Tuesday, 20 April 2021

puisi c Ramlan menunggu

MENUNGGU

Aduhai, mestikah aku menunggu
di ranjang bimbang ini
sedangkan lebih baik aku di lobi
memerhati pesakit-pesakit yang lewat
untuk berasa lebih sihat

Kalau hanya menunggu
kenapa harus disalin seluar dan baju
dengan yang berwarna biru berbutang di belakang
dengan yang panjang biru bertali getah di pinggang
sedangkan aku lebih selesa berpakaian pesara
menutupi tubuh marhaen yang langka

Kalau hanya menunggu
kenapa mesti disediakan tapak-tapak persambungan
di belakang tapak tangan dan lengan
biarlah yamg masuk keluar sendiri
yang berkurang di dalam ditambah hemostasis
yang berlebihan tersalur sendiri ke pundi-pundi

Aduhai, perlukah aku mendengar jawapan dan keputusan
Yang tidak mahu ku ketahui
supaya terus redha begini?

Aduhai  kepada siapakah 
akan ku minta jam
kali ini?

No comments:

Post a Comment

Kisah uwais

𝗞𝗜𝗦𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗛𝗜𝗛 | 𝗨𝗪𝗔𝗜𝗦 𝗔𝗟 - 𝗤𝗔𝗥𝗡𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗚𝗘𝗡𝗗𝗢𝗡𝗚 𝗜𝗕𝗨𝗡𝗬𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗡𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗝𝗜 Kisah meng...