KAIFIAT DAN WAKTU TAKBIR AWAL ZULHIJJAH & HARI RAYA AIDILADHA.
Perhatian:
Selepas salam elok baca zikir selepas solat dahulu, Istighfar 3 kali dan seterusnya kemudian baru takbir.
Lihat Penjelasan:
*AAM 2020; Waktu Takbir Muqayyad -Takbir Raya - Untuk Raya Haji Bermula Pada Subuh Hari Arafah hingga Akhir Hari Tasyriq.
Lihat: https://youtu.be/cnf0rhgkaOQ
**AAM 2020; Lafaz Takbir Raya Yang Elok Dibaca pada hari raya Eidil Fitri & Adha.
Lihat: https://youtu.be/9Bhi5bPyjBU
***AAM 2023; Tadabbur Ayat Takbir, Surah Al-Baqarah Ayat [185] Memahami Makna & Fadhilat Takbir.
Link: https://youtu.be/0_cNMW9gOyU
****AAM 1440H; Adab-adab Berhari Raya - Eidil Fitri & Adha.
Syarah Kitab "Puasa & Ramadhan" Habannakeh.
Lihat: https://youtu.be/9Bhi5bPyjBU
Semoga Bermanfaat!
#AAM, Makkah 6 Zulhijjah 1444H / 24-6-2023M.
-Jemput ke: www.abuanasmadani.com
TAKBIR
Dalam bahasa Melayu, perkataan syiar diertikan dengan lambang kebesaran dan keagungan.
Setiap agama mempunyai syiar masing-masing.
Imam Nawawi rahimahullah berkata:
يستحبّ التكبير ليلتي العيدين...وأما عيدُ الأضحى، فيُكَبِّر فيه من بعد صلاة الصبح مِنْ يَوْمِ عَرَفة إلى أن يصليَ العصر من آخر أيام التشريق، وَيُكَبِّر خلفَ هذه العَصْرِ ثم يقطع
"Disunatkan BERTAKBIR pada malam 2 hari raya. Adapun 'Idul Adha (Hari Raya Korban), maka BERTAKBIR selepas daripada solat SUBUH hari Arafah sehingga menunaikan solat Asar pada hari terakhir daripada hari Tasyriq (13 Zulhijjah). Dia BERTAKBIR selepas daripada solat Asar, kemudian dia memutuskan (berhenti) takbir."
[Al-Azkar]
Takbir muqayyad adalah selepas solat Subuh pada 9 Zulhijjah. Ia berakhir selepas menunaikan solat Asar pada 13 Zulhijjah.
Disunatkan juga untuk bertakbir pada malam hari raya 10 Zulhijjah.
Ibnu Abdil Halim rahimahullah berkata:
"النصارى يسمّون عيد المسلمين عيد "الله أكبر لظهور التكبير فيه، وليس هذا لأحد من الأمم من أهل الكتاب ولا غيرهم غير المسلمين، وإنما كان موسى يجمع بني إسرائيل بالبوق، والنصارى لهم الناقوس
"Orang Nasrani menamakan hari raya orang Islam sebagai HARI RAYA TAKBIR kerana zahirnya ucapan TAKBIR pada hari tersebut. Ini tidak terdapat pada umat yang lain; ahli kitab atau orang kafir yang lain. Nabi Musa alaihissalam mengumpulkan Bani Israil dengan terompet. Orang Nasrani, bagi mereka loceng". [Al-Jawab]
Zahirkanlah syiar Islam dengan bertakbir. Tinggalkan syiar yang lain.
Jangan sampai Islam diingati dengan syiar yang bukan berasal daripadanya. Bukan loceng, bukan mercun, bukan lagu raya.
Islam dikenali dengan ucapan penganutnya yang membesarkan Allah, Tuhan yang Maha Agung.
الله أكبر الله أكبر الله أكبر لا إله إلا الله والله أكبر الله أكبر الله أكبر
تقبل الله منا ومنكم
Semoga Allah ta'ala menerima segala amalan soleh.
#ARAR, 10121444 - 26062023
No comments:
Post a Comment