“Assalamualaikum tuan. Saya masih tak faham. Sebenarnya macam mana saya boleh untung dengan simpan emas ni?”
Baiklah. Saya cuba terangkan. Mudahan faham.
Tujuan utama simpan emas ni adalah kita menyelamatkan nilai simpanan kita dari terus susut disebabkan oleh inflasi.
Senang nak faham begini,
RM50 tahun 2000 tak sama kuasa beli dengan tahun 2010. Dari tahun ke tahun nilainya semakin susut. Menurut pakar kewangan seperti Robert Kiyosaki,
“Nilai wang kertas pasti akan susut dalam jangka masa panjang.”
Sebab itu dalam buku tulisan Mike Maloney iaitu “Guide to Invest in Physical Gold and Silver” beliau menyebut:
“Keeping gold is to preserve our money value from inflation."
Saya bagi contoh.
10 tahun lepas kita dapat membeli rumah teres 2 tingkat dengan harga RM200,000. Tapi pada tahun 2021, RM200k yang sama kita hanya dapat membeli sebuah ‘studio apartment’ aje.
Tapi jika di ukur dengan emas , nilainya kekal walaupun berpuluh-puluh tahun berlalu. Nilai aset hartanah jika diukur dengan emas ia adalah lebih stabil.
Saya beli rumah dua tingkat intermediate berharga RM206,000 pada tahun 2010. Jika kita ‘convert’ kepada gram emas pada masa itu, ia bersamaan 2 kilogram emas.
Hari ni tahun 2021, harga rumah saya sudah mencecah RM500,000 (baru lepas verify dengan valuer bank).
Suprisingly, jika ditukar kepada gram emas pada tarikh 25/2/2021 (RM253/gram) ia bersamaan 1.95 kilogram emas.
Hampir stabil!
Sebab itu kalau korang simpan emas, jangan fokus pada harga tapi lihat berapa gram berjaya disimpan. Dan pastikan matlamat simpan itu jelas!
Simpan harini, bukan nak jual esok. Kalau semua simpanan untuk jual, apa lagi yang kita boleh dapat simpan nanti.
Kredit HH
No comments:
Post a Comment