Jika anda berminat mengumpul emas, ada 3 cara belian yang anda patut tahu.
Pilih cara yang sesuai dengan jiwa dan kedalaman poket anda 😸
CARA PERTAMA: Namanya outright purchase. Dalam bahasa Inggeris; cash and carry, kalau bahasa orang kita; bayar dan bawa balik simpan sendiri.
Caranya: Tengok item yang anda nak beli, kira siap siap harga bersih (harga emas + gold premium).
Lepas tu order online kat website Public Gold (kalau website PG minta introducer; boleh letak PG025616, anda akan jadi anakdidik / customer saya empire GerbangJutawanEmas
Kemudian anda boleh setkan untuk ambil emas tersebut di mana-mana cawangan Public Gold.
Jika anda mahu emas ini diposkan kepada anda, Public Gold menyediakan perkhidmatan pos dan berinsurans sehingga RM5k @ maksima 20gram. Ia dipanggil Gold In Transit (GIT). Kos pos ini anda yang tanggung.
CARA KEDUA: Namanya Syariah EPP. EPP bermaksud easy Payment Purchase.
Kaedah ini membolehkan anda membayar kos belian harga emas selama 4 bulan atau 10 bulan.
Untuk belian 4 bulan, minima belian adalah RM1000 ke atas dan untuk 10 bulan, nilai belian adalah RM5k ke atas.
Selepas bayar, anda boleh ambil emas di cawangan Public Gold atau boleh diposkan secara GIT (untuk 20gram kebawah).
CARA KETIGA: GAP (Gold Accumulation Program) atau dipanggil Program Pengumpulan Emas.
GAP adalah akaun simpanan yang menyimpan emas dalam bentuk emas 999.9 di dalam akaun.
Anda boleh membeli emas dengan nilai serendah RM100 atau 1 gram. Tiada had maksima belian.
Public Gold akan menyimpan emas ini bagi pihak anda secara percuma. Ia disahkan patuh syariah.
Untuk akaun GAP, anda tidak memegang emas fizikal namun anda boleh keluarkan emas pada bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold.
Akaun GAP fleksible kerana urusan jual beli boleh dibuat secara online atau menggunakan apps sahaja.
Kanak-kanak dibawah 18 tahun juga boleh membuka akaun GAP dengan seorang pentadbir akaun (ibu/bapa/penjaga).
Secara umumnya, itulah 3 kaedah untuk anda membeli emas (perak pun boleh juga) dengan Public Gold.
Semoga Bermanfaat
L.O.V.E.S ❤️ from Hearts
.
.
.
Bijak | Kaya | Berjaya
Kunci Emas Kekayaan
#AttitudeCommitmentFocus
#NadyaPublicGold #NadyaEmas
#GerbangJutawanEmas #GerbangJewel
#Star #FoundersMasterDealer #PG025616
#PublicGold #PGJewel #PGMall #AuroraItalia
#Emas999 #Emas916
http://www.wasap.my/60135555959
www.gerbangjutawanemas.com
credit gambar rakan dealer PGBO
No comments:
Post a Comment