Friday, 9 July 2021

puisi cikgu ramlan kau

Kau yang menghina disiplin
pernahkah terkial-kial
lemas di laut?
yang kau paut ribut
yang kau rengkuh lembut
yang kau terjah menyedut
yang kau tongkah menjerut

paru-paru seakan-akan membatu
dada seakan-akan pecah
selangka seakan-akan patah

Lebih perih
semuanya kini di ranjang sedih
bercadar putih

Tercungap-cungap meminta nyawa
dulu diberi mengikut giliran
kini berdasarkan pilihan

Kalaulah boleh air mata perawat
menjadi ubat
telah kering lautan kasih

KEBENARAN APAKAH LAGI 
YANG MAHU KAU UJI
DENGAN SESUKA HATI?

No comments:

Post a Comment

PCR: Tinggal usang

 TINGGAL USANG bukan tidak pernah digelar pegawai diraikan di gerbang ruai    kini segelung rawai di pantai landai tanpa Avecenia dan Rhizop...