💎𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐝𝐢𝐡 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐝𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐟𝐢𝐫, 𝐊𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐚𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐁𝐚𝐠𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒.𝐖.𝐓 & 𝐀𝐠𝐚𝐦𝐚 𝐊𝐚𝐟𝐢𝐫 𝐇𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐒𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚.💎
♥𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙎𝙚𝙡𝙖𝙨𝙖 14/10/2025 / 22 𝙍. 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1447𝙃 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙔𝙪𝙣𝙪𝙨 (24) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [65-66]♥
F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨: https://youtu.be/QEVteq5Eip8?si=GSvou140Vep2MU66
🌷𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:
1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Yunus dengan ayat 65 dan ayat 66 dalam juzuk kesebelas.
2. Dalam siri ini Allah s.w.t Allah perintahkan kepada kita, khususnya kepada Nabi s.a.w agar sabar jangan sedih dengan tuduhan kafir.
Apa orang kata kita sabar jika kita tahu apa yang kita bawa itu benar!
Jika tidak kita kena muhasabah dan fikir lalu cuba baiki apa yang tak kena.
Jangan nasihat yang baik dianggap sebagai celaan atau ejekan pula!
Orang yang berfikiran waras dan terbuka akan periksa dan muhasabah apa yang tak kena.
3. Ini kerana kemuliaan itu mutlak hanya bagi Allah s.w.t.
Jika berlawan dengan orang kafir ia mutlak untuk Allah, manakala jika berlawan dengan munafiqin yang hina Islam; maka kemuliaan itu milik Allah, Rasulullah s.a.w & orang mukmin semuanya!
4. Allah tegaskan bahawa milik Allah langit & bumi manakala agama kafir itu hanya sangkaan sahaja, sangkaan & rekaan yang karut.
Sedangkan agama Islam adalah agama yang berpaksi kepada nas & dalil yang kukuh dari Allah s.w.t & dari Nabi s.a.w!
5. Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang aqidah puak kafir & segala syubhat keraguan yang mereka timbulkan.
Allah s.w.t juga telah menjawab segala yang mereka timbulkan itu, tetapi mereka masih lagi mencabar Nabi s.a.w.
ii- maka datang ayat ini Allah nak tenangkan hati Nabi s.a.w, sabarlah wahai Rasulullah, sedangkan puak kafir itu sudah kenal kamu sejak dari awal lagi sebagai seorang yang berintegriti & akhlak mulia, bahkan mereka menggelarkan kamu dengan gelaran al-Amin- seorang yang amanah& jujur, tak pernah bohong dan tipu orang!
Tetapi setelah kamu dilantik ke jawatan rasul ini yang berlawan dengan aqidah mereka yang sesat- maka kamu kena besedialah menerima tentangan, kutukan & caci-maki kata-kata buruk mereka.
Kamu terimalah dengan sabar, jangan sedih jangan dukacita & kecewa.
6. Satu-satu Allah beri nasihat agar kita tidak lagha, tidak kecewa dan stress apabila orang lawan & tolak ajaran yang kita cuba sampaikan.
Kita cubalah menyampaikan yang benar berdasarkan fakta & dalil yang ada dengan kita dari Kitab al-Quran, Sunnah Nabi s.a.w dan pandangan-pandangan para ulama' yang muktabar!
*Kita apabila baca al-Quran usahakan biar ada terjemahan sekali- barulah kita boleh baca dengan hati & akal.
Seperti kuliah harian kita ini- Walaupun ringkas biar ada setiap hari untuk kita tadabbur & tangkap makna al-Quran.
Yang penting kita ada usaha, celik mata- buka telinga untuk faham apa yang Allah nak kata kepada kita.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟓- {𝐃𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝) 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐮𝐤𝐚𝐜𝐢𝐭𝐚 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐭𝐚-𝐤𝐚𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫 𝐢𝐭𝐮; 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐭𝐞𝐧𝐭𝐮 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡; 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫, 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢.} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟔𝟓)
1. Allah menasihati Nabi s.a.w agar jangan sedih & dukacita dengan perbuatan & perkataan puak kafir yang ingkar menentang ini. Perkataan mereka jangan dilayan.
2. Berdasarkan daro ayat-ayat yang lepas, antara perbuatan jahat mereka ialah:
i- mereka buat hukum sendiri seperti menghalalkan yang haram atau sebaliknya & dakwanya dari Allah. Inilah yang paling jahat.
ii- mereka memerli mengata menghin ajaran Nabi s.a.w dan Baginda sendiri!
iii- tidak mahu menerima yang benar walaupun jelas di depanmata mereka!
3. Kata Ibnu Asyur – walaupun ayat ini khitab kepada Nabi s.a.w secara peribadinya kerana ayat ini turun kepada Baginda. Tetapi sekaligus ayat ini juga ditujukan kepada para sahabat Nabi s.a.w agar bersabar, jangan sedih dengan tentangan terhadap Nabi s.a.w, bertahan menghadapi tentangan mantapkan aqidah lawan ancaman puak kafir!
kerana segala kemuliaan & kekuatan {izzah- } adalah milik Allah s.w.t. Kita orang Islam aab berlawan dengan orang kafir kena tunjuk izzah ini!
4. Kita hari ini pun masih ada karenah & agenda jahat puak kafir yang sentiasa cuba meremeh menghina Islam, provokasi yang berterusan terhadap Islam dan umatnya! Tetapi ingat- makin dikhianati Islam akan makin diminati & berkembang. Orang yang tak kenal Islam sebelum itu akan cuba mengenal & mengkaji Islam dengan lebih dekat- apabila faham & kenal Islam mereka akan jatuh cinta & nampak kebenaran Islam yang mulia! Lebih banyak buku-buku tentang Islam & Sirah Nabi s.a.w ditulis dan tersebar.
4. Begitu juga kita yang cuba nak menyebarkan Sunnah ini akan dimomokkan dengan pelbagai tuduhan jahat untuk menakutkan & menjauhkan orang ramai dari ilmu ini! Buatlah fitnah atas dunia ini jika kamu tak takut kepada Tuhan & tak ingat akan hari Kiamat! Gunalah fake akaun, guna nama jin atau syaitan- malaikat tahu siapa kamu walaupun terlepas atas dunia ini.
5. Sabarlah insya' Allah Allah angkat darjat & beri pahala kepada mereka yang dituduh & difitnah ini. Begitulah Sunnaatullah, kebenaran akan terbongkar jug akhirnya, orang yang dihina difitnah itu akan lebih dikenali dan dikagumi.
6. Kaki fitnah ini pula biasanya mereka suka menghasut kepada pemerintah atau penguasa, sehingga orang yang difitnah boleh diambil tindakan dan dijatuhkan hukuman ke atasnya. Samada dipulau, disekat, digam dan seumpamanya, bahkan mungkin dipenjara dan disiksa!! Sebagaimana berlaku kepada imam-iman besar sebelum ini; Imam Ahmad yang dipenjara & dipukul, Imam Bukhari pula terbuang dari tempatnya sendiri dengan pelbagai tuduhan, tetapi akhirnya terbilang di persada dunia. Namanya disebut di dalam segala masjlis ilmu, buku-buku tulisan dan semuanya!
7. Ini kerana kerana segala kemuliaan & kekuatan {izzah-ٱلْعِزَّةَ} adalah milik Allah s.w.t. Kita orang Islam apabila berlawan dengan orang kafir kena tunjuk izzah ini!
8. Ahli tafsir kata: Allah s.w.t-lah yang tunggal & Esa yang memiliki kekuatan dan kekuasaan atas dunia & Akhirat, bagi Allah kekuatan yang sempurna & kemenangan yang syumul! Maka wahai Muhammad s.a.w, kamu jangan bimbang, kamu ditentang kerana kamu dilantik menjadi rasul- Allah akan tolong & bantu kamu, Allah akan jaga kamu daripada disakiti oleh puak kafir!
9. Tetapi kenapa pernah juga Nabi s.a.w disakiti seperti dipukul dan dicampak perut unta dan lain-lain. Di manakah pertolongan Allah? Kita kata ujian adalah untuk menngangkat darjat. Juga jika Nabi s.a.w dijaga 100%, solid oleh Allah, terpijak duri pun tidak, setitik darah pun tidak pernah tumpah; jadi bagaimana para sahabat & kita semua nak meneruskan dakwah & perjuangan Baginda s.a.w, jalankan tugas dakwah ini tanpa jagaan mukjizat begitu???
10. Maka Allah buka ruang untuk Rasulullah s.a.w menghadapi semua ujian itu dengan berlakunya ujian seperti patah gigi, berdarah muka, dikepung dalam gua dan lain-lain. Ujian-ujian ini adalah siri tarbiyah Rabbaniyyah Allah didik jiwa Nabi s.a.w bagi mendidik umatnya pula para pendakwah agar kita tahu siapa kita, serta agar kental jiwa & sabar menghadapi cabaran dalam perjuangan ini!
11. Yakinlah- pertolongan & jagaan Allah itu sentiasa ada cuma Allah nak didik & tarbiyah kita agar tabah & sabar menghadapi ujina!
Biasanya selepas ujian kita akan dapat lihat kesan kebaikannya. Setelah hujan turun akan tumbuhnya tumbuhan yang indah & bermanfaat! Yakni selepas ujian pasti ada nikmat yang datang.
11. Allah tutup ayat ini dengan firman-Nya:
i- 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫, segala yang hamba-Nya kata, dalam kes ini apa yang puak kafir kata kepada Nabi s.a.w.
ii- 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢 semua keadaan hamba-Nya, apa yang puak kafir buat terhadap Nabi s.a.w dan apa yang ada dalam hati mereka!
12. Sabarlah para pencinta Sunnah- kita akan bertemu nanti dengan orang yang khianat dan menentang kita di dunia ini.
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟔- {𝐈𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡! 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐮𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐍𝐲𝐚, 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐭 (𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐤𝐞𝐲𝐚𝐤𝐢𝐧𝐚𝐧), 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐭 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐭𝐚-𝐦𝐚𝐭𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐧𝐭𝐢𝐚𝐬𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐮𝐬𝐭𝐚.} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟔𝟔)
1. Munasabah ayat:
i- dalam ayat 65 yang lepas Allah nyatakan bahawa kemualiaan, kekuasaan kekuatan & kemenangan itu hanya bagi Allah!
ii- maka dalam ayat ini Allah jelaskan siapakah Allah itu? Iaitu Pemilik langit & bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Allah mampu buat apa yang Dia, nak bukan apa yang kita nak! Allah sahajalah yang kita berhak untuk tujukan ibadat kepada-Nya!
2. Ayat ini tempelak & celaan pada puak musyrik yang menyekutukan Allah, tiada dalil & hidup mereka hanya dalam sangkaan semata-mata. Apakah dalil, sandaran dan tempat berpaut wahai puak kafir apabila kamu menuduh Allah itu ada sekutu, partner & syarik???? Tiada sandarannya kecuali diambil dari syaitan!
3. Apa yang diikuti oleh puak kafir dalam tuduhan & dakwaan mereka itu hanyalah dakwaan & sangkaan tanpa dalil. Mereka kata hanya ikut nafsu & syaitan!
4. Mereka hanya mencipta pembohongan terhadap Allah tanpa ilmu, penilaian dan dakwaan tanpa sandaran {يَخْرُصُونَ}, mereka hanya ikut otak & nafsu mereka berdasarkan ajaran syaitan.
*Kita minta perlindungan Allah daripada dibiarkan terumbang tanpa petunjuk & bimbingan Allah s.w.t!
🎀𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟓- {𝐃𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝) 𝐦𝐞𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐮𝐤𝐚𝐜𝐢𝐭𝐚 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐭𝐚-𝐤𝐚𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫 𝐢𝐭𝐮;…}- Kamu jangan sedih wahai Nabi s.a.w dengan kata-kata buruk mereka!
Puak kafir itu kata Nabi bukan rasul, mereka juga serang peribadi Nabi s.a.w dengan mengatakannya anak yatim & pengembala kambing!
Mereka tidak sebut & tak mahu ingat pula bahawa Baginda adalah dari keturunan yang mulia juga- datuknya Abdul Mutalib & bapa saudaranya Abu Talib adalah penguasa Makkah dan antara pemuka Quraisy yang terhormat di Makkah.
Apatah lagi Abu Lahab yang juga bapa saudaranya, penentang Islam & Rasulullah s.a.w yang amat jahat!
Jangan sedih & terkesan dengan kata-kata mereka yang mengatakan kamu Nabi, tak layak jadi & atar al-Quran hanyalah dongengan orang dahulu-kala!
Kita telah baca dalam kitab-kitab Sirah betapa banyak tuduhan jahat yang mereka buat ke atas Nabi s.a.w & Baginda hanya bersabat! Yang lebih jahat lagi mereka menuduh Tuhan ada rakan sekutu, partner atau syarik!
Ayat ini menjadi pedoman, garis panduan kepada kita sebagai pendakwah! Apabila kita memilih jalan ini, jalan untuk berdakwah dan mengajak orang kepada al-Quran & Sunnah Nabi s.a.w, tak mahu khurafat & karut-karut maka kita kena sabar! Jika kita tak sabar kita akan hilang keduanya; pahala untuk Akhirat tak dapat & peluang atau pangkat untuk naik atas dunia ini juga terlepas!
Menarik kitab (Terbuang tetapi Terbilang) iaitu buku tentang para imam & ulama' yang tertuduh & terfitnah. Biarlah kita terbuang-jika benar kerana Allah, berpegang dengan Sunnah insya' Allah suatu hari nanti kita akan menjadi orang yang terbilang di sisi Allah & orang mukmin.
2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟓- {… 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐭𝐞𝐧𝐭𝐮 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡;}- segala kemulian itu milik Allah { لِلَّهِ}.
Dalam ayat ini menyatakan mutlak kemulian, kekuasaan & kekuatan itu semata-mata milik Allah
Yakni bagi Allah kuasa untuk Dia beri kemenangan kepada sesiapa yang Dia mahu beri kemenangan dan tidak akan beri kepada siapa yang tidak dikehendaki-Nya!
Contoh terdekat: peperangan Badar- bilangan tentera Islam hanya 313 orang tetapi bagaimana mereka boleh menang mengalahkan tentera Abu Jahal yang mempunyai kekuatan tentera & senjata yang lengkap, bekalan yang cukup, siap dengan arak & penyanyi lagi- tetapi mereka telah dikalahkan dengan hina!
Kerana itu kata ulama': Kemenangan itu bukan sentiasa duduk dengan bilangan yang ramai. Betapa banyak golongan sedikit mendapat kemenangan dengan izin Allah.
Tetapi nak dapatkan kemenangan & pertolongan Allah itu perlukan SOP & syaratnya juga- bukan mudah-mudah, bukan kata asal atas nama Islam boleh menang! Tetapi apabila cukup syarat, cukup masanya & tiba tempohnya, insya' Allah kemenangan itu akan datang!
Maka sabarlah, Allah akan beri kemenangan kepada siapa yang Dia nak beri.
Dalam ayat ini Allah kata bahawa sesungguhnya kemuliaan itu semata-mata milik Allah. Maka jika kita nak mulia duduklah di bawah arahan Allah, ikutlah Sunnah Nabi s.a.w.
Jika nak kemenangan pahit maung susah payah dalam perjuangan itu lumrah hidup. Jika Nabi pun diuji kenapa kita tidak boleh diuji? Maka sabarlah insya' Allah kemenangan akan terserlah, dari sehari ke sehari, orang yang ikut Sunnah makin ramai!
3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟓- {… 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐭𝐞𝐧𝐭𝐮 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡;}- dalam ayat ini Allah menyatakan bahawa kemuliaan itu mutlak nagi Allah s.w.t! {إِنَّ ٱلْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا}
Tetapi dalam ayat ini pula Allah berfirman:
{Mereka berkata lagi: " Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam)".
Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).} (Al-Munaafiquun 63: 8)
Macamana kita nak faham, dua ayat ini berbeza dari sudut maknanya!
Jawapan:
i- dalam surah Yunus 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟓 ini kerana nak lawan dengan puak musyrikin yang kata Allah ada sekutu, ada partner- maka nak batalkan, nak kondem dakwaan syirik itu- Allah tegaskan segala kemuliaan itu milik Allah tiada sekutu baginya, mutlak!!!
ii- manakala dalam surah Munafiqin Ayat 6- Allah kata kemuliaan itu disertai juga oleh Allah, Nabi s.a.w & orang mukmin semuanya. Ini kerana nak lawan puak munafiqin yang mengatakan orang Islam adalah orang yang hina manakala mereka munafiq adalah orang yang mulia.
{Mereka berkata lagi: " Demi sesungguhnya! Jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang yang hina lagi lemah (pihak Islam)".}
Lalu Allah terus menjawabnya untuk menolak & membatalkan dakwaan batil mereka itu dengan berfirman:
{Padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang yang beriman; akan tetapi golongan yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).}
yaikni kemuliaan mutlaknya adalah bagi Allah tetapi Rasulullah s.a.w punmulia, orang mukmin pun mulia; manakala yang hinanya ialah puak munafiq!
Kata para ulama':
i- Kemuliaan bagi hak Allah ialah kekuasaan-Nya yang mutlak!
ii- Kemulian bagi Rasul s.a.w- agamanya dipilih & dihantar oleh Allah. Nabi s.a.w membawa ajaran yang mulia naka Baginda adalah seorang yang mulia.
iii- Kemuliaan orang mukmin; mereka akan mendapat pertolongan Allah s.w.t.
Sebagaimana dalam ayat sebelum ini Allah kata Dia akan jaga para wali-Nya, iaitu Allah yang Maha Agung, Pemilik bumi & langit; maka wali Allah jangan takut!
Kita hari ini jangan sibuk & kalut dok cari siapakah wali Allah. Kerana telah jelas Allah nyatakan bahawa wali adalah orang yang beriman, yang bertaqwa!
Tetapi kita tidak nafikan antara wali Allah itu ada yang tinggi darjatnya & yang rendah. Ada yang lebih alim & hebat, serta ada sebahagian mereka Allah beri kepada mereka kemuliaan dan karamah! Ini ada dan kita percaya serta beriman dengannya.
Masalahnya kita nak menyedarkan masyarakat & apa yang kita nak tolak ialah orang yang mengaku wali- asalkan tok gurunya, para pengikut yang taksub terus menabalkan mereka sebagai wali!
Kita jangan terpengaruh kerana kita sudah tahu sifat wali yang Allah nyatakan.
4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟔- {𝐈𝐧𝐠𝐚𝐭𝐥𝐚𝐡! 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐮𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢…- أَلَآ إِنَّ لِلَّهِ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَمَن فِى ٱلْأَرْضِ} - dalam ayat ini Allah gunakan perkataan {من} yang bererti siapa iaitu untuk makhluk yang berakal bukan guna perkataan {ما} yang bererti apa.
Kenapa guna siapa sedangkan di langit dan di bumi ada semuanya makhluk yang berakal dan tidak berakal juga seperti matahari bulan bintang dan segala planet cakerawala serta ada malaikat jin syaitan dan manusia semuanya???
Jawapannya:
i- Atas dunia ini tidak kiralah di langit atau di bumi, ada batu atau kayu; tetapi kerana manusia ini yang mukallaf- iaitu yang ada tanggung-jawab Syari'ah, malaikat yang berakal pula makhluk yang mulia, manakala jin syaitan juga ada akal;
ii- maka digunakan perkataan {من} untuk menunjukkan kemuliaan Allah yang memiliki semua makhluk samada yang berakal atau tidak. Juga sebagai untuk memuliakan kita makhluk yang berakal daripada yang tidak berakal. Disebut kitayg berakal kerana kitalah yang akan mendapat faedah daripada ayat-ayat Allah & apabila kita beriman dengan Allah s.w.t!
5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟔- {… 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐲𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐬𝐞𝐤𝐮𝐭𝐮𝐍𝐲𝐚, 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐭 (𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐤𝐞𝐲𝐚𝐤𝐢𝐧𝐚𝐧), 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐫𝐮𝐭 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐦𝐚𝐭𝐚-𝐦𝐚𝐭𝐚,…}- puak kafir itu, yang syirik & yang buat tuduhan bermacam-macam terhadap Allah- agama mereka adalah agama sangkaan & agakan semata-mata bukan agama yang berpaksi kepada dalil & bukti yang nyata!
Maka kita orang beriman bersyukur kepada Allah di atas nikmat akal yang Allah berikan kepada kita. Bila ada akal kita boleh berfikir & apabila kita tadabbur al-Quran kita nampak ayat-ayat Allah; samada ayat al-Quran yang kita baca atau kepada ayat manzuroh yang boleh kita lihat!
Maka akan terserlah dalam hati kita bahawa adanya Allah, Pencipta yang Maha Agung Maha Mulia. Kita realisasikan keagungan Allah dalam hati kita dengan mempelajari nama-nama Allah yang indah & sifat-sifat Allah yang Maha Tinggi.
Penghayatan itu penting iaitu bukan belajar sahaja- wajib menghayatinya barulah kita akan ada benteng iman yang akan menyekat kita daripada melakukan segala perbuatan & perkataan yang tidak baik!
Sekarang bukan waktu polemik atau berkelahi- tetapi waktu kita nak menghayati sifat-sifat Allah dalam kehidupan kita dan kehidupan anak-anak kita, barulah hilang segala penyakit atas dunia ini dengan izin Allah.
Agama kafir hanya agama agakan manakala agama Islam adalah agama berpaksikan kepada laq & Sunnah. Semoga kita termasuk dalam pencinta al-Quran & Sunnah.
Sabarlah wahai para pencinta Sunnah walaupun orang buat tuduhan & tohmahan; insya' Allah yang terbuang akan jadi terbilang akhirnya.
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀
#𝙐𝘼𝙈✎𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗵 𝙎𝙚𝙡𝙖𝙨𝙖 14/10/2025 / 22 𝙍. 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1447𝙃🌷
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Yunus 2025 (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:
Link:
https://www.youtube.com/playlist?list=PLC16EIfOI4LCezq32AtjEt24_fUbZeiy3
Semoga Bermanfaat!
No comments:
Post a Comment