Monday, 27 October 2025

Tafsir surah yunus: Ayat 104-107

 💎𝐀𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐈𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐈𝐛𝐚𝐝𝐚𝐭, 𝐈𝐬𝐭𝐢𝐪𝐚𝐦𝐚𝐡 𝐀𝐭𝐚𝐬 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 & 𝐓𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐒𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐁𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐓𝐨𝐥𝐚𝐤 𝐊𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒.𝐖.𝐓.💎


♥ 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙄𝙨𝙣𝙞𝙣 27/10/2025 / 05 𝙅. 𝙐𝙡𝙖 1447𝙃 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙔𝙪𝙣𝙪𝙨 (35) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [104-107]♥


F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨: https://youtu.be/8kSJMCRLsf0?si=kz6Z_9KfLmBqWn1_ 


🌷𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:

1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Yunus dengan ayat 104 sehingga ayat 107 dalam juzuk kesebelas.


2. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan arahan kepada semua manusia supaya ikhlaskan ibadat kepada Allah s.w.t, buang perbuatan syirik & jangan lagi berasa syak ragu, terumbang-ambing tak tahu nak ikut yang mana.


3. Allah juga perintahkan agar istiqamah atas agama Islam yang suci & murni ini serta jangan lagi cari yang selain daripada Allah, yang tiada kuasa & daya-upaya. 


4. Yakinlah tiada siapa boleh tolak mengatasi kuasa Allah S.W.T maka bersihkanlah diri dari segala syirik, khurafat & bid'ah yang boleh mengundang kemurkaan Allah s.w.t.


5. Munasabah dengan ayat sebelumnya:


i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan dalil-dalil tentang keEsaan & keagungan Allah s.w.t sehingga ke kemuncaknya! 


Allah kata kamu perhati dan tiliklah kepada langit & bumi sebagaimana sepatutnya!


ii- maka datang ayat ini Allah suruh Nabi s.a.w nyatakan agama, pegangan dan ajarannya agar hilang keraguan & syak dalam perjalanan agama ini. 


Maka Nabi s.a.w tegaskan kepada umatnya bahawa dalam agama ini tiada sembahan yang lain kecuali Allah s.w.t semata-mata.


أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ 


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎𝟒- {𝐊𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝): "𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚! 𝐒𝐞𝐤𝐢𝐫𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐮𝐡 𝐬𝐲𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚𝐤𝐮, 𝐦𝐚𝐤𝐚 (𝐤𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢𝐥𝐚𝐡) 𝐚𝐤𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡 𝐦𝐚𝐤𝐡𝐥𝐮𝐤-𝐦𝐚𝐤𝐡𝐥𝐮𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐚𝐤𝐮 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 (𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧); 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐮 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐠𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧.} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟏𝟎𝟒) 


1. Allah perintahkan Nabi s.a.w untuk menyeru seluruh manusia: Jika kamu tak yakin lagi akan agama yang aku seru & dakwah ini; maka ketahuilah dalam agama ini aku tak sembah kecuali Allah s.w.t semata-mata. Samada patung berhala atau kubur dan lain-lain.

2. Kata Ibnu Jarir rhm: Manusia di sini  ketika turuna ayat ini ialah musyrikin Makkah. Sekarang ini untuk semua kafir di mana saja atas dunia ini!

3. Aku hanya sembah Allah yang 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 mengambil nyawa &  𝐦𝐞𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮, kemudian membangkitkan semula kamu 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 kembali kepada Allah bagi 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧nya! 

4. Dalam ayat ini Nabi s.a.w memperkenalkan kepada puak kafir Allah s.w.t dengan sifat-Nya yang akan mematikan kamu semua { ٱللَّهَ ٱلَّذِى يَتَوَفَّىٰكُمْ}! Hikmahnya kerana manusia ini biasanya dengan mati akan takut- lalu mematikan angan-angan mereka tak berapa rakus & jahat lagi!

5. Dunia ini hanya sesaat (sementara) maka isikanlah ia dengan ketaatan! Apabila mati masuk dalam kubur bermulalah episod azab yang telah dijanjikan kepada orang kafir sebelum ini!

6. Allah juga suruh Nabi iklankan bahawa 𝐚𝐤𝐮 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐠𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧. Yakni Allah suruh Nabi s.a.w menjadi orang beriman yang membenarkan segala wahyu yang diturunkan Allah kepadaku. 

7. Allah telah janjikan sesiapa yang menurut agama ini- merekalah orang-orang yang selamat daripada azab & akan dapat kemenangan ke atas musuh & Islam akan kembali mendapat tempat atas dunia ini.


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎𝟓- {"𝐒𝐞𝐫𝐭𝐚 (𝐝𝐢𝐰𝐚𝐣𝐢𝐛𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐤𝐮): ' 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐝𝐢𝐫𝐢𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐣𝐮 (𝐤𝐞 𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡-𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡) 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐢𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬, 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐬𝐲𝐫𝐢𝐤'."} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟏𝟎𝟓)

1. Munasabah ayat:

i- dalam ayat yang lepas Allah suruh Nabi s.a.w nyatakan apa yang dia sembah; iaitu Allah s.w.t.

ii- maka dalam ayat ini ialah Allah perintahkan Nabi s.a.w supaya istiqomah tetap pendirian atas Islam kerana hanya Islam lurus yang dapat menyelamatkan kamu daripada bala bencana! 

2. Allah s.w.t  juga perintahkan janganlah sesekali kamu termasuk dalam golongan musyrikin samada dalam keadaan kamu, amalan ibadat kamu atau aqidah pegangan kamu- jangan buat tak baik! 

3. Siapa yang buat tak baik maka dialah orang yang rugi di dunia & celaka di Akhirat. Kerana mereka telah menggugurkan amalan mereka dengan melakukan syirikk terhadap Allah s.w.t!

*Inilah istiqomah atas jalan yang benar!


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎𝟔- {𝐃𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝) 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐮𝐣𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐦𝐮. 𝐎𝐥𝐞𝐡 𝐢𝐭𝐮, 𝐬𝐞𝐤𝐢𝐫𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐚𝐚𝐭 𝐢𝐭𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐮 𝐳𝐚𝐥𝐢𝐦 (𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐬𝐲𝐢𝐫𝐢𝐤 𝐢𝐭𝐮).} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟏𝟎𝟔) 

1. Munasabah ayat:

i- dalam ayat yang lepas Allah perintahkan untuk istiqomah atas landasan Islam & iman serta jangan sesekali syirik kepada Allah.

ii- maka datang ayat ini menegaskan lagi sebab agar jangan syirik, jangan ikut puak kafir! Ini kerana semua sembahan selain daripada Allah itu tiada kuasa tidak dapat memberi mudharat atau darurat kepada kamu. Batu yang kamu ukir dan buat itu- mereka yang sepatutnya sembah kamu!

2. Dalam ayat ini Allah bawa larangan tegas agar jangan sesekali kamu syirik dengan sembah yang lain selain daripada Allah Azza wa Jalla! Jika kamu buat juga maka kamu termasuk dalam golongan yang zlaim! 

3. Ini kerana bahawa semua yang kamu sembah selain daripada Allah seperti berhala dewa kubur atau atau apa saja adalah sesuatu yang tidak ada kuasa & daya; 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐦𝐮.

4. Ingatlah jangan sesekali menjadi 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐮 𝐳𝐚𝐥𝐢𝐦 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐬𝐲𝐢𝐫𝐢𝐤 𝐢𝐭𝐮. Ini kerana  sesungguhnya syirik kepada Allah adalah satu perbuatan zalim yang besar! Kamu sembah saja atas dunia ini adalah perbuatan syirik yang zlaim. Zalim kepada diri sendiri kerana akibatnya akan disiksa dalam neraka kelak!


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎𝟕- {𝐃𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐩𝐮𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐩𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚; 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐈𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐢 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚𝐩𝐮𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢 𝐥𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐤𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚𝐍𝐲𝐚. 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚𝐍𝐲𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐢𝐍𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐡𝐚𝐦𝐛𝐚-𝐡𝐚𝐦𝐛𝐚𝐍𝐲𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐧𝐢.} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟏𝟎𝟕)

1. Munasabah ayat:

i- dalam ayat yang pertama (106) Allah sebut sifat berhala yang kamu sembah itu tidak memberi manfaat & darurat! Yakni tiada kuasa apa.

ii- maka dalam ayat ini Allah menegaskan bahawa berhala atau sembahan itu tidak dapat menghalang jika Allah nak timpakan kamu dengan  𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 atau jika Allah nak berikan kamu kebaikan. Yakni tak dapat beri mudharat & kebaikan kepada kamu.

*Kita boleh beli ubat tetapi tak boleh berli kesembuhan!

2. Dalam  ayat ini Allah menegaskan kuasa-Nya yang tidak dapat dihalang atau disekat oleh sesiapa atau satu apapun:

i- 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧, {وَإِن يَمْسَسْكَ ٱللَّهُ بِضُرٍّۢ} 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐩𝐮𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐩𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚. Iaitu Allah beri ujian seperti bala, kesakitan kemiskinan dan seumpamanya- tiada siapa yang dapat menghalangnya dari kamu kecuali Allah yang Esa yang tunggal yang berhak disembah!

ii- 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐢 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 {وَإِن يُرِدْكَ بِخَيْرٍۢ}, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚𝐩𝐮𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢 𝐥𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐤𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚𝐍𝐲𝐚. Yakni jika Allah nak beri kamu rahmat kebaikan tiada siapa di kalangan hamba & makhluk yang dapat menyekatnya!!!

3. Ingatlah makin kita dianiayai, difitnah dituduh dengan tuduhan jahat & palsu, insya' Allah makin naik darjat kita, makin banyak pahala kita.

4. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:

{Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tidak ada sesuatupun yang dapat menahannya; dan apa jua yang ditahan oleh Allah maka tidak ada sesuatupun yang dapat melepaskannya sesudah itu. Dan (ingatlah) Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.} (Faatir 35:2)

5. Hadis riwayat dari Ibnu Abbas r.a berkata:

كُنْتُ خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا فَقَالَ: يَا غُلاَمُ! إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ احْفَظْ اللَّهَ يَحْفَظْكَ احْفَظْ اللَّهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلْ اللَّهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ.

 وَاعْلَمْ أَنَّ الأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ لَكَ وَلَوْ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَيْكَ رُفِعَتْ الأَقْلاَمُ وَجَفَّتْ الصُّحُفُ.

Aku pernah berada di belakang Rasulullah s.a.w (atas haiwan tunggangan) pada suatu hari, lalu baginda bersabda: Wahai anak muda! Sesungguhnya aku akan mengajarimu beberapa kalimat:

Jagalah Allah niscaya Dia menjagamu,

Jagalah Allah niscaya kau menemui-Nya di hadapanmu,

Apabila kau meminta, mintalah pada Allah dan bila kau meminta pertolongan, mintalah kepada Allah.

Ketahuilah bahawasanya jika manusia berhimpun untuk memberi sesuatu manfaat kepadamu, tidaklah mereka dapat memberi apa jua manfaat kepadamu melainkan apa yang telah Allah taqdirkan bagimu,

Dan jika (manusia) berhimpun untuk memberikan sesuatu mudarat ke atasmu, tidaklah mereka dapat memberi apa jua mudarat ke atasmu melainkan apa yang telah Allah taqdirkan ke atasmu.

Pena-pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering. [HR at-Tirmizi]

8. Hadis Ibnu Abbas ini ajarlah kepada anak-anak kita, pasaklah ke dalam hati pelajar-pelajar kita- kerana ia dapat mengawal kita daripada terjebak dengan khurafat & percaya kepada perkara-perkara karut! 

9. Allah kata- 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚𝐍𝐲𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐢𝐍𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐡𝐚𝐦𝐛𝐚-𝐡𝐚𝐦𝐛𝐚𝐍𝐲𝐚 dan beri kemudharatan kepada sesiapa yang Dia kehendaki juga! Tiada siapa boleh halang & boleh sekat!

10. Allah tutup ayat ini dengan menegaskan bahawa:

i-  𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧; Yakni Allah Maha Pengampun kepada hamba-Nya yang bertaubat dan menghapuskan dosa-dosa mereka.

ii- 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐧𝐢, Allah sangat kasihan-belas terhadap hamba-Nya yang beriman!

Ya Allah jadikan kami sebagai orang beriman & yang sentiasa bertaubat kepada-Mu.

🎀𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:

1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎𝟒- {𝐊𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝): "𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚! 𝐒𝐞𝐤𝐢𝐫𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐮𝐡 𝐬𝐲𝐚𝐤 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚𝐤𝐮,…}- Allah menyeru kepada semua manusia- asalkan dia orang atau manusia yang ada akal!

Dalam ayat ini Allah kata {𝐒𝐞𝐤𝐢𝐫𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐮𝐡 𝐬𝐲𝐚𝐤 }- lalu ulama' tadabbur buat ulasan- ayat ini ditujukan kepada puak kafir- sedangkan mereka adalah puak kafir yang bukan hanya syak tetapi menolak & tidak terima terus ajaran Nabi s.a.w.- maka syak-ragu apa lagi??

Jawapan:

Sebenarnya puak kafir ini bukan tak terima sangat ajaran Nabi s.a.w tetapi syak ragu-ragu memikirkan apakah benar ajaran Muhammad ini?? 

Apatah lagi apabila melihat mukjizat Nabi s.a.w- mereka bertambah syak & ragu- betulkah mukjizat ini??? Atau apakah ini sihir?

Kerana itu Allah perintahkan Nabi s.a.w untuk berunding dengan puak kafir; jika kamu syak atau ragu maka marilah aku tunjukkan kepada kamu bukti kebenaran adanya Allah Azza wa Jalla & Allah yang maha berkuasa ke atas setiap sesuatu!

2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎𝟒- {… 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐚𝐤𝐮 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 (𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧);}- Nabi s.a.w memperkenalkan sifat Allah yang mematikan manusia ini kepada puak kafir yang syak tadi!

Apakah hikmahnya????

Jawapan: Allah perkenalkan kepada orang kafir bahawa Allah yang kamu kena sembah itu ialah Tuhan yang mematikan kamu kerana:

i- apabila sebut mati- semua manusia akan mati, dan apabila mati bermulalah episod  penyiksaan & ditimpa azab. Jika tak mati, jika masih di atas bumi ini, buatla apa saja yang kamu nak, mungkin selamatlah selagi hidup.

ii- menunjukkan bahawa Allah-lah yang mematikan- kita semua di bawah kuasa Allah s.w.t. Berhala dan segala sembahan kamu itu tidak ada kuasa apapun, maka tak perlu sembah ia bahkan ia yang kena sembah kamu!!

iii-untuk menunjukkan bahawa kehidupan kita ini ada 3 peringkat- hidup-mati- kemudian hidup balik! Maka Allah perkenalkan Dia-lah Tuhan yang akan mematikan kamu! Kamu nak atau tak nak, sir atau tak sir; kamu tetap akan dimatikan Allah s.w.t.

iv- semua orang takut mati maka apabila disebut amaran tentang mati; diharapkan dapat menakutkan & menyedarkan mereka!

v- untuk menyentap puak kafir yang melawan dan mencabar Nabi s.a.w untuk bawa azab. Maka Nabi beritahu kamu tap perlu caba raku- jika azab datang matilah semua puak kamu ini!

Inilah faedah Allah sebut sifat-Nya yang mematikan semua makhluk ini!


3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎𝟓- {"𝐒𝐞𝐫𝐭𝐚 (𝐝𝐢𝐰𝐚𝐣𝐢𝐛𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐤𝐮): ' 𝐇𝐚𝐝𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐝𝐢𝐫𝐢𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐣𝐮 (𝐤𝐞 𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡-𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡) 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐢𝐤𝐡𝐥𝐚𝐬, 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐬𝐲𝐫𝐢𝐤'."}- ayat ini Allah perintahkan kita untuk tetapkan pendirian, hadapkan diri kita kepada agama ini.

Yakni hendaklan kamu istiqomah- tetapkanlah wajah & hati kamu kepada Allah & pegangan kamu dengan agama yang murni ini jangan kafir! 

Dalam ayat ini Allah nyatakan perintah sedangkan dalam ayat pertama hanya khabar, ini kerana:

i- khabar sesuai dengan cerita yang lepas, Allah dulu kafir binasa, kaum dulu syirik hancur musnah!

ii- manakala jika perintah sesuai dengan keadaan sekarang dan akan datang! Yaknikamu jika dulu kafir- sekarang ini jangan- beriman & istiqomah!

Maka dalam ayat  ini Allah s.w.t sekali lagi nak didik kita orang yang beriman, orang Islam agar sentiasa istiqomah atas landsan yang benar, agama yang suci ini, jangan sesekali syirik!

Kita tengok sekarang ini apabila kita beri pengajian & peringatan tentang bahayanya amalan syirik & perbuatan meminta dengan batu kayu atau batu nesan dan kubur; boleh mengundang syirik kepada Allah s.w.t; tiba-tiba datang mereka yang berselindung di sebalik fake akaun mengatakan inilah golongan pendakwah yang suka mensyirikkan orang, sukak mengkafirkan & membid’ahkan orang!!!  

Kita kata tuan-tuan: Bukalah mata, bukalah telinga dan lapangkan dada! Kita kena tahu membezakan antara orang yang mengkafirkan orang & orang menjelaskan tentang ciri-ciri kesyirikan & kekufuran.

Kita hanya menyatakan perbuatan itu boleh membawa kepada syirik, mengundang kekufuran, terjebak dengan bid'ah dan khurafat juga boleh jadi kemungkaran jika dilakukan! 

**Berbeza dengan orang yang menjatuhkan hukum syirik & kafir ke atas orang lain!

Di hadapan tuan-puan ada alat ada pelbagai gajet, ada video ada tulisan; lihatlah baik-baik dengan hati yang terbuka dan nilaikanlah sendiri dengan akal & fikiran yang waras, siapakah yang buat masalah dalam dunia sekarang ini soo yang mengkafirkan orang sebenarnya! 


4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎𝟔- {𝐃𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝) 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐮𝐣𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐦𝐮.}- Allah memberi amaran agar jangan sembah patung berhala dan apa saja selain Allah! Jika kamu sembah juga. akan syiriklah kamu dan akan menjadi orang yang zalim!

Kata ulama' tadabbur: Ayat ini ditujukan kepada Nabi s.a.w maka menunjukkan bahawa betapa bahayanya syirik ini kerana sesiapa saja pun tak kira orang besar atau nabi sekalipun; jika terlibat dengan syirik akan gugur segala amalannya!

Maka menjadi tugas para pendakwah & agamawan untuk menyatakan batasan antara iman & kufur, batas antara Sunnah & bid'ah dan batas antara kebaikan & kemungkaran! Wajib kita kena berkerja menasihati umat ini daripada terjebak dengan dosa yang berat  ini, kerana syirik adalah dosa yang tidak diampunkan Allah.


5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎𝟕- {𝐃𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧;… … 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐈𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐢 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧,…}- dalam ayat ini Allah mulakan dengan berfirman jika Allah nak timpakan ke atas kamu bahaya dulu kemudian barulah  jika Allah nak beri kepada kamu kebaikan pula.

Ulama' buat kajian- timbul persoalan kenapa berbeza antara kena yang buruk & dapat yang baik:

i- 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧; {وَإِن يَمْسَسْكَ ٱللَّهُ بِضُرٍّۢ}

ii- 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐈𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐢 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧, 

{وَإِن يُرِدْكَ بِخَيْرٍۢ}

Jawapan- kata ulama':

i- kerana mudharat itu sesuatu yang nampak yang boleh dilihat seperti fth, musibah d[t banjir gembpa dan seumpamanya: kerana itu Allah guna kalimah menimpa atau kena ke atas kamu { يَمْسَسْكَ ٱللَّهُ بِضُرٍّۢ}.

ii- manakala kebaikan kadang-kadang nampak kadang-kadang tidak. Seperti Allah beri kepada kita iman- tak nampak kerana ia di dalam hati. Begitu juga kegembiraan, ketenangan, kesedihan dan lain-lain yang tidak nampak. Kerana itu Allah kata Aku nak beri kepada kamu kebaikan { يُرِدْكَ بِخَيْرٍۢ} maka kebaikan itu yang bermacam-macam & pelbagai jenis yang ada!

Jadi bila nak beri kebaikan Allah guna ayat yang lembut- dan bila ujian agak keras dan berat kerana Allah nak sentap kita agar sedar. 

Sebagai pendakwah kita kena tenang dalam semua keadaan dan ujian yang datang. 

Contoh jika ada yang menjadi tetamu walaupun kafir atau orang yang dianggap jahat- kita terima sebagai tuan rumah:

i- jangan terlalu menunjukkan kebencian & penghinaan kepada mereka- kerana ita nak mereka datang & keluar dengan melihat kebaikan Islam dan mendapat hidayah bukan keluar sebagai mayat!


ii-  tetapi jangan terlalu menunjukkan kegembiraan & keterujaan yang melampaui pula- berpada-padalah!

Jangan sampai mengguriskan perasaan saudara Islam kita yang dizalimi dan ditindas oleh mereka puak kafir yang jahat itu.


Semoga Allah sembuhkan segala penyakit kita, jaga kita dari segala kejahatan, hilangkan segala tuduhan dan fitnah jahat orang yang hasad & busuk hatinya.


Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya. 


𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀


#𝙐𝘼𝙈✎𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗵 𝙄𝙨𝙣𝙞𝙣 27/10/2025 / 05 𝙅. 𝙐𝙡𝙖 1447𝙃🌷


Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Yunus 2025 (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:


Link: 

https://www.youtube.com/playlist?list=PLC16EIfOI4LCezq32AtjEt24_fUbZeiy3


Semoga Bermanfaat!

No comments:

Post a Comment

Air

  AIR MENGALIR Bukan tidak pernah menjadi ombak dan gelombang garang bersama mu merobohkan pangkalan meremukkan bahtera di tengah lau...