Thursday, 16 October 2025

Tafsir sirah yunus: ayat 71-73

 💎𝐊𝐢𝐬𝐚𝐡 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐍𝐮𝐡 𝐃𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐮𝐦𝐧𝐲𝐚, 𝐃𝐚𝐤𝐰𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐧𝐩𝐚 𝐔𝐩𝐚𝐡 & 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒.𝐖.𝐓 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐮𝐡.💎


♥𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙆𝙝𝙖𝙢𝙞𝙨 16/10/2025 / 24 𝙍. 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1447𝙃 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙔𝙪𝙣𝙪𝙨 (26) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [71-73] ♥


F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨: https://youtu.be/_kyfyBYBEFg?si=DpXV4aKzvWZ3JUgp


🌷𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:

1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Yunus dengan ayat 71 sehingga ayat 73 dalam juzuk kesebelas.


2. Dalam siri ini Allah s.w.t ceritakan kepada kita kisah Nabi Nuh bersama kaumnya.


3. Dalam surah Yunus ini ada 3 kisah iaitu pertama kisah Nabi Nuh a.s., kedua kisah Nabi Musa dan Harun berdepan dengan Fir'aun kemudian diikuti kisah Nabi Yunus sendiri sebagai tuan surah.


 Bagi setiap kisah ada iktibar & pengajaran yang boleh kita ambil.


4. Tujuan kisah-kisah ini untuk menenangkan hati Rasulullah s.a.w yang ditentang oleh kaumnya. 


Sabarlah bukan hanya kamu yang kena bala, di uji dan ditentang, dilawan oleh kaum sendiri tetapi nabi-nabi terdahulu seperti Nabi Nuh, Musa, Yunus dan semua anbiya’ lain juga mengalami ujian yang begitu dahsyat. 


5. Maka kita sebagai pengikut jejak Nabi s.a.w, sebagai penerus dakwah ini juga perlu kepada kesabaran dalam menyampaikan ajaran kitab & Sunnah yang ditinggalkan Nabi s.a.w!


6. Munasabah dengan ayat sebelumnya:


i- dalam ayat-ayat yang lepas Allah s.w.t telah menyatakan tentang dalil-dalil atas keEsaan-Nya. 


 Allah juga nyatakan apa yang telah berlaku dalam pertembungan, perbalahan & perdebatan antara rasul & puak kafir.


ii- maka datang ayat ini Allah ceritakan kisah para anbiya’ yang lalu, dimulai dengan kisah Nabi Nuh a.s. 


Sebagaimana kita nyatakan ada 3 kisah nabi dalam surah ini iaitu Nabi Nuh, Musa & Yunus a.s.


*Ini untuk menenangkan hati Nabi S.A.W bahawa bukan Baginda saja yang kena menghadapi ujian & tentangan ini tetapi nabi dulu pun samaa. 


iii- Allah minta Nabi S.A.W baca kisah-kisah Nabi terdahulu & ikut jejak langkah mereka untuk mengurangkan tekanan perasaan Nabi S.A.W. 


Sudahlah pengikutnya sedikit, tak ramai- mereka juga terdiri dari kalangan yang dhaif & lemah bukan pembesar.


iv- Yakni apabila Nabi s.a.w baca kisah para nabi dahulu- Baginda akan dapati lebih kurang saja kisah mereka- pengikut yang sedikit & dari kalangan yang lemah, manakala para pemuka pembesar tak masuk Islam, berada dalam golongan kafir! 


7. Munasabah kedua: Allah nyatakan bahawa jika Allah binasakan pengikut Nabi Nuh dengan sebab mereka derhaka; maka kamu wahai Abu Jahal, Abu Lahab dan semua Quraisy yang menghina dqn menentang Nabi s.a.w- kamu jangan rasa selamat- kamu juga tunggulah tempoh kebinasaaan kamu! 


أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ 


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕𝟏- {𝐃𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐜𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝) 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐡𝐚𝐥 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐍𝐮𝐡, 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐮𝐦𝐧𝐲𝐚: "𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐤𝐚𝐮𝐦𝐤𝐮! 𝐒𝐞𝐤𝐢𝐫𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐮 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮, 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐲𝐚𝐭-𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐢𝐭𝐮, 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮, 𝐦𝐚𝐤𝐚 (𝐛𝐮𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐮𝐚𝐭, 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚) 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐮𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐤𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐫𝐢. 𝐎𝐥𝐞𝐡 𝐢𝐭𝐮, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐚𝐳𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮-𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐡𝐚𝐭 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐤𝐮; 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐧𝐲𝐚 𝐫𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐡𝐚𝐭 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐢𝐭𝐮, 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐦𝐛𝐮𝐧𝐲𝐢 (𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐛𝐢𝐚𝐫𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚); 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐢𝐭𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐤𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮-𝐭𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐥𝐚𝐠𝐢.} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟕𝟏) 


1. Allah perintahkan Nabi s.a.w untuk bacakan kepada puak kafir Makkah akan cerita kaum Nabi Nuh a.s yang menderhaka kepada Nabi mereka; lalu mereka dibinasakan!


2. Beberapa ucapan Nabi Nuh a.s kepada kaumnya pertama: 


i- "𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐤𝐚𝐮𝐦𝐤𝐮! 𝐒𝐞𝐤𝐢𝐫𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐮 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮, 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐲𝐚𝐭-𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐢𝐭𝐮, 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮, yakni dakwahnya membuat mereka rasa terbeban- Nuh telah berdakwah kepada kaumnya selama 950 tahun iaitu hampir 1000 tahun.


ii- Kita yang baru 4-5 tahun berdakwah ini pun orang dah rasa jemu & terbeban!


 Ustaz ni pagi petang siap asyik suruh jaga solat, jaga tauhid, jaga aurat, jaga diri & jaga anak-anak daripada keburukan dan hawa nafsu. 


iii- Betapa masyarakat sekarang amat sakit & tidak terkawal- anak-anak terdedah kepada internet dengan bebas, lalu terpengaruh otak  pemikiran & perangainya dengan perkara syirik, jenayah atau seks yang salah dan kesannya berlakulah apa yang tidak sepatutnya berlaku dalam masyarakat kita hari ini.

 Allahu al-Musta’an!


iv- Jika Nabi Nuh pun dibenci kaumnya & mereka berasa berat dengannya- maka kita penyambung Nabi s.a.w ini jangan jemulah- beritahulah bab syirik, khurafat- perjuangan kita adalah tauhid, jaga ibadat, hidupkan Sunnah, supaya tutup aurat dan jauhi dosa & maksiat. 


v- Inilah yang dapat kita ambil pengajaran bahawa tiada nabi, rasul atau pendakwah yang mengajak manusia kepada agama pasti akan ditentang dan dimusuhi oleh manusia yang menolaknya!


3. Nabi Nuh berkata lagi kepada kaumnya:  


i- M𝐚𝐤𝐚 jika kamu masih tak mahu terima juga dakwah aku, rasa berat apa yang aku ajar & bawa dalil-dalil tentang keEsaan Allah s.w.t- kamu nak bunuh aku, nak hapuskan aku juga; maka 𝐛𝐮𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐮𝐚𝐭, 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐮𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐤𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐫𝐢. 


ii- ayat ini begitu besar sekali pengajarannya kepada kita sebagai pengikut para anbiya’ a.s- betapa kita kena belajar, letak tawakkal yang tinggi kepada Allah! 


Ini kerana jika apa saja kita buat untuk selamat jika Allah kata tak kena maka akan selamat!


 Tetapi jika Allah telah tulis kita akan kena, buatlah apa saja pun tidak akan terlepas dari taqdir itu!


iii- orang baik difitnah, orang jujur dikhianti & orang sabar akan diganyang; semua itu ujian Tuhan. 


Allah nak angkat darjat seseorang bukan percuma- Dia akan beri ujian yang akan dilalui- maka laluilah dengan sabar & tabah.


*Ya Allah selamatkan kita & keluarga kita daripada fitnah & kejahatan manusia- sedangkan tujuan kita hanyalah nak menyampaikan apa yang ditinggalkan oleh Nabi s.a.w! 


iii- Jika kita nak selamat dok diam-diam di rumah, jangan bercakap & berdakwah! 


Tetapi Allah ajar kepada kita tiada nabi & rasul dan pendakwah yang nak ajak orang kepada Allah kecuali mereka akan ditentang & disakiti!


iv- kita para pendakwah, da’ei dan murabbi & semua muslim- wajib kita meletakkan tawakkal sepenuhnya kepada Allah, bukan bergantung kepada makhluk lain! 


Percaya kepada makhluk kita akan dikhianati & kecewa, percaya kepada orang kita akan  ditinggalkan, percaya kepada kawan- mereka akan lari bila dapat pangkat & jawatan atau bila kita diuji! 


Jika berharap kepada manusia kita akan kecewa apabila ditinggalkan dalam ujian- itulah hakikat kehidupan.


4. Nabi Nuh mencabar kaumnya lagi jika kamu tak puas hati dengan aku maka kita berlawanlah: 


i- 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐚𝐳𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 panggillah 𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮-𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐡𝐚𝐭 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐤𝐮;


ii- tetapi dengan satu syarat 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤𝐧𝐲𝐚 𝐫𝐚𝐧𝐜𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐡𝐚𝐭 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐢𝐭𝐮, 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐦𝐛𝐮𝐧𝐲𝐢! 


Jika nak lawan 𝐛𝐢𝐚𝐫𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐛𝐮𝐤𝐚 secara berdepan!!


Iaitu Nabi Nuh beri syarat mesti berlawan secara berdepan- jangan secara sembunyi atau berselindung disebalik tipu-helah yang palsu. 


Begitulah juga kita katakan kepada orang yang nak lawan atau buat tuduhan fitnah kepada orang; berdepanlah, tunjukkan muka & identiti kamu jangan bersembunyi di sebalik fake akaun!!! 


iii- Akhirnya Nabi Nuh dengan begitu berani mencabar kaumnya lagi; S𝐞𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐢𝐭𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩𝐤𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮-𝐭𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐥𝐚𝐠𝐢. 


Bertindak dan buatlah rancangan apa yang kamu nak buat- jangan tangguh-tangguh lagi!


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕𝟐- {"𝐎𝐥𝐞𝐡 𝐢𝐭𝐮, 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐡𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐤𝐮, 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐚𝐤𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 (𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐢 𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐮 𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮); 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧𝐤𝐮 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐭𝐚-𝐦𝐚𝐭𝐚 (𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐚𝐭𝐚𝐮𝐩𝐮𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫); 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐮 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐛𝐮𝐥𝐚𝐭-𝐛𝐮𝐥𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡)".} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟕𝟐) 


1. Nabi Nuh berhujjah lagi dengan kaumnya:


 Jika kamu nak bertindak melawan aku, mahu lari tak mahu beriman dan tauhid kepada Allah; maka aku tidak kisah kerana bukan aku mengambil upah atau dapat bayaran daripada puak kamu!!!

 Balasanku samada pahala, pertolongan atau rezeki hanyalah dari Allah s.w.t semata-mata!


2. Yakni Nabi Nuh ajar kepada kita satu kekuatan jiwa apabila kita tidak bergantung kepada orang tetapi berserah & yakin kepada Allah s.w.t semata-mata! 

{إِنْ أَجْرِىَ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِ} 

Jika tidak- kita akan jadi penakut & pengecut apabila kita rasa rezeki kita di tangan manusia!


 Jika tidak, kita tidak akan takut kerana kita yakin rezeki kita di bawah kuasa Allah.


3. Nabi Nuh akhiri ayat ini dengan menegaskan prinsipnya yang teguh iaitu sebagai seorang muslim yang berserah diri kepada Allah sepenuhnya, mengEsakan Allah, akur, patuh & taat kepada Allah & segala perintah-Nya!


4. Begitulah sebagai seorang muslim yang mantap imannya, teguh jiwanya, tiada apa yang dapat mengoncangan keimanan, keyakinan, tawakkal & berserah dirinya kepada Allah s.w.t.


🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕𝟑- {𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐍𝐮𝐡, 𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐮𝐭-𝐩𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐮𝐭𝐧𝐲𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐛𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐢 𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢-𝐩𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐧𝐭𝐢 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐤𝐦𝐮𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐦𝐢) 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐠𝐞𝐥𝐚𝐦𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐲𝐚𝐭-𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐊𝐚𝐦𝐢 (𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐮𝐟𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐩𝐮𝐧𝐚𝐡-𝐫𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚𝐧𝐲𝐚). 𝐌𝐚𝐤𝐚 𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐲𝐚𝐭-𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐤𝐚𝐦𝐢) 𝐬𝐞𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐚𝐦𝐚𝐫𝐚𝐧.} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟕𝟑)


1. Allah pendekkan kisah Nabi Nuh dalam surah ini kerana sudah terdapat banyak kisah Nabi Nuh & kaumnya dalam surah-surah lain.


 Apabila Nabi Nuh cabar kaumnya & mereka terus ingkar lalu Allah datangkan azab taufan, banjir besar yang memusnahkan semua orang kafir yang tidak beriman!


2. Munasabah ayat:

i- Setelah Allah nyatakan dalam ayat lepas beberapa dialog cabaran antara Nabi Nuh A.S dan kaumnya yang kafir dan mereka tetap menolaknya;


ii- lalu Allah nyatakan dalam ayat ini bahawa Dia selamatkan Nabi Nuh & mereka yang beriman, manakala kafir yang ingkar musnah tenggelam ghaib habis.


Kemudian Allah beri peluang kepada Nabi Nuh & mereka yang beriman untuk menjadi penguasa memakmurkan bumi ini. 


3. Yakni kaum nabi Nuh tetap menolak dan mendustakannya. 


Lalu nabi  Nuh kepada Allah: 

{Dan Nabi Nuh (merayu lagi dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan seorangpun dari orang-orang kafir itu hidup di atas muka bumi!

"Kerana sesungguhnya jika Engkau biarkan mereka (hidup), nescaya mereka akan menyesatkan hamba-hambaMu, dan mereka tidak akan melahirkan anak melainkan yang berbuat dosa lagi kufur ingkar.} (Nuh 71: 26-27) 


4. Selepas Nabi Nuh berdoa mohon Allah memberi pertolongan kepadanya- Allah perintahkan Nabi Nuh supaya buat sebuah bahtera di atas bukit.


 Sekali lagi nabi Nuh menjadi bahan perlian & ejekan kaumnya. 

Nuh tidak hiraukan mereka & meneruskan perintah Tuhan.


5. Apabila tiba masanya Allah perintahkan Nabi Nuh untuk memuatkan semua pengikutnya yang beriman (tidak ramai hanya sedikit) dan bagi setiap jenis haiwan sepasang ke atas bahtera itu!


6. Apabila datang azab yang Allah janjikan dalam bentuk banjir besar dengan air turun dari langit & keluar dari bumi yang menengelamkan segala bukit & gunung, membinasakan semua manusia yang kufur & syirik.


7. Setelah banjir berhenti, Nabi Nuh dan orang beriman yang selamat, turun dari bahtera mereka & Allah jadikan mereka sebagai khalifah, penguasa yang memakmurkan bumi ini dengan tauhid kepada Allah.


8. Tetapi tidak lama selepas itu datang kembali syaitan menggoda, menghasut dan mengacau manusia pengikut Nabi Nuh yang menghidupkan kembali syirik! 


9. Maka hati-hatilah kita dengan perbuatan mungkar, maksiat & syirik- ia tak akan habis- betapa bahayanya. 


Akan hidup kembali dalam generasi yang akan datang. 


*Sebagaimana kaum homoseksual, kaum Nabi Lut yang telah dibinasakan secara total dengan Allah balikkan bumi kediaman mereka serta dihujani dengan batu api.


 Tetapi lihatlah betapa hari ini geng LGBT diberi ruang & mendapat sokongan dari banyak masyarakat dunia- perkahwinan sejenis diiktiraf & menjadi satu kebiasaan! 


10. Di akhir ayat kata bahawa: 𝐊𝐚𝐦𝐢 telah 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐠𝐞𝐥𝐚𝐦𝐤𝐚𝐧 semua 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐲𝐚𝐭-𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐊𝐚𝐦𝐢- habis semuanya tidak tinggal baka- yang selamat hanya orang beriman yang duduk atas kapal.


11. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:

{Mereka terus mendustakannya (Nuh), lalu Kami selamatkan dia dan orang-orang yang bersamanya di dalam bahtera, dan Kami karamkan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang buta (matahatinya daripada melihat kebenaran)} (Al-A'raaf 7:64)


12. Allah tutup ayat ini dengan menyuruh Nabi s.a.w me𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐲𝐚𝐭-𝐚𝐲𝐚𝐭 Tuhan 𝐬𝐞𝐭𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐚𝐦𝐚𝐫𝐚𝐧- iaitu kebinasaanlah bagi mereka!


13. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:

{Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul).} (A-li'Imraan 3:137)


🎀𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:


1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕𝟏- {𝐃𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐜𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝) 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐡𝐚𝐥 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐍𝐮𝐡,…}- 


Allah perintahkan supaya Nabi s.a.w baca kisah Nabi Nuh a.s.

Nuh adalah rasul pertama selepas Nabi Adam a.s. 

Kemudian datang Nabi Musa & Yunus.


Kata ulama' tadabbur: Ayat ini menyatakan kekuatan para nabi; yang amat yakin dengan pertolongan Allah s.w.t! 


 Ini kerana pada waktu Nabi Nuh cabar kaumnya ini- pengikutnya tidak ramai pun hanya beberapa orang sahaja!


 Tetapi kerana dia yakin dengan pertolongan & bantuan dari Allah- Nuh berani cabar mereka untuk zahirkan dirii mereka, buat apa saja yang mereka nak buat ke atasnya. 


Kerana Nuh yakin dengan perolongan Allah & kepadanya dia bertawakkal!!


Kata al-Wahidi juga: Ini adalah antara ayat yang paling power tentang kebenaran nubuwwah, keberanian para nabi a.s. 


Nabi Nuh berani cabar walaupun musuhnya ramai kerana dia yakin dengan pertolongan Allah.


Ayat ini walaupun cerita tentang Nabi Nuh tetapi ia memberi motivasi besar kepada Nabi s.a.w.

 Kamu ikut jejak langkan Nabi Nuh, teruskan berdakwah sabar menghadapi ujian & pertolongan Allah pasti datang! 


Inilah yang paling besar apabila kita yakin dengan pertolongan Allah, sabar dalam ujian & meletakkan pergantungan pada Allah sepenuhnya!


2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕𝟏- {… 𝐦𝐚𝐤𝐚 (𝐛𝐮𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐮𝐚𝐭, 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚) 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐮𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐤𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐫𝐢. }- Nabi Nuh yakin akan pertolongan Allah maka dia berani cabar & berdepan dengan kaumnya walaupun dia tidak ramai. 

Tawakkalnya kepada Allah amat tinggi dan sepenuhnya!


Kata ulama': Maka para pendakwah, para pencinta Sunnah sabarlah, letakkan kepercayaan kita kepada Allah s.w.t, betempurlah dengan taghut di mana saja mereka berada. 


Serta yakinlah mana-mana taghut tidak akan dapat beri mudharat kepada kita jika Allah tidak izinkannya. 


Tetapi dengan syarat tawakkal kita kepada Allah mesti yakin sepenuhnya!

 Jangan dok main on off- tidak akan berjaya! 


Kita lihat betapa pendakwah yang berani mereka pergi berhujjah berdepan dengan bukan Islam- alhamdulillah selamat tidak mati.


Kita letakkan keyakinan kita kepada Allah sepenuhnya bukan kepada selain-Nya. 


Jika kita percaya kepada orang- orang akan tinggalkan, percaya kepada kawan kadang-kadang mereka akan jadi lawan! 


Kita kena ada kawan tetapi jangan berharap & bergantung sepenuhnya kepada orang!


Yang penting para pendakwah kena ikut jejak sirah para Nabi a.s dan yang paling dekat dengan kita adalah jejak langkah Rasulullah s.a.w yang ditentang kaumnya. 


Dalam sirah direkodkan bahawa Baginda s.a.w berperang saja dalam masa 10 tahun lebih daripada 60 kali!


3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕𝟐- {"𝐎𝐥𝐞𝐡 𝐢𝐭𝐮, 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐚𝐥𝐢𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐥𝐚𝐤𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐚𝐧𝐤𝐮, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐡𝐚𝐥 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐤𝐮, 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐚𝐤𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 (𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐧𝐚𝐢 𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐚𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐮 𝐬𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮); 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧𝐤𝐮 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐭𝐚-𝐦𝐚𝐭𝐚.}- jika kamu berpaling lari, tidak mahu ikut & menerima dakwahku ini- aku tidak mendapat kerugian apa kerana bukan kamu yang membayar upahku.


Aku menyampaikan ilmu & dakwah ini kerana Allah; jika kamu tak setuju, kamu lawan, kamu lari- tidak akan memberi kesan kepadaku.


Jika seorang pendakwah atau ulama' itu tidak tamak untuk mendapat habuan dunia seperti pangkat, gaji, upah dan seumpamanya tetapi dia berani menyampaikan ilmu kerana Allah semata-mata, berani menyampaikan kebenaran walaupun dimarahi manusia, berani menyatakan yang betul walaupun disekat sana-sini;


Maka kata-kata & penyampaiannya akan lebih berkesan dan kuat sampai pada hati para pendengar. 


Kerana dari hati yang ikhlas akan lebih mudah sampai kepada hati-hati yang lain.


Tetapi jika dia bercakap kerana sesuatu yang lain, mencari di sebalik sampul yang ada, tidak ikhlas, ramai orang mendengarnya tetapi tidak memberi kesan ke hati. 

Tidak ada kesan dari segi amalan yang disampaikannya.


Ya Allah jadikan kami pendakwah yang ikhlas, yang jujur menyampaikan ilmu kepada masyarakat, jadikan apa yang kami ucapkan dari hati yang ikhlas ini sampai kepada hati orang lain untuk menerima ajaran Islam & beramal dengan Sunnah Nabi s.a.w.


Kata Syeikh ar-Razi: Dalam ayat ini menerangkan bahawa kita kena ikhlas berdakwah kepada Allah, jangan dok kejar gaji atau habuan, kena letakkan keikhlasan barulah kita berani menyatakan kebenaran.


Nabi Nuh a.s berani berdepan & berlawan dengan kaumnya kerana:


i- kerana dia yakin dengan pertolongan Allah.


ii- kerana dia tidak terikat dengan gaji atau habuan dari mereka!


 Jika kita terikat dengan orang- mulut akan terkunci daripada menyatakan kebenaran!


4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕𝟏- {𝐒𝐞𝐤𝐢𝐫𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐮 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮, 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐲𝐚𝐭-𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐢𝐭𝐮, 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮, 𝐦𝐚𝐤𝐚 (𝐛𝐮𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐡𝐞𝐧𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐮𝐚𝐭, 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚) 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐮𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐤𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐞𝐫𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐫𝐢.}- 


Nabi Nuh berkata kepada kaumnya: jika kamu berasa berat dakwahku ini kepada kamu dan rasa terbeban dengan kewujudanku di kalangan kamu; 


Kata ulama' tafsir kenapa Nabi Nuh kata berat keadaannya itu:


i- kerana terlalu lama dia berdakwah & berada di kalangan kaumnya iaitu selama 950 tahun.


*Kerana itu dalam peraturan ada usia pencen dan konsep pindah tempat kerja- untuk mengelakkan kejemuan & kebuntuan idea.


ii- berat ke atas telinga mereka untuk mendengar & menerima dakwah kerana bertentangan dengan ajaran & pegangan mereka sebelum ini.


Kata ulama': Mana-mana orang yang sudah terbiasa dengan adat istiadat, agamanya akan rasa berat, akan rasa terbeban untuk menerima kebenaran, satu realiti besar hingga kini. 


Inilah realiti yang disebut oleh Nabi Nuh A.s. Dia seorang yang sangat berani- untuk berlawan dengan kaumnya secara berdepan & terang-terangan kerana dia yakin & bertawakkal kepada Allah sepenuhnya!


Begitu jika kita kata kepada orang yang suka buat provokasi, menfitnah tuduh orang ini tetapi bersembunyi di sebalik fake akaun! 


Jika kamu benar & berani zahirkan diri kamu.


 Tak mengapalah jika kamu bersembunyi atas dunia ini- malaikat tetap akan kenal & tahu siapa kamu dan akan didedahkan di Akhirat kelak! 


5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕𝟑- {𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐍𝐮𝐡, 𝐥𝐚𝐥𝐮 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐮𝐭-𝐩𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐮𝐭𝐧𝐲𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐛𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚,….. 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐠𝐞𝐥𝐚𝐦𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐲𝐚𝐭-𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐊𝐚𝐦𝐢 (𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐧𝐣𝐢𝐫 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐮𝐟𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝐩𝐮𝐧𝐚𝐡-𝐫𝐚𝐧𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚𝐧𝐲𝐚). }- apabila mereka tetap derhaka lawan Nabi Nuh a.s- Allah perintahkan Nabi Nuh untuk buat kapal bahtera dan bila tiba saatnya air datang- naiklah pengikutnya yang hanya sedikit maka selamatlah yang beriman. 

Manakala yang kafir mati habis semuanya.


Allah selamatkan Nabi Nuh dengan dua perkara di sini:

i- selamatkan daripada tenggelam dan binasakan puak kafir.


ii- Allah jadikan mereka sebagai penguasa di bumi buat sementara.


Melalui ayat ini Allah mahu Nabi s.a.w sampaikan kepada puak kafir di Makkah itu- bahawa mereka juga akan menerima nasib yang sama jika terus berlawan & menentang Nabi s.a.w dan mendustakan hukum Allah.


 Ini memang terjadi, Abu Jahal & gengnya  terbunuh dalam peperangan Badar, Abu Lahab mati tak lama selepas itu di Makkah serta ramai lagi kafir Quraisy lain yang terbunuh dalam peperangan menentang Nabi s.a.w & orang Islam. 


Dalam ayat ini Allah kata: {..𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐮𝐭-𝐩𝐞𝐧𝐠𝐢𝐤𝐮𝐭𝐧𝐲𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐛𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚,….. 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐠𝐞𝐥𝐚𝐦𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐲𝐚𝐭-𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐊𝐚𝐦𝐢..}


Ulama' tadabbur kata: Allah mulakan dengan sebut mereka yang  selamat dulu dalam ayat ini baru kata tenggelamkan.

Jawapan:

i- Ayat ini memberi isyarat bahawa para pendakwah yang yakin pada pertolongan Allah, Allah akan selamatkan nya! 


Ayat ini menunjukkan penjagaan Allah (inayah Rabbaniyyah) kepada para pendakwahnya.


 Manakala orang yang jahat, ingkar tetap akan tenggelam, tidak akan selamat! 


Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya. 


Insya' Allah kita akan sambung dalam siri seterusnya pada hari Sabtu nanti.


𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀


#𝙐𝘼𝙈✎𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗵 𝙆𝙝𝙖𝙢𝙞𝙨 16/10/2025 / 24 𝙍. 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1447𝙃🌷


Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Yunus 2025 (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:


Link: 

https://www.youtube.com/playlist?list=PLC16EIfOI4LCezq32AtjEt24_fUbZeiy3


Semoga Bermanfaat!

No comments:

Post a Comment

Tafsir surah Yusuf: 63-66

 💎𝐀𝐛𝐚𝐧𝐠-𝐀𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐘𝐮𝐬𝐮𝐟 𝐂𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐁𝐚𝐩𝐚 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚, 𝐁𝐮𝐧𝐲𝐚𝐦𝐢𝐧 𝐃𝐢𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐢 & ...