๐๐๐๐ฌ๐ฎ๐ฅ ๐๐๐ฅ๐๐ฉ๐๐ฌ ๐๐ฎ๐ก ๐๐ข๐ญ๐๐ง๐ญ๐๐ง๐ , ๐๐ข๐ฌ๐๐ก ๐๐๐๐ข ๐๐ฎ๐ฌ๐ ๐.๐ ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฎ๐ง & ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ก๐๐ง ๐ ๐ข๐ซ'๐๐ฎ๐ง ๐๐๐ฉ๐๐๐๐ง๐ฒ๐.๐
♥๐๐๐ซ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ฉ๐ช 18/10/2025 / 26 ๐. ๐๐๐๐ฃ๐ 1447๐ ๐๐๐ก๐๐ฅ๐๐จ ๐๐ช๐๐ช๐ Dr Abu Anas Madani ๐ฟ๐ง. ๐ผ๐๐ช ๐ผ๐ฃ๐๐จ ๐๐๐๐๐ฃ๐ - ๐๐๐๐จ๐๐ง ๐๐ช๐ง๐๐ ๐๐ช๐ฃ๐ช๐จ (27) ๐ผ๐ฎ๐๐ฉ [74-78]♥
F๐ฎ๐ฅ๐ฅ ๐ฏ๐ข๐๐๐จ: https://youtu.be/OYqH2a7WBhU?si=gQEN699LOleERrWt
๐ท๐๐ฎ๐ช๐๐๐๐ข๐ฆ๐๐ก:
1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Yunus dengan ayat 74 sehingga ayat 78 dalam juzuk kesebelas.
2. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan bahawa Allah akan utus ramai lagi rasul-rasul selepas Nabi Nuh a.s. tetapi apa boleh buat, bukan senang perjuangan dakwahnya, setipa rasul akan ditentang, dilawan & didustakan oleh kaum mereka!
Nak menang kena berjuang!
3. Dalam ayat ini kita mulakan siri pertama bagi kisah nabi Musa a.s dan Harun- hiwar atau dialog mereka dengan Fir'aun.
Ini merupakan kisah kedua dalam surah ini selepas kisah Nabi Nuh a.s.
4. Apabila Nabi Musa tunjukkan mukjizatnya, Fir'aun mendustakannya dan buat beberapa tuduhan Fir'aun kepadanya seperti ahli sihir kemudian sebagai orang yang gilakan pangkat & mahu rampas kuasa Fir'aun.
Kisah Nabi Musa a.s sudah banyak kali berulang, jadi ringkas saja disebut kisahnya dalam surah ini.
5. Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan bagaimana kisah Nabi Nuh a.s, rasul yang pertama selepas Nabi Adam a.s.
Nuh ditentang & didustakan oleh kaumnya lalu Allah s.w.t membinasakan mereka semuanya!
ii- maka dalam ayat ini Allah nyatakan tentang kisah untuk dijadikan iktibar bagi sesiapa yang mendustakan rasul.
Telah menjadi ketetapan Sunnatullah sesiapa yang lawan rasul akan binasa.
ุฃَุนُูุฐُ ุจِุงََِّููู ุงูุณَّู ِูุนِ ุงْูุนَِููู ِ ู ِْู ุงูุดَّْูุทَุงِู ุงูุฑَّุฌِูู ِ
๐บ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {๐๐๐ฆ๐ฎ๐๐ข๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ข ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฌ๐ค๐๐ง ๐ฌ๐๐ฌ๐ฎ๐๐๐ก ๐๐๐๐ข ๐๐ฎ๐ก, ๐๐๐๐๐ซ๐๐ฉ๐ ๐จ๐ซ๐๐ง๐ ๐๐๐ฌ๐ฎ๐ฅ ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ค๐๐ฎ๐ฆ ๐ฆ๐๐ฌ๐ข๐ง๐ -๐ฆ๐๐ฌ๐ข๐ง๐ ; ๐ฅ๐๐ฅ๐ฎ ๐๐๐ฌ๐ฎ๐ฅ-๐ซ๐๐ฌ๐ฎ๐ฅ ๐ข๐ญ๐ฎ ๐๐๐ญ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ค๐๐ฎ๐ฆ ๐ฆ๐๐ซ๐๐ค๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฆ๐๐ฆ๐๐๐ฐ๐ ๐ค๐๐ญ๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ง-๐ค๐๐ญ๐๐ซ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ง๐ฒ๐๐ญ๐; ๐๐๐ฅ๐๐ฆ ๐ฉ๐๐๐ ๐ข๐ญ๐ฎ ๐ค๐๐ฎ๐ฆ ๐ฆ๐๐ซ๐๐ค๐ ๐ญ๐๐ญ๐๐ฉ ๐ฃ๐ฎ๐ ๐ ๐ญ๐ข๐๐๐ค ๐ฆ๐๐ก๐ฎ ๐๐๐ซ๐ข๐ฆ๐๐ง ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐ฉ๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ซ๐๐ค๐ ๐ญ๐๐ฅ๐๐ก ๐ฆ๐๐ง๐๐ฎ๐ฌ๐ญ๐๐ค๐๐ง๐ง๐ฒ๐ ๐ฌ๐๐๐๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐ข๐ญ๐ฎ. ๐๐๐ฆ๐ข๐ค๐ข๐๐ง๐ฅ๐๐ก, ๐๐๐ฆ๐ข ๐ฆ๐๐ญ๐๐ซ๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐ญ๐๐ฌ ๐ก๐๐ญ๐ข ๐จ๐ซ๐๐ง๐ -๐จ๐ซ๐๐ง๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ฆ๐ฉ๐๐ฎ๐ข ๐๐๐ญ๐๐ฌ.} (๐๐ฎ๐ง๐ฎ๐ฌ ๐๐:๐๐)
1. Allah nyatakan selepas Nabi Adam datang Nabi Nuh yang Allah naskan namanya dalam al-Quran.
Kemudian selepas Nabi Nuh a.s telah diutuskan ramai lagi para rasul yang didatangkan khas kepada kaum masing-masing- iaitu bersifat local atau tempatan.
*Manakala Rasulullah s.a.w sebagai rasul akhir zaman diutuskan kepada manusia seluruhnya sehingga pada hari Kiamat.
2. Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadith daripada Jabir bin ‘Abdillah R.A:
ََููุงَู ุงَّููุจُِّู ُูุจْุนَุซُ ุฅَِูู َْููู ِِู ุฎَุงุตَّุฉً، َูุจُุนِุซْุชُ ุฅَِูู ุงَّููุงุณِ َูุงَّูุฉً
Maksudnya: “Dan Nabi sebelumku hanya diutus kepada kaumnya saja, sementara aku diutus kepada umat manusia seluruhnya.” [HR al-Bukhari (438)].
*jangan kata ada yang tak kenal Rasulullah s.a.w.
3. Mereka para rasul & nabi itu semuanya datang dengan mukjizat yang nyata, yang Allah anugerahkan kepada setiap nabi & rasul untuk menunjukkan kebenaran mereka!
*Mukjizat ini adalah sesuatu yang pelik, yang di luar kotak pemikiran manusia sebagai bukti kenabian & kebenaran mereka!
4. Tetapi apa boleh buat kaum yang degil & keras kepala tetap menolak dan mendustakan apa yang dibawa oleh para rasul- samada ajaran atau maksiat kerana mereka berkeras berpegang dengan apa yang diajar oleh tok nenek mereka, orang dahulu di kalangan mereka!
Inilah mindset mereka: Apa yang bercanggah dengan apa yang ada dalam masyarakat dan ajaran orang terdahulu; akan dikira sesat & salah.
5. Lalu Allah cop, ๐ฆ๐๐ญ๐๐ซ๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐ญ๐๐ฌ ๐ก๐๐ญ๐ข ๐จ๐ซ๐๐ง๐ -๐จ๐ซ๐๐ง๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ฆ๐ฉ๐๐ฎ๐ข ๐๐๐ญ๐๐ฌ itu.
Mereka sudah sebati dengan kufur & syirik, mendustakan rasul-rasul walaupun tanda kebenaran jelas di depan mata mereka, tidak memberi kesan kepada jiwa- lalu mereka terus kufur tidak beriman sehingga ke mati!
๐บ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {๐๐๐ฆ๐ฎ๐๐ข๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ข ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฌ๐ค๐๐ง ๐ฌ๐๐ฌ๐ฎ๐๐๐ก ๐๐๐ฌ๐ฎ๐ฅ-๐ซ๐๐ฌ๐ฎ๐ฅ ๐ข๐ญ๐ฎ, ๐๐๐๐ข ๐๐ฎ๐ฌ๐ ๐๐๐ง ๐๐๐๐ข ๐๐๐ซ๐ฎ๐ง, ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ ๐ข๐ซ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐ง ๐ค๐๐ฎ๐ฆ๐ง๐ฒ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฆ๐๐ฆ๐๐๐ฐ๐ ๐๐ฒ๐๐ญ-๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐๐ฆ๐ข; ๐ฅ๐๐ฅ๐ฎ ๐ฆ๐๐ซ๐๐ค๐ (๐ ๐ข๐ซ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐ง ๐ค๐๐ฎ๐ฆ๐ง๐ฒ๐) ๐๐๐ซ๐ฅ๐๐ค๐ฎ ๐ฌ๐จ๐ฆ๐๐จ๐ง๐ ๐ญ๐๐ค๐๐ฎ๐ซ (๐๐ง๐ ๐ ๐๐ง ๐ฆ๐๐ง๐๐ซ๐ข๐ฆ๐๐ง๐ฒ๐), ๐๐๐ง ๐ฆ๐๐ซ๐๐ค๐ ๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ค๐๐ฎ๐ฆ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐ข๐๐ฌ๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ค๐ฎ๐ค๐๐ง ๐๐จ๐ฌ๐.} (๐๐ฎ๐ง๐ฎ๐ฌ ๐๐:๐๐)
1. Kemudian Allah nyatakan selepas ramai rasul-rasul yang datang selepas Nabi Nuh, antaranya Allah utuskan Nabi Musa & Harun a.s.
2. Munasabah ayat:
i- dalam ayat sebelumnya Allah nyatakan selepas Nabi Nuh Allah utuskan ramai lagi rasul-rasul yang lain kepada kaum masing-masing.
Allah tidak sebut nama satu persatu.
ii- maka datang ayat ini menyatakan salah seorang rasul yang diutuskan itu ialah Nabi Musa ditemani oleh saudaranya Nabi Harun a.s.
3. Dua rasul ini diutuskan ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ ๐ข๐ซ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐ง ๐ค๐๐ฎ๐ฆ๐ง๐ฒ๐- ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฆ๐๐ฆ๐๐๐ฐ๐ ๐๐ฒ๐๐ญ-๐๐ฒ๐๐ญ, dalil keteranganya yang nyata jelas; tetapi malangnya ๐ ๐ข๐ซ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐ง ๐ค๐๐ฎ๐ฆ๐ง๐ฒ๐ ๐๐๐ซ๐ฅ๐๐ค๐ฎ ๐ฌ๐จ๐ฆ๐๐จ๐ง๐ ๐ญ๐๐ค๐๐ฎ๐ซ, ๐๐ง๐ ๐ ๐๐ง ๐ฆ๐๐ง๐๐ซ๐ข๐ฆ๐ dakwah yang dibawa oleh Musa itu!
4. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Kemudian Kami mengutuskan Nabi Musa selepas Rasul-rasul itu, dengan membawa ayat-ayat Kami kepada Firaun dan Ketua-ketua kaumnya, lalu mereka berlaku zalim (ingkar) akan ayat-ayat itu. Maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berbuat kerosakan.} (Al-A'raaf 7:103)
5. Kemudian Allah nyatakan bahawa Fir'aun & kaumnya ๐๐๐๐ฅ๐๐ก ๐ค๐๐ฎ๐ฆ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐ข๐๐ฌ๐ ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ค๐ฎ๐ค๐๐ง ๐๐จ๐ฌ๐ besar & melampaui batas- iaitu kerana mereka sombong & takabbur atas muka bumi ini!
6. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan.} (Al-Qasas 28:4)
๐บ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {๐๐ฅ๐๐ก ๐ฌ๐๐๐๐ ๐ข๐ญ๐ฎ ๐ค๐๐ญ๐ข๐ค๐ ๐๐๐ญ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ฆ๐๐ซ๐๐ค๐ ๐ค๐๐๐๐ง๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ข ๐๐๐ฆ๐ข, ๐๐๐ซ๐ค๐๐ญ๐๐ฅ๐๐ก ๐ฆ๐๐ซ๐๐ค๐: "๐๐๐ฌ๐ฎ๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ก๐ง๐ฒ๐ ๐ข๐ง๐ข ๐ข๐๐ฅ๐๐ก ๐ฌ๐ข๐ก๐ข๐ซ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ง๐ฒ๐๐ญ๐".} (๐๐ฎ๐ง๐ฎ๐ฌ ๐๐:๐๐)
1. Munasabah ayat:
i- setelah Allah nyatakan tentang Fir'aun yang sombong & takabbur;
ii- datang ayat ini dinyatakan cara & sebab yang dibuat oleh Fir'aun bagi menolak dakwah Nabi Musa- iaitu menuduhnya sebagai membawa ajaran sihir!
2. Cerita yang sama tetapi watak yang berbeza- sebagaimana kafir Quraisy menuduh Rasulullah S.A.W dengan tuduhan jahat seperti: ahli sihir, tukang tilik, orang gila & juga penyair!
3. Setelah datang mukjizat yang nyata yang menjadi sokongan dakwah Nabi Musa iaitu:
i-Mukjizat Nabi Musa yang paling besar ialah tongkatnya menjadi ular yang besar dan ganas,
ii- tangannya bersinar seolah bercahaya,
iii- 9 tanda mukjizat Nabi Musa menghilangkan pelbagai bala & penyakit ujian yang menimpa Fir'aun & kaumnya!
4. Tetapi mereka tetap menolak dan mendustakan mukjizat itu kerana zalim & sombong dan mengatakannya adalah satu perbuatan sihir!!!
5. Iaitu sebagaimana firman Allah s.w.t:
{"Dan masukkanlah tanganmu melalui belahan dada bajumu, nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat (ini ialah) di antara sembilan mukjizat (yang membuktikan kebenaranmu), untuk dibawa kepada Firaun dan kaumnya; sesungguhnya mereka adalah kaum yang fasik - derhaka.
Maka ketika keterangan-keterangan mukjizat Kami sampai kepada Firan dan kaumnya dengan jelas nyata, berkatalah mereka: " ini adalah sihir yang terang nyata!"
Dan mereka mengingkarinya secara zalim dan sombong angkuh sedang hati mereka meyakini kebenarannya. Oleh itu, lihatlah bagaimana kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan.} (An-Naml 27: 12-14)
6. Inilah indahnya tafsir ayat dengan ayat al-Quran, yang jelas sahih & berkait- tidak perlu kita cari kisah yang pelik-pelik, yang tidak ada sandaran dan dalil yang sahih!
๐บ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- { (๐๐๐ง๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐ค๐๐ง ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐๐ฆ๐ข๐ค๐ข๐๐ง), ๐๐๐๐ข ๐๐ฎ๐ฌ๐ ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ง๐ฒ๐: ๐๐๐ญ๐ฎ๐ญ๐ค๐๐ก ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐๐๐ซ๐ค๐๐ญ๐ ๐๐๐ฆ๐ข๐ค๐ข๐๐ง ๐ญ๐๐ซ๐ก๐๐๐๐ฉ ๐ฌ๐๐ฌ๐ฎ๐๐ญ๐ฎ ๐ค๐๐๐๐ง๐๐ซ๐๐ง ๐ค๐๐ญ๐ข๐ค๐ ๐๐๐ญ๐๐ง๐ ๐ง๐ฒ๐ ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ค๐๐ฆ๐ฎ? ๐๐๐๐ค๐๐ก ๐๐๐ฐ๐๐๐ง๐ค๐ฎ ๐ข๐ง๐ข ๐ฌ๐ข๐ก๐ข๐ซ? ๐๐๐๐๐ง๐ ๐๐ก๐ฅ๐ข-๐๐ก๐ฅ๐ข ๐ฌ๐ข๐ก๐ข๐ซ ๐ข๐ญ๐ฎ ๐ฌ๐ฎ๐๐๐ก ๐ญ๐๐ญ๐๐ฉ ๐ญ๐ข๐๐๐ค ๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ฒ๐".} (๐๐ฎ๐ง๐ฎ๐ฌ ๐๐:๐๐)
1. Apabila mendengar tuduhan Fir'aun itu Nabi Musa a.s membantah & mengingkarinya!
Katanya: ๐๐๐ญ๐ฎ๐ญ๐ค๐๐ก ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐๐๐ซ๐ค๐๐ญ๐ ๐๐๐ฆ๐ข๐ค๐ข๐๐ง ๐ญ๐๐ซ๐ก๐๐๐๐ฉ ๐ฌ๐๐ฌ๐ฎ๐๐ญ๐ฎ ๐ค๐๐๐๐ง๐๐ซ๐๐ง ๐ค๐๐ญ๐ข๐ค๐ ๐๐๐ญ๐๐ง๐ ๐ง๐ฒ๐ ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ค๐๐ฆ๐ฎ? ๐๐๐๐ค๐๐ก ๐๐๐ฐ๐๐๐ง๐ค๐ฎ ๐ข๐ง๐ข ๐ฌ๐ข๐ก๐ข๐ซ?
2. Nabi Musa juga mencabar Fir'aun dan para ahli shirnya: ๐๐๐๐๐ง๐ kan ๐๐ก๐ฅ๐ข-๐๐ก๐ฅ๐ข ๐ฌ๐ข๐ก๐ข๐ซ ๐ข๐ญ๐ฎ ๐ฌ๐ฎ๐๐๐ก ๐ญ๐๐ญ๐๐ฉ ๐ญ๐ข๐๐๐ค ๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ฒ๐- maka takkan aku bawa sihir juga???
3. Nabi Musa a.s berani membantah tuduhan mereka itu & mencabarnya lagi kerana apa yang dibawanya bukan sihir & beliau yakin akan kebenaran mukjizat & dakwahnya yang datang dari Allah s.w.t!
Pastilah Allah akan memenangkannya untuk menunjukkan kebenarannya.
๐บ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {๐๐๐ซ๐๐ค๐ ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐ ๐๐๐ซ๐ค๐๐ญ๐: "๐๐๐๐ค๐๐ก ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฎ ๐๐๐ญ๐๐ง๐ (๐ฐ๐๐ก๐๐ข ๐๐ฎ๐ฌ๐) ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐๐ฆ๐๐ฌ๐จ๐ง๐ ๐ค๐๐ง ๐ค๐๐ฆ๐ข ๐๐๐ซ๐ข ๐ฉ๐๐ง๐ฒ๐๐ฆ๐๐๐ก๐๐ง ๐๐๐ซ๐ก๐๐ฅ๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฆ๐ข ๐๐๐ฉ๐๐ญ๐ข ๐๐๐ญ๐ฎ๐ค ๐ง๐๐ง๐๐ค ๐ค๐๐ฆ๐ข ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ค๐ฎ๐ค๐๐ง๐ง๐ฒ๐, ๐๐๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐๐ฆ๐๐จ๐ฅ๐๐ก๐ค๐๐ง ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐๐๐ซ๐๐ฎ๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐๐จ๐ฅ๐จ๐ญ ๐ค๐๐ค๐ฎ๐๐ฌ๐๐๐ง ๐๐ข ๐๐ฎ๐ฆ๐ข (๐๐๐ฌ๐ข๐ซ)? ๐๐๐ง (๐ค๐๐ญ๐๐ก๐ฎ๐ข๐ฅ๐๐ก) ๐ฌ๐๐๐๐ง๐๐ซ๐ง๐ฒ๐ ๐ค๐๐ฆ๐ข ๐ญ๐ข๐๐๐ค ๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข๐ฆ๐๐ง ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐๐๐ซ๐๐ฎ๐".} (๐๐ฎ๐ง๐ฎ๐ฌ ๐๐:๐๐)
1. Fir'aun dan kaumnya menjawab balik dengan membuat tuduhan lain pula:
i- Apakah kamu bawa sihir kamu itu kerana mahu kami terpesong, sesat & percah-belah kami dari agama tok nenek kami serta tinggalkan berhal-berhala kami dengan menyembah satu Tuhan saja???
ii- kemudian mereka kata Musa juga bawa ajaran itu kerana mahu membolot kekuasaan di Mesir dan merampas kerajaan daripada Fir'aun.
2. Fir'aun akhirnya menutup perbincangan (mmati awas) dengan kata-kata yang sombong lagi angkuh: ๐๐๐ง (๐ค๐๐ญ๐๐ก๐ฎ๐ข๐ฅ๐๐ก) ๐ฌ๐๐๐๐ง๐๐ซ๐ง๐ฒ๐ ๐ค๐๐ฆ๐ข ๐ญ๐ข๐๐๐ค ๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข๐ฆ๐๐ง ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐๐๐ซ๐๐ฎ๐.
Kamu bawalah dalil bukti apa sajapun!
Habis dialog & tak perlu berhujjah berbincang lagi dengan orang yang degil keras kepala begini!
3. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
Dan mereka berkata: "Walau apa sahaja (jenis-jenis) keterangan (mukjizat) yang engkau bawa kepada kami; (wahai Musa), untuk menjalankan sihirmu kepada kami, maka kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu".
(Allah berfirman): Kami pun menghantarkan kepada mereka taufan, dan belalang, dan kutu, dan katak, dan darah, sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata, maka mereka juga tetap berlaku sombong takbur dan menjadi kaum yang menderhaka.
Dan apabila azab yang tersebut itu menimpa mereka, mereka (merayu dengan) berkata: "Wahai Musa! Pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami dengan (kehormatan) pangkat Nabi yang diberikanNya kepadamu (yang menjadikan permohonanmu sentiasa makbul). Sesungguhnya jika engkau hapuskan azab itu daripada kami, tentulah kami akan beriman kepadamu, dan sudah tentu kami akan membebaskan kaum Bani Israil (pergi) bersamamu".
(Tuhan berfirman): Setelah Kami hapuskan azab itu daripada mereka, hingga ke suatu masa yang tertentu yang mereka sampai kepadanya, tiba-tiba mereka mencabuli janjinya,} (Al-A'raaf 7:135)
4. Begitulah orang yang keras kepala menutup mata telinga & hatinya!!
Kamu royatlah rimau gajah pun- mereka tidak akan lari! Yakni kamu cakaplah apa saja pun mereka tidak akan beriman- kecuali apabila azab di depan mata baru mereka nak beriman- tetapi taubat & iman waktu itu tiada guna & tak akan diterima lagi!
๐๐๐๐ง๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฉ & ๐ ๐๐๐๐๐ก:
1. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {๐๐๐ฆ๐ฎ๐๐ข๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ข ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฌ๐ค๐๐ง ๐ฌ๐๐ฌ๐ฎ๐๐๐ก ๐๐๐๐ข ๐๐ฎ๐ก, ๐๐๐๐๐ซ๐๐ฉ๐ ๐จ๐ซ๐๐ง๐ ๐๐๐ฌ๐ฎ๐ฅ ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ค๐๐ฎ๐ฆ ๐ฆ๐๐ฌ๐ข๐ง๐ -๐ฆ๐๐ฌ๐ข๐ง๐ ; ๐ฅ๐๐ฅ๐ฎ ๐๐๐ฌ๐ฎ๐ฅ-๐ซ๐๐ฌ๐ฎ๐ฅ ๐ข๐ญ๐ฎ ๐๐๐ญ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ค๐๐ฎ๐ฆ ๐ฆ๐๐ซ๐๐ค๐….}- kata ulama' tadabbur- ayat ini menjadi isyarat menunjukkan bahawa Nabi Nuh adalah rasul yang pertama selepas Nabi Adam a.s.
Dalilnya hadis syafaat yang panjang iaitu:
Rasulullah SAW menjelaskan dalam sebuah hadis sahih bahawa ketika berada di Padang Mahsyar, semua orang sibuk dengan dirinya sendiri & manusia akan menunggu dengan penuh ketakutan dan kesengsaraan.
Baginda bersabda: “Pada hari kiamat, manusia akan berdiri dalam waktu yang sangat panjang sehingga ada yang berkata, ‘Marilah kita pergi mencari seseorang yang dapat memberi syafaat kepada kita kepada Tuhan kita.’”
Ketika itu, manusia akan merasakan waktu berlalu begitu lama, seperti ribuan tahun.
Mereka akan bergerak mencari syafaat, bermula dengan mendatangi Nabi Adam A.S, bapa manusia.
Namun, Nabi Adam akan menyatakan bahawa beliau juga pernah melakukan kesalahan, yakni memakan buah larangan.
Maka beliau akan meminta mereka pergi kepada Nabi Nuh A.S. sebagai rasul pertama yang Allah utuskan kepada umat manusia di bumi…..
sehingga akhir kisahnya. [HR Bukhari dan Muslim].
Yakni selesailah persoalan bahawa Nabi Nuh adalah rasul yang pertama selepas Nabi Adam a.s.
2. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {๐๐๐ฆ๐ฎ๐๐ข๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ข ๐ฎ๐ญ๐ฎ๐ฌ๐ค๐๐ง ๐ฌ๐๐ฌ๐ฎ๐๐๐ก ๐๐๐ฌ๐ฎ๐ฅ-๐ซ๐๐ฌ๐ฎ๐ฅ ๐ข๐ญ๐ฎ, ๐๐๐๐ข ๐๐ฎ๐ฌ๐ ๐๐๐ง ๐๐๐๐ข ๐๐๐ซ๐ฎ๐ง, ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ ๐ข๐ซ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐ง ๐ค๐๐ฎ๐ฆ๐ง๐ฒ๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐ง ๐ฆ๐๐ฆ๐๐๐ฐ๐ ๐๐ฒ๐๐ญ-๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐๐ฆ๐ข;…}- kenapa Allah sebut dalam ayat ini seolah Nabi Musa & Harun diutus khas kepada Fir'aun dan kaumnya saja?
Sedangkan Nabi Musa a.s bukan diutuskan kepada Fir'aun saja tetapi umum kepada semua kaum yang ada di Mesir pada zamannya itu, bani Israil, Qibti dan lain-lain.
Mereka semua diperitahkan untuk beriman kepada Allah & meninggalkan taghut.
Jawapan:
Ini kerana Mesir pada ketika itu berada di bawah kuasa Fir'aun- maka jika beriman Fir'aun pastilah semua rakyatnya akan betul & beriman juga.
Zaman bila-bilapun- apabila mahu buat sesuatu- orang tak pergi cari yang kecil & orang bawahan- orang cari yang kepala atau besar- kerana apabila dapat pegang kepala- badan & ekor semuanya akan ikut sekali.
Yakni apabila dapat pegang ketua, semua projek akan masuk, bajet-bajet akan turun & berjalan lancar.
Begitulah pentingnya strategi dakwah- kita kena cari ketua & orang besar yang diikuti kaumnya dulu untuk didakwah!
Barulah pengikutnya akan ikut juga & mudah untuk didakwah!
3. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {๐๐ฅ๐๐ก ๐ฌ๐๐๐๐ ๐ข๐ญ๐ฎ ๐ค๐๐ญ๐ข๐ค๐ ๐๐๐ญ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ฆ๐๐ซ๐๐ค๐ ๐ค๐๐๐๐ง๐๐ซ๐๐ง ๐๐๐ซ๐ข ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ข ๐๐๐ฆ๐ข,…}-
Allah tegaskan bahawa dakwah & ajaran itu datang dari Allah- Nabi Musa adalah rasul yang diutuskan untuk menyampaikannya kepada Fir'aun dan kaumnya serta bani Israil.
Allah kata ia adalah dari sisi-Nya, Allah yang berinya kepada Musa bukan dia buat atau reka sendiri!
Musa bukan pereka tetapi penyampai atau penggerak.
Allah yang beri mukjizat sehingga tongkat Musa boleh bertukar menjadi ular yang hidup. Tongkat Nabi Musa pada asalnya hanyalah kayu biasa yang digunakannya untuk menghalau kambing gembalaannya.
Sebagaimana dalam firman Allah ini:
{"Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?"
Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu".
Allah Taala berfirman: "Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!"
Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar.
Allah berfirman: "Tangkaplah akan dia, dan janganlah engkau takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal.} (Taha 20: 17-21)
Allah kata {๐๐๐ซ๐ข ๐ฌ๐ข๐ฌ๐ข ๐๐๐ฆ๐ข - ู ِْู ุนِูุฏَِูุง}- maka dengan penegasan ini- satu jenayah besar sesiapa yang mengingkari mukjizat Nabi Musa a.s kerana Musa bukan = pereka tetapi hanya pembawa, pelaksana & penjalan tugas yang diperintahkan Allah!
4. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- { (๐๐๐ง๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐ค๐๐ง ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐๐ฆ๐ข๐ค๐ข๐๐ง), ๐๐๐๐ข ๐๐ฎ๐ฌ๐ ๐๐๐ซ๐ญ๐๐ง๐ฒ๐:…. ๐๐๐๐ค๐๐ก ๐๐๐ฐ๐๐๐ง๐ค๐ฎ ๐ข๐ง๐ข ๐ฌ๐ข๐ก๐ข๐ซ? ๐๐๐๐๐ง๐ ๐๐ก๐ฅ๐ข-๐๐ก๐ฅ๐ข ๐ฌ๐ข๐ก๐ข๐ซ ๐ข๐ญ๐ฎ ๐ฌ๐ฎ๐๐๐ก ๐ญ๐๐ญ๐๐ฉ ๐ญ๐ข๐๐๐ค ๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฃ๐๐ฒ๐".}-
Nabi Musa menafikan dia ahli sihir dan mengatakan ahli sihir itu tidak akan sesekali menang, berjaya atau bahagia!
Ini membuktikan bahawa Nabi Musa bukan ahli sihir- sebab kalau dia ahli sihir juga; takkan dia nak mengata kepada dirinya sendiri dan dia berani mencabar ahli sihir bahawa mereka tak akan menang!
Kata ulama' tadabbur: Ayat ini menjadi peringatan bahawa sihir adalah sesuatu yang rosak tidak memberi kebaikan apa serta buruk kesannya ke atas pengamal sihir.
Ini menunjukkan dalil bahawa Nabi Musa adalah bukan ahli sihir kerana jika dia sendiri ahli sihir takkan Musa berani nak kutuk & kondem ahli sihir dan sihirnya!
Kerana itu, orang yang tak ada prinsip dia takkan mampu beristiqomah!
5. ๐๐ฒ๐๐ญ ๐๐- {๐๐๐ซ๐๐ค๐ ๐ฉ๐ฎ๐ฅ๐ ๐๐๐ซ๐ค๐๐ญ๐: "๐๐๐๐ค๐๐ก ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฎ ๐๐๐ญ๐๐ง๐ (๐ฐ๐๐ก๐๐ข ๐๐ฎ๐ฌ๐) ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐๐ฆ๐๐ฌ๐จ๐ง๐ ๐ค๐๐ง ๐ค๐๐ฆ๐ข ๐๐๐ซ๐ข ๐ฉ๐๐ง๐ฒ๐๐ฆ๐๐๐ก๐๐ง ๐๐๐ซ๐ก๐๐ฅ๐ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐ค๐๐ฆ๐ข ๐๐๐ฉ๐๐ญ๐ข ๐๐๐ญ๐ฎ๐ค ๐ง๐๐ง๐๐ค ๐ค๐๐ฆ๐ข ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ค๐ฎ๐ค๐๐ง๐ง๐ฒ๐, ๐๐๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐๐ฆ๐๐จ๐ฅ๐๐ก๐ค๐๐ง ๐ค๐๐ฆ๐ฎ ๐๐๐ซ๐๐ฎ๐ ๐ฆ๐๐ฆ๐๐จ๐ฅ๐จ๐ญ ๐ค๐๐ค๐ฎ๐๐ฌ๐๐๐ง ๐๐ข ๐๐ฎ๐ฆ๐ข (๐๐๐ฌ๐ข๐ซ)?}- apabila Fir'aun tiada fakta dan hujjah lagi; akhirnya dia tolak dakwah Nabi Musa dengan membuat tuduhan jahat pula!
Kononnya Nabi Musa datang nak pesongkan ajaran mereka, nak mengganggu-gugat agama mereka, menggoyangkan kestabilan kaum mereka- Mereka dah elok-elok sembah berhala kenapa kamu datang kacau wahai Musa???
Kata ulama': Hujjah yang digunakan oleh puak kafir ini- kita orang beriman jangan guna hujjah yang sama!!!
Contoh: Jangan kacau adat-istiadat lama yang telah dibuat orang!!
Maaf kita bukan nak kacau tetapi kita nak perbetulkan mana yang tidak tepat dengan al-Quran & Sunnah, yang tidak selari dengan kitab feqah yang muktabar- itu saja!
Jika orang nak tegur, nak baiki dituduh pengacau- sama seperti Nabi Musa yang dituduh Fir'aun!
Apakah kita nak ikut jejak langkah, perbuatan Fir'aun juga??
Fir'aun nyatakan dua sebab mereka tolak ajaran Musa a.s:
i- Firaun mendakwa bahawa Musa nak memesongkan mereka daripada ajaran nenek moyang — iaitu adat dan budaya turun-temurun. Kerana mereka nak kekalkan amalan tok nenek, tak mahu ubah kepercayaan yang mereka pegang selama ini lalu menolaknya!
*Kita orang beriman jangan buat perangai begini, alasan nak berpegang dengan ajaran tok nenek- kerana tak mahu terima agama baru walaupun ia adalah kebenaran.
ii- sebab kedua Fir'aun kata Musa & Harun nak ๐ฆ๐๐ฆ๐๐จ๐ฅ๐จ๐ญ ๐ค๐๐ค๐ฎ๐๐ฌ๐๐๐ง dan nak rampas kedudukan ๐๐ข ๐๐ฎ๐ฆ๐ข ๐๐๐ฌ๐ข๐ซ.
Ayat ini menunjukkan bahayanya orang yang gila kepada dunia & sayang kepada kerusi kuasa- semata-mata kerana nak berebut beberapa kerusi yang kosong- lalu membuat tuduhan palsu & fitnah terhadap orang yang membawa kebenaran.
Inilah hujjah yang dipegang oleh golongan kafir setiap zaman; menolak kebenaran dengan alasan mempertahankan adat tradisi dan ajaran datuk nenek.
Sebagai orang beriman kita mesti menjadikan al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan, bukan adat atau budaya tok nenek semata.
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
๐ฒ๐ถ๐๐๐ถ๐ฝ๐ ๐ถ’๐๐ถ๐.๐
#๐๐ผ๐✎๐๐ฎ๐๐ฎ๐๐ฎ๐ป ๐๐๐น๐ถ๐ฎ๐ต ๐ฆ๐๐ฏ๐๐ต ๐๐๐๐ฉ๐ช 18/10/2025 / 26 ๐. ๐๐๐๐ฃ๐ 1447๐๐ท
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Yunus 2025 (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:
Link:
https://www.youtube.com/playlist?list=PLC16EIfOI4LCezq32AtjEt24_fUbZeiy3
Semoga Bermanfaat!
No comments:
Post a Comment