MENGENAL KELUARGA NABI SAW
1. Baginda SAW mempunyai 11 orang isteri. 2 orang meninggal semasa baginda masih hidup iaitu Saidatina Khadijah binti Khuwailid (meninggal 3 tahun sebelum hijrah) dan Zainab binti Khuzaimah (meninggal pada 4 hijrah).
2. Ketika Rasulullah SAW wafat, baginda meninggalkan 9 orang isteri.
3. Rasulullah SAW mempunyai hamba yang dihadiahkan oleh Al-Maquqis iaitu Mariah Al-Qibtiyyah.
4. Baginda SAW mempunyai 7 orang anak iaitu 3 orang lelaki dan 4 orang perempuan.
5. Anak-anak baginda SAW secara turutan adalah Al-Qasim, Zainab, Ruqayyah, Fatimah, Ummu Kulthum, dan Abdullah. Kesemua mereka daripada Saidatina Khadijah. Manakala Ibrahim daripada Mariah Al-Qibtiyyah.
6. Kesemua anak lelaki baginda SAW meninggal dunia ketika masih kecil.
7. Zainab binti Rasulullah SAW berkahwin dengan sepupu sebelah ibu beliau iaitu Abu Al-A's bin Ar-Rabi', ibunya Halah binti Khuwailid adik beradik Khadijah binti Khuwailid.
8. Zainab binti Rasulullah SAW mempunyai dua orang anak iaitu Ali dan Umamah. Umamah ini berkahwin dengan Saidina Ali bin Abi Talib setelah kematian Saidina Fatimah. Zainab meninggal dunia ketika berumur 30 tahun pada 8 hijrah.
9. Ruqayyah binti Rasulullah SAW berkahwin dengan Saidina Usman bin Affan dan mempunyai anak bernama Abdullah (meninggal ketika kecil). Ruqayyah meninggal dunia ketika berumur 21 tahun pada 2 hijrah.
10. Ummu Kulthum binti Rasulullah SAW berkahwin dengan Saidina Uthman bin Affan pada tahun 3 hijrah setelah kematian Ruqayyah. Meninggal dunia ketika berumur 27 tahun pada 9 hijrah.
11. Fatimah binti Rasulullah SAW berkahwin dengan Saidina Ali RA. Beliau mempunyai 6 orang anak iaitu Al-Hassan, Al-Hussin, Al-Muhassin, Zainab, Ummu Kulthum, Ruqayyah.
12. Kesemua anak perempuan Saidatina Fatimah dinamakan dengan nama ibu-ibu saudara mereka.
13. Terdapat 4 orang yang bernama Zainab iaitu:
- Zainab binti Khuzaimah isteri Rasulullah SAW.
- Zainab binti Jahsyin isteri Rasulullah SAW.
- Zainab binti Rasulullah SAW.
- Zainab binti Ali bin Abi Talib dan Fatimah binti Rasulullah SAW.
Syed Ahmad Ridwan bin Sayed Md Zain Ben Yahya,
30 Zulqaedah 1442H |10 Julai 2021M,
Selising, Pasir Puteh, Kelantan.
#SARBY
No comments:
Post a Comment