💎𝐅𝐢𝐫'𝐚𝐮𝐧 𝐊𝐮𝐦𝐩𝐮𝐥 𝐀𝐡𝐥𝐢 𝐒𝐢𝐡𝐢𝐫, 𝐌𝐮𝐬𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐥𝐚𝐰𝐚𝐧 & 𝐆𝐨𝐥𝐨𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐉𝐚𝐡𝐚𝐭 𝐊𝐚𝐥𝐚𝐡.💎
♥ 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝘼𝙝𝙖𝙙 19/10/2025 / 27 𝙍. 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1447𝙃 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙔𝙪𝙣𝙪𝙨 (28) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [79-82]♥
F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨: https://youtu.be/MsweuEhJfik?si=SPbfi0o6m2i0Gf_V
🌷𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:
1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Yunus dengan ayat 79 sehingga ayat 82 dalam juzuk kesebelas.
2. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan bahawa walaupun selepas Nabi Musa membawa hujjah & mukjizat yang jelas lagi nyata; Fir'aun tetap menolak untuk beriman dan membuat tuduhan bahawa Musa adalah ahli sihir & gila kuasa untuk merampas kerajaannya.
3. Lalu Fir'aun arahkan untuk dikumpulkan semua ahli sihir yang ada di Mesir ketika itu untuk melawan sihir Musa.
4. Maka mereka memulakan perlawanan- di mana tongkat Musa memakan semua ular ahli sihir lalu dengan pertolongan Allah- kalahlah golongan jahat.
5. Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang tuduhan Fir'aun bahawa Nabi Musa guna sihir dan buat pengumuman bahawa tidak akan ikut Musa.
ii- maka dalam ayat ini Fir'aun memerintahkan untuk dikumpulkan semua ahli sihir yang hebat yang ada di bumi Mesir untuk datang berlawan dengan Nabi Musa a.s. Sihir lawan sihir pada awalnya kemudian guna akta apabila dh kalah.
*Siri ini adalah episod yang kedua bagi kisah Nabi Musa berlawan dengan Fir'aun dalam surah Yunus ini.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕𝟗- {𝐃𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐅𝐢𝐫𝐚𝐮𝐧 (𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠𝐧𝐲𝐚): "𝐁𝐚𝐰𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐤𝐮 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐬𝐢𝐡𝐢𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫".} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟕𝟗)
1. Fir'aun memerintahkan tenteranya untuk mengumpulkan semua ahli sihir yang mahir lagi hebat yang ada dalam Mesir itu untuk datang berkumpul dan melawan Nabi Musa.
2. Dalam Kitab Bidayah wan-Nihayah oleh Ibnu Kathir mengatakan: Terdapat beberapa riwayat mengatakan terdapat 80 ribu ahli sihir, ada kaa 70 ribu dan ada kata lebih daripada 19k, ada kata 12 atau 13k ribu bahkan ada kata 70 orang.
*Kita simpulkan boleh jadi 80 ribu itu jumlah keseluruhan yang ada di seluruh Mesir tetapi yang terpilih untuk masuk berlawan dengan Musa di istana mungkin hanya 70 orang sahaja!
3. Kata ulama' seperti as-Sayuti: Ahli sihir yang datang ke istana untuk berdepan dengan Nabi Musa lebih kurang dalam 70 orang lelaki- yang paginya ahli sihir yang kufur tetapi petangnya adalah para syuhada’ yang beriman kepada Allah- akibat dibunuh oleh Fir'aun!
4. Ayat ini disambung dengan firman Allah ini, iaitu apabila ahli sihir datang ke istana:
{Dan datanglah ahli-ahli sihir itu kepada Firaun lalu berkata: "Sungguhkah kami akan beroleh upah, kalau kami dapat mengalahkannya?"
Firaun menjawab: "Benar, (kamu akan mendapat upah) dan kamu sesungguhnya (akan menjadi) dari orang-orang yang damping (denganku)".} (Al-A'raaf 7:114)
*Yakni sebelum berlawan ahli sihir minta kepastian dari Fir'aun apakah mereka akan mendapat upah & habuan jika dapat kalahkan Musa dalam sihir itu. Fir'aun pun berjanji akan memberi upah yang besar dan akan menjadi orang dekat dengannya!
5. Allah sebut tentang kisah Nabi Musa berlawan dengan ahli sihir dalam al-Quran beberapa kali:
i- dalam surah al-A’raf- bermula dari ayat 109-112.
ii- surah Yunus ini
iii- surah Taha
iv- surah asy-Syu’ara’.
6. Allah mengulang kisah ini beberapa kali kerana manusia mudah terpengaruh & percaya dengan kisah yang pelik seperti khurafat, sihir dan seumpamanya begini maka disebut acap-kali agar manusia tidak mudah lupa untuk diambil pengajaran iktibarnya.
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖𝟎- {𝐒𝐞𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐡𝐥𝐢-𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐬𝐢𝐡𝐢𝐫 𝐢𝐭𝐮, 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐬𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚:" 𝐂𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐡𝐮𝐥𝐮 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐜𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 (𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚-𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐡𝐢𝐫 𝐢𝐭𝐮)!"} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟖𝟎)
1. Sebelum mula berlawan, mereka berunding siapa yang akan mencampakkan dulu alat-alat sihinya. Nabi Musa lalu meminta para ahli sihir untuk mulakan dulu dengan mencampakkan alatan sihir mereka!
2. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
i- {Nabi Musa menjawab: "Bahkan kamulah campak dahulu". Tiba-tiba tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka terbayang-bayang kepadanya seolah-olah benda-benda berjalan, disebabkan sihir mereka.} (Taha 20:66)
ii- {Mereka berkata: "Hai Musa! Engkaukah yang akan mencampakkan (tongkatmu lebih dahulu) atau kamikah yang akan mencampakkan (lebih dahulu)?"} (Al-A'raaf 7:115)
Nabi Musa menjawab: "Campakkanlah kamu (dahulu)!" Maka apabila mereka mencampakkan (tongkat-tongkat dan tali masing-masing), mereka menyilap mata orang ramai dan menjadikan orang-orang itu merasa gerun, serta mereka melakukan sihir yang besar (keadaan dan caranya).} (Al-A'raaf 7:116)
3. Ada setengah ulama' dalam kajiannya mengatakan: Ahli sihir itu menggunakan raksa dibubuh pada tali & tongkat mereka, iaitu sejenis logam cair yang digunakan dalam thermometer untuk mengukur suhu. Raksa ini sifatnya mengembang apabila suhu panas & mengecut apabila suhu sejuk- ini penjelasan ikut logik sains macamana ahli sihir itu menyilap mata orang ramai.
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖𝟏- {𝐒𝐞𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐜𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 (𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚-𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐢𝐭𝐮), 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐬𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚:" 𝐀𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮, 𝐢𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐢𝐡𝐢𝐫; 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐥𝐬𝐮𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 (𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐤𝐣𝐢𝐳𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐤𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐤𝐮); 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐨𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧.} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟖𝟏)
1. Setelah ahli sihir campakkan alatan mereka seperti tali-tali & tongkat yang menyihir mata manusia yang melihatnya seolah bertukar menjadi ular-ular kecil yang bergerak.
2. Sebagai seorang pendakwah yang hebat Nabi Musa mengambil peluang untuk berceramah menyatakan dakwah & kebenarannya dengan berkata:
i- 𝐀𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮, tali-tali yang bergerak itu, 𝐢𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐢𝐡𝐢𝐫 yang sebenarnya;
ii- 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐥𝐬𝐮𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚- iaitu dengan membatalkan sihir itu kepada orang ramai.
iii- 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐤𝐣𝐢𝐳𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐤𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐤𝐮- iaitu tongkat yang ada ditangannya, yang akan dicampakkan nanti!
*Begitulah para pendakwah kena ambil peluang yang ada bila-bila masa & di mana saja untuk menyatakan kebenaran dan menyampaikan ajarannya. sebagaimana Nabi Yusuf
3. Ayat ini boleh kita baca kisahnya yang lengkap selepas Musa selesai bagi tazkirah dan Allah suruh campakkan tongkatnya dalam ayat ini:
{Dan Kami wahyukan kepada Nabi Musa: "Campakkanlah tongkatmu!" Maka tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).
Maka sabitlah kebenaran (mukjizat Nabi Musa), dan batallah (sihir) yang mereka telah lakukan.
Oleh itu, kalahlah Firaun dan Ketua-ketua kaumnya di situ dan kembalilah mereka dengan keadaan yang hina.} (Al-A'raaf 7: 117-119)
4. Setelah melihat tongkat Nabi Musa menelan habis licin ular sihir mereka; maka para ahli sihir pun tahulah bahawa kuasa yang Musa ada itu bukanlah sihir kerana sesama sihir tidak boleh makan atau musnahkan sihir lain! Lalu mereka terus insaf & beriman- sujud kepada Allah.
5. Di akhir ayat ini Allah berfirman: S𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐨𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧.
6. Kata Ibnu Asyur Fir'aun & para ahli sihir itu dikatakan sebagai 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐨𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 { ٱلْمُفْسِدِينَ } kerana beberapa perbuatan mereka:
i- kerjanya nak menyesatkan akal manusia supaya percaya & taksub kepada mereka- tanpa manusia tahu apa sebab tali itu bergerak.
ii- nak menyekat dakwah Nabi Musa dengan sihirnya.
iii- nak meneruskan amalan syirik yang mereka buat terhadap Allah s.w.t.
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖𝟐- {"𝐃𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐭𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡-𝐤𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡𝐍𝐲𝐚, 𝐰𝐚𝐥𝐚𝐮𝐩𝐮𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐧𝐜𝐢 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐨𝐬𝐚".} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟖𝟐)
1. Allah tutup episod ini dengan firman-Nya bahawa Allah akan zahirkan apa yang benar itu sebagai benar & yang batil itu adalah batil dengan kalimah-Nya atau perintah Allah s.w.t. iaitu melalui al-Quran.
2. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Supaya Allah menegakkan yang benar itu dan menghapuskan yang salah (kufur dan syirik), sekalipun golongan (kafir musyrik) yang berdosa itu tidak menyukainya.} (Al-Anfaal 8:8)
3. Yakni Allah akan tetapkan kalimahnya menyata yang benar itu & yang batil itu batil walaupun dibenci oleh orang jahat lagi berdosa terhadap Allah.
3. Ini merupakan janji Allah kepada orang yang beriman dan bahawa kita akan diberi kelebihan oleh Allah. Iaitu sesiapa yang yang menegakkan kebenaran, yang berpegang dengan al-Quran & Sunnah ini insya' Allah walaupun ditentang dihalang- akan terserlah juga kebenaran akhirnya.
4. Tetapi mereka yang tak dapat hidayah seperti Fir'aun & pengikutnya akan binasa dalam kesesatan. Tetapi ahli sihir Fir'aun yang dapat melihat kebenaran bahawa mukjizat Nabi Musa bukan sihir- terus beriman dan mengiklankan keislamannya.
5. Begitulah pentingnya keyakinan yang dibawa oleh para pendakwah dengan apa yang mereka bawa!
🎀𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕𝟗- {𝐃𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐅𝐢𝐫𝐚𝐮𝐧 (𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠𝐧𝐲𝐚): "𝐁𝐚𝐰𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐤𝐮 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐬𝐢𝐡𝐢𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐡𝐢𝐫".}- oleh kerana Fir'aun menuduh Nabi Musa sebagai ahli sihir- maka untuk melawannya, Fir'aun dengan kekuasaan & keangkuhannya terpaksa mencari & mengumpulkan para ahli sihir mahir yang ada pada waktu itu.
Seperti yang telah kita bincangkan di atas bahawa ahli tafsir seperti Ibnu Kathir mengatakan terdapat dalam 18 ribu orang ahli sihir dalam negeri Mesro pada waktu itu,
Manakala menurut riwayat Ibnu Abbas r.a: Ahli sihir terpilih yang dapat masuk istana untuk berlawan dengan Nabi Musa adalah sekitar 70 orang.
Kata ahli fikir:
i- Fir'aun pada awalnya nak lawan hujjah dengan hujjah- iaitu apabila dia tuduh Musa tukang sihir- maka caranya adalah dengan panggil sihir juga untuk berlawan sesama sihir!
ii- tetapi apabila dia sudah kalah & terhina- iaitu para ahli sihir yang nampak kebenaran Musa & dapat hidayah; terus mengisytiharkan keimanan mereka dan turun bersujud kepada Allah, Tuhan sekelian Alam, Tuhan kepada Musa & Harun di depan Fir'aun & khalayak ramai.
Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Kemudian Nabi Musa pula mencampakkan tongkatnya, tiba-tiba tongkatnya itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (dengan sihir mereka).
Maka (kemenangan Nabi Musa menjadikan) ahli-ahli sihir itu segera merebahkan diri: sujud,
Sambil berkata: "Kami beriman kepada Tuhan sekalian alam,
"Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun".} (Asy-Syu'araa' 26: 45-48)
iii- Lalu apabila melihat ahli sihir tajaannya kalah & berpaling tadah; Fir'aun terus mengeluarkan akta yang zalim dan kejam ke atas mereka!
Firman Allah s.w.t”
{Firaun berkata: "Patutkah kamu beriman kepadanya sebelum aku izinkan kamu? Sesungguhnya dia lah (Musa) ketua kamu yang mengajar kamu ilmu sihir; oleh itu kamu akan mengetahui kelak (akibatnya). Demi sesungguhnya, aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang kemudian aku akan memalang kamu semuanya".} (Asy-Syu'araa' 26:49)
Fir'aun terus mengugut ahli sihir yang beriman untuk menyiksa mereka dengan siksaan yang kejam lagi zalim!!!
Kata ahli fikir: Fir'aun pada awalnya guna fakta, guna hujjah untuk lawan hujjah tetapi apabila kalah, dengan kuasa yang dia ada mula tukar kepada akta nak bunuh semua orang!!!
Negitulah kebiasan taghut, orang jahat yang pengecut di mana saja atas dunia ini; apabila dia kalah terus guna akta untuk menegakkan fahaman salahnya dan menyekat lawan!
2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖𝟎- {𝐒𝐞𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐡𝐥𝐢-𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐬𝐢𝐡𝐢𝐫 𝐢𝐭𝐮, 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐬𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚:" 𝐂𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐡𝐮𝐥𝐮 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐜𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧…}- ini menunjukan pentingnya perundingan dalam perlawanan atau perbincangan!
Hikmah Nabi Musa menyuruh ahli sihir melemparkan dulu tali sihir mereka nak suruh mereka yakin dan berasa berani nak lawan - kerana jika mereka lihat dulu ular Nabi Musa yang benar itu pasti mereka akan sedar kekurangan mereka dan mungkin lari ketakutan.
Ini juga kerana Nabi Musa yakin akan kebenarannya mukjizatnya & kebatilan & kelemahan sihir mereka!
Allah gunakan perkataan campakkan {أَلْقُوا} kerana begitulah amalan para ahli sihir pada masa itu, campak-campak alatan sihir mereka seperti talim batu atau kayu.
Begitulah cara untuk kita berdebat dan berhujjah dengan ahli batil atau mereka yang menentang- biarkan mereka bercakap & keluarkan hujjah mereka dulu kita dengar untuk balas & lipat balik hujjah batil mereka itu!
3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖𝟏- {𝐒𝐞𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐜𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 (𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚-𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐢𝐭𝐮), 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐬𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚:" 𝐀𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮, 𝐢𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐢𝐡𝐢𝐫; 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐥𝐬𝐮𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 (𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐤𝐣𝐢𝐳𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐤𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐤𝐮); 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐨𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧.}- ketika mengambil peluang berdakwah ini Nabi Musa nyatakan tiga perkara kepada Fir'aun dan ahli sihir semua yang ada.
Nabi Musa berkata selepas ahli sihir mencampak alatan mereka & nampak seolah ular:
i- 𝐀𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 ahli sihir buat itu, 𝐢𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐢𝐡𝐢𝐫;
ii- 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐥𝐬𝐮𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐮𝐤𝐣𝐢𝐳𝐚𝐭 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐤𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚𝐤𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 Musa iaitu tongkatnya akan menjadi ular besar yang akan memakan semua ular sihir mereka itu!
iii- 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐨𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧. Yakni Allah tidak akan memberi kemenangan atau menjadikan baik perbuatan orang yang jahat & yang buat kerosakan {ٱلْمُفْسِدِينَ} atas muka bumi ini.
Kata ulama' tadabbur: Al-Muslihun lawannya al-Mufsidun. maka jika kamu bawa kerosakan atas muka bumi ini maka aku sebagai pendakwah akan islah, baikinya!
Bukan senang untuk berceramah dihadapan Fir'aun & khalayaknya, Musa pandai mengambil peluang itu.
Maka begitulah juga kita para pendakwah, jika ada peluang pergilah berjumpa dengan sesiapapun, sampaikan Islam yang benar kepada manusia supaya agama Allah ini dapat ditegakkan dengan baik!
4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖𝟎- {𝐒𝐞𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐡𝐥𝐢-𝐚𝐡𝐥𝐢 𝐬𝐢𝐡𝐢𝐫 𝐢𝐭𝐮, 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐌𝐮𝐬𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚:" 𝐂𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐡𝐮𝐥𝐮 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐜𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧…}- apabila ahli sihir siapa nak mula dulu; Nabi Musa suruh ahli sihir campakkan dulu.
Dalam ayat ini Allah tidak sebut dan kisahkan pun jenis sihir para ahli sihir tali atau apa dan berapa ramai ahli sihir dan lain-lain yang tidak berkaitan dengan kisah ini.
Manakala gambaran bentuk sihir Nabi Musa a.s. yang kita baca tadi adalah dalam ayat dari surah lain.
Allah ringkaskan kisahnya kerana dalam surah ini tujuannya Allah mahu tunjukkan kedegilan & keras kepalanya Fir'aun yang masih terus mahu berlawan walaupun sudah tewas dalam perlawanan yang dijanjikan. Hanya mahu takrirkan sifat Fir'aun yang degil keras kepala tak mahu mengaku kalah walaupun kebenaran jelas di depan mata.
Ahli sihir sendiri akhirnya telah beriman kepada Allah, tetapi Fir’aun tetap mendustakan dan mengambil tindakan kejam terhadap mereka.
Akhirnya kerana kezalimamnya itu Allah jatuhkan hukuman yang begitu dahsyat iaitu tenggelamkan Fir'aun & pengikutnya dalam laut Qalzum.
5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖𝟐- {"𝐃𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐭𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡-𝐤𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡𝐍𝐲𝐚, 𝐰𝐚𝐥𝐚𝐮𝐩𝐮𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐧𝐜𝐢 𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐨𝐬𝐚".}-
Ayat ini sebagai penguat jiwa & penenang hati kepada para pejuang Islam bahawa Allah janji kebenaran itu akan terserlah & menang- walaupun dibenci oleh orang kafir!
Kita sebagai pejuang Islam kena yakin bahawa jika berjuang untuk menegakkan kalimah Allah; cepat atau lambat pertolongan Allah pasti datang.
Tetapi dengan syarat kena cukup SOPnya untuk mendapat pertolongan Allah, jika tidak tak jadi!
Begitu juga para pendakwah yang nak ajak orang kepada al-Quran & Sunnah, kepada akhlak yang mulia- pentingnya jaga SOP akhlak dan pribadi yang baik- tujukkan contoh teladan yang baik.
Jika kita lihat ada orang yang menyalahi apa yang kita nak, jangan kutuk & mengata dengan melampaui batas. Jaga mulut jaga tangan, ingatlah dakwah kita berkembang dengan akhlak yang baik. jangan sampai kedua pihak
Belajarlah ilmu akhlak & ikhlas dalam berdakwah agar orang terima dakwah kita. Dan jika orang tak terimapun biarlah Allah tulis bahawasanya kita ini ikhlas dalam berdakwah, di dunia ini tidak mendapat tempat, terbuang dan disekat sana sini.
Tidak mengapa kita kata: Biarlah terbuang di dunia tetapi terbilang di Akhirat di sisi Allah s.w.t, insya' Allah.
Allah beri keyakinan kepada kita bahawa Allah akan tolong orang yang berjuang, melakukan kerja dan berdakwah untuk Islam.
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀
#𝙐𝘼𝙈✎𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗵 𝘼𝙝𝙖𝙙 19/10/2025 / 27 𝙍. 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1447𝙃🌷
No comments:
Post a Comment