💎𝐊𝐚𝐟𝐢𝐫 𝐀𝐤𝐮𝐢 𝐑𝐮𝐛𝐮𝐛𝐢𝐲𝐲𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒.𝐖.𝐓, 𝐓𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐓𝐚𝐮𝐡𝐢𝐝 𝐔𝐥𝐮𝐡𝐢𝐲𝐲𝐚𝐡 & 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒𝐞𝐦𝐮𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐒𝐞𝐬𝐚𝐭.💎
♥ 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙆𝙝𝙖𝙢𝙞𝙨 02/10/2025 / 10 𝙍. 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1447𝙃 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙔𝙪𝙣𝙪𝙨 (14) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [31-33]♥
F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨: https://youtu.be/gVhPFLgsY8E?si=8fmeUxAWRKsq6PlP
🌷𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:
1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Yunus dengan ayat 31, 32 dan ayat 33 dalam juzuk kesebelas.
2. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan bahawa orang kafir akui rububiyyah Allah s.w.t, iaitu apabila ditanya kepada mereka siapa yang mencipta kamu & mentadbir alam ini, siapa yang memberi kamu penglihatan & pendengaran dan beberapa soalan lagi.
Mereka menjawab bahawa Allah bagi semua soalan itu.
3. Lalu Allah lipat balik- jika kamu tahu Allah yang buat semua itu, kamu terima Allah sebagai Tuan (rububiyyah); tetapi kenapa kamu tak terima Allah sebagai Tuhan, iaitu tauhid uluhiyyah.
4. Hanya Allah s.w.t yang benar, siapa yang tak ikut yang benar & ambil sembahan selain dari Allah semuanya adalah sesat.
Kita orang Islam minta kepada Allah semoga dikurniakan jalan yang lurus, jalan yang benar. Kita mengakui Allah sebagai Rabb, Pencipta & Pentadbir alam ini serta Allah sebagai Ilah, Tuhan yang wajib disembah!
5. Wajib beriman dengan keduanya, jika tolak sebelah atau salah satu maka dikira tidak beriman terus- begitulah matematik iman- 6-1 = 0.
Tolak aje salah satu dari rukun iman terus kosong!
5. Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang jenayah kaum kafir musyrikin terhadap mereka sendiri kerana mereka sesat serta balasan buruk yang akan mereka terima di Akhirat kelak;
ii- maka datang ayat ini & berikutnya Allah menegakkan hujjah-hujjah ke atas golongan musyrikin itu yang membuktikan keEsaan & kekuasaan-Nya.
6. Yakni Allah dedahkan tembelang puak kafir penyembah berhala, rosaknya pegangan & mazhab mereka- kita asak puak kafir itu siapa-siapa; dan mereka jawab Allah.
Maka kenapa kamu terima Allah sebagai Pencipta kenapa kamu tak mahu terima Allah sebagai Tuhan juga?
Ini satu kepincangan yang besar!!!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑𝟏- {𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐬𝐲𝐫𝐢𝐤 𝐢𝐭𝐮): "𝐒𝐢𝐚𝐩𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐫𝐞𝐳𝐞𝐤𝐢 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐦𝐢? 𝐀𝐭𝐚𝐮 𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐬𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧? 𝐃𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐡𝐥𝐮𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐭𝐢, 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐦𝐚𝐤𝐡𝐥𝐮𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩? 𝐃𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐭𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐚𝐥𝐚𝐦? "(𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧-𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮) 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐬𝐲𝐫𝐢𝐤) 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 (𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐤𝐮𝐢) 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚: "𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐮𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐬𝐚𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚-𝐠𝐚𝐥𝐚𝐧𝐲𝐚! "𝐎𝐥𝐞𝐡 𝐢𝐭𝐮, 𝐤𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡: "(𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐤𝐮𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧), 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐩𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐪𝐰𝐚?} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟑𝟏)
1. Allah ajar Nabi s.a.w berdialog- dengan menyuruhnya katakan {قُلْ} (bertanya) kepada golongan kafir itu:
i- soalan pertama: 𝐒𝐢𝐚𝐩𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐫𝐞𝐳𝐞𝐤𝐢 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐦𝐢?
Rezeki samada dari langit atau dari bumi, perut bumi yang kaya dengan hasil galian & logamnya.
Yang menjadikan manusia berebut mencarinya, sehingga ada yang lupa daratan, lupa Tuhan!
ii- 𝐒𝐢𝐚𝐩𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐬𝐚𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭𝐚𝐧?
Yakni siapa beri kamu mata & telinga yang normal lalu kamu boleh dengar & lihat??
iii- 𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐤𝐡𝐥𝐮𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐭𝐢, iaitu manusia dulu tidak ada, tidak wujud- selepas berlaku proses persenyawaan, wujud & hiduplah manusia.
Begitu juga haiwan yang lahir dari ibunya atau telurnya, pokok-pokok tumbuhan yang berasal dari biji benih yang mati, serta berapa ramai orang Islam yang lahir dari ibu bapa yang kafir.
Ini jelas dari sudut fizikal & maknawinya- dari mati kepada hidup.
iv- 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐥𝐮𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐭𝐢 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐦𝐚𝐤𝐡𝐥𝐮𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐢𝐝𝐮𝐩- dengan kuasanya Allah mengeluarkan air mani (yang mati) daripada manusia yang hidup, biji (yang mati) daripada pokok yang hidup, tetapi daripada semua itu akan keluar pula benda hidup.
Begitulah kuasa Allah.
v- 𝐃𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐚𝐩𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐭𝐚𝐝𝐛𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐚𝐥𝐚𝐦? Iaitu yang menyusun atur perjalanan manusia & dunia ini, tadbir di langit & bumi, siang malam, hujan kemarau, perjalanan bulan bintang & matahari semuanya.
2. Ajaibnya bagi semua 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧-𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮 kaum 𝐦𝐮𝐬𝐲𝐫𝐢𝐤 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 (𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐤𝐮𝐢) 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚: 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐣𝐮𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐚𝐬𝐚𝐢 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚-𝐠𝐚𝐥𝐚𝐧𝐲𝐚!
Tuhan Pencipta alam ini & Pentadbirnya- semuanya di bawah kuasa Allah!
3. Ini adalah tauhid Rububiyyah iaitu di mana orang kafir mengakui Ketuanan Allah s.w.t- Allah Tuannya, Allah yang mencipta segalanya.
Mereka tak kata berhala mereka yang buat & cipta semua itu- kerana mereka yang buat & ukir berhala!!!
4. Apabila mereka mengakui ini; Lalu Allah s.w.t ajar lagi kepada Nabi s.a.w untuk menjawab, balas & lipat balik akuan mereka itu: "𝐎𝐥𝐞𝐡 𝐢𝐭𝐮; 𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐤𝐮𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐩𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐪𝐰𝐚 & beriman dan takut kepada Allah???
Allah yang menguasai semua itu maka Dia saja yang berhak disembah dipuja & dipuji!
5. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Tanyakanlah lagi: "Siapakah Tuhan yang memiliki dan mentadbirkan langit yang tujuh, dan Tuhan yang mempunyai Arasy yang besar?"
Mereka akan menjawab: "(Semuanya) kepunyaan Allah". Katakanlah: "Mengapa kamu tidak mahu bertaqwa?"} (Al-Mu'minuun 23: 86-87)
*Mereka mengakui Allah tetapi mereka tolaknya juga!
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑𝟐- {𝐌𝐚𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧 (𝐬𝐢𝐟𝐚𝐭𝐍𝐲𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚) 𝐢𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫-𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚; 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤𝐤𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐫𝐮𝐭 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚? 𝐎𝐥𝐞𝐡 𝐢𝐭𝐮, 𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐩𝐞𝐬𝐨𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧?} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟑𝟐)
1. Munasabah ayat:
i- apabila ditanya dan mereka mengaku Allah sebagai Rabb- Tuhan yang mencipta & mentadbir.
ii- maka datang ayat ini- jika kamu akui tentang Rububiyyah Allah- maka kamu kena akui juga Ketuhanan (Uluhiyyah) sebagai Tuhan yang wajib disembah!
2. Yakni hanya Allah Tuhan yang berhak dipuja-dipuji, jika menyembah selain daripada Allah yang berhak disembah maka dia dikira sesat!
3. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Bersifatnya Allah dengan kekuasaan dan luas ilmu pengetahuan itu kerana bahawasanya Allah, Dia lah sahaja Tuhan Yang Sebenar-benarnya, dan bahawa segala yang mereka sembah selain dari Allah itulah yang nyata palsunya. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Tinggi keadaanNya, lagi Maha Besar (kekuasaanNya)} (Al-Hajj 22:62)
4. Siapa yang tak ikut yang benar dia sesat, tak ikut yang betul dia salah- tidak ada pertemuan antara yang haq & batil.
5. Bagaimana kamu dapat dipesongkan dari kebenaran- setelah nyata yang benar- setelah kamu akui & akur bahawa Allah yang mencipta alam ini, Tuan Pemilik kepada segalanya- maka adalah satu kepincangan apabila kamu lari kepada yang lain & tidak menyembah Allah!
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑𝟑- {(𝐒𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐭𝐮𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚) 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧𝐦𝐮, 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐟𝐚𝐬𝐢𝐤 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧.} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟑𝟑)
1. Dalam ayat ini Allah nyatakan sebagaimana Allah palingkan hati kaum musyrikin daripada menerima kebenaran yang menyebabkan mereka terus atas kesyirikan.
2. Demikian Allah taqdirkan dengan hikmah & kebijaksanaan-Nya orang yang keluar daripada jalan yang benar tidak mahu ikut hak - maka dia akan terbabas terpesong daripada jalan yang benar ke jalan yang sesat, maka selayaknya dia dihukum & timpakan azab oleh Allah s.w.t.
*Ini yang kita takut & bimbang; Tahu yang benar tetapi tidak mahu ikut kerana sudah ditaqdirkan Allah dari azali lagi tergolong dalam kumpulan kafir & fasiq yang jahat!
3. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Sesungguhnya orang-orang yang telah ditetapkan atas mereka hukuman Tuhanmu (dengan azab), mereka tidak akan beriman:
Walaupun datang kepada mereka segala jenis keterangan dan tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah dan kebenaran Rasul-rasulNya), sehingga mereka melihat azab yang tidak terperi sakitnya.} (Yunus 10:97)
*Di Akhirat adalah waktu menerima balasan, bukan lagi waktu mengikut arahan.
Penyesalan pada waktu itu tidak ada guna lagi.
4. Kita kena banyak berdoa kepada Allah agar diberi petunjuk hidayah untuk ikut jalan yang benar, ikut kitab al-Quran & Sunnah Nabi s.a.w. Kerana jika keluar dari dua lorong ini kita akan tersasar & sesat, keluar dari Siratul-Mustaqim!
🎀𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑𝟏- {𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐬𝐲𝐫𝐢𝐤 𝐢𝐭𝐮):…}- dalam ayat ini Allah perintahkan Nabi s.a.w bertanya kepada puak kafir 5 soalan.
Daripada 5 soalan ini kita dapati bahawa puak kafir itu mengakui bahawa ada Tuhan sebagai Pencipta & Pentadbir.
Inilah pembahagian tauhid Rububiyyah & Uluhiyyah yang kita boleh dapati melalui kajian terperinci (istiqra’) daripada al-Quran & Sunnah Nabi s.a.w bahawa kita boleh mengenali Allah melalui tiga: Tauhid Uluhiyyah, Rububiyyah & Asma’ was- Sifat- bukan Tuhan tiga tetapi cara pendekatan & metod.
Kata Syeikh ar-Razi:
Ayat ini menunjukkan bahawa apabila ditanya 5 soalan ini mereka jewab "Allah".
Ini menunjukkan mereka tahu ada Allah Pencipta alam ini & mereka menerimanya.
Mereka menyatakan bahawa tujuan mereka menyembah berhala bukan sebagai Tuhan, tetapi hanya sebagai perantara mereka dengan Tuhan serta untuk memberi mereka syafaat/sokongan di sisi Allah.
Kata ulama': Sesiapa yang hanya terima tauhid Rububiyyah saja tetapi tidak Uluhiyyah maka imannya tidak sah!
Sebagaimana puak kafir yang memisahkan antara dua tauhid ini- di mana mereka akui ktuanan Allah tetapi tidak terima ketuhanan-Nya!
Maka kita orang beriman jangan dok ikut perangai kafir ini jika tidak kita akan sesat seperti mereka juga!
2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑𝟏- {𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐬𝐲𝐫𝐢𝐤 𝐢𝐭𝐮): "𝐒𝐢𝐚𝐩𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐫𝐞𝐳𝐞𝐤𝐢 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐮𝐦𝐢?}-
Allah sebut rezeki itu dari dua sumber iaitu dari langit & bumi!
Kata ulama' tadabbur Allah tidak mengatakan rezeki itu dari satu tempat saja bahkan dari dua dimensi iaitu:
i- dari langit yang menurunkan hujan sebagai pembawa rezeki- segala benda yang hidup itu datang dari air semuanya!
ii- bumi menumbuhkan tumbuh-tumbuhan yang pelbagai serta hasil buminya.
Ini kerana Allah nak nyatakan bahawa nikmatnya besar & luasnya rahmat Allah Azza wa Jalla. Kerana itu kita orang beriman hendaklah sentiasa bersyukur kepada Allah s.w.t.
Apabila turun hujan kita bacalah doa ini agar hujan itu membawa rahmat bukan kemusnahan: "اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا"
"Ya Allah, turunkanlah pada kami hujan yang bermanfaat". [HR Bukhari].
Kita jadilah manusia yang bersyukur.
3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑𝟏- {𝐁𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐮𝐬𝐲𝐫𝐢𝐤 𝐢𝐭𝐮): "𝐒𝐢𝐚𝐩𝐚𝐤𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠…..}- sehingga akhir ayat.
Dalam ayat ini Allah bawa uslub hiwar- dialog iaitu perbualan tanya & jawab.
Dalam kesemua 5 soalan yang ditanya itu kafir menjawabnya: Allah- sebagai Tuhan yang mencipta yang mentadbir memberi rezeki semuanya!
Lalu datang ayat penutup- jika kamu kata Allah yang berkuasa atas semua itu kenapa kamu tidak beriman????
Maka apabila orang dengar atau baca dialog ini menjadikan ia satu hujjah yang amat mantap dan dapat memberi impak yang berkesan.
Kamu mengakui Allah sebagai Tuhan yang mencipta & mentadbir semua ini tetapi apabila mahu menyembah & meminta dan memohon kamu cari Tuhan lain!
Kata ulama' dalam ayat ini ada munasabahnya juga:
i- Nabi s.a.w bertanya 5 soalan kepada puak kafir musyrikin.
ii- selepas 5 soalan tadi kafir itu sendiri menjawab: Allah!
Ia berbeza sikit dengan satu lagi ayat iaitu firman Allah ini:
{Bertanyalah (wahai Muhammad kepada orang-orang musyrik itu): "Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi?"
Terangkanlah jawabnya: "Ialah Allah".} (Saba' 34:24)
*Yakni dalam ayat ini Allah suruh Nabi s.a.w yang jawab memberitahu kepada kafir itu bahawa Allah yang memberi rezeki itu!
Kenapa berbeza???
Jawapannya:
i- ini kerana dalam surah Yunus ini dibawa dalam uslub hiwar- di mana apabila di soal- pastilah puak kafir itu sendiri jawab.
{فَسَيَقُولُونَ ٱللَّهُ}
ii- manakala dalam surah Saba’ tidak ada ayat dialog- kerana itu Allah suruh Nabi s.a.w sendiri yang jawab! {قُلِ ٱللَّهُ}
Begitulah uslub al-Quran yang cukup menarik- setiap kalimah & ayatnya pasti ada sebab dan hikmahnya yang jelas.
4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑𝟐- {… 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐝𝐚𝐡 𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫, 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤𝐤𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐢𝐭𝐮 𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐫𝐮𝐭 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚?}-
Allah nyatakan bahawa hanya Dia yang benar & sesiapa ikut selain dari Allah maka dia sesat!!
Ulama' tadabbur seperti Ibnu Asyur kata: Allah nyatakan di sini mereka sebagai orang yang sesat {ٱلضَّلَـٰلُ}- bukan batil biasa, ini kerana sesat itu lebih luas kebatilannya & lebih dahsyat!
Maka sesiapa yang mengambil yang lain daripada Allah samada sebagai sembahan, berhala atau perantara, orang tengah, syafaat atau apa saja; maka semua itu syirik
Kaedah tauhid & aqidah: Benar & batil tidak akan bertemu sampai bila-bila, hidayah & sesat tidak akan ada titik pertembungan- maka kita kena pilih satu saja nak ikut Allah atau selain dari-Nya!!!
5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟑𝟑- {(𝐒𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢𝐦𝐚𝐧𝐚 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐭𝐮𝐡𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚) 𝐝𝐞𝐦𝐢𝐤𝐢𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐥𝐢𝐦𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐚𝐧 𝐡𝐮𝐤𝐮𝐦 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧𝐦𝐮, 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐟𝐚𝐬𝐢𝐤 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐧𝐚 𝐛𝐚𝐡𝐚𝐰𝐚𝐬𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧.}- demikianlah Allah telah tetapkan kalimah-Nya {كَلِمَتُ رَبِّكَ}.
Kalimah Allah di sini bermakna ketetapan Allah (qadar kauniyyah) dari segi asal lagi- seperti ketetapan bahawa mereka itu adalah kafir yang tidak akan mendapat hidayah, tidak akan berubah & bertukar lagi walaupun.
*Manakala satu lagi Kalamullah, kalam agama & Syar’i adalah dengan maksud al-Quran.
Marilah kita berdoa kepada Allah agar Allah beri kepada kita yang terbaik, agar Allah sayang & rahmati kita selalu.
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
*Sama-sama kita berdoa agar para sukarelawan Protila Sumud yang dalam misi menyampaikan bantuan ke Gazzah agar selamat & dilindungi Allah semuanya!
𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀
#𝙐𝘼𝙈✎𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗵 𝙆𝙝𝙖𝙢𝙞𝙨 02/10/2025 / 10 𝙍. 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1447𝙃🌷
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Yunus 2025 (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:
Link:
https://www.youtube.com/playlist?list=PLC16EIfOI4LCezq32AtjEt24_fUbZeiy3
Semoga Bermanfaat!
No comments:
Post a Comment