Saturday, 27 March 2021

puisi Cikgu Ramlan hari kelahiran

Meraikan kelahiran
 
Tahun-tahun bertambah 
tetapi hayat menyusut 
seperti tapak kasut 
semakin haus dan mereput

namun bawalah terus berlari 
walau pun kau kura-kura 
dalam perlumbaan sedunia 

benar, lusuh akan berlabuh 
di seluruh tubuh
dan usia melekapkan senja 
di kebun-kebun impian 
tetapi doa kekal ada, di dalam raga

Maka pada meraikan kelahiran ini 
jangan dipadamkan dian-dian
biarkan terus bernyala
sampai usaha dan cinta cair memijar

kalau tersejat selepas itu 
mudah-mudahan kembali sebagai hujan 
membasahi ladang gersang.

No comments:

Post a Comment

Tafsir surah Yusuf: 63-66

 ๐Ÿ’Ž๐€๐›๐š๐ง๐ -๐€๐›๐š๐ง๐  ๐˜๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐Ÿ ๐‚๐ž๐ซ๐ข๐ญ๐š ๐Š๐ž๐ฉ๐š๐๐š ๐๐š๐ฉ๐š ๐Œ๐ž๐ซ๐ž๐ค๐š, ๐๐ฎ๐ง๐ฒ๐š๐ฆ๐ข๐ง ๐ƒ๐ข๐›๐ž๐ง๐š๐ซ๐ค๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ ๐ข & ...