Friday, 29 May 2026

Kajian produk BE

 Saintis dan Penyelidikan : Functional Foods and Aulora Series + Beyul Skincare with #Postbiotic


I am proud and grateful ๐Ÿฅฐ๐Ÿ™๐Ÿผ

BE International successfully commercializes high-tech scientific research results for the benefit of public health!



1. #Aulora #(Prof. Shimizu Dr. Norinaga Shimizu)

He is a smart fiber and high-tech textile expert from Osaka Prefectural University in Japan.

His research focuses on fiber structure and energy absorption techniques, such as the far infrared (FIR) technology used by Aulora.


Research shows that FIR helps:

• Promote blood circulation

• Reduce inflammation

• Improve cell mitochondrial function



2. The #BEFIL (Professor Feride Murad, Prof. Dr. Ferid Murad - 1998 Nobel Prize winner)

He is a pioneer in studying #nitric oxide (no) in vascular signaling molecules.


The study states that:

•NO helps relax vascular smooth muscles

• Lower blood pressure

• Promote smooth blood flow


BEFIL contains ingredients such as #CoQ10, tomato extract and L-Arginine ,

Both have obtained scientific certification from the European Food Safety Authority (EFSA) and international journals.



3. 3. #Shiruto (Professor Mizuno, Prof. Soma, Prof. Inagawa)

Research focused on Innate Immunity.


The #IPPA1 molecule was found to act as an "immune primer" to activate the body's natural defense mechanism.


Inspired by the research direction of renowned immunologist Dr. Charles Janeway, his theory also contributed to Nobel Prize-related discoveries.



4. #Zencoso(ๆพๆตฆๆ…Žๅพๅšๅฃซ,Dr. Shingoro Matsuura)

He is the authority on enzymes from the island of Injima, Japan.


Zencoso contains traditional Japanese fermentation from 98 plants, fusing 5 key enzymes.

The formula highlights the concept of Postbiotics to improve intestinal health, cellular energy and metabolic ability.



5. 5. #Beyul skincare products (Dr. Moon-Hee Sung)

Fellow from National University of Korea.


He specializes in the use of soybean fermentation (chungukjang) in skin care.

Research shows that:

• Significantly boosts antioxidant capacity

• Effective repair of sensitive and damaged skin


The results have been published in several international academic journals in the field of cosmeceuticals.



6. ่žบๆ—‹่—ป #Spirulina

Was selected as a functional space food by NASA.

Rich in protein, vitamin B12 and antioxidant.


Efficacy includes:

• Enhance cell vitality

• Detox cleansing

• Support immune system function at the mitochondrial level



7. #NexBio Probiotics

Using specialty bacteria strains from global food biotech giants Chr. Hansen and Kerry Group.


All strains are clinically proven and resistant to stomach acid.


The complete recipe includes:

• Probiotics + Probiotics + Postbiotics (Collaborative Probiotics Synbiotics)

Epixion (from Saccharomyces cerevisiae) can:

• Strengthen immunity

• Repair intestinal mucosa

Anti-inflammatory effect is significant


#BEInternational

Monday, 18 May 2026

AS di bawah Trump

 Apa yang berlaku kepada AS di bawah Trump adalah ulangan kepada apa yang berlaku kepada Jerman di bawah Hitler. Mencetak wang hutang tanpa batas sehingga membawa kepada tercetusnya Perang


1918–1919: Tamat WW1 — ekonomi runtuh

World War I tamat.

Germany kalah perang.

Industri rosak, tentera pulang, pengangguran meningkat.

Kerajaan baharu mewarisi hutang perang besar.


1919: Perjanjian Versailles

Treaty of Versailles mengenakan pampasan perang yang sangat berat kepada Jerman.

Jerman kehilangan wilayah, sumber, dan perlu membayar pampasan kepada negara pemenang.

Ramai rakyat menganggap syarat itu menghina dan membebankan.


1921–1923: Krisis hutang dan hiperinflasi

Kerajaan menghadapi tekanan kewangan.

Untuk membayar hutang dan perbelanjaan, lebih banyak wang dicetak.

Nilai mata wang merudum.

Harga barang naik melampau — inilah era hiperinflasi terkenal.

Simpanan rakyat biasa musnah.


Contoh: roti yang dahulu beberapa mark boleh jadi berbilion mark.


1924–1928: Pemulihan sementara

Mata wang baharu diperkenalkan.

Bantuan pinjaman asing, terutama dari Amerika, masuk.

Ekonomi kembali stabil.

Industri dan bandar mula pulih.


Ini kadang dipanggil “tahun emas” Republik Weimar.


1929: Kemelesetan Besar

Wall Street Crash of 1929 berlaku di Amerika.

Pinjaman Amerika kepada Jerman mula kering.

Kilang tutup, bank bermasalah.

Pengangguran meningkat kepada jutaan orang.


1930–1932: Krisis politik dan ekonomi

Kemarahan rakyat meningkat.

Ramai hilang kepercayaan terhadap kerajaan Weimar.

Parti-parti radikal mula mendapat sokongan.


1933: Hitler mengambil alih kuasa

Adolf Hitler menjadi Canselor.

Projek pembinaan besar dilancarkan:

jalan raya Autobahn

industri

program pekerjaan

Pengangguran mula turun.


1934–1938: Era MEFO Bills dan persenjataan

Hjalmar Schacht memperkenalkan MEFO Bills.

Jerman memperbesarkan industri ketenteraan secara besar-besaran.

Ekonomi nampak pulih dengan cepat.

Tetapi sebahagian pertumbuhan disokong hutang tersembunyi dan persiapan perang.


1939: WW2 bermula

World War II bermula.

Penaklukan wilayah baru juga menjadi cara mendapatkan sumber dan mengekalkan ekonomi perang.

Takbir awsl zulhijjah

 KAIFIAT DAN WAKTU TAKBIR AWAL ZULHIJJAH & HARI RAYA AIDILADHA.


Perhatian:

Selepas salam elok baca zikir selepas solat dahulu, Istighfar 3 kali dan seterusnya kemudian baru takbir.


Lihat Penjelasan:

*AAM 2020; Waktu Takbir Muqayyad -Takbir Raya - Untuk Raya Haji Bermula Pada Subuh Hari Arafah hingga Akhir Hari Tasyriq.

Lihat: https://youtu.be/cnf0rhgkaOQ


**AAM 2020; Lafaz Takbir Raya Yang Elok Dibaca pada hari raya Eidil Fitri & Adha.

Lihat: https://youtu.be/9Bhi5bPyjBU


***AAM 2023; Tadabbur Ayat Takbir, Surah Al-Baqarah Ayat [185] Memahami Makna & Fadhilat Takbir.

Link: https://youtu.be/0_cNMW9gOyU


****AAM 1440H; Adab-adab Berhari Raya - Eidil Fitri & Adha.

Syarah Kitab "Puasa & Ramadhan" Habannakeh.

Lihat: https://youtu.be/9Bhi5bPyjBU


Semoga Bermanfaat!


#AAM, Makkah 6 Zulhijjah 1444H / 24-6-2023M.


-Jemput ke: www.abuanasmadani.com


TAKBIR 


Dalam bahasa Melayu, perkataan syiar diertikan dengan lambang kebesaran dan keagungan.


Setiap agama mempunyai syiar masing-masing. 


Imam Nawawi rahimahullah berkata:


ูŠุณุชุญุจّ ุงู„ุชูƒุจูŠุฑ ู„ูŠู„ุชูŠ ุงู„ุนูŠุฏูŠู†...ูˆุฃู…ุง ุนูŠุฏُ ุงู„ุฃุถุญู‰، ููŠُูƒَุจِّุฑ ููŠู‡ ู…ู† ุจุนุฏ ุตู„ุงุฉ ุงู„ุตุจุญ ู…ِู†ْ ูŠَูˆْู…ِ ุนَุฑَูุฉ ุฅู„ู‰ ุฃู† ูŠุตู„ูŠَ ุงู„ุนุตุฑ ู…ู† ุขุฎุฑ ุฃูŠุงู… ุงู„ุชุดุฑูŠู‚، ูˆَูŠُูƒَุจِّุฑ ุฎู„ูَ ู‡ุฐู‡ ุงู„ุนَุตْุฑِ ุซู… ูŠู‚ุทุน


"Disunatkan BERTAKBIR pada malam 2 hari raya. Adapun 'Idul Adha (Hari Raya Korban), maka BERTAKBIR selepas daripada solat SUBUH hari Arafah sehingga menunaikan solat Asar pada hari terakhir daripada hari Tasyriq (13 Zulhijjah). Dia BERTAKBIR selepas daripada solat Asar, kemudian dia memutuskan (berhenti) takbir." 

[Al-Azkar]


Takbir muqayyad adalah selepas solat Subuh pada 9 Zulhijjah. Ia berakhir selepas menunaikan solat Asar pada 13 Zulhijjah. 


Disunatkan juga untuk bertakbir pada malam hari raya 10 Zulhijjah. 


Ibnu Abdil Halim rahimahullah berkata:


"ุงู„ู†ุตุงุฑู‰ ูŠุณู…ّูˆู† ุนูŠุฏ ุงู„ู…ุณู„ู…ูŠู† ุนูŠุฏ "ุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ ู„ุธู‡ูˆุฑ ุงู„ุชูƒุจูŠุฑ ููŠู‡، ูˆู„ูŠุณ ู‡ุฐุง ู„ุฃุญุฏ ู…ู† ุงู„ุฃู…ู… ู…ู† ุฃู‡ู„ ุงู„ูƒุชุงุจ ูˆู„ุง ุบูŠุฑู‡ู… ุบูŠุฑ ุงู„ู…ุณู„ู…ูŠู†، ูˆุฅู†ู…ุง ูƒุงู† ู…ูˆุณู‰ ูŠุฌู…ุน ุจู†ูŠ ุฅุณุฑุงุฆูŠู„ ุจุงู„ุจูˆู‚، ูˆุงู„ู†ุตุงุฑู‰ ู„ู‡ู… ุงู„ู†ุงู‚ูˆุณ


"Orang Nasrani menamakan hari raya orang Islam sebagai HARI RAYA TAKBIR kerana zahirnya ucapan TAKBIR pada hari tersebut. Ini tidak terdapat pada umat yang lain; ahli kitab atau orang kafir yang lain. Nabi Musa alaihissalam mengumpulkan Bani Israil dengan terompet. Orang Nasrani, bagi mereka loceng". [Al-Jawab] 


Zahirkanlah syiar Islam dengan bertakbir. Tinggalkan syiar yang lain. 


Jangan sampai Islam diingati dengan syiar yang bukan berasal daripadanya. Bukan loceng, bukan mercun, bukan lagu raya. 


Islam dikenali dengan ucapan penganutnya yang membesarkan Allah, Tuhan yang Maha Agung. 


ุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ ุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ ุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ ู„ุง ุฅู„ู‡ ุฅู„ุง ุงู„ู„ู‡ ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ ุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ ุงู„ู„ู‡ ุฃูƒุจุฑ 


ุชู‚ุจู„ ุงู„ู„ู‡ ู…ู†ุง ูˆู…ู†ูƒู…

Semoga Allah ta'ala menerima segala amalan soleh. 


#ARAR,  10121444 - 26062023

Monday, 11 May 2026

S Abu Bakar dan S Umar

 Sebagai tukang buku yang menjual kitab sirah para sahabat r.a, saya melihat tuduhan dan gelaran yang dilemparkan terhadap sahabat besar Saidina  Rasulullah ๏ทบ sebagai sesuatu yang sangat tidak wajar, biadab dan mencederakan adab terhadap generasi terbaik umat ini.


Lebih parah apabila Saidina Abu Bakr al-Siddiq r.a digambarkan seolah-olah seperti “ceti”, dan Saidina Umar al-Khattab r.a pula dikaitkan dengan tuduhan zina. Ini bukan sekadar bahasa politik yang kasar. Ini bukan sekadar sindiran kempen. Ini sudah menyentuh maruah para sahabat Saidina  Nabi ๏ทบ.


Kita boleh berbeza politik. Kita boleh kritik dasar cukai, kutipan, saman, pentadbiran, kelemahan kerajaan atau cara hasil negara diuruskan. Itu ruang perbahasan siyasah. Tetapi apabila nama sahabat Nabi ๏ทบ dibawa masuk, lidah wajib dijaga. Jangan kerana mahu mencari punchline politik, adab dengan sahabat Rasulullah ๏ทบ tergadai.


Saidina Abu Bakr r.a. Beliau ialah al-Siddiq, sahabat paling hampir dengan Saidina Rasulullah ๏ทบ, lelaki dewasa pertama yang beriman, khalifah pertama umat Islam, pembela agama ketika ramai manusia goyah, dan antara sahabat yang dijamin Syurga.


Menggambarkan beliau dengan istilah yang membawa konotasi buruk seperti “ceti” adalah satu  kecuaian besar terhadap kedudukan beliau. Saidina Abu Bakr r.a bukan simbol penindasan harta. Beliau adalah lambang pengorbanan harta.


Beliaulah yang membelanjakan hartanya demi Islam. Beliaulah yang membebaskan hamba yang diseksa kerana iman. Beliaulah yang menemani Saidina Rasulullah ๏ทบ dalam hijrah. Beliaulah yang tetap teguh ketika umat diuji selepas kewafatan Nabi ๏ทบ.


Beliaulah yang membelanjakan hartanya untuk Islam. Dalam riwayat al-Tirmizi, Saidina Umar r.a sendiri menceritakan bahawa apabila Saidina  Rasulullah ๏ทบ memerintahkan para sahabat bersedekah, Umar datang membawa separuh hartanya. Tetapi Saidina Abu Bakr r.a datang membawa seluruh hartanya. Lalu Saidina Rasulullah ๏ทบ bertanya:


ู…َุง ุฃَุจْู‚َูŠْุชَ ู„ِุฃَู‡ْู„ِูƒَ؟


“Apa yang engkau tinggalkan untuk keluargamu?”


Saidina Abu Bakr r.a menjawab:


ุฃَุจْู‚َูŠْุชُ ู„َู‡ُู…ُ ุงู„ู„َّู‡َ ูˆَุฑَุณُูˆู„َู‡ُ


“Aku tinggalkan untuk mereka Allah dan Rasul-Nya.”


Mendengar hal itu, Saidina Umar r.a berkata bahawa beliau tidak akan mampu mendahului Abu Bakr dalam kebaikan. Riwayat ini disebutkan dalam Jami‘ al-Tirmizi, hadis 3675. 


Maka bagaimana mungkin insan yang menyerahkan hartanya untuk agama, membebaskan orang yang tertindas, dan hidup dengan amanah terhadap umat, digambarkan dengan istilah “ceti”?


Bahkan dalam Sahih al-Bukhari, Saidina Umar r.a sendiri pernah berkata:


ุฃَุจُูˆ ุจَูƒْุฑٍ ุณَูŠِّุฏُู†َุง، ูˆَุฃَุนْุชَู‚َ ุณَูŠِّุฏَู†َุง


“Abu Bakr ialah penghulu kami, dan beliau telah membebaskan penghulu kami.”


Yang dimaksudkan ialah Saidina Bilal r.a. Ini menunjukkan Saidina Abu Bakr r.a menggunakan hartanya bukan untuk menekan manusia, tetapi untuk membebaskan manusia daripada penindasan. 


Ketika beliau dilantik menjadi khalifah, ucapan awal beliau juga jelas menunjukkan dasar keadilan, bukan sikap menindas. Antara ucapan Saidina Abu Bakr r.a ialah:


ูَุฅِู†ِّูŠ ู‚َุฏْ ูˆُู„ِّูŠุชُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَู„َุณْุชُ ุจِุฎَูŠْุฑِูƒُู…ْ، ูَุฅِู†ْ ุฃَุญْุณَู†ْุชُ ูَุฃَุนِูŠู†ُูˆู†ِูŠ، ูˆَุฅِู†ْ ุฃَุณَุฃْุชُ ูَู‚َูˆِّู…ُูˆู†ِูŠ


“Sesungguhnya aku telah dilantik memimpin kamu, sedangkan aku bukanlah yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku berlaku baik, bantulah aku. Jika aku berlaku salah, luruskanlah aku.”


Beliau juga berkata:


ุงู„ุถَّุนِูŠูُ ูِูŠูƒُู…ْ ู‚َูˆِูŠٌّ ุนِู†ْุฏِูŠ ุญَุชَّู‰ ุฃُุฑِูŠุญَ ุนَู„َูŠْู‡ِ ุญَู‚َّู‡ُ ุฅِู†ْ ุดَุงุกَ ุงู„ู„َّู‡ُ، ูˆَุงู„ْู‚َูˆِูŠُّ ูِูŠูƒُู…ْ ุถَุนِูŠูٌ ุนِู†ْุฏِูŠ ุญَุชَّู‰ ุขุฎُุฐَ ุงู„ْุญَู‚َّ ู…ِู†ْู‡ُ ุฅِู†ْ ุดَุงุกَ ุงู„ู„َّู‡ُ


“Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisiku sehingga aku mengembalikan haknya, insya-Allah. Dan orang yang kuat dalam kalangan kamu adalah lemah di sisiku sehingga aku mengambil hak daripadanya, insya-Allah.”


Ini bukan ucapan seorang penindas. Ini ucapan seorang khalifah yang meletakkan keadilan di atas kekuatan, amanah di atas kedudukan, dan hak rakyat di atas kepentingan peribadi. Jahat lidah yang menggelarkan beliau "ceti". 


================================


Begitu juga Saidina Umar al-Khattab r.a. Menyandarkan atau mengaitkan beliau dengan tuduhan zina adalah sesuatu yang amat berat. Saidina Umar r.a bukan manusia biasa dalam sejarah. Beliau ialah al-Faruq, khalifah al-Rasyidin, sahabat besar Nabi ๏ทบ, pemimpin yang terkenal dengan keadilan, ketegasan dan ketakutan kepada Allah.


Saidina Umar r.a ialah insan yang dimuliakan oleh Islam, bukan bahan untuk dilanyak dalam retorik politik. Beliau antara sahabat yang Saiduna  Rasulullah ๏ทบ khabarkan dengan jaminan Syurga. Maka berhati-hatilah. Lidah yang digunakan untuk berpolitik jangan sampai menjadi sebab kita merendahkan orang yang dimuliakan oleh Allah dan Rasul-Nya.


Dalam sejarah pentadbiran Islam, Saidina Umar r.a dikenali sebagai pemimpin yang sangat tegas terhadap kezaliman. Pentadbiran beliau bukan dibina atas hawa nafsu, kroni atau kepentingan peribadi, tetapi atas amanah, keadilan dan maslahah umat.


Saidina Umar al-Khattab r.a  bukan manusia yang wajar dijadikan bahan tuduhan hina. Beliau ialah sahabat besar Saiduna  Rasulullah ๏ทบ yang sangat kuat agamanya, sangat tegas terhadap kebenaran, dan sangat takut kepada Allah.

Dalam hadis sahih, Saiduna  Rasulullah ๏ทบ pernah bersabda tentang Saidina Umar r.a:


ูˆَุงู„َّุฐِูŠ ู†َูْุณِูŠ ุจِูŠَุฏِู‡ِ، ู…َุง ู„َู‚ِูŠَูƒَ ุงู„ุดَّูŠْุทَุงู†ُ ู‚َุทُّ ุณَุงู„ِูƒًุง ูَุฌًّุง، ุฅِู„َّุง ุณَู„َูƒَ ูَุฌًّุง ุบَูŠْุฑَ ูَุฌِّูƒَ


Demi Tuhan yang jiwaku berada di tangan-Nya, tidaklah syaitan bertemu denganmu melalui satu jalan, melainkan syaitan akan melalui jalan yang lain daripada jalanmu.


Hadis ini menunjukkan betapa kuatnya iman, ketegasan dan kewibawaan Saidina Umar r.a sehingga syaitan menjauh daripada jalannya.

Dalam hadis yang lain, Rasulullah ๏ทบ juga pernah bermimpi melihat manusia memakai pakaian dengan kadar yang berbeza-beza. Kemudian Baginda melihat Saidina Umar r.a memakai pakaian yang labuh hingga terseret. Apabila para sahabat bertanya tentang tafsirnya, Baginda ๏ทบ menjawab:

ุงู„ุฏِّูŠู†ُ

“Ia adalah agama.”


Maksudnya, Saidina Umar r.a memiliki kekuatan agama yang besar. Beliau bukan tokoh yang hidup menurut hawa nafsu seperti yang dituduh, apatah lagi wajar dikaitkan dengan tuduhan keji seperti zina. Beliau ialah insan yang kuat agamanya, tegas menjaga kebenaran, dan sangat takut kepada hisab Allah.


Maka amat biadab apabila nama Saidina Umar r.a digunakan dalam retorik politik secara longgar, apatah lagi dikaitkan dengan tuduhan yang mencemarkan maruah beliau. Lidah politik jangan sampai melampaui batas adab terhadap sahabat Saidina  Rasulullah ๏ทบ.


Inilah wajah Saidina Umar r.a dalam sirah adil, tegas, amanah dan takut kepada hisab Allah. Bukan seperti gambaran buruk yang dilemparkan oleh lidah politik yang hilang cermat.


==================================


Kepada ahli politik, berhati-hatilah apabila menyebut nama sahabat Nabi ๏ทบ. Jangan kerana mahu menyerang lawan, mahu menarik sorakan penyokong atau mahu kelihatan berani, kita terlanjur merendahkan manusia yang Allah muliakan.


Kepada penyokong pula, jangan kerana terlalu sayang kepada tokoh politik, semua ucapan dipertahankan secara membabi buta. Dalam Islam, cinta mesti bersama ilmu. Wala’ mesti tunduk kepada adab. Politik mesti dipandu syarak, bukan emosi kepartian.


Kaji sirah menurut kacamata ulama, bukan menurut kacamata politik.


Ahli politik, siapa pun orangnya, apabila bercakap tentang sirah tanpa ilmu dan adab, bunyinya hanya seperti tin kosong. Gedegang lebih, isi kurang.


Jangan melaungkan “politik Islam” jika lidah sendiri tidak menjaga adab dengan sahabat Saidina  Rasulullah ๏ทบ.


Ini bukan isu picisan. Ini isu adab terhadap mereka yang dijanjikan Syurga.


Jika politik boleh menjadi jalan menuju Syurga, politik juga boleh menjadi jambatan ke neraka apabila lidah melanggar panduan syarak.


✍️ Nuaim Ishak

Tukang Buku

Tuesday, 5 May 2026

Kajian shiruto dr inagawa

 SHIRUTO dan KERTAS PENYELIDIKAN


BE International hadirkan  Saintis Shiruto... Proffesor Inagawa  dlm "Meet The Expert" pada 20 August 2025 di Dorset Subang.


Jom kenali Dr Inagawa✅


Professor Dr Hiroyuki Inagawa berasal dari Jepun ๐Ÿ‡ฏ๐Ÿ‡ต adalah saintis yg telah membangunkan formula berpaten Shiruto.


Pada tahun 1983, beliau telah terlibat dlm projek penyelidikan secara besar-besaran yg dilancarkan oleh Kerajaan Jepun bertujuan mengkaji fungsi makrofaj terhadap kesihatan manusia. Sejak itu beliau telah meneliti kaedah-kaedah untuk mengaktifkan #makrofaj iaitu sel imun yg amat penting dalam mengekalkan kesihatan tubuh badan yg baik. 


Pada tahun 1988, beliau dan para saintis Jepun telah menemui komponen penting untuk mengaktifkan makrofaj dengan berkesan iaitu IP-PA1 ramuan semula jadi berasal dari tumbuhan yg diekstrak daripada gandum.


Selama lebih dari 30 tahun, Prof Dr Inagawa dan para saintis telah menerbitkan ratusan kertas penyelidikan di platform akademik antarabangsa. Berikut adalah beberapa kajian mengenai #IPPA1 Membantu Melawan Pelbagai Penyakit


๐ŸŽฏ️ Skin Allergy / Allergic dermatitis (Alahan kulit) 

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/20032449/


๐ŸŽฏ️ Atopic Dermatitis / Eczema(Ekzema)

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/26168493/


๐ŸŽฏ️ Gastri Ulcer (Ulser Perut)

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/1525959/


๐ŸŽฏ ️Diabetes/High blood sugar (Kencing Manis/Gula dalam Darah Tinggi)

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/1606647/

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22125681/


๐ŸŽฏ️ Hyperlipidemia /High cholesterol (Kolestrol Tinggi)

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/22125681/


๐ŸŽฏ️ Arteriosclerosis (Pengerasan Arteri)

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/29584779/


๐ŸŽฏ️ Cancer (Kanser)

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/21512265/

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/27354649/


๐ŸŽฏ Alzheimer's Disease (Penyakit Alzheimer)

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/29856882/


๐ŸŽฏ ️Hair loss (Rambut Gugur)

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/27354641/ 


๐ŸŽฏOsteoporosis (Tulang Rapuh)

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/25493180/


IP-PA1 adalah ramuan utama Shiruto. IP-PA1 atau nama saintifiknya Lipopolysaccharide daripada Pantoea agglomerans adalak ekstrak dari gandum๐ŸŒฝ melalui proses penapaian yg telah dipatenkan.


Menurut kajian Prof Dr Inagawa, IP-PA1 mengaktifkan aktiviti makrofaj 1000 kali ganda dari beta glucan dan bakteria asid laktik๐Ÿคฉ.


Dalam erti kata lain, kita perlu makan 1kg Beta glucan atau minum 1liter bakteria asid laktik utk mencapai kesan yg sama dgn 1g IP-PA1.


๐Ÿ“Œ 1g IP-PA1 =1kg Beta glucan = 1liter bakteria asid laktik.


Oleh itu, Prof Dr Inagawa menggelarkan IP-PA1 immuniti vitamin yg membekalkan nutrisi terbaik kepada makrofaj. Untuk memastikan sistem imun badan kita beroperasi secara normal 24 jam sehari, IP-PA1 adalah vitamin penting untuk tubuh badan manusia.


Selama 30 tahun bergiat dalam bidang penyelidikan, objektif kajian Prof Dr Inagawa adalah untuk membolehkan manusia sejagat kekal sihat, jauhi penyakit dan hospital, kurangkan penggunaan ubat.


#Shiruto๐ŸŒฝ adalah bahan botani semulajadi dan selamat. Jangan risau tentang kualiti dan keselamatan.

✅ Pensijilan GMP

✅ Pensijilan Halal

✅ Ramuan tumbuhan semulajadi sesuai untuk vegetarian


Shiruto๐ŸŒฝperisa blueberry semulajadi. Pembungkusan yg kemas dan kecil mudah untuk dibawa ke mana sahaja. Sesuai untuk seisi keluarga termasuk kanak-kanak kecil, wanita mengandung dan warga emas.


**Berikut adalah Profil Prof Dr Hiroyuki Inagawa

▪️Distinguished Professor at Niigata University of   Pharmacy and Applied Sciences

▪️Director of Kan Setouchi Innate Immunity Network

▪️Vice president of Innate Immunity Applied Giken Co.,Ltd

▪️Innate Immunity Control Technology Research Association (CIITRA) Japan

Kisah uwais

๐—ž๐—œ๐—ฆ๐—”๐—› ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—ฆ๐—”๐—›๐—œ๐—› | ๐—จ๐—ช๐—”๐—œ๐—ฆ ๐—”๐—Ÿ - ๐—ค๐—”๐—ฅ๐—ก๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—š๐—˜๐—ก๐——๐—ข๐—ก๐—š ๐—œ๐—•๐—จ๐—ก๐—ฌ๐—” ๐— ๐—˜๐—ก๐—จ๐—ก๐—”๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—›๐—”๐—๐—œ Kisah meng...