💎𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐒.𝐖.𝐓 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐃𝐚𝐧 𝐒𝐢𝐚𝐧𝐠, 𝐊𝐚𝐟𝐢𝐫 𝐌𝐞𝐦𝐛𝐮𝐚𝐭 𝐓𝐮𝐝𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐒𝐲𝐢𝐫𝐢𝐤 & 𝐀𝐤𝐚𝐧 𝐃𝐢𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐁𝐞𝐫𝐚𝐭.💎
♥ 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙍𝙖𝙗𝙪 15/10/2025 / 23 𝙍. 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1447𝙃 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙔𝙪𝙣𝙪𝙨 (25) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [67-70]♥
F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨: https://youtu.be/cyLvEhTT_hA?si=N6_kSzD0zhOgBL_F
🌷𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:
1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Yunus dengan ayat 67 sehingga ayat 70 dalam juzuk kesebelas.
2. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan bahawa Allah s.w.t myg mencipta malam dan siang. Malam tenang untuk kita diam berehat di rumah masing-masing manakala siang sibuk untuk kita bergerak, keluar mencari rezeki & kehidupan.
3. Puak kafir yang keras kepala membuat tuduhan jahat kepada Allah dengan syirik iaitu mengatakan Tuhan ada anak. Tetapi mereka tak tahu siapa atau tak jumpa anaknya; lalu berebut yahudi mendakwa Uzair anak Allah, nasrani dakwa Isa anak Allah manakala Arab musyrikin mendakwa malaikat sebagai anak Tuhan.
4. Lalu Allah beri amaran keras siapa yang buat jahat & syirik atas dunia ini, jika terlepas atas dunia yang sementara ini, akan diazab yang cukup besar & berat di Akhirat kelak.
5. Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang tuduhan puak kafir ke atas Allah seperti Tuhan ada partner, ada rakan kongsi dalam mencipta & mentadbir makhluk-Nya serta nak tolak dakwaan puak kafir bahawa berhala mereka sebagai perantara.
ii- maka datang ayat ini mengandungi isi kandungan menolak membantah segala apa yang dituduh ke atas Allah itu. Allah menyatakan tidak- bahkan Allah yang berkuasa penuh menjadikan malam & siang untuk kamu. Siang cerah untuk keluar mencari rezeki manakala malam yang gelap untuk manusia berehat; tetapi sekarang manusia telah ubah jadual yang asal ini!
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟕- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐞𝐡𝐚𝐭 𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐛𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 (𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚). 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐭𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚-𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡) 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫 (𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧-𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚).} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟔𝟕)
1. Allah yang Maha Kuasa yang tunggal, yang tidak ada sekutu bagi-Nya. yang berkuasa telah menciptakan untuk kamu manusia:
i- malam yang gelap untuk kamu berehat, diam di rumah- setelah seharian kamu bekerja membanting tulang, memerah otak. Untuk berahat & beribadat kepada Allah.
ii- siang yang cerah, terang benderang untuk kamu bergerak keluar dari rumah mencari rezeki seperti bekerja, belajar dan seumpamanya.
2. Inilah rutin asal fitrah manusia sebelum ditukar & ubah oleh manusia! Siang untuk dunia, malam untuk kita berehat & ibadat kepada Allah. Sekarang ini siang manusia tidur tetapi malam keluar dari rumah samada untuk kerja, cari makan, riadah atau cari hiburan.
*Kedai makan yang 24 jam itu menyalahi fitrah semulajadi manusia. Ada setengah negara yang awal malam sudah tutup kedai-kedianya- jika ada yang buka itu hanya bar-bar tempat manusia berhibur dan mabuk-mabuk!
3. 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐭𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚-𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 yang dapat dilihat (manzurah) bagi manusia yang mahu berfikir akan kekuasaan Allah, dia dengar al-Quran & dia tadabbur mengambil pelajaran darinya.
4. Satu lagi yang ajaibnya- Nabi s.a.w ajar untuk kita balik dan masuk ke rumah pada waktu maghrib, pangil anak-anak & tutup pintu; tetapi manusia hari ini pergi healing daki bukit, daki gunung, pergi ke laut cari sunset, nak lihat matahari terbenam pula.
5. Semua itu tanda & dalil bagi orang yang mendengar ayat yang dibaca (الآيات المقروءة) dan ayat-ayat yang dapat dilihat (الآيات المنظورة). Kamu ambil iktibar bahawa semua itu sebagai dalil & tanda bahawa alam ini ada Pencipta yang Maha Agung lagi berkuasa, yang mentadbirnya dengan begitu sempurna tanpa kacau & kemalangan.
*Kerana itu kita tak pernah lagi kita dengar matahari & bulan eksiden atau tertukar jadual, malam dan siang tidak bertukar pada waktunya dan kekurangan yang seumpamanya.
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟖- {𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚: "𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐚𝐧𝐚𝐤" 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐒𝐮𝐜𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 (𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐤𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮)! 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐚𝐲𝐚; 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚; 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐬𝐢𝐬𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐤𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐤𝐰𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮. 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐩𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢𝐧𝐲𝐚?} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟔𝟖)
1. Puak kafir ini membuat tuduhan bahawa Allah ada anak, tetapi dalam masa yang sama mereka nanar tak tahu di mana & siapa anak itu lalu mereka-rekanya pula:
i- yahudi kata Uzair itu anak Tuhan
ii- Nasrani pula kata Isa itu anak Tuhan
iii- kafir Aeab pula kata malaikat itu anak Tuhan.
iv- kafir sekarang ada yang kata tak ada Tuhan terus apatah lagi anak isteri.
2. Kita alhamdulillah kita beriman dengan Allah bahawa:
{Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
"Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
"Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".} (Al-Ikhlaas 112: 1-4)
*Ini aqidah kita- kita yakin kita beriman bahawa Allah yang Esa dan Tunggaltidakk beranaka & diperanakkan!
3. Allah menafikan semua itu dengan mengatakan 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐒𝐮𝐜𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐝𝐚𝐫𝐢 segala tuduhan jahat 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐤𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮! 𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐊𝐚𝐲𝐚; 𝐬𝐞𝐠𝐚𝐥𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐥𝐚𝐧𝐠𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐢 𝐛𝐮𝐦𝐢 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧𝐍𝐲𝐚;
4. Allah terkaya tidak perlu kepada isteri, anak dan mana-mana makhluk. Allah cipta kita ini untuk kita, bukan untuk Dia! Allah cipta dunia ini, sediakan syurga & neraka untuk manusia semuanya!
5. Oleh kerana Allah terkaya tidak perlu kepada anak. tetapi kita manusia perlu kepada anak kerana pertamanya kita perlukan pasangan, kemudian nak anak pula sebagai perhiasan hidup ketika kecil, sebagai teman apabila dewasa dan diharapkan sebagai penolong & penjaga kita semasa tua pula.
6. Oleh kerana Allah itu tidak perlu kepada manusia & makhluk semua itu pastilah Allah tidak perlu kepada anak, pasangan dan seumpamanya seperti kita manusia yang lemah.
7. Sedangkan tidak ada dalil & hujjah di sisi puak kafir tentang tuduhan mereka kepada Allah. Iaitu bahawa Allah ambil anak dari kalangan makhluk sebagai anaknya sendiri atau anak angkat! Berani puak kafir itu mengatakan kepada Allah sedangkan mereka tidak tahu hakikat sebenar! Mereka nisbahkan kepada Allah sesuatu yang mereka sendiri jahil & tidak ada dalil & tidak pasti tentangnya!
7. Kata ulama': (بل سلطان العلم اعظم من سلطان اليد) Bahkan kuasa ilmu itu lebih kuat daripada kuasa akta! Kerana dengan ilmu kita ada fakta & boleh berhujjah, berlawan dan apabila orang terima dia akan terima dengan hati. Manakala akta orang hanya terima kerana terpaksa!
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟗- {𝐊𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝): "𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐝𝐚-𝐚𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐮𝐬𝐭𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚".} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟔𝟗)
1. Munasabah ayat:
i- dalam ayat yang lepas Allah nyatakan dengan dalil bahawa dakwaan puak kafir bahawa Tuhan ada anak itu hanya satu ucapan yang batil & mengarut;
ii- lalu datang ayat ini Allah tegaskan bahawa apa yang mereka dakwa itu tidak ada dalil sandaran & maklumat yang sahih. Mereka hanya buat tuduhan jahat & palsu ke atas Allah dengan satu tuduhan yang amat tidak layak bagi Allah. Maka mereka lansung tidak akan dapat kemenangan di dunia apatah lagi di Akhirat. Kita minta perlindungan daripada dibiarkan Allah tanpa perintah bimbingan.
2. Sesungguhnya kumpulan yang membuat dusta kepada Allah dengan mengatakan Tuhan ada anak; mereka tidak akan selamat, tidak akan bahagia dan aman di dunia lagi apatah lagi di Akhirat. Ini kerana mereka tuduh tanpa bukti, mengata kepada Allah dalam perkara yang Allah tidak suruh & tidak izinkan. Ini adalah jenayah yang cukup jahat!
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟕𝟎- {(𝐀𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚) 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐧𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚, 𝐤𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐊𝐚𝐦𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐤𝐞𝐦𝐛𝐚𝐥𝐢𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚. 𝐊𝐞𝐦𝐮𝐝𝐢𝐚𝐧 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐭 𝐝𝐢𝐬𝐞𝐛𝐚𝐛𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐮𝐟𝐮𝐫 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐥𝐚𝐤𝐮𝐤𝐚𝐧.} (𝐘𝐮𝐧𝐮𝐬 𝟏𝟎:𝟕𝟎)
1. Jika mereka beroleh kesenangan dan selamat di dunia pun itu hanya sementara sahaja! Bagi mereka peluang untuk hidup atas dunia ini buat sementara, berseronok berhibur lagha & lalai sahaja tiba ajal mereka.
2. Kemudian mereka akan kembali kepada Allah selepas mati, ketika itu baru mereka tahu ke mana hala-tuju & ke manan nak pergi, jawapannya ke nerakalah tempat mereka akan pergi.
3. Dalam ayat ini Allah beri peringatan keras kepada kita orang beriman agar jangan terpedaya, terpengaruh dengan kemewahan semetara yang diberikan kepada orang kafir! Ini kerana dunia ini seolah penjara bagi orang mukmin & syurga bagi orang kafir! Kita ada halal-haram mereka bebas tiada undang-undang Syari'ah.
4. Maka dunia ini seolah syurga sementara bagi mereka & di Akhirat nanti mereka akan dicampak ke dalam neraka dan diazab dengan azab yang pedih!
🎀𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟕- {𝐃𝐢𝐚 𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐞𝐡𝐚𝐭 𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐛𝐞𝐧𝐝𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠 (𝐬𝐮𝐩𝐚𝐲𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐮𝐬𝐚𝐡𝐚).}- Allah ciptakan malam untuk kamu supaya kamu tenang & siang yang terang benderang.
Ulama' tadabbur kata: Allah sebut satu munasabah yang pelik dalam ayat ini iaitu Allah sebut cahaya. Cahaya itu adalah satu perkara yang wujud, kita dapat lihat cerah apabila ia datang.
Kerana itu Allah menjelaskan kepada manusia satu hakikat, kepada orang yang cerdik & berakal, untuk jalan yang betul Allah katakan cahaya!
Sebagaimana perbandingan Allah keluarkan orang beriman dari kegelapan jahil & sesat kepada cahaya hidayah & iman.
Firman Allah: { Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji.} (Ibrahim 14:1).
Cahaya ini lambang kepada kebenaran, kecantikan & kepada orang yang berakal. Cahaya untuk hidayah dan kegelapan itu kejahilan
Manakala malam itu gelap & tiada- yakni apabila tiada matahari jadi malam yang gelaplah. Kerana itu Allah hanya sebut hanya sahaja- Allah jadkan malam itu tenang untuk kamu berehat di rumah kamu.
Yakni cahaya dirumuskan untuk perkara yang baik. Sama seperti orang jadikan malaikat sebagai lambang kebaikan atau kecantikan & hantu atau syaitan sebagai lambang keburukan!
*Sedangkan kita ni tak pernah lihatpun malaikat mahupun hantu syaitan! Yang ada hanya cerita karut & viral yang tidak pasti kesahihannya!
Nur atau cahaya adalah lambang petunjuk kebenaran manakala gelap sebagai lambang kesesatan.
2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟕- {𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐮𝐛𝐚𝐡𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐢𝐚𝐧𝐠 𝐢𝐭𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚-𝐭𝐚𝐧𝐝𝐚 (𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐮𝐧𝐣𝐮𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐤𝐮𝐚𝐬𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡) 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐤𝐚𝐮𝐦 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐡𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐫 (𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧-𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐬𝐞𝐛𝐮𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚𝐧𝐲𝐚).}- Allah nyatakan fungsi siang dan malam ini. Siang malam ini silih berganti tidak pernah tertukar atau tersilap jadualnya.
Semua ini adalah sebagai dalil-dalil & tanda akan adanya Pencipta yang Maha Agung & Yang maha Besar yang maha bijaksana menyusun atur dunia ini & malam kekuasaan Allah s.w.t bagi orang yang mendengar aql & dia tadabbur ayat-ayat Allah.
Apabila kita nak kenal Allah kita kena belajar 3 perkara ini:
i- nama-nama-Nya yang indah.
ii- sifat-sifat-Nya yang tinggi
iii- memerhati dan mentadabbur ayat-ayat Allah samada ayat-ayat yang dibaca atau ayat yang dilihat- termasuk dengar.
*Cara untuk mengenali Allah ialah dihayati nama 8 sifat-Nya ini boleh belajar & hafal saja.
3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟖- {𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚: "𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐦𝐞𝐦𝐩𝐮𝐧𝐲𝐚𝐢 𝐚𝐧𝐚𝐤" 𝐌𝐚𝐡𝐚 𝐒𝐮𝐜𝐢 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 (𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐤𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮)!}- puak kafir kata Allah ada anak & Allah terus nafikannya!
Maha Suci Allah daripada segala kekurangan & daripada segala tuduhan yang kamu buat itu!!!
Allah kata Dia Maha Suci – Dia yang kaya pemilik langit & bumi!
Ayat ini menunjukkan sifat kehambaan yang menafikan sifat ‘Keanakan”. Kerana malaikat itu hamba Allah bagaimana dia boleh jadi anak Tuhan pula? Isa & Uzair itu juga hamba Allah jadi bagaimana dia boleh jadi anak Tuhan pula?
Kerana itu kata ulama' Feqah; Dalam Islam hukumnya seorang anak tidak boleh menjadi hamba kepada ayahnya.
Contoh: Apabila seorang lelaki mempunyai hamba perempuan yang sah dan menggaulinya (halal dalam Islam) lalu mendapat anak. Anak itu automatik akan menjadi seorang yang merdeka, bukan hamba kepada bapanya! Ibunya apabila tiada bapanya akan merdeka juga jika tidak dibebaskan dari awal.
Jadi Allah menafikan semua itu- Aku ini Tuhan bagaimana boleh ada anak dari kalangan hamba Aku sendiri!
Manusia pula memerlukan anak dengan harapan untuk menumpangnya pada hari tua dan lemah mereka. Anak adalah anugerah Allah yang mempunyai kelebihan & keistimewaan yang berbeza, tetapi ingat; kita tidak tahu siapa yang akan memberi manfaat & berkhidmat kepada kita dengan sebenarnya kelak.
Kerana itu jangan pertikaikan hukum faraidh- harta pusaka yang Allah sendiri putuskannya. Jangan hina dan benci anak-anak yang kurang cemerlang dalam pelajaran, yang tidak ada kerja hebat atau bergaji besar;
kerana kita tidak tahu apa yang akan jadi di depan hari & siapa yang akan memberi manfaat & berkhidmat kepada kita dengan sebenarnya kelak samada di dunia lagi atau di Akhirat.
Kerana itu kita jangan hina atau kutuk orang & jangan pertikai hukum-hukuman yang Allah telah tetapkan. Percaya & yakinlah bahawa undang-undang Allah adalah yang terbaik untuk manusia!
4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟖- {… 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤𝐥𝐚𝐡 𝐚𝐝𝐚 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞𝐭𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐬𝐢𝐬𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐤𝐭𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐤𝐰𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐭𝐮. 𝐌𝐞𝐧𝐠𝐚𝐩𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐚𝐩𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐞𝐭𝐚𝐡𝐮𝐢𝐧𝐲𝐚?}- Allah tanya cabar puak kafir apakah kamu ada dalil, hujjah & bukti dalam tuduhan & dakwaan kamu itu?
Kerana itu Allah namakan hujjah ilmiah itu sebagai {sultan- سُلْطَـٰن}- iaitu bukti, sebagai kuasa yang boleh menghilangkan kejahilan, menolak keraguan & membantah segala kejahatan.
Sb, kata-kata hikma seperti di atas tadi:
Kuasa ilmu mengatasi kuasa tangan! Hujjah lebih kuat daripada akta!
Iaitu orang yang ada kuasa boleh buat akta ini peraturan itu dan dia boleh kekang dan kawal manusia tetapi tidak dapat membuat hati mereka menerimanya dengan baik. Tetapi jika mereka terima hujjah mereka boleh terima akta!
Sebagaimana keadaan ahli sihir yang beriman apabila melihat tongkat Nabi Musa yang menelan sihir mereka- ini hujjah dan dalil yang jelas bagi mereka! Mereka tidak lagi kepada akta Fir'aun kerana yakin dengan hujjah yang dibawa oleh Nabi Musa a.s.
Kuasa & akta tak boleh tawan hati manusia- tetapi hujjah & ilmu yang mantap boleh menarik & mengikat hati manusia.
5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟔𝟗- {𝐊𝐚𝐭𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 (𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝): "𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐝𝐚-𝐚𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐚𝐭𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐮𝐬𝐭𝐚 𝐭𝐞𝐫𝐡𝐚𝐝𝐚𝐩 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡, 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐫𝐣𝐚𝐲𝐚".}- Allah bagi amaran keras sesiapa yang buat rekaan terhadap Allah mereka tidak akan dapat kemenangan di dunia & di Akhirat juga!
Tetapi rahmat Allah yang maha kaya kepada hamba-Nya luas; Duduklah sekejap atas dunia, nikmatilah apa yang Allah beri sementara ini.
Ada orang kafir yang panjang umurnya kufur syirik tetapi Allah nak beri peluang kepada mereka untuk menikmati dunia ini sebelum kembali ke Akhirat dan kena azab.
Atau mungkin Allah nak beri mereka peluang untuk beriman di akhir usia, datang rahmat Allah mereka menerima kebenaran nanti!
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀
#𝙐𝘼𝙈✎𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗵 𝙍𝙖𝙗𝙪 15/10/2025 / 23 𝙍. 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1447𝙃🌷
No comments:
Post a Comment