Thursday, 18 March 2021

Puisi cikgu Ramlan tragis Sarah

Ingati Sarah Everad, Noor Hasliza Alias, 
Ling Yung Ming, Lenjai Lili
dan beratus-ratus lagi
yang sedang riang berjalan pulang
yang tidur lena di ranjang bimbang
yang kempunankan kasih sayang
tetapi didera, dianiaya, diseksa
dan dirompak nyawa
seperti marga tak bernama

ingati juga semua yang durjana
lelaki yang tampil penyayang dan penggoda
lelaki yang tampil setia pelindung warga
suami yang tiba-tiba menjadi serigala
di rumah cintanya
kekasih yang nampak warak pada dahinya
tunang yang menyerang dengan sayangnya

Maka wanita, walau semanja mana pun
jangan mencari syurga di tapak kaki singa
anda bukan daripada tulang rusuk lelaki
yang tiba-tiba menjadi beruang
merompak madu mu, atau tiba-tiba
menjadi raksasa memijak-mijak cinta

Maka wanita, jangan taksub pada retorika
"bukan semua lelaki begitu"
kerana memang sepaturnya tiada lelaki
yang menyembunyikan kuku dan menunggu
mentari berlalu dan bulan beradu
tetspi merekalah yang di belakang pintu

Maka wanita, anda adalah permata
dalam genggaman tangan mu
saksamalah mencari syurga
di istana fana.

No comments:

Post a Comment

Tafsir surah Yusuf: 63-66

 💎𝐀𝐛𝐚𝐧𝐠-𝐀𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐘𝐮𝐬𝐮𝐟 𝐂𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐊𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐁𝐚𝐩𝐚 𝐌𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚, 𝐁𝐮𝐧𝐲𝐚𝐦𝐢𝐧 𝐃𝐢𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐢 & ...