Sunday, 29 March 2026

Air

 AIR MENGALIR

Bukan tidak pernah

menjadi ombak

dan gelombang garang

bersama mu

merobohkan pangkalan

meremukkan bahtera

di tengah lautan

tetapi kini aku kembali

ke sungai

Sebagai air mengalir

semoga takdir

dan zikir ku cair

Dimudiki yang tabah dan gagah

dihiliri yang berani dan mandiri

Kalau hujan-Nya lebat di hulu

pasti aku meluru

melajukan perahu

kalau kemarau-Nya

merekahkan sawah

aku reda meresap ke bawah

Hanya alir ku tidak akan berolak

tanpa pasang dan surut menolak

tetapi aku tidak akan kembali

menjadi ombak


RAMLAN ABD. WAHAB

Shah Alam


Thursday, 26 March 2026

Pergi ke gunung

 “Akan datang suatu zaman yang terbaik bagi seorang Muslim ialah dia membawa kambingnya, lalu pergi ke puncak gunung atau tempat terpencil untuk menyelamatkan agamanya daripada fitnah.”


HR Bukhari


"Dan apabila kamu meninggalkan mereka dan apa yang mereka sembah selain Allah, maka carilah tempat berlindung ke dalam gua itu, nescaya Tuhanmu akan melimpahkan sebagian rahmat-Nya kepadamu...dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna" (Surah Al-Kahfi, 18:16)



عن خالد بن معدان رحمه الله قال: إذا رأيتم عمودا من نار من قبل المشرق في شهر رمضان في السماء فأعدوا من الطعام ما استطعتم فإنها سنة جوع

Khalid Ibn Ma'dan (rahimahullah) telah berkata: "Jika kamu melihat tiang api dari Timur, pada bulan Ramadan, di langit, maka sediakan seberapa banyak makanan yang kamu boleh, kerana ia (akan menjadi) tahun kelaparan (kebuluran)."

Wednesday, 18 March 2026

Falsafah hari raya

 Min copy dari posting Ustaz Luqmanulhakim Muhammad Jamil


__

[Fahami tujuan dan falsafah hari raya]


Jangan lupa perbaharui niat dan kesedaran bahawa raya yang bakal menjelang ialah RAYA IBADAH. Jika kita mengaku sebagai Muslim dan Mu'min maka berayalah dengan raya ibadah terlebih dahulu, sebelum memandang raya versi adat Melayu atau Malaysia.


Raya pada 1 Syawal ialah satu bentuk ibadah pada Allah.

Ibadah dengan menyambut perayaan terbahagi beberapa bentuk.

1. Takbir mutlak di sepanjang hari raya

2. Takbir muqayyad (terikat selepas solat fardhu)

3. Solat hari raya

4. Menghadiri tempat perhimpunan solat hari raya dan mendengar khutbah raya sekalipun perempuan yang haidh.

5. Menzahirkan kegembiraan dan bentuk-bentuk kegembiraan yang lain serta saling mengucapkan ucapan gembira dan syukur seperti semoga Allah terima amalan kami dan kamu (تقبل الله منا ومنكم) dan seumpanya

6. Makan dan minum serta menzahirkan kenikmatan makanan yang ada.


Semua ini dibuat dalam rangka ibadah iaitu untuk dipersembahkan pada Allah SWT di samping menjaga batas-batas syariat dalam ibadah seperti menjaga waktu solat dan batas dalam muamalat seperti isu pemakaian, solekan dan perhiasan, pergaulan lelaki perempuan, adab-adab sosial, dan selainnya.


Tak dinafikan bangsa Melayu Muslim di Malaysia terdapat RAYA VERSI ADATNYA yang tersendiri. Ada inti adat yang bagus dan tidak bagus.


Namun perlu diketahui sebahagian adat dan trend yang cuba dibudayakan itu jelas melanggar batas syariat seperti, pergaulan mesra lelaki perempuan, solekan berlebihan, aurat yang terdedah, menyanyi dan menari depan awam dengan percampuran jantina dan pergerakan gedik yang haram untuk ditayangkan dan selainnya. Semua ini bukan hari raya ibadah lagi, tetapi bertukar menjadi raya maksiat.


Syi'ar dan ruh yang mengiringi perasaan gembira berhari raya adalah syi'ar dan ruh SYUKUR. Syukur adalah tapak kepada semua penzahiran kegembiraan pada hari raya. Seorang Muslim menyambut raya dengan penuh rasa syukur di atas hidayah taufiq yang dikurniakan sepanjang ibadahnya dalam sebulan Ramadhan.


Inilah hakikat dan falsafah dua hari raya di dalam Islam.

Ringkasan pax judaica

 Berikut adalah susunan isi penting berdasarkan teks yang anda berikan, yang membincangkan kaitan antara doa Nabi Sulaiman A.S., pembentukan...