Wednesday, 8 October 2025

Tafsir surah yunus: ayat 48 - 53

 💎𝐓𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡 𝐀𝐣𝐚𝐥 𝐓𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐓𝐞𝐭𝐚𝐩, 𝐊𝐚𝐟𝐢𝐫 𝐌𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐒𝐞𝐠𝐞𝐫𝐚 𝐀𝐳𝐚𝐛 & 𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐓𝐮𝐫𝐮𝐧 𝐀𝐳𝐚𝐛 𝐀𝐤𝐚𝐧 𝐁𝐢𝐧𝐚𝐬𝐚.💎


♥ 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙍𝙖𝙗𝙪 08/10/2025 / 16 𝙍. 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1447𝙃 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙔𝙪𝙣𝙪𝙨 (19) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [48-53]♥


F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨: https://youtu.be/x_KRvv6o8ns?si=NzAttABWwZc-ENqI 


🌷𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:

1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Yunus dengan ayat 48 sehingga ayat 53 dalam juzuk kesebelas.

2. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan bahawa kafir tak puas hati, dia mari cabar Nabi s.a.w untuk datangkan azab yang dijanjikan. Inilah akibat tak percaya & tak beriman,

3. Nabi s.a.w menjawab apabila kafir minta segera azab bahawa Baginda tidak memiliki kuasa untuk memberi mudharat atau manfaat. Semua itu di bawah kuasa Allah s.w.t. dan tempoh ajal telah tetap, hanya Allah yang berkuasa datangkannya kamu tak perlu caaar & minta!

4. Tetapi ingat apabila turun azab tiada siapa akan boleh lepas & kamu akan dibinasakan. Kafir juga diberi ancaman akan azab neraka yang berkekalan menanti mereka di Akhirat kelak.

5. Munasabah dengan ayat sebelumnya:

i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan bahawa boleh jadi Allah akan tunjukkan kepada Nabi s.a.w semasa hidupnya akan sebahagian azab yang dikenakan ke atas puak kafir seperti dalam peperangan Badar, Hunain & bagi yahudi dalam peperangan Khaibar.

ii. maka datang ayat ini puak kafir masih tak puas hati & datang cabar Nabi s.a.w minta bilakah azab yang kamu janjikan itu- tak datang-datang!


أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ 


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟖- {𝐃𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐟𝐢𝐫) 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚: "𝐁𝐢𝐥𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐮𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮, 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫?"} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟒𝟖) 

1. Puak kafir datang bertanya kepada Nabi s.a.w: Bilakah akan datang azab Allah yang kamu sudah janjikan lama itu!

2. Ini jika betul apa kamu cakap wahai Muhammad- s.a.w, jika sungguh kamu adalah orang yang benar dan janjimu itu bukan palsu!!! 


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟗- {𝐊𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝): "𝐀𝐤𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐨𝐥𝐚𝐤 𝐦𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐝𝐢𝐫𝐢𝐤𝐮 𝐤𝐞𝐜𝐮𝐚𝐥𝐢 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡. 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐭𝐢𝐚𝐩-𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧; 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐚𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡𝐧𝐲𝐚, 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐦𝐛𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐚𝐚𝐭𝐩𝐮𝐧, 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚".} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟒𝟗)

1.  Munasabah ayat:

i- apabila puak kafir datang mencabar meminta azab yang dijanjikan dari Nabi s.a.w;

ii- datang ayat ini Allah ajar Nabi  s.a.w untuk menjawab bahawa semua itu- azab dan lain-lain bukan di bawah kuasa Nabi s.a.w tetapi semua itu di bawah kuasa Allah & bila-bila masa saja Allah boleh bawanya. 

2. Allah s.w.t ajar kepada Nabi s.a.w untuk berkata kepada puak kafir bahawa: Aku aku hanya melaksanakan apa yang diperintah oleh Allah s.w.t. Baginda hanya seorang rasul yang menurut perintah bukan yang membuat perintah atau keputusan! Nabi s.a.w sendiri  𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐨𝐥𝐚𝐤 𝐦𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐝𝐢𝐫𝐢𝐤𝐮 𝐤𝐞𝐜𝐮𝐚𝐥𝐢 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡.

3. Sebagaimana yang terjadi dalam perang Badar- Nabi s.a.w hanya keluar dengan niat menyekat kafilah dagangan Abu Sufyan, bukan untuk berperang- tetapi taqdir & ketetapan Allah telah menentukan akan berlaku satu peperangan pertama dalam Islam yang membawa kemenangan besar kepada Islam & membinasakan ramai para penyangak pembesar Quraisy Makkah termasuk ketua mereka Abu Jahal.

4. Bagi setiap umat itu ada tempoh waktu atau ajal yang telah ditetapkan! Apabila tiba waktu itu yang dikehendaki Allah tiada siapa yang boleh segerakan atau tangguhkannya! Serta azab itu adalah sesuatu yang tetap akan terjadi dan apabila ia terjadi kamu semua akan binasa!!!! 


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓𝟎- {𝐊𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡: "𝐒𝐮𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐧𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮, 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐰𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐰𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐬𝐢𝐚𝐧𝐠? "𝐀𝐳𝐚𝐛 𝐦𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐨𝐬𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 (𝐬𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐰𝐚𝐣𝐢𝐛 𝐝𝐢𝐭𝐚𝐤𝐮𝐭𝐢)?} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟓𝟎)

1. Munasabah ayat:

i- dalam ayat yang lepas kafir memperli mencabar minta azab dari Nabi s.a.w dan mengatakan Baginda hanya berjanji saja.

ii- maka datang ayat ini Allah beri amaran peringatan- bahawa puak kafir- jika datang azab sungguh apa yang kamu lakukan???

2. Allah s.w.t perintahkan Nabi s.a.w untuk bertanya kepada mereka: Jika azab itu datang kepada kamu pada waktu siang atau malam apakah kamu yakin akan selamat darinya??? Apakah ada jalan keluar untuk kamu??? 

3. Kerana itu Allah selalu sibuk tentang rehlah mereka pada musim panasa & musim sejuk- di mana mereka dapat lihat tanda-tanda kesan kebinasaan kaum terdahulu agar mereka sedar & dapat ambik pengajaran!!! 

4. Tetapi apa boleh buat mereka tetap degil keras kepala & terus memerli minta azab dari Nabi s.a.w. Sedangkan azab itu adalah sesuatu yang membinasakan & wajib ditakuti!!!!! Mereka berani minta azab iaitu sesuatu yang buruk dan mudharat ke atas diri mereka sendiri!


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓𝟏- {𝐏𝐚𝐭𝐮𝐭𝐤𝐚𝐡 (𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐢𝐭𝐮), 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚 𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐦𝐩𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮, 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐤𝐮𝐢 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚? (𝐒𝐞𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐤𝐮𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐛𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐤𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮): "𝐒𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐫𝐮 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐤𝐮𝐢 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚, 𝐩𝐚𝐝𝐚𝐡𝐚𝐥 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐢𝐧𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚?"} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟓𝟏) 

1. Allah nyatakan puak kafir ini apabila azab tiba di depan mata mereka- apabila nyawa sudah di halkum baru mereka insaf & bertaubat nak berimanmengakui kebenaran! 

2. Sedangkan pada waktu itu, apabila nyawa sudah di halkum; pintu taubat sudah tertutup, tidak akan diterima lagi segala taubat & penyesalan yang tiada guna lagi. 

3. Lalu Allah berkata kepada mereka: Apakah sekarang baru kamu nak beriman?? Padahal sebelum ini kamu angkuh sombong 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 azab ke atas kamu!

4. Kisah ini ditafsirkan dengan kisah Fir'aun sebagaimana dalam firman Allah s.w.t ini:

{Dan Kami bawakan Bani Israil ke seberang Laut Merah, lalu dikejar oleh Firaun dan tenteranya, dengan tujuan melakukan kezaliman dan pencerobohan, sehingga apabila Firaun hampir tenggelam berkatalah ia (pada saat yang genting itu): "Aku percaya, bahawa tiada Tuhan melainkan yang dipercayai oleh Bani Israil, dan aku adalah dari orang-orang yang berserah diri (menurut perintah)".

(Allah berfirman): "Adakah sekarang (baharu engkau beriman), padahal sesungguhnya engkau dari dahulu telah kufur derhaka, dan engkau telahpun menjadi dari orang-orang yang melakukan kerosakan?.} (Yunus 10: 90-91)

5. Inilah yang dikatakan sudah terantuk baru nak terngadah! Apabila sudah nak mati & nampak neraka di depan mata baru nak percaya dan mengaku nak beriman, nak bertaubat! Penyesalan & keinsafan yang tidak membawa faedah lansung!


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓𝟐- {𝐊𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐤𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐮 𝐳𝐚𝐥𝐢𝐦 𝐢𝐭𝐮: "𝐑𝐚𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐤𝐚𝐥. 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐢𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐤𝐚𝐧 (𝐝𝐢 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚)".} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟓𝟐) 

1. Lalu pada hari Kiamat kelak akan dikatakan kepada kaum kafir yang zalim ke atas diri mereka sendiri itu: 

i- 𝐑𝐚𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐤𝐚𝐥 yakni bagi kafir yang tiada iman dalam hati mereka akan kekal selamanya di dalam neraka. Manakala bagi orang beriman yang melakukan dosa maksiat akan diazab bagi tempoh yang ditetapkan Allah kemudian akan dikeluarkan dan masuk syurga! Mereka ini akan dipanggil Jahannamiyyun- na’uzu billah!

*Kita orang beriman jangan sesekali kata nak rasa masuk neraka sekejap- kerana ia bukan seperti penjara atas dunia ini- jauh sekali! Hatta atas dunia ini punkita minta selamat dari masuk penjara!

ii- 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐢𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚𝐤𝐚𝐧 atas 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 dulu! Jika kamu kafir & syirik maka kamu akan kekal di dalam neraka. Jika kamu orang yang beriman kamu akan diazab di dalam neraka sehingga tempoh yang dikehendaki Allah.

2. Ingatlah jangan sesekali kita bermain-main dengan azab neraka ini!

🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓𝟑- {𝐃𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐳𝐚𝐛) 𝐢𝐭𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐦𝐮 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝): "𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫? "𝐉𝐚𝐰𝐚𝐛𝐥𝐚𝐡: "𝐘𝐚, 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧𝐤𝐮! 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫! 𝐃𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐥𝐢-𝐤𝐚𝐥𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚".} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟓𝟑) 

1. Munasabah ayat:

i- dalam ayat-ayat yang lepas puak kafir itu masih lagi datang mencabar meminta azab seperti yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w. Sekali lagi Allah nyatakan kepada puak kafir bahawa apa yang dijanjikan Allah itu akan datang sungguh! Cuma Allah bagi tempoh agar kamu dapat berfikir, mungkin insaf terbuka pintu hati untuk menerima dakwah ini dan memilih jalan yang baik agar selamat di Akhirat.

ii- datang ayat ini menunjukkan puak kafir masih lagi kepada Nabi s.a.w meminta-minta azab yang dijanjikan dengan penuh keperlian!!! Lalu Allah s.w.t suruh Nabi s.a.w jawab dengan bersumpah dengan nama Allah: {Jawablah: "Ya, demi Tuhanku! Sesungguhnya adalah ia benar!- 

 قُلْ إِى وَرَبِّىٓ إِنَّهُۥ لَحَقٌّۭ} 

2. Yakni Nabi s.a.w bersumpah dengan nama Allah bahawa sesungguhnya apa yang Baginda janjikan azab  itu adalah benar belaka & apabila ia datang kamu semua tidak akan terlepas dari kena azab itu!!  Tidak akan berkuasa menahan kedatangannya.

3. Ayat ini mendidik & mengajar kita agar tak perlu degil, keras kepala- kita dengan Allah s.w.t hendaklah sentiasa bersifat tawadhuk, akur dan merendah diri supaya kita selamat di dunia & aman di Akhirat. 

4. Bukan kerja manusia untuk mencabar undang-undang & kekuasaan Allah s.w.t! Puak kafir kerana mereka tak beriman & tak percaya kerana itu mereka berani cabar. Tetapi jika undang-undang dunia ciptaan manusia itu boleh dicabar. 

5. Ingatan kepada semua sahabat  jika kita becakap tentang hukum & undang-undang Islam:

i- ingatlah Syari'ah Islam ini sempurna & menyeluruh symi & kamil ()- ada hukum ketika perang & aman, hukum ketika bermukim & musafir, ada hukum jika kita nak pergi ke tempat mudharat dan seumpamanya- ada hukum umum untuk semua, ada hukum & peraturan khas untuk wanita juga. 

ii- Maka apabila orang bercakap tentang hukum & undang-undang Islam; jangan guna emosi & sentimen semasa dan mudah nak mengata menuduh orang yang menyebut & mengingatkan sesuatu hukum itu sebagai tidak peka, sempit, allergik, tidak menunjukkan solidariti dan seumpamanya! Ingatlah Islam ini hukum & etikanya yang perlu kita ikut & patuhi.

🎀𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:

1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟖- {𝐃𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐟𝐢𝐫) 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚: "𝐁𝐢𝐥𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐮𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮, 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫?"}- Allah kata puak kafir datang bertanya, mencabar Nabi s.a.w bilakah akan datang azab yang dijanjikam!

Dalam ayat ini Allah s.w.t gunakan sighah sedang berlaku (مضارع- present tense) iaitu {وَيَقُولُونَ- Dan mereka (yang kafir) bertanya}- sedangkan perkara ini telah berlaku- puak kafir itu telah berkata kepada Nabi s.a.w lama dahulu- jadi kenapa Allah tak guna sighah yang telah lepas { ماضي- past tense)??

Ini kerana Allah nak suruh kita nampak peristiwa ini yang berlaku & Allah nak nyatakan bahawa cabaran ini akan berulang & berterusan sehingga ke hari ini dan Kiamat. 

Puak kafir akan sentiasa mencabar hukum Allah kerana mereka tidak percaya & tidak akan beriman sebagaimana puak yahudi yang menzlaimi orang Islam di Palestin! 

Maka kita orang beriman sabarlah & jangan layan puak yang tidak betul itu!


2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟗- {𝐊𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝): "𝐀𝐤𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐨𝐥𝐚𝐤 𝐦𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐝𝐢𝐫𝐢𝐤𝐮 𝐤𝐞𝐜𝐮𝐚𝐥𝐢 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡…}- 

Ayat ini menjadi sebesar-besar nasihat & sedalam-dalam tegahan yang amat tegas kepada sesiapa yang ada apa-apa urusan menyeru meminta bantuan dari Nabi s.a.w, para wali, tok syeikh mereka- yang telah mati!!! 

Bahawa jika kepada Nabi s.a.w pun kamu tidak boleh minta pertolongan selepas kewafatan Baginda; apatah lagi orang lain!!!  Hati-hatilah para jenaah sekelian Allah letak teguran ini supaya kita yakin bahawa hanya Allah s.w.t yang berkuasa menentukan segala ini!

Manakala syafa’at Nabi di Akhirat kelak itu adalah cerita lain- ini berlaku dengan izin & kuasa Allah s.w.t. Kita beriman & berdoa kepada Allah agar kita layak mendapatnya.

Dalam ayat ini mulakan perkataan mudharat dulu untuk menunjukkan bahawa jika mudharat pun tak boleh beri maka manfaat pun tak boleh beri juga. Ini kerana mereka datang minta azab minta bala iaitu satu mudharat maka Allah mulakan mudharat dulu.

Tetapi dalam firman Allah ini Allah menyebut manfaat dulu:

{Katakanlah: "Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah. Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan. Aku ini tidak lain hanyalah (Pesuruh Allah) yang memberi amaran (bagi orang-orang yang ingkar) dan membawa berita gembira bagi orang-orang yang beriman".} (Al-A'raaf 7:188)

Ini kerana ayat ini membincangkan tentang manfaat maka Allah mulakan manfaat dulu! 

Susunan ayat al-Quran ini kita belajar secara ringkas dalam ilmu tadabbur.

3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟗- { 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐭𝐢𝐚𝐩-𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐚𝐝𝐚 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧;)}– setiap umat itu ada tempohnya. Mati & ajal ada waktunya, azab pun ada waktunya yang telah ditetapkan juga!!! 

Kata-kata hikmah:

i- orang bakhil tidak menambahkan kekayaannya! Dia kaya itu hanya kerana Allah beri bukan kaya kerana sifat bakhilnya itu! Betapa ramai orang kaya yang pemurah.

ii- orang penakut- takut itu tidak akan memanjangkan umurnya. Walaupun seseorang itu pergi berperang apa tetapi jika belum ajalnya dia tidak akan mati. tetapi jika sudah ajal walaupun hanya berada di rumah akan mati juga.

Maka kamu tak perlu cabar & mintalah azab itu kerana apa sampai masanya pastilah kamu akan di azab & akan dibinasakan! 

*Maka marilah kita berjuang dan banyakkan infaq fi-sabilillah- semua itu akan selamat dengan izin Allah. 

4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓𝟎- {𝐊𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡: "𝐒𝐮𝐝𝐚𝐡𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐧𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮, 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐰𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐰𝐚𝐤𝐭𝐮 𝐬𝐢𝐚𝐧𝐠?”…}- Allah suruh Nabi s.a.w  tanya kepada kafir apakah kamu akan boleh selamat jika azab itu datang pada waktu kamu sedang tidur??

dalam ayat ini Allah katakan jika azab itu datang pada waktu malam dan digunakan perkataan {بَيَـٰتًا} untuk malam dalam ayat ini bukan perkataan {ليلا}.   Perkataan {بَيَـٰتًا} ini seperti mabit yang membawa erti bermalam atau tidur.

Ini kerana biasanya apabila nak tunjukkan azab yang  datang pada waktu malam- Allah gunakan perkataan ini {بَيَـٰتًا} walaupun ada siang selepas itu- untuk menunjukkan azab itu datang pada waktu malam yang kamu sedang nyenyak tidur pada waktu itu. 

Azab datang pada waktu malam itu lebih kuat dan mengejutkan kerana manusia sedang tidur & tidak bersedia.

Begitulah azab itu datang pada waktu malam ketika manusia sedang tidur lena atau ada juga pada waktu subuh seperti  dalam kes kaum Nabi Lut! 

Betapa kalimah dalam al-Quran tidak ada yang disebut kecuali ada maknanya yang tersendiri. Marilah kita mengaji al-Quran & menambah ilmu kita!

5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓𝟑- {𝐃𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐠𝐞𝐫𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐳𝐚𝐛) 𝐢𝐭𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐦𝐮 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝): "𝐀𝐝𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫? "𝐉𝐚𝐰𝐚𝐛𝐥𝐚𝐡: "𝐘𝐚, 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧𝐤𝐮! 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫!?}- dalam ayat ini Allah s.w.t ajar kepada Nabi s.a.w untuk bersumpah bagi menguatkan jawapan & hujjahnya apabila ditanya oleh puak kafir. {قُلْ إِى وَرَبِّىٓ إِنَّهُۥ لَحَقٌّۭ}

Kenapa Allah suruh Rasulullah bersumpah sedangkan sumpah ini tidak digalakkan dalam Islam. Orang yang suka bersumpah dan mengambil ringan dengannya adalah spesis sesumpah!!  Serta yang suka bersumpah paslu pula ialah orang munafiq!

Faedah bersumpah ini ada beberapa:

i- supaya jawapan Nabi s.a.w itu nampak mantap dan kesungguhan serta kebenarannya! Demi Allah! Janji Allah iaitu azab pasti akan datang!

ii- manusia ini banyak peringkat- ada yang kita kata ya saja mereka boleh terima, tetapi ada manusia yang susah terima & percaya kena bersumpah dulu baru nak terima.

*Kerana itu ada pemimpin yang suka bersumpah di hadapan pengikutnya untuk mengikat kepercayaan mereka! 

Tetapi ingatlah sumpah itu tidak digalakkan dalam Islam kecuali jika ada keperluan & maslahah Syar'iyyah. Allah ajar Nabi s.a.w untuk bersumpah untuk menguatkan hujjahnya ke atas puak kafir! 

Beberapa firman Allah yang menyuruh Nabi s.a.w bersumpah:

i- {Katakanlah: "Bahkan, demi Tuhanku, kamu akan dibangkitkan, kemudian kamu akan diberitahu tentang segala yang kamu telah kerjakan. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.} (At-Taghaabun 64:7) 

ii- {Katakanlah (wahai Muhammad): "Bahkan (tetap datang). Demi Tuhanku yang mengetahui segala perkara yang ghaib, hari kiamat itu sesungguhnya akan datang kepada kamu".} (Saba' 34: 3)


Dalam ketiga-tiga ayat ini; Semua sumpah Nabi s.a.w ini untuk menguatkan hujjah bahawa janji Allah s.w.t itu pasti akan datang! 


Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya. 


𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀


#𝙐𝘼𝙈✎𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗵 𝙍𝙖𝙗𝙪 08/10/2025 / 16 𝙍. 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1447𝙃🌷


Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Yunus 2025 (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:


Link: 

https://www.youtube.com/playlist?list=PLC16EIfOI4LCezq32AtjEt24_fUbZeiy3


Semoga Bermanfaat!

No comments:

Post a Comment

Tafsir surah Yusuf: 63-66

 💎𝐀𝐛𝐚𝐧𝐠-𝐀𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐘𝐮𝐬𝐮𝐟 𝐂𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐁𝐚𝐩𝐚 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚, 𝐁𝐮𝐧𝐲𝐚𝐦𝐢𝐧 𝐃𝐢𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐢 & ...