💎𝐀𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐁𝐞𝐫𝐟𝐢𝐤𝐢𝐫, 𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐁𝐚𝐥𝐚 𝐃𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 & 𝐎𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐮𝐤𝐦𝐢𝐧 𝐀𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭.💎
♥𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝘼𝙝𝙖𝙙 26/10/2025 / 04 𝙅. 𝙐𝙡𝙖 1447𝙃 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙔𝙪𝙣𝙪𝙨 (34) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [101-103]♥
F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨: https://youtu.be/3gAbQUsbrpw?si=BzWbM4fspGZZ_Lsa
🌷𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:
1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Yunus dengan ayat 101 sehingga ayat 103 dalam juzuk kesebelas.
2. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan kewajipan tilik & tafakkur.
Iaitu kita tengok kepada tanda-tanda keagungan dan kekuasaan Allah s.w.t kemudian berfikir kenapa Allah buat begitu begini; semua itu untuk mencari noktah agung iaitu adanya Allah sebagai Pencipta!
3. Dalam ayat ini juga Allah nyatakan ancaman & amaran terhadap mereka yang tidak mahu beriman, tidak mahu ikut; bahawa mereka akan dibinasakan!
4. Kemudian Allah nyatakan hanya orang mukmin yang akan selamat, selain daripada itu akan dapat penyakit yang dicarinya!
5. Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat-ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan bahawa iman yang betul tidak akan terlaksana kecuali apabila mengakui bahawa semua yang terjadi atas dunia ini adalah dengan kehendak Allah s.w.t.
Dalam kitab tauhid ini ialah beriman dengan qadha' & qadar.
Allah telah tuliskan taqdir dunia ini 50 ribu dahulu tahun sebelum dicipta langit & bumi!
ii- maka datang ayat ini perintah untuk kita lihat, tengok, perhati & berfikir kepada makhluk Allah yang ada di langit & bumi!
Ini supaya orang yang berakal tahu bahawa takkanlah sebesar ini langit & bumi dan segala yang ada pada keduanya; tidak ada Penciptanya?? Tidak mungkin!
6. Ayat ini memberi peringatan yang besar kepada hamba Allah bahawa kita ini bukan robot yang hanya ikut remote control sahaja! Tetapi kita diberi akal, pancaindera untuk mengkaji menilik & betafakkur dengan hati kita bahawa Allah s.w.t yang Maha Mencipta!
**Ada setengah manusia hanya lihat saja!
Mazhab manusia hari ini: Tengok, selfie kemudian share!!!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎𝟏- {𝐊𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝): "𝐏𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐟𝐢𝐤𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐤𝐣𝐮𝐛𝐤𝐚𝐧, 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐤𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐞𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚). 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐢𝐭𝐮, 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐤𝐭𝐢 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡), 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡-𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐚𝐦𝐚𝐫𝐚𝐧), 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐟𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐮𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚.} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟏𝟎𝟏)
1. Allah perintahkan Rasulullah s.a.w untuk pergi & katakan kepada puak kafir yang datang mencabar Baginda s.a.w dengan minta tanda kebenaran dakwahnya dengan meminta perkara keduniaan yang diluar logik akal.
2. Allah nyatakan tak perlu minta yang lain lagi; tengoklah kepada kejadian makhluk Allah yang sudah ada & yang hebat- tengok ke langit itu ada matahari, bulan bintang dan segala cakerawalanya.
Kemudian tengok pula ke bumi- ada lautan, bukit bukau, gunung ganang, sungai, pokok & buah-buahan, haiwan yang sebesar-besarnya & yang sekecilnya!!!
3. Selepas tengok itu- berfikir dan bertadabburlah, lalu ambil pengajaran kerana semua itu menunjukkan kepada keEsaan Allah s.w.t dalam Rububiyyah (Ketuanan) dan Uluhiyyah-Nya (Ketuhanan).
4. Sempurnanya kuasa Allah & agung sifat-Nya; jika kamu perhatikan semua ini kamu tak perlu lagi kepada yang halus-halus itu.
Cukuplah dengan tanda-tanda & bukti yang begitu besar dan hebat ini!!!
5. Tetapi malangnya segala tanda & bukti yang menunjukkan kekuasaan Allah yang ada di langit dan bumi, segala rasul yang datang menyampaikan perintah Allah itu, segala amaran yang disampaikan rasul & segala peringatan yang disampaikan para pendakwah; tidak akan memberi manfaat, tidak akan memberi kesan kepada orang yang tidak beriman kepada Allah!
*Yang mereka mahu ialah apa yang nafsu dan kehendak duniawi mereka nak!!
Bawalah dalil bukti apapun mereka tak mahu terima!
Bawalah rimau gajah pun- tak jjadi apa!
**Jika kita orang Islam tidak boleh bersatu hati, maka kita akan digoreng dan diguna-gunakan oleh puak kafir yang membenci Islam ini!
6. Nota (333)- maksud ayat ini menerangkan bahawa tugas seorang rasul dan seorang pendidik ialah bukan memaksa orang menerima sesuatu kepercayaan.
Tetapi tugas mereka menunjuk & mengajak orang ramai supaya memerhati & memikirkan segala bukti yang ada di langit & bukti yang ada di bumi.
Serta mempelajari dan memahami apa yang dibawa oleh rasul-rasul, demikianlah hendaknya yang diamalkan oleh orang-orang yang hendak menetapkan simpulan iman.
7. Yang penting para pendakwah jalankan tugas- kerana nak ubah minda orang bukan mudah!
Ini kerana minda diubah dengan ilmu, dengan hujjah & makrifah; tidak semata-mata dengan akta & undang-undang!
Orang mungkin ikut undang-undang & akta tetapi dengan terpaksa bukan dengan suka & ikhlas!
8. Hati-hatilah jemaah semua, biarlah kita menjadi orang yang beriman yang ikut firman Allah & sabda Rasulullah s.a.w.
Ini kerana ilmu itu adalah berpaksikan kepada dua ini- selain daripadanya akan hanyut!!
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎𝟐- {𝐌𝐚𝐤𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 (𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡) 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐝𝐢𝐚𝐧-𝐤𝐞𝐣𝐚𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐝𝐚𝐡𝐮𝐥𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚. 𝐊𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝): "𝐓𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐥𝐚𝐡, 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐤𝐮 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮".} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟏𝟎𝟐)
1. Munasabah ayat:
i- dalam ayat yang lepas Allah nyatakan bahawa semua yang ada di langit & di bumi menjadai dalil akan keEsaan & kekuasaan Allah s.w.t.
ii- maka datang ayat ini menyatakan orang yang telah melihat segala dalil dan bukti tetapi tetap tidak mahu beriman.
Inilah mereka yang degil keras kepala- bawa apa bukti & dalil tidak akan beri kesan kerana baginya segala yang ada di dunia ini untuk kegunaannya- tidak berfikir akan adanya Tuhan Pencipta sekelian alam ini!
Maka ayat ini sebagai peringatan dan amaran kepada mereka jangan lagha & lalai dengan pemikiran karut itu!
2. Sesungguhnya puak kafir itu hanyalah menunggu kedatangan azab & bala bencana dari Allah!
Sebagaimana yang telah ditimpa ke atas umat dahulu yang binasa semuanya!
Mereka yang lawan yang derhaka semua telah mati kering atau mati lemas seperti Fir'aun dan gengnya, umat Nabi Nuh, Lut dan seumpamanya!
Maka kamu kafir Quraisy jangan kerasa kepala dan rasa hebat!
3. Allah suruh Nabi s.a.w katakan lagi kepada mereka: Maka tunggulah kamu wahai kafir & aku juga akan menunggu bersamamu.
Kita lihatlah benar atau tidak apa yang telah dijanjikan Allah ini!
*Mungkin mereka terselamat dan terlepas atas dunia ini tetapi azab di Akhirat tetap menanti!
4. Ingatlah kebinasaan akan terjadi sebagaimana yang dijanjikan Allah- cepat atau lambat duduk di bawah ilmu & kehendak Allah.
*Kita lihat tempoh atau jarak azab ini datang pada ketika Nabi s.a.w mula berdakwah kemudian kejahatan mereka ke atas Nabi s.a.w sehingga Baginda berdoa kepada mereka.
Tetapi mereka tidak terus binasa, masih lagi melawan dan menentang sehingga dalam Perang Badar barulah binasanya Abu Jahal dan lain-lain- iaitu lebih kurang dalam masa 10 tahun.
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎𝟑- {𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟗𝟎- {𝐊𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧. 𝐃𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐮𝐠𝐚, 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐤𝐞𝐰𝐚𝐣𝐢𝐩𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐢, 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐭𝐦𝐮).} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟏𝟎𝟑)
1. Munasabah ayat:
i- dalam ayat lepas Nabi s.a.w diarahkan kata kepada kafir bahawa mereka akan sama-sama menunggu azab Allah, Nabi s.a.w & orang-orang kafir!
ii- datang ayat ini menjelaskan jika turun azab- Nabi s.a.w & orang yang beriman akan selamat!
Hanya orang kafir yang akan kenanya walaupun sama-sama menunggu!!
*Yakni walaupun sama-sama menunggu azab tetapi tidak sama antara orang beriman & orang kafir!
2. Allah nyatakan bahawa Dia akan 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥-Nya 𝐝𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧.
Yakni Allah yang beri jaminan ini!
*Bila nak turunkan azab, biasanya Allah akan hantar malaikat untuk memberi amaran kepada orang beriman agar selamat & melaksanakan azab itu ke atas orang kafir!
Contoh: Nabi Nuh diperintahkan untuk bina bahtera, Nabi Lut diperintahkan keluar segera meninggalkan tempat itu bersama mereka yang beriman sebelum ditimpakan azab.
3. Demikianlah janji Allah bahawa orang beriman & rasul mereka akan diselamatkan.
Maka begitu jugalah Allah akan lakukan kepada Rasulullah s.a.w dan semua mereka yang beriman bersamanya- mereka akan diselamatkan semuanya; ini suatu hak atau janji yang Allah telah tetapkan ke atas diri-Nya.
4. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah:
{Sesungguhnya Kami tetap membela serta mempertahankan Rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman - dalam kehidupan dunia ini dan pada saat bangkitnya saksi-saksi (pada hari kiamat)} (Ghaafir 40:51)
5. Banyak lagi ayat-ayat yang menunjukkan janji Allah bahawa orang beriman akan selamat- kita yakinlah akan janji Allah ini!
6. Insya' Allah kita akan selamat- tetapi ingatlah- kemenangan & pertolongan Allah tidak akan datang begitu saja, tidak "kun fayakun"!
Ia datang dengan perjuangan & pengorbanan.
Kata orang; pejuang tidak disambut dengan hamparan permaidani merah tetapi mungkin disambut dengan darah yang merah!
7. Jadi untuk mendapatkan pertolongan Allah, kita kena berusaha, berjuang, kita kena buat kerja sungguh-sungguh; barulah kita akan mendapat pertolongan dari Allah!
🎀𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. Fi𝐤𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐤𝐣𝐮𝐛𝐤𝐚𝐧,…}- dalam ayat ini Allah suruh tengok kepada apa yang ada dilangit dan di bumi!
Tetapi bukan tengok saja tetapi tengok sambil berfikir, bertafakkur, mengkaji, menyelidik dan menganalisa kepada segala makhluk ciptaan Allah yang besar ini!
Tujuan utamanya adalah untuk sedar & mengakui bahawa adanya Tuhan Pencipta Yang maha Agung!
Trend manusia hari ini suka pergi healing sana sini, tempat yang susah pun mereka sanggup pergi!
Tetapi rugilah jika ada kemampuan untuk pergi melihat segala keajaiban dan keagungan ciptaan Allah tetapi tidak masuk ke dalam hati mereka untuk berfikir bahawa semua itu haiwan & fenomena yang pelik itu ada Penciptanya yang Agung!
Kita orang beriman- pergilah ke mana sekalipun atas dunia ini, tetapi hujung pangkalnya wajib kaitkannya dengan Pencipta al-Khaliq- barulah menambahkan lagi keimanan yang mantap kepada Allah!
Jangan hanya healing sana healing sini- habis usia & harta begitu saja tanpa memberi manfaat untuk Akhirat kita- amatlah merugikan!
Inilah peranan kita sebagai manusia- kena lihat & tafakkur!
Apakah bahan untuk kita lihat & tafakkur itu??? Lihat faedah seterusnya.
2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎𝟏- {𝐊𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝): "𝐏𝐞𝐫𝐡𝐚𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐟𝐢𝐤𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐤𝐣𝐮𝐛𝐤𝐚𝐧,..}-
Allah suruh kita lihat kepada apa yang ada di langit & bumi!
Yakni jika tidak boleh lihat apa yang ada di atas, tak ada teropong nak lihat kepada langit yang jauh, maka lihatlah kepada yang dekat dengan kita!!
Iaitu lihatlah kepada yang ada di bumi yang dekat dengan kita.
Bahkan Allah suruh kita lihat juga kepada kejadian diri kita sendiri!
Cuba bayangkan jika tiba-tiba ada orang bawa duit berjuta-juta minta nak beli mata, telinga atau mana-mana anggota badan kita yang baik semuanya ini!
Pastilah kita tidak akan sanggup & mahu menjualnya!!!
Kita manusia mungkin tidak sanggup jual anggota badannya tetapi malangnya, sanggup jual prinsip dan maruah diri, sanggup buat maksiat derhaka kepada Allah kerana tidak fikir siapakah kita!
Manusia sanggup jual maruah diri & prinsip hidup dengan harga yang murah semata-mata kerana nak ambil healing atas dunia, ikut hawa nafsu nak puaskan hati dan kejar duniawi- sanggup derhaka kepada Allah!
Yang penting kita tengok kemudian fikirkan betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t yang menujukkan bukti keagungan & keEsaan Allah s.w.t!
3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎𝟏- { 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐢𝐭𝐮, 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐤𝐭𝐢 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡), 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐩𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡-𝐩𝐞𝐫𝐢𝐧𝐭𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐚𝐦𝐚𝐫𝐚𝐧), 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐟𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐚𝐫𝐮𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐞𝐫𝐜𝐚𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚.} – yakni segala bukti, dalil, ayat-ayat & tanda-tanda dari Allah ini tidak akan memberi faedah manfaat apa kepada orang yang tidak beriman!!!
Ulama' kata orang yang tidak beriman ini ialah orang yang tidak berakal!!
Ada akal tetapi tidak guna untuk berfikir & menerima kebenaran!
Yakni segala dalil itu tidak berguna bagi orang tidak beriman kerana mereka tidak gunakan akal mereka, akal mereka tidak berfungsi untuk berfikir & mengambil kebaikannya!
4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎𝟐- {𝐌𝐚𝐤𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 (𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡) 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐣𝐚𝐝𝐢𝐚𝐧-𝐤𝐞𝐣𝐚𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐥𝐚𝐤𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐝𝐚𝐡𝐮𝐥𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚.}– kamu tunggulah apa yang akan terjadi atas dunia sebagaimana umat nabi yang terdahulu menungu!
Kita sama-sama tunggu dan lihat akhir kesudahan manusia ini; kehancuran, kebinasaan yang terjadi kepada sesiapa yang tidak beriman kepada Allah Azza wa Jalla.
Kita yakin bahawa Allah memang suruh cabar kafir di sini- kamu tunggu dan aku juga menunggu!
Ini kerana kita orang beriman sudah yakin dan percaya bahawa Allah telah memberi pertolongan kepada para nabi-Nya, Allah akan beri pertolongan kepada orang beriman!
Tetapi dengan syarat kita orang beriman kena bersatu hati & kuatkan semangat, rapatkan hubungan dengan Allah, tinggalkan maksiat; insya' Allah kita akan berada di bawah rahmat Allah Azza wa Jalla.
5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟏𝟎𝟑- {𝐊𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐬𝐮𝐥 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧.}-
Allah kata; kemudian {ثُمَّ} Allah akan selamatkan Rasulullah s.a.w dan orang yang beriman!!!
Sebagaimana kita bincangkan dalam siri sebelum ini- ulama' kata jarak antara doa Nabi Musa supaya Fir'aun binasa sehingga Allah turunkan azab-Nya & tenggelamkan Fir'aun ialah selama 40 tahun.
Kita juga telah buat sedikit analisa- binasanya Abu Jahal & Abu Lahab selepas berlalunya tempoh lebih kurang 10 tahun.
Hampir separuh masa itu kerana tempoh dakwah Nabi s.a.w hanyalah selama 23 tahun.
Itulah ketentuan Allah s.w.t, pertolongan tetap akan datang & diberi kemenangan!
Kita sabar buat sementara!
Kita yakin & sabar kerana apabila Allah telah berjanji & beri jaminan- kita tunggulah dengan yakin bahawa janji Allah itu benar.
Kita yang nak menegakkan agama & Sunnah ini kadang-kadang difitnah diberi tuduhan yang buruk, dimomokkan dengan cerita yang tidak benar oleh yang tidak baik hatinya sehingga orang pun terpengaruh dan membenci lihat kita!!!
Mengatakan kita bukan nak ajar al-Quran tetapi nak memecahkan masyarakat, bukan nak ajar Sunnah Nabi tapi nak memadamkan amalan-amalan lama yang sudah ada!
Kita kata tidak- kita tiada niat nak memecah-belahkan masyarakat dan supaya orang berkelahi- niat kita hanya nak ajak orang kepada al-Kitab & as-Sunnah berdasarkan kepada fahaman ulama' yang muktabar, kita nak selamat dunia dan di Akhirat!
Para jemaah semua- gunakanlah ayat ini- kamu tengok & fikir, kamu dengar dan nilailah sendiri! Jika orang hantar sebarkan apa-apa berita yang karut- fikirkanlah apakah logik & betul tuduhan bodoh begini??
Jangan terus ambil telan!
Kerana itu kata orang: Jangan bersahabat dengan orang bodoh; kerana berapa ramai orang yang bijak tetapi tersungkur jatuh kerana kawannya yang bodoh!!
Jika ada orang jahil atau bodoh datang nak berlawan dengan kita- jangan dok layan & katakan: Salaman- good bye!
Buatlah kerja kamu kerana hanya orang yang bodoh seperti kamu juga yang akan percaya- orang yang cerdik tidak akan terpengaruh!
Kita sabarlah kerana walaupun ibadat kita tidak banyak tetapi Allah nak beri pahala kepada melalui orang yang menuduh memfitnah kita ini!!!
Kita sedang tidur pahala masuk akaun insya' Allah!
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀
#𝙐𝘼𝙈✎𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗵 𝘼𝙝𝙖𝙙 26/10/2025 / 03𝙡4 𝙅. 𝙐𝙡𝙖 1447𝙃🌷
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Yunus 2025 (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:
Link:
https://www.youtube.com/playlist?list=PLC16EIfOI4LCezq32AtjEt24_fUbZeiy3
Semoga Bermanfaat!
No comments:
Post a Comment