Friday, 17 October 2025

Isu zikir menari

 Penjelasan Zikir Menari:


https://www.almafhum.net/blog/menjawab-hujah-zikir-menari


Abdullah bin Yusuf at-Tunisiy yang merupakan salah seorang sahabat (pelajar) Imam Malik bin Anas yang masyhur, berkata: 


كنا عند مالك وأصحابه حوله فقال رجل من أهل نصيبين: يا أبا عبد الله عندنا قوم يقال لهم الصوفية يأكلون كثيراً ثم يأخذون في القصائد ثم يقومون فيرقصون. فقال مالك: أصبيان هم قال: لا. قال: أمجانين? قال: لا ، قوم مشائخ وغير ذلك عقلاًء. قال مالك: ما سمعت أن أحداً من أهل الإسلام يفعل هذا. قال الرجل: بل يأكلون ثم يقومون فيرقصون نوائب ويلطم بعضهم رأسه وبعضهم وجهه. فضحك مالك ثم قام فدخل منـزله. 


Kami pernah berada di sisi Malik, sedang para sahabatnya duduk di sekelilingnya. Maka, seorang Nasibi berkata, “Wahai Abu ‘Abdullah, ada satu kaum dalam kalangan kami yang dikenali sebagai Kaum Sufi. Mereka makan banyak, kemudian mereka suka berqasidah, kemudian mereka pun berdiri lalu menari.”


Maka, Malik bertanya,“Adakah mereka itu kanak-kanak?” Lelaki itu menjawab, “Tidak.” Malik bertanya lagi, “Adakah mereka orang gila?” Lelaki itu menjawab, “Tidak. Mereka adalah para syaikh (orang-orang tua yang dipandang tinggi) dan selain itu, mereka juga orang-orang yang berakal.”


Malik berkata, “Aku tidak pernah dengar ada seorang pun yang beragama Islam yang melakukan perbuatan seperti itu.” Lelaki itu berkata lagi, “Bukan itu sahaja, mereka makan, kemudian berdiri lalu menari dan sebahagian daripada mereka memukul kepala mereka sendiri dan sebahagian lagi pula memukul wajah mereka sendiri.”


Malik pun tertawa, kemudian beliau bangun dan masuk ke dalam biliknya.


Lalu, para sahabat Malik berkata kepada lelaki itu, “Engkau benar-benar telah membuatkan sahabat kami ini berasa tidak selesa. Kami telah duduk bersama-sama dengannya selama lebih daripada tiga puluh tahun, dan belum pernah kami melihatnya ketawa melainkan pada hari ini.”


[al-Qadhi ‘Iyadh (476 - 544 H), Tartibul Madarik wa Taqribul Masalik li Ma’rifati A’lami Mazhabi Malik (2/54).]


Demikianlah komentar Imam Malik bin Anas terhadap perbuatan berqasidah sambil menari. Kisah ini menunjukkan bahawa amalan berqasidah sambil menari bukanlah suatu amalan yang dikenali oleh generasi Salaf.

No comments:

Post a Comment

Air

  AIR MENGALIR Bukan tidak pernah menjadi ombak dan gelombang garang bersama mu merobohkan pangkalan meremukkan bahtera di tengah lau...