Saturday, 24 July 2021

PCR inikah wanita

INIKAH WANITA?

tiada serigala dalam rimba nalurinya
kecuali kuntum-kuntum mawar
semerbak memekar
selebihnya pohon-pohon enigma

meski pun memakan resipi ubi
atau setiap pagi seketul keladi
ada yang menerjuni pusar samudera
mencari tiram yang terbenam
atau mengejar peluit kapal yang menjauh
kerana di tangannya sauh

mereka menunggu 
apabila mereka sepatutnya memulakan perjalanan
kalau-kalau ada yang tertinggal

mereka memerhati
apabila mereka sepatutnya memulakan suapan
kalau-kalau ada yang belum diberi
atau kalau-kalau ada yang belum terhidang

mereka menawarkaan kemurahan hati
biar pun merugikan diri sendiri
kemurahan hati yang menjadi bebanan
kepada lelaki

mereka tidak memikirkan berapa banyak tuaian
daripada sebidang tanaman
hanya memperbanyakkan apa yang ada
mencukupkan apa yang kurang
memanfaatkan sisa

mereka mendengar setiap keluhan
setiap bisikan, laungan dan tangisan
mereka menyaring semuanya di ambang pintu
meski pun ada yang sepatutnya
dibiarkan berlalu...

No comments:

Post a Comment

Kisah uwais

𝗞𝗜𝗦𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗛𝗜𝗛 | 𝗨𝗪𝗔𝗜𝗦 𝗔𝗟 - 𝗤𝗔𝗥𝗡𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗚𝗘𝗡𝗗𝗢𝗡𝗚 𝗜𝗕𝗨𝗡𝗬𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗡𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗝𝗜 Kisah meng...