilap, tetapi mati mari juga boleh tiba bila-bila masa. 


Maka kita jangan tunggu bila ada masa, tetapi kita isikan masa kita untuk sentiasa beribadat kepada Allah Azza wa Jalla.


Begitulah masa & usia manusia ini pendek; janganlah kita panjangkannya dengan angan-angan, tidak membuat persiapan untuk akhirat akhirnya mati ternganga begitu saja!


2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟔- {𝐃𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐦𝐮 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝) 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚, …} dalam ayat ini Allah s.w.t nyatakan bahawa Allah akan tunjukkan & hinakan puak kafir di hadapan Nabi s.a.w. 


Beza ummat Nabi Muhammad s.a.w. ini- kita tidak dibinasakan sepenuhnya seperti ummat terdahlu, yang dimusnahkan semuanya di hadapan nabi mereka. 


Seperti kaum Nabi Nuh- yang kafir total lost- kaum Nabi Lut- juga total lost, kaum Nabi Musa yang ikut Fir'aun juga total dan lain-lain kaum nabi lain!


Umat Nabi Muhammad ini Allah ambil sikit-sikit- korban banjir di sini, gempa di sana, tsunami di sana dan seumpamanya.


Namun ada juga yang disaksikan oleh Nabi s.a.w. yang ditunjukkan Allah akan kebinasaan umatnya lebih-lebih lagi mereka yang khianat kepada Nabi s.a.w & umat Islam.


Antaranya yang dibinasakan semasa peperangan Badar yang disaksikan sendiri oleh Baginda s.a.w- para penjahat yang mengkhianati Islam dan Nabi s.a.w tetap Allah perlihatkan, kebinasaan mereka tetap berlaku, tidak dapat lari dari balasannya atas dunia lagi.


Ayat ini nak beri peringatan kepada kita umatnya, samada Nabi s.a.w tengok atau tidak; kamu jangan lagha, lalai dan leka kerana semua kita akan kebali kepada Allah & menerima balasan yang setimpal.


3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟔- {… 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚; 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐢 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧.}- 

Allah kata kita semua akan kembali kepada Allah- yang mukmin yang kafir, yang baik yang tak baik, yang soleh yang toleh, yang baik & yang celaka di mana Allah akan menjadi saksi  kepada semua yang kita lakukan atas dunia!


Maka kita yang yakin yang beriman- mestilah taat kepada Allah Azza wa Jalla kerana Allah akan persaksikan semua amalan yang kita buat atas dunia ini! 


Ingat apa yang kita lakukan semasa di dunia, itulah balasan yang akan kita dapat- kerana apa benih yang kamu tabur- itulah hasil yang kamu akan tuai!


Masa ini terlalu pendek, maka isikan sebaiknya dengan amalan soleh & kebaikan.


Sebagaimana kata-kata hikmah yang pernah menjadi motto di Madrasah Pondok kita ini:  


 الدنيا ساعة فاجعلها طاعة

Dunia ini hanya beberapa saat; isikannya dengan ketaatan.


Jadi jangan rugikan masa kita kerana semuanya akan dibentang di hadapan Allah s.w.t kelak!


4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟕- {𝐃𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐭𝐢𝐚𝐩-𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐮𝐭𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚);…}- setiap umat ada rasul yang diutuskan.


Apabila para rasul datang di Akhirat untuk menjadi saksi kepada umatnya; setiap orang akan dijatuhkan hukuman dengan adil & saksama tiada siapa akan dizalimi atau teraniaya. 


Ayat ini menjadi dalil bahawa Allah janji bahawa setiap umat akan didatangkan Rasul untuk membimbing dan memberi amaran dan peringatan. 


Allah tidak zalim, diberi peringatan dan amaran melalui rasul -rasul sebagaimana firman Allah dalam ayat-ayat Quran ini:  


i- {Sesungguhnya Kami mengutusmu dengan (Agama) yang benar, sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar); dan tidak ada, sesuatu umat pun melainkan telah ada dalam kalangannya dahulu seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran.} (Faatir 35:24)


ii- {Supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada kaum yang datuk neneknya telah lama tidak diberikan peringatan dan amaran; sebab itulah mereka lalai.} (Yaa Siin 36:6)


Yakni semua manusia & umat ini telah diberi amaran & peringatan- kerana itulah dikatakan Nabi S.a.w akan menjai saksi di Akhirat kelak.


 Surat peringatan telah diberi, jika kamu buat tak hirau maka kamulah orang yang akan rugi & menyesal di Akhirat kelak!


Persoalan: Timbul persoalan apakah nasib ahlul-Fatrah iaitu mereka yang hidup di antara kekosongan waktu (gap) antara dua nabi- yakni putus dakwah antaranya maka apakah nasib & hukuman mereka? 

Apakah hisab mereka dinilai seperti haiwan- bukan manusia mukallaf untuk beriman & taat???


Jawapan:

Ayat ini tidak menunjukkan bahawa seorang rasul itu tidak wajib ada bersama umat itu sepanjang zaman.

 Adakalanya rasul datang & kemudian wafat- tetapi ajarannya disambung para pengikutnya (اتباع الرسول) dari kalangan nabi atau ulama' umtanya.


Yakni walaupun telah wafat seorang rasul itu tetapi risalahnya ada penyambung oleh rasul lain dan risalah tetap berjalan.


 Seperti kita walaupun Nabi s.a.w telah wafat lebih daripada 1400 tahun tetapi risalah Baginda s.a.w tetap berjalan sehingga ke hari Kiamat.


*Ayat ini memerlukan perbahasan yang panjang- wallahu a'lam.


5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟕- {… 𝐬𝐞𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠-𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠 (𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐬𝐭𝐢 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧) 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐩𝐮𝐧 𝐝𝐢𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐢𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐚𝐧𝐢𝐚𝐲𝐚.}- ayat ini amaran keras agar jangan sesekali menyalahi ajaran Rasulullah s.a.w.


Satu kewajipan agar taat kepada perintah yang dibawa oleh Nabi s.a.w. kerana semua kita lakukan Nabi s.a.w. akan menjadi saksi.


Hadis- Gigit Sunnah Rasulullah S.A.W Dengan Gigi Geraham:


حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ أَبِي الْمُطَاعِ قَالَ سَمِعْتُ الْعِرْبَاضَ بْنَ سَارِيَةَ يَقُولُ قَامَ فِينَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ فَوَعَظَنَا مَوْعِظَةً بَلِيغَةً وَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوبُ وَذَرَفَتْ مِنْهَا الْعُيُونُ فَقِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ وَعَظْتَنَا مَوْعِظَةَ مُوَدِّعٍ فَاعْهَدْ إِلَيْنَا بِعَهْدٍ فَقَالَ عَلَيْكُمْ بِتَقْوَى اللَّهِ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَإِنْ عَبْدًا حَبَشِيًّا وَسَتَرَوْنَ مِنْ بَعْدِي اخْتِلَافًا شَدِيدًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِي وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَإِيَّاكُمْ وَالْأُمُورَ الْمُحْدَثَاتِ فَإِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلَالَةٌ


Telah menceritakan kepadaku Yahya bin Abi Al Mutha’ ia berkata; aku mendengar Al-‘Irbadh bin Sariyah berkata; “Pada suatu hari Rasulullah S.A.W berdiri di tengah-tengah kami. Baginda memberi nasihat yang sangat menyentuh, membuat hati menjadi gementar, dan airmata berlinangan.

Lalu dikatakan; “Wahai Rasulullah, engkau telah memberikan nasihat kepada kami satu nasihat perpisahan, maka berilah kami satu wasiat.” 


Baginda bersabda: “Hendaklah kalian bertakwa kepada Allah, mendengar dan taat meskipun kepada seorang hamba Habasyi. 

Dan sepeninggalku nanti, kalian akan melihat perselisihan yang sangat dahsyat, maka hendaklah kalian berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khulafaur Rasyidin yang mendapat petunjuk. 

Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham, dan jangan sampai kalian mengikuti perkara-perkara (bid’ah) yang dibuat-buat, kerana sesungguhnya semua bid’ah itu adalah sesat.” (HR Ibnu Majah No: 42) Status: Hadis Sahih


Yakni siapa yang lawan Nabi s.a.w, tak ikut Sunnah Nabi & ambil jalan yang bertentangan dengan Sunnah walaupun atas nama agama, buat rekaan bid'ah; maka orang ini akan terhalang dari kolam Nabi s.a.w dan mungkin akan lewat ke syurga kerana terpaksa melalui proses tersendiri pula!


Marilah kita ikut Sunnah & beramal dengannya sebagaimana kata DDAAM:


Beramal dengan Sunnah; hati tenang pahala pasti dapat insya' Allah. 


Perbincangan:

i- dalam surah Yunus ini Allah sebut dua kali ayat ini:

Dalam ayat 47- {قُضِىَ بَيْنَهُم بِٱلْقِسْطِ} & ayat 54 {وَقُضِىَ بَيْنَهُم بِٱلْقِسْطِ}- yang bermaksud {maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil}.


Kenapa dalam ayat ini digunakan dengan keadilan {بِٱلْقِسْطِ}- 


ii- manakala dalam surah az-Zumar pula Allah sebut dua kali juga tentang hukuman ini: 

Dalam ayat 69 {وَقُضِىَ بَيْنَهُم بِٱلْحَقِّ} & ayat 75 {وَقُضِىَ بَيْنَهُم بِٱلْحَقِّ} – yang bermaksud: {dan akan dihakimi di antara mereka dengan kebenaran (adil)} juga tapi digunakan perkataan {بِٱلْحَقِّ}. 


Jawapannya kata para ulama':

i- digunakan perkataan {بِٱلْقِسْطِ}- sebagai merujuk kepada amalan- 

Allah saksikan apa yang kamu buat- Nabi s.a.w akan menjadi saksi akan amalan kamu. 

Maka Allah akan jatuh hukuman dengan adil- apa yang kamu buat itulah yang kamu dapat! 


ii- manakala digunakan perkataan {بِٱلْحَقِّ} sebagai merujuk kepada janji Allah jika kamu tak ikut Allah tak ikut rasul- maka janji Allah itu akan dengan dengan sebenarnya! 


Iaitu sesiapa yang derhaka & ingkar- nerakalah tempatnya- itulah janji Allah yang benar!


Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya. 


𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀


#𝙐𝘼𝙈✎𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗵 𝙎𝙚𝙡𝙖𝙨𝙖 07/10/2025 / 15 𝙍. 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1447𝙃🌷


Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Yunus 2025 (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:


Link: 

https://www.youtube.com/playlist?list=PLC16EIfOI4LCezq32AtjEt24_fUbZeiy3


Semoga Bermanfaat!

No comments:

Post a Comment

Tafsir surah Yusuf: 63-66

 💎𝐀𝐛𝐚𝐧𝐠-𝐀𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐘𝐮𝐬𝐮𝐟 𝐂𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐁𝐚𝐩𝐚 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚, 𝐁𝐮𝐧𝐲𝐚𝐦𝐢𝐧 𝐃𝐢𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐢 & ...