Nak jadi follower Dajjal @ hamba اللهﷻ ?
DAJJAL datang offer kemewahan.
Syurga Dajjal beri itulah NERAKA.
Nabi dah explain sifat-sifat Dajjal takkan aku nak ikut lagi kata seorang yang agak beriman.
Nabi kata di dahinya ada perkataan kafir.
Nabi kata matanya buta sebelah dan terkeluar seperti anggur, jadi aku tahulah tu Dajjal.
Amboi amboi amboi, bukan semudah dikata.
RIBA', rasuah pun Nabi dah beritahu HARAM tapi kenapa masih ada yang melakukannya ?
Ciri-ciri lelaki beriman, wanita solehah Nabi dah beritahu tapi kenapa masih ada yang tak beriman ?
Ada pulak yang kata, kalau tak buat RIBA' jawabnya tak boleh ada rumah, tak boleh ada kereta.
Tak boleh nak buat personal loan untuk kahwin. Tak boleh itu dan ini. Sebenarnya RIBA' inilah pemusnah ekonomi islam.
Tak perlu nak bangga ada 100 biji rumah pun hasil RIBA' buat apa ?
Umpama bangga berzina, bila ada orang kahwin kau kata bodohnya ada seorang je bini, aku siap boleh rasa macam-macam perempuan hasil dari zina.
Ada pulak kata semuanya nak kata rasuah, bagi saguhati, duit kopi pun kata rasuah, kalau macam tu susahlah nak dapat tender projek, nak dapat kerja, nak dapat kelulusan loan bank, sebab semua tu mesti kena hulur takkan depa nak buat kerja free-free, nak kencing pun kena bayar sekarang.
Jadi nak kata اللهﷻ ni salah ke sebab tetapkan hukum haram RIBA', haram rasuah ?
Sepatutnya kena halalkan benda ni ?
Sembang confident lebih takkan jadi pengikut Dajjal, RIBA' pun hang 'halalkan' semata-mata nafsu nak rumah besar, kereta mewah.
Tak dak rumah pun hang dah risau, tak dapat beli kereta pun dah takut macam hidup tak bertuhankan اللهﷻ. Hanya bertuhankan sistem Dajjal semata-mata.
SOLAT sebut الله اكبر, tunggeng tonggang sampai lebam dahi, time haji naik kapal terbang pergi mekah, tapi agama suruh keluarkan zakat risau takut miskin, RIBA' pun buat, rasuah pun telan, makan babi je nampak haram, yang kasi untung dia kat dunia semua bertukar jadi halal.
Hal RIBA' ni pun dah tak boleh elak.
Bayangkan kemunculan Dajjal nanti ada krisis makanan kemudian dia boleh adakan segunung roti, boleh berikan emas, boleh hidupkan yang mati, jika hang nak milikinya hanya akui dia sebagai tuhan.
Dajjal offer emas, ready stok beb bukan eta 7, 14, 30 macam depb, arba okay.
Golongan wanita berbondong-bondong akan jadi followers of Dajjal kerana tertarik dengan emas yang ditawarkan, yelah dah tak tahan lagi nafsu hidup suami beriman tapi اللهﷻ uji dengan kesusahan.
Masa ni suami ikatlah isterimu, anak perempuanmu, ibumu di rumah jangan sampai dia keluar berjumpa dajjal, pasti dia akan tersesat.
Waktu sekarang ni pun ada offer loan, offer baju raya penuh orang jadi gila, final bolasepak penuh bersengkang mata menunggu, padahal semua tu kena spend duit.
Ini Dajjal siap offer free lagi harta, emas, makanan dengan syarat mengaku dia sebagai tuhan.
Siap Dajjal offer pakej untuk hidupkan orang yang dah mati, mak ayah ke, adik beradik ke, bini ke, laki ke dia hidupkan semula.
Sebenarnya tu hanyalah ilusi permainan Jin yang menyerupai keluarga mereka.
Yang benar boleh hidupkan dan matikan hanyalah اللهﷻ tuhan sekalian alam.
Dajjal boleh turunkan hujan dari langit, dia boleh hidupkan bumi yang mati, yang kering kontang, Dajjal dapat keluarkan hasil kekayaan bumi, seperti emas, minyak, berlian.
Sebelum Dajjal datang, anak cucunya dulu muncul.
Dia invent macam-macam sistem, dia create virus secara halus termasuklah h1n1, aids, selsema burung, cancer, Dan yang terbaru CORONA other diseases then they claim penawarnya tidak ada melainkan bergantung kepada perubatan mereka semata-mata sampailah mampos.
Sengaja teori bodoh direka dalam silibus education supaya umat semakin bodoh belajar dan mengkaji sesuatu yang sia-sia sehingga tidak dapat lagi menemui ilmu realiti untuk makmurkan bumi اللهﷻ.
Sistem democrazy sengaja dicipta agar umat islam berpecah belah, tiada lagi hubungan saudara islam, ukhwah kaum muslimin, hinggakan wujud pecahan negara ada arab saudi, uae, kuwait, sudan, Egypt, Malaysia, Indonesia, nigeria, senegal, india, pakistan dan lain-lain sehingga kita semua bergaduh sesama sendiri.
Semua pelusuk bab telah dimanipulasi, dikuasai education, economy, law, politics, history.
Sejarah yang benar telahpun dipadam lalu ditulis semula sejarah yang mengagungkan tokoh mereka dan menjatuhkan tamadun ISLAM.
Jangan fikir hanya perempuan je yang jadi pengikut Dajjal.
Memang ramai di kalangan wanita jadi pengikut Dajjal sebab dia offer kemewahan.
Tapi once ramai perempuan jadi pengikut dajjal, lelaki akan tertarik dengan perempuan yang ada berdamping dengan Dajjal.
Yela lumrah lelaki sukakan perempuan.
Dajjal siap offer free je perempuan mana lelaki nak boleh pilih.
Nak cutting lebar mana panjang mana semua ada, nak yang putih gebu, semua ada.
Silap-silap lelaki yang beriman di rumah tadi, akan terperangkap bila dia keluar mencari anak perempuan dan isterinya yang ikut Dajjal.
Masa ni hang kena ikut macam mana اللهﷻ tunjukkan cara Nabi Nuh, Nabi Luth yang mana isterinya tidak ikut dia dan khianati dia, dia biarkan bukan dia pergi ikut sama isterinya.
Dajjal datang selama 40 hari, tapi tak sama 40 hari macam orang lepas bersalin berpantang.
Tempoh 40 hari dimensi masa DAJJAL ni cukup lama.
Jumpa artis sekejap pun manusia dah jadi macam orang gila.
Yang isteri orang sibuk mintak selfie dengan artis lelaki yang langsung tiada kaitan hubungan mahram dengan dia. Si suami pulak diam seakan redha perbuatan jahiliah isteri.
Yang taksub celebrity luar sampai tampal gambar Ronaldo, Messi, Brad Pitt, Michael Jackson dalam rumah, dah jadi berhala kepada mereka setiap hari hanya tahu pasal celebrity, pasal dakwah Rasul, para sahabat Nabi langsung tak tahu.
Sekarang ni kita semua SUDAH berada di akhir zaman.
Apa yang digambarkan keindahan dunia ni hanyalah hiasan semata-mata dan ini hanyalah ilusi fantasi bukan hakiki sebagaimana kemewahan yang اللهﷻ sediakan bagi yang beriman di Syurga.
Kita semua diberi pilihan sama ada nak hidup di dalam sistem Dajjal atau di luar.
Hidup di dalam sistem Dajjal hang bakal menerima azab di hari kemudian. Hang hanya dapat nikmati kesenangan yang menipu daya diri hang sendiri.
Hidup di luar sistem Dajjal, hang akan terasing, hang akan dikecam malah mungkin dibunuh.
Tapi takpelah asalkan hang tak melawan اللهﷻ dan Rasul. Sekalipun terbunuh semoga اللهﷻ limpahkan syahid.
Sistem yang اللهﷻ aturkan sudah cukup cantik untuk manusia hidup aman damai.
Tapi puak DAJJAL cuba tipu daya اللهﷻ dengan menjalani sistem mereka kemudian kata ini HALAL.
Yakinlah dengan اللهﷻ, yang HAQ akan dimenangkan, yang BATHIL akan ditewaskan.
Yang sedang lena dalam sistem Dajjal teruskan mempertuhankannya sehingga mensyirikkan .اللهﷻ
“Orang-orang kafir itu membuat tipu daya, dan الله membalas tipu daya mereka itu.
Dan الله sebaik-baik pembalas tipu daya." (Ali Imran 54)
No comments:
Post a Comment