💎𝐊𝐚𝐟𝐢𝐫 𝐍𝐚𝐤 𝐓𝐞𝐛𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐫𝐢 𝐃𝐢 𝐀𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭, 𝐉𝐚𝐧𝐣𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐁𝐞𝐧𝐚𝐫 & 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐤𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢.💎
♥ 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙆𝙝𝙖𝙢𝙞𝙨 09/10/2025 / 17 𝙍. 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1447𝙃 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙔𝙪𝙣𝙪𝙨 (20) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [54-56]♥
F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨:https://youtu.be/gpE46ucx_vU?si=k9JQZXw1HmBwHUa0
🌷𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:
1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Yunus dengan ayat 54 sehingga ayat 56 dalam juzuk kesebelas.
2. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan bahawa puak kafir di Akhirat kelak cuba mencari-cari dana yang ada untuk nak tebus dirinya dari azab Allah!
Tetapi tidak ada apa yang boleh dibuat- penyesalan yang tiada guna lagi.
Kemudian Allah nyatakan bahawa janji Allah benar & Allah akan jatuhkan hukuman ke atas mereka dengan adil!
3. Allah nyatakan bahawa langit & bumi ini milik Allah, janji Allah nak beri syurga kepada orang mukmin itu benar, janji Allah nak azab orang kafir yang syirik itu benar!
Tetapi apa boleh buat kamu buat tak dengar & mahu lawan juga walaupun sudah nampak kebenaran.
4. Kemudian Allah nyatakan kuasanya mematikan semua makhluk & kepada Allah mereka semua akan kembali.
5. Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang azab yang disediakan untuk puak kafir.
Allah juga ajar kepada Rasulullah s.a.w untuk bersumpah menyatakan bahawa janji Allah itu benar & sesiapa yang derhaka kepada Allah tidak akan terlepas walaupun sedikit.
ii- maka datang ayat ini Allah nyatakan penyesalan puak kafir di Akhirat yang tidak ada guna lagi!
Jika nak sesal- sesallah sekarang ketika masih hidup atas dunia; bukan setelah mati di Akhirat.
Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna!!
6. Masuklah masjid sekarang dengan berjalan sendiri; bukan dengan diusung orang di atas keranda!
Nak bersedekah infaq adalah sekarang; bukan setelah akaun & harta kita menjadi pusaka milik orang lain!
Jangan dok bakhil & menjadi pengecut yang tidak memberi apa-apa manfaat- jangan menyesal apabila tiada faedah lagi!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓𝟒- {𝐃𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐬𝐞𝐤𝐢𝐫𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐭𝐢𝐚𝐩-𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐮 𝐳𝐚𝐥𝐢𝐦 (𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢𝐫𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧) 𝐢𝐭𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢, 𝐭𝐞𝐧𝐭𝐮𝐥𝐚𝐡 𝐢𝐚 𝐫𝐞𝐥𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐛𝐮𝐬 𝐝𝐢𝐫𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐮𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐢𝐭𝐮 (𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐲𝐚); 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐚𝐥 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐜𝐞𝐰𝐚 𝐦𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐥𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐢𝐭𝐮; 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐢𝐥 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚𝐧𝐢𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮.} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟓𝟒)
1. Allah nyatakan jika:
i- mereka yang kafir syirik atau maksiat derhaka kepada Allah atas dunia ini apabila melihat azab yang ada di depan mata mereka di Akhirat kelak:
ii- jika mereka mempunyai harta yang banyak & jika boleh; pastilah dia akan cuba menebus dirinya dengan menyerahkan segala harta yang ada dibumi bahkan sanggup menukar dengan anak isteri sendiri untuk menyelamatkan dirinya 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐲𝐚.
2. Tetapi apa boleh buat- sudah tidak ada jalan lagi untuk melepaskan diri- Allah berfirman dalam sebuah hadis:
إنَّ اللَّهَ يقولُ لأهْوَنِ أهْلِ النَّارِ عَذابًا: لو أنَّ لكَ ما في الأرْضِ مِن شيءٍ كُنْتَ تَفْتَدِي بهِ؟ قالَ: نَعَمْ، قالَ: فقَدْ سَأَلْتُكَ ما هو أهْوَنُ مِن هذا وأَنْتَ في صُلْبِ آدَمَ، أنْ لا تُشْرِكَ بي، فأبَيْتَ إلَّا الشِّرْكَ.
الراوي : أنس بن مالك | المحدث : البخاري | المصدر : صحيح البخاري
Wahai hamba-Ku- aku tidak minta pun dengan kamu harta seluruh bumi; aku minta sedikit sahaja iaitu agar kamu tidak melakukan syirik kepada-Ku!
Tetapi apa boleh buat kamu pilih jalan yang salah, jalan yang songsang, maka kosong & kerugianlah kamu!
3. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Sesungguhnya orang-orang yang kafir, lalu mati sedang mereka tetap kafir, maka tidak sekali-kali akan diterima dari seseorang di antara mereka: emas sepenuh bumi, walaupun ia menebus dirinya dengan (emas yang sebanyak) itu. Mereka itu akan mendapat azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dan mereka pula tidak akan beroleh seorang penolong pun.} (A-li'Imraan 3:91)
4. Jelas dalam kedua-dua ayat ini menafikan bahawa manusia boleh menebus & menyelamatkan dirinya di Akhirat kelak dengan apa jua sekalipun!
5. Maka pada ketika itu setelah melihat azab di depan mata itu- barulah mereka kesal, yakin & percaya apa yang dijanjikan dulu, bahawa mereka akan dihumbankan ke dalam neraka!
Tetapi apa guna penyesalan pada waktu itu tidak ada guna lagi walaupun sekelumit!
6. Semua hukuman ke atas mereka itu 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐢𝐥 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚𝐧𝐢𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮.
Yakni tiada siapa yang akan dizalimi walaupun orang kafir, Allah akan putuskan dengan adil; apatah lagi orang mukmin.
7. Mereka mendapat azab siksa itu akibat kedegilan keras kepala mereka sendiri yang tidak mahu beriman, menolak kebenaran yang telah disampaikan kepada mereka!
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓𝟓- {𝐈𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡! 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡. 𝐀𝐰𝐚𝐬𝐥𝐚𝐡! 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐢𝐭𝐮 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢.{ (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟓𝟓)
1. Munasabah ayat;
i- dalam ayat yang lepas Allah nyatakan bahawa puak zalim itu jika mampu mereka nak tebus diri mereka!
Jika mereka ada sepenuh bumi emas pun mereka akan sanggup bayarnya!
ii- maka dalam ayat ini Allah balas balik dengan sentap kepada mereka- kamu mahu tebus diri kamu dengan harta emas perak; sedangkan langit & bumi dan seluruh isi kandungannya adalah milik Allah- Allah tidak berhajat kepada semua itu!!
2. Ingatlah!!! Allah memperingatkan: 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 s.w.t Yang Esa. Tidak ada apa yang dapat menghalang apa yang Allah telah tetapkan & kehendaki!
3. Jika Allah kata orang ini akan dapat azab- maka kena azablah dia.
Jika Allah akan kata orang ini akan dapat nikmat & syurga- maka syurga-lah baginya!
Kerja kita orang beriman adalah mencari syurga dengan ikhlas, dengan tauhid & ibdat kita, serta dengan berpegang dengan Sunnah Nabi s.a.w, teguh bersamanya.
3. Kata al-Qurtubi rhm: Kalimah {أَلَآ} ini dengan maksud ingatlah- agar manusia buka mata telinga beri perhatian kepada apa yang Allah nak sampaikan ini!!
4. Kemudian sekali lagi Allah mengingatkan: 𝐀𝐰𝐚𝐬𝐥𝐚𝐡! 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐣𝐚𝐧𝐣𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐢𝐭𝐮 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫, janji Allah untuk beri kemenangan kepada umat Islam itu benar- janji Allah untuk menghapuskan puak kafir itu benar- tetapi ada tempoh dan waktunya yang telah Allah tetapkan!
5. Bila sampai waktunya tiada siapa boleh halang apa yang Allah nak beri- tiada siapa boleh beri apa yang Allah nak halang!
Maka dalam semua perkara kita jangan lupa kepada kuasa Allah yang mengatasi segala-galanya!
6. Cuma kadang-kadang kita nampak sahabat-sahabat, saudara-saudara kita yang sedang ditimpa ujian yang sudah lama.
Sebagaimana keadaan saudara kita di Pls.. yang dibawah kezaliman rejim Isr... tetapi mereka tetap tidak boleh dihapuskan walaupun Isr mempunyai senjata yang canggih & tentera yang ramai dan kuat.
Ingat kuasa Allah dapat mengatasi segala kuasa atas dunia ini, jika sudah sampai masanya Allah nak beri pertolongan maka umat Islam akan menang.
7. Ketika inilah kita kembali kepada ayat kita ini bahawa kita kena yakin dengan janji & luas Allah s.w.t!
Kita bedoa semoga Allah memberikan bantuan segera kepada para saudara Islam di mana saja mereka berada; pertolongan yang tidak bertangguh lagi!
Allah berkuasa nak hapuskan mana-mana penguasa zalim atas dunia ini- lihat saja contoh kepada Fir'aun.
7. Di akhir ayat Allah nyatakan janji Allah itu benar 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐤𝐞𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 itu 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢- kerana itu puak kafir mendustakan ayat-ayat Allah kerana mereka tidak percaya! Maka tunggulah akibatnya di Akhirat kelak!
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓𝟔- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧, 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐍𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧.} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟓𝟔)
1. Allah s.w.t berkuasa nak menghidupkan balik puak kafir itu di Akhirat kelak & apabila Allah nak matikan mereka atas dunia ini tiada siapa boleh sekat & halang juga!
2. Kita orang Islam yang penting cara nak memilih kematian itu yang baik!
Kita nak mati dalam husnul-khatimah maka jangan buat maksiat – takut nanti kita mati dalam maksiat itu pula- na’uzu billah!
Maka perbanyakkan amal ibadat & kebaikan – kerana jika mati dalam keadaan itu- ada tanda-tanda kebaikannya walaupun kita tak boleh nak jamin lagi!
3. Di akhir ayat Allah kata: ..𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐍𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧- yakni tiada siapa yang lepas- kepada Allah jualah tempat kita kembali untuk menerima pembalasan!
🎀𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓𝟒- {𝐃𝐚𝐧 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐬𝐞𝐤𝐢𝐫𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐭𝐢𝐚𝐩-𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐮 𝐳𝐚𝐥𝐢𝐦 (𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢𝐫𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧) 𝐢𝐭𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢,..}- yakni Allah kata: jika orang kafir itu ada harta sebutir bumi ini semuanya miliknya- bukan hanya sekeping dua saja- mereka tetap tak akan dapat nak menebus diri mereka untuk bebas dari azab Allah!
Kata ulama' tadabbur: Untuk memberi manfaat atau mudharat kepada kita, memberi pahala atau dosa kepada kita; bergantung kepada amalan yang kita buat.
Sesiapa yang buat amalan baik- alhamdulillah maka selamatlah dia.
Sesiapa yang buat amalan buruk- maka celakalah dia walaupun dia berasal dari keturunan yang mulia & baik.
Semua itu harta atau pangkat keturunan- tidak akan memberi manfaat & pulangan yang baik jika dia buat amal tak baik!
Allah sebut di sini setiap jiwa {لِكُلِّ نَفْسٍۢ}- 𝐭𝐢𝐚𝐩-𝐭𝐢𝐚𝐩 𝐬𝐞𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 asalkan berlaku 𝐳𝐚𝐥𝐢𝐦 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢𝐫𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 (kufur & syirik) 𝐚𝐭𝐚𝐮 zalim 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧 serta buat lain-lain dosa & maksiat- jika ada harta yang boleh tebus diri mereka- mereka akan menebusnya- tetapi tak akan boleh tebus sesekali!!!
Ayat ini menyatakan kepada kita bahawa mereka tak mampu lagi menghadapi suasana yang begitu gawat, tak mampu lagi untuk menyelesaikan masalah- maka kita yang beriman, faham, sedar & insaf ini, yang yakin, buatlah yang terbaik atas dunia sebelum kita dimatikan dan kembali kepada Allah!
Jika kita tak dengar kata tak hirau juga- maka ketika itu penyesalan yang tidak berfaedah akan menimpa kepada orang-orang yang tidak melakukan kebaikan atas dunia ini!
2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓𝟒- {… 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐚𝐥 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐤𝐞𝐜𝐞𝐰𝐚 𝐦𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐥𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐢𝐭𝐮;..}– orang kafir menyembunyikan kesedihan & penyesalan mereka- apabila mereka lihat azab di depan mata mereka!
Kata ulama' tadabbur seperti al-Wahidi : Apa yang mereka sembunyikan dalam hati ini apabila mereka keluar daripada kubur mereka & sebelum dicampakkan ke dalam neraka!
Ini tahap kedua.
Tetapi apabila mereka dicampakkan ke dalam neraka; tidak ada apa lagi- mereka akan lupakan segalanya nikmat atas dunia dulu lansung tidak faedah- tidak ada guna lagi penyesalan & keinsafan!
Ini adalah tahap ketiga!
Tahap pertama ialah:
Orang kafir ini apabila nak mati diperlihatkan tempat ke mana dia akan pergi iaitu neraka- malaikat buka hijab.
Apabila melihat itu rohnya akan lari masuk ke dalam badannya sehingga malaikat terpaksa menyentap rohnya keluar dengan kasar dan menyakiti- maka menggelupurlah kesakitan tetapi Allah tutup rahsia itu daripada kita manusia yang masih hidup!
Hadis Nabi s.a.w riwayat Muslim.
Maka jika nak menyesal- menyesal-lah sekarang ketika masih hidup bukan pada hari tidak memberi faedah lagi!
3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓𝟒- {… 𝐝𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐢𝐥 𝐬𝐞𝐫𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚𝐧𝐢𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐭𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮.}- dalam ayat ini & ayat 47 Allah nyatakan bahawa diputuskan hukuman antara mereka dengan adil! {وَقُضِىَ بَيْنَهُم بِٱلْقِسْطِ}
Maka jangan rasa hukum Allah ini tidak adil, zalim atau berat sebelah!
Kerana itu Allah nyatakan dalam ayat ini bahawa hukuman-Nya adil kepada:
i- orang yang telah diberi peringatan, amaran & ancaman bahawa: mereka kena beriman kepada Allah, kena taat jangan kufur jangan syirik dan buat dosa maksiat kepada Allah.
ii- jika kamu buat juga yang dilarang, tak ikut perintah & larangan ini; maka Allah akan jatuhkan hukuman ke atas kamu dengan adil! Kamu sesekali tidak akan dizalimi.
*Ini dalam surah Yunus.
Manakala dalam surah az-Zumar dalam ayat 69 & 75- Allah gunakan perkataan lain sedikit iaitu:
{وَقُضِىَ بَيْنَهُم بِٱلْحَقِّ } – {… dan akan dihakimi di antara mereka dengan benar.}
Yakni dalam dua ayat surah Yunus Allah kata Allah s.w.t jatuhkan hukuman dengan adil {بِٱلْقِسْطِ}- manakala dalam dua ayat surah az-Zumar Allah kata Allah s.w.t jatuhkan hukuman dengan benar {بِٱلْحَقِّ}.
Kata ulama' bezanya kerana:
i- kerana Allah nak suruh orang beramal.
Allah sebut dengan adil kerana balasan adalah mengikut timbangan amalan yang kamu amalkan.
Ukuran atau sukatannya adalah dengan zarrah atau atom yang paling kecil- maka menunjukkan betapa keadilan Allah s.w.t
ii- Allah sebut dengan benar pula kerana kedua ayat itu menunjukkan kepada saksi; iaitu Nabi s.a.w akan menjadi saksi kepada kita- maka benar sekali janji Allah kepada kita, ia pasti akan terjadi!
Jom kita tadabbur ayat-ayat al-Quran untuk memberi manfaat kepada kita, menguatkan keimanan dan meninggikan darjat di sisi Allah!
4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓𝟓- {𝐈𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡! 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡.{- ingatlah!
Allah guna perkataan { أَلَآ- ingatlah} kerana Allah nak suruh kita yang dengar celik mata buka telinga- dengar baik-baik, beri perhatian!
Allah beri peringatan ini kerana ramai manusia yang tidak mendengarnya, yang dengar hanya sedikit!
Sesama Islam pun ramai yang tidak mahu dengar, tidak mahu tadabbur al-Quran untuk menambahkan kefahaman apatah lagi di kalangan orang kafir!
Kita berdoa moga Allah beri pertolongan segera kepada rakyat Falestin dan dalam masa yang sama semoga Allah beri hidayah taufiq kepada mereka yang masih bukan Islam, yang bersimpati & turut berjuang membela membantu umat Islam Palestin daripada kekejaman zionis yahudi!
Ya Allah beri taufiq dan hidayah kepada kami semua kepada jalan yang kamu redhai!
Marilah kita masuk dalam kumpulan yang haq walaupun sedikit tapi berada di atas jalan yang benar!
5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟓𝟔- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧, 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐍𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧.}- hanya Allah yang berkuasa 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 manusia & semua makhluk.
Yang paling kita takuti ialah kepada Allah kita akan 𝐝𝐢𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐛𝐚𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧!!!
Nabi s.a.w sendiri sentiasa menggalakkan kita supaya ingat kepada mati & kepada Akhirat- kerana ingat kepada mati kita tak berani nak buat maksiat & mungkar.
Sebagaimana kita baca doa apabila bangun tidur tadi:
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرُ
Maksud: Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nya lah tempat kembali. – (HR. Bukhari: 5837)
Di mana kita bersyukur kerana kita hidup selepas tidur dan bangun pagi ini tetapi dalam masa yang sama jangan lupa bahawa kita akan kembali kepada Allah jua akhirnya!
Ayat ini sentap kerana apabila kita tahu kita akan kembali kepada Allah, kita tahu di hadapan kita dosa & pahala, ada hisab & balasan, di hadapan kita ada syurga & neraka maka kita akan muhasabah diri tak berani buat maksiat insya' Allah.
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀
#𝙐𝘼𝙈✎𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗵 𝙆𝙝𝙖𝙢𝙞𝙨 09/10/2025 / 17 𝙍. 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1447𝙃🌷
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Yunus 2025 (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:
Link:
https://www.youtube.com/playlist?list=PLC16EIfOI4LCezq32AtjEt24_fUbZeiy3
Semoga Bermanfaat!
No comments:
Post a Comment