💎𝐊𝐢𝐭𝐚 𝐁𝐞𝐫𝐩𝐞𝐠𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐀𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐊𝐢𝐭𝐚, 𝐊𝐚𝐟𝐢𝐫 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫 𝐚𝐥-𝐐𝐮𝐫𝐚𝐧 𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐓𝐞𝐫𝐭𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐨𝐤 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐓𝐚𝐩𝐢 𝐌𝐚𝐭𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐃𝐚𝐡 𝐁𝐮𝐭𝐚.💎
♥ 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙄𝙨𝙣𝙞𝙣 06/10/2025 / 14 𝙍. 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1447𝙃 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙔𝙪𝙣𝙪𝙨 (17) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [41-44]♥
F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨: https://youtu.be/gjooe4_3Lbg?si=5rNDi2j4PTvZcyzT
🌷𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:
1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Yunus dengan ayat 41 sehingga ayat 44 dalam juzuk kesebelas.
2. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan bahawa kita mesti berdakwah menyampaikan yang benar & haq kepada orang kafir.
Jika mereka tolat tak mahu terima juga kita katakan kepada mereka, kita berlepas diri dengan mereka serta kita berpegang dengan amalan kita, mereka dengan amalan mereka. Kita sudah tidak ada hubungan dari sudut keagamaan.
*Tetapi dalam masa yang sama kita tetap tidak redha dengan amalan & pegangan mereka itu!
3. Kemudian Allah nyatakan ada kalangan kafir yang mendengar al-Quran tapi hati tertutup daripada menerimanya kerana berlawanan dengan apa yang mereka percaya selama ini. Dengar hanya masuk melalui telinga tidak ke dalam hati!
4. Mereka juga tengok Nabi s.a.w, kenal akhlaknya, saksikan dakwahnya tetapi tetap tolak kerana walaupun mata kepala tengok tapi mata hati dah buta.
Akhirnya Allah kata Dia tidak zalim kepada hamba-Nya- kesalahan adalah atas kepala masing-masing.
5. Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan bahawa manusia terbahagi kepada dua: ada yang beriman ada yang tidak beriman.
ii- maka datang ayat ini sebagai kata putus- jika kamu beriman alhamdulillah kamu saudara kami dalam agama.
Manakala jika tidak beriman maka kita sudah tidak ada apa lagi, berputus hubungan dari segi aqidah dan agama!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟏- {𝐃𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬-𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧𝐦𝐮 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝), 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐤𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡: "𝐁𝐚𝐠𝐢𝐤𝐮 𝐚𝐦𝐚𝐥𝐤𝐮, 𝐝𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐤𝐚𝐦𝐮. 𝐊𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐮 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧, 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐮 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐠𝐣𝐚𝐰𝐚𝐛 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚𝐤𝐚𝐧".} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟒𝟏)
1. Allah nyatakan kepada Nabi s.a.w: jika puak kafir masih berterusan melawan tidak mahu terima dakwah & ajarannya yang benar setelah berusaha menyampaikan- maka katakan kepada mereka, isytiharkan bahawa:
i- Bagi kami amalan kami- orang yang beriman akan dibawa ke syurga & mendapat keredhaan Allah.
Manakala bagi kamu amalan kamu serta mendapat balasan dengan syirik & dosa kamu!
ii- kami juga akan berlepas diri daripada kamu- kamu tidak akan bertanggung-jawab atau berdosa atas apa yang kami kerjakan begitu juga kami tidak lagi akan bertanggung-jawab dengan apa yang kamu kerjakan!
2. Yakni masing-masing akan menerima balasan atas perbuatan mereka sendiri sebagaimana yang dijanjikan Allah s.w.t.- kita tidak akan disalahkan atas kesalahan & dosa orang lain.
3. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah s.w.t ini:
{(Oleh itu) katakanlah (wahyu Muhammad): "Kamu tidak akan bertanggungjawab tentang kesalahan yang kami lakukan, dan kami pula tidak akan bertanggungjawab tentang apa yang kamu kerjakan".} (Saba' 34:25)
*Kita orang beriman yakin dengan janji Allah ini!
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟐- {𝐃𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫) 𝐢𝐭𝐮, 𝐚𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫 𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧𝐦𝐮 (𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐟𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐤𝐢𝐭𝐩𝐮𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐤𝐚𝐤); 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝) 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐤𝐚𝐤 𝐢𝐭𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫, 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐡𝐚𝐦𝐢 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚.} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟒𝟐)
1. Munasabah ayat:
i- dalam ayat yang lepas Allah nyatakan manusia ada kalangan yang beriman, ada yang tidak akan beriman serta masing-masing akan menerima balasannya.
ii- dalam ayat ini Allah nyatakan bahawa kafir itu pula ada dua kategori:
a) ada yang datang mendengar dakwah Nabi s.a.w tetapi dengar saja dengan telinga- tak masuk dalam hati!
Seperti kita bercakap dengan lembu yang tak hiraukan apa yang kita cakap!
b) ada kafir yang lansung tidak mahu dengar!
*Allah tegaskan dalam kedua keadaan ini- Nabi s.a.w tak dapat beri hidayah kepada mereka!
2. Allah s.w.t nyatakan bahawa ada antara orang kafir ini datang & mencuri dengar apabila Nabi s.a.w menyampaikan dakwahnya tetapi walaupun mereka dengar dengan telinga, tetapi tak masuk dalam hati mereka, seolah orang yang pekak telinganya!!
Hati mereka lalai dan tidak member manfaat apa yang mereka dengar itu!
3. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah s.w.t ini:
{Dan di antara mereka ada yang mendengarkanmu (membaca Al-Quran), pada hal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka pekak); dan kalaupun mereka melihat tiap-tiap keterangan (dan mukjizat yang membuktikan kebenaran Rasul), mereka tidak juga akan beriman kepada keterangan itu; sehingga apabila mereka datang kepadamu, sambil membantahmu, berkatalah orang-orang yang kafir itu: "Ini tidak lain hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu".} (Al-An'aam 6:25)
4. Allah nyatakan Nabi s.a.w tidak akan mampu untuk- menjadikan mereka yang seolah pekak itu, yang mendengar saja untuk mendengar itu memahami apa yang kamu sampaikan.
5. Yakni Allah nafikan kuasa Nabi s.a.w untuk memberi perintah hidayah kepada mereka. Juga Allah nafikan & tutup jalan untuk menerima ilmu melalui pendengaran bagi orang kafir itu!
6. Sumber untuk menerima ilmu ini samada melalui pendengaran, penglihatan & pemikiran.
Yakni Allah tutup sumber utamanya kerana betapa telinga yang mendengar ini amat berfaedah melebihi penglihatan.
*Ini kerana betapa ramai ulama' besar yang buta mata mereka tetapi celik mata hati mereka, hafaz al-Quran, hafaz hadis Nabi s.a.w & hukum-hakam!
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟑- {𝐃𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚-𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 (𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐧𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐭𝐚); 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝) 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐟𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐭𝐚, 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐤𝐚𝐥𝐚𝐮 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭 (𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮).} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟒𝟑)
1. Munasabah ayat:
i- dalam ayat yang lepas Allah nyatakan bahawa salah satu jalan utama untuk menerima ilmu melalui pendengaran telah tertutup bagi orang kafir!
ii- kemudian datang ayat ini Allah nyatakan lorong kedua untuk menerima ilmu bagi mereka telah tertutup juga!!!
Iaitu penglihatan mereka juga telah tertutup walaupun celik mata tetapi seolah buta kerana buta mata hati mereka!
*Sedangkan mereka tengok Nabi s.a.w dok berdakwah, mereka kenal Nabi s.a.w & mendengar apa yang disampaikannya!
2. Jika telah rosak kedua pancaindera ini- alat untuk menerima ilmu telah rosak- maka tidak ada lagi jalan untuk mereka menerima maklumat & ilmu.
Nak cakap dia tak dengar, nak tunjuk dia nampak!!!
3. Firman Allah s.w.t:
{Sesungguhnya engkau tidak dapat menjadikan orang-orang yang mati (hatinya) itu menerima ajaranmu, dan tidak dapat menjadikan orang-orang yang pekak itu mendengar seruanmu, apabila mereka berundur ke belakang (disebabkan keingkarannya).} (An-Naml 27:80)
4. Kata ulama' Abu Hayyan : Orang yang tidak ada pendengaran & penglihatan & tidak akal; orang ini lansung ini tidak ada faedah lagi untuk mendapat ilmu & maklumat!
5. Allah kata ada puak kafir yang lihat Nabi s.a.w tetapi tidak mendapat manfaat darinya. Apakah yang mereka lihat & tengok ini?
6. Kata Ibnu Kathir : Iaitu mereka tengok kepada Nabi s.a.w secara peribadi & apa yang Allah anugerahkan kepada Nabi s.a.w dari sifat tenang, tidak gopoh, peribadi yang baik & akhlak yang mulia- jika mereka perhatikan dan lihat dengan mata yang terbuka hatinya- pasti mereka akan dapat melihat kebenarannya, terserlah kenabiannya.
Tetapi jika mereka sudah hilang penglihatan mata hati maka mereka tidak akan dapat melihatnya.
6. Kerana itu Allah s.w.t ingatkan Nabi s.a.w bahawa Baginda sesekali tidak akan dapat memberi faedah, 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐭𝐚 mata hatinya, kerana 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 adalah 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 Nabi s.a.w 𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮.
Inilah yang kita takutkan, mata celik tetapi hati buta!
7. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya - dengan melihat kesan-kesan yang tersebut - mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.} (Al-Hajj 22:46)
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟒- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐤𝐢𝐭𝐩𝐮𝐧, 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐣𝐮𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢.} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟒𝟒)
1. Munasabah ayat:
i- dalam ayat yang lepas Allah nyatakan dua jenis manusia yang tidak ada faedah untuk kita dakwah kepada mereka iaitu orang yang buta & tuli mata hatinya!
Yang membutakan & menulikan mereka ialah sifat keras kepala, sombong & angkuh tak mahu terima kebenaran.
ii- dalam ayat ini Allah nyatakan Dia tidak menzalimi hamba-Nya.
Tetapi mereka sendiri yang menzalimi diri mereka dengan pilih jalan yang tidak betul & sesat!!!
Allah telah tunjukkan kepada mereka jalan samada kufur atau syukur tetapi kenapa kamu pilih jalan yang kufur???
2. Rasulullah S.A.W telah bersabda meriwayatkan sebuah hadis Qudsi, bahawa Allah S.W.T telah berfirman:
يَا عِبَادِي، إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَى نَفْسِي، وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا، فَلَا تَظَالَمُوا.
“Wahai hamba-hamba-Ku! Sesungguhnya, aku mengharamkan zalim pada diri-Ku dan aku menetapkan (sifat zalim) itu haram sesama kamu, maka janganlah kamu menzalimi sesama kamu.” [HR Muslim].
3. Dalam bab aqidah:
i- Jika dapat kurniaan & nikmat kita katakan itu adalah dengan limpah kurnia Allah;
ii- tetapi jika Allah uji kita maka kita katakan itu adalah keadilan Allah s.w.t-jangan sesekali kata Allah itu zalim!
4. Di akhir ayat Allah kata: A𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐣𝐮𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 dengan melakukan kekufuran, kesyirikan dan dosa maksiat yang melayakkan mereka diazab oleh Allah Azza wa Jalla.
5. Kita minta berlindung dari Allah agar kita tidak melakukan kezaliman yang melayakkan kita diazab oleh Allah.
Kezaliman yang paling besar ialah syirik kepada Allah!
6. Jika seseorang itu melakukan maksiat & dosa besar tetapi tidak terjebak dengan syirik- insya' Allah dia masih ada harapan dan peluang untuk masuk ke dalam syurga akhirnya dengan syahadahnya!
**Kita minta berlindung dari Allah agar tidak biarkan kita tanpa petunjuk & hidayah.
🎀𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟏- {𝐃𝐚𝐧 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬-𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐮𝐬𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧𝐦𝐮 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝), 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐤𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡:…}- jika mereka masih menolak tidak mahu beriman & menerima kebenaran; maka tinggalkanlah mereka & katakan kepada mereka aku akan berlepas diri dari kamu, masing-masing akan menanggung amalannya sendiri.
kamu akan menerima balasan atas apa yang kamu buat & aku begitu juga!
Ayat ini sebagai dalil kepada keadilan Allah s.w.t- manusia masing-masing akan menerima balasan berdasarkan apa yang dia buat!
Ia bukti kita hanya bertanggungjawab pada diri sendiri, tidak perlu bimbang dengan orang lain.
Ini kerana suratan amalan yang kita nak terima di hadapan Allah nanti; kita sendirilah penulisnya!
Maka kita jika nak buku amalan kita mengandungi yang baik saja- maka buatlah yang baik!
Tetapi walaupun balasan adalah mengikut amalan masing-masing- tetapi jika bala Allah datang atas dunia ini semua yang ada bersama akan kena.
Kerana itu jangan normalisasi perkara mungkar pada diri, keluarga dan masyarakat Islam.
Jangan normalisasikan budaya minum arak, tak menutup aurat, pergaulan bebas dalam masyarakat Madani sehingga dianggap perkara biasa & normal!
Ibu bapa tengok anak tak tutup aurat tak berasa nak tegur- rasa normal & hanyut dalam arus kebiasaan.
Pemimpin tak boleh nak tegur & paksa.
Kita berdoa agar campakkan ke dalam hati para pemimpin, penguat-kuasa & masyarakat kita ini supaya membenci kepada mungkar & maksiat!
Berdoa kepada Allah agar diri kita, keluarga dan masyarakat diberi petunjuk dan bimbingan dari Allah.
2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟐- {𝐃𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐫) 𝐢𝐭𝐮, 𝐚𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫 𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧𝐦𝐮 (𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐟𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐤𝐢𝐭𝐩𝐮𝐧 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐤𝐚𝐤); ..}- ada di kalangan orang kafir yang datang dengar apa yang disampaikan oleh Nabi s.a.w.
Dalam ayat ini Allah mulakan dengan dengar dulu; ini kerana sumber ilmu yang utama adalah melalui pendengaran.
Maka jika alat pendengaran untuk terima iman ini telah rosak, telah punah, tak akan dapat masuk lagi iman dalam hati mereka, tak dapat terima lagi ilmu!
Itulah sumber ilmu kita masuk melalui panca Indera kita sebagaimana yang Allah sebut dalam ayat ini melalui pendengaran sebagai alat yang utamanya.
*Jangan salah guna panca Indera kita ini pula untuk berhibur sebagaimana trend kegilaan ramai sekarang ini berkaraoke- menyanyi berhibur tak kira tempat & masa asal ada peluang!!!
Walaupun suara tak sedap- nak juga menyanyi berebut mikrofon lagi- sebati dalam majlis-majlis hari keluarga atau pejabat-pejabat! Allahul-Musta’an!
3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟑- {𝐃𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐩𝐮𝐥𝐚 𝐚𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚-𝐩𝐞𝐫𝐤𝐚𝐫𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 𝐭𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 (𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐧𝐚𝐦𝐩𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐠𝐚𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐭𝐚);..}-
Allah kata ada di kalangan mereka orang kafir yang lihat Nabi s.a.w.
Tetapi malangnya tengok semata-mata tengok seperti kambing yang lihat pengembalanya!
Maknanya alat untuk menerima ilmu yang kedua iaitu penglihatan rosak juga sama seperti pendengaran tadi yang telah rosak!
Inilah yang kita takut & bimbang iaitu terhalang melihat kebenaran dan kebaikan Islam kerana pancaindera untuk lihat dan dengar kebaikan dan kebenaran telah rosak & tidak berfungsi!
Betapa banyak ayat-ayat al-Quran di mana Allah suruh kita tengok, lihat kepada ayat-ayat Allah s.w.t untuk kita fikir & tadabbur agar memberi faedah.
Ingat tengok untuk teliti, fikir & kaji- bukan tengok untuk selfie saja-baru dapat kesedaran & manfaatnya.
Analogi untuk jemaah haji:
i- Jangan jadi seperti kaki pancing yang memancing bukan kerana nakkan ikan tetapi hanya sekadar hobi, suka ikan tangkap pancing, nak ukur size ikan kemudian ambil gambar lalu lepaskan balik ikan ke laut!!
ii- jemaah haji, berharap nak haji mabrur tetapi baru kena angin Laut Merah sudah tercabut tudungnya bagi jemaah wanita, manakala yang lelaki baru selesai melontar sudah berasap rokoknya!
Allahu al-Musta’an.
Jadi kita kena amalkan- kita dengar untuk kita fikir & kita tengok juga untuk kita fikir tadabbur barulah memberi faedah.
Jadi kita yang sihat & normal ini gunalah telinga & mata untuk kita fikir dan untuk kita kaji.
Firman Allah s.w.t: {Sebenarnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada.} (al-Hajj: 46)
4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟐- {.. 𝐦𝐚𝐤𝐚 𝐞𝐧𝐠𝐤𝐚𝐮 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝) 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐩𝐞𝐤𝐚𝐤 𝐢𝐭𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫..}-
Allah menegaskan bahawa Nabi Muhammad s.a.w tidak mampu untuk memberi hidayah irsayd kepada manusia lain.
Ayat ini menjadi dalil bahawa kuasa hidayah taufik adalah milik mutlak & di bawah kuasa Allah sahaja.
Nabi s.a.w pun tidak mampu untuk memberinya kepada bapa saudaranya yang banyak berjasa iaitu Abu Talib.
Kata ulama' ayat ini menenangkan hati Nabi s.a.w juga menenangkan hati kita semua.
Kita berusaha bersungguh mahu anak isteri kita menjadi soleh solehah, keluarga kita, Kawan-kawan & anak murid yang disayangi, semua mendapat keredhaan Allah s.w.t.
Tetapi apakan daya setelah tenaga dicurah usaha dikerah, tetapi jika tak menjadi juga kita kembali kepada taqdir Allah bahawa hidayah at-Taufiq itu milik Allah s.w.t.
Tetapi jangan kecewa jangan frust, teruskan buat kerja dengan ikhlas, insya' Allah kita akan dapat pahala atas usaha kita itu walaupun tidak nampak lagi hasilnya atas dunia ini!
5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟒𝟒- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢𝐚𝐲𝐚 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐝𝐢𝐤𝐢𝐭𝐩𝐮𝐧, 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐣𝐮𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐢𝐚𝐲𝐚 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢.}-
Allah sesekali tidak menzalimi manusia sebagai hamba-Nya.
Tetapi manusia itu yang menzalimi dirinya dengan memilih yang salah!
Ulama' tadabbur kata: Allah bawa ayat ini setelah dinyatakan bahawa manusia itu dua cara untuk menerima ilmu iaitu dengar & lihat.
Tetapi jika keduanya rosak & tidak berfungsi maka jangan menyalahkan Allah, salahkan diri kamu sendiri kenapa memilih jalan yang salah!
Kamu dengar & lihat sendiri tanda-tanda dan bukti kebenaran Nabi s.a.w.
Tetapi kenapa kamu sendiri yang pilih jalan yang salah, tidak mahu menerima kebenaran walaupun tahu & telah lihat kepada akhlak Nabi s.a.w.
Maka yang menzalimi diri kamu ialah kamu sendiri yang tidak mahu ikut jalan yang benar tetapi memilih jalan yang salah!!!!
Maka terimalah balasannya, kamu akan diazab oleh Allah s.w.t di Akhirat kelak.
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀
#𝙐𝘼𝙈✎𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗵 𝙄𝙨𝙣𝙞𝙣 06/10/2025 / 14 𝙍. 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1447𝙃🌷
Koleksi rakaman penuh kuliah Tafsir Surah Yunus 2025 (setakat siri yang ada) boleh dilihat di:
Link:
https://www.youtube.com/playlist?list=PLC16EIfOI4LCezq32AtjEt24_fUbZeiy3
Semoga Bermanfaat!
No comments:
Post a Comment