DI PAGAR TAMAN PUSARA
Kepada yang kalau-kalau ada yang ku kenal
Yang sama-sama menitiskan air mata
Di pagar taman pusara ini
Maafkanlah kalau kali ini tidak ku sapa
Kerana aku tidak nampak yang lain
Selain wajahnya selaut sayu
Dengan ombak-ombak sakit yg menghempas
Dengan nafas lemas yang terkapai-kapai
Kepada yang kalau-kalau ada yg mengenali ku
Yang sama-sama menitiskan air mata
Di pagar taman pusara ini
Janganlah kau serukan salam untuk ku
Kerana aku tidak mendengar yang lain
Selain erangan yang bergetar panjang
Persis rintihan wira yang kecundang
Dengan dengus kibas di pisau korban
Sedangkan dua minggu yang lslu
Dia lincah mengasah pencak
Mencergaskan otot-otot jurus yg bersimpul
Setelah berbulan-bulan setia berkurung
Berbulan-bulan bertukar pintar dengan suara
Berbulan-bulan turun ke gelanggang berlitup muka
Berbulan-bulan redha tidak ke musyolla
Tetapi malang bukan kepalang
Perindu itu tiba-tiba bertandang
Menawarkan gurauan dan pelukan sayang
Semalam perindu itu telah pulang dahulu
Hari ini dia mengikut ke situ
Dan di pagar taman pusara ini
Aku seolah-olah menunggu
Bersama-sama kau yang ku kenal
Atau kau yang mengenali ku...
No comments:
Post a Comment