Di mana-mana pun Edward Jenner
atau sesiapa pun dia
segeralah kembali ke makmal
nafas dunia kian terbenam ke dalam lumpur
Yang bernama Joseph Lister
tidak dapat berbuat apa-apa
tiada antiseptik yang dapat memadamkan bara di dada
tiada pembedahan steril dapat membuang ruang-ruang
dipenuhi sekam
Yang bernama Alexander Flaming pun sama
semesta antibiotik tidak berjaya memijarkan kaca
di seluruh sarira
dan segala pelusuk dijarah dengan serakah
kerana mereka bukan bakteria atau protozoa
tetapi parasit paling pelesit
mencengkamkan kematian
Maka segeralah kembali
telah disediakan tujuh dulang Covid-19
daripada setengah juta mangsa yang kecundang
disediakan tujuh dulang plasma
daripada dua juta mangsa yang bernafas semula
disediakan tujuh dulang DNA direkayasa
daripada bibit-bibit infeksi yang dikombinasi
Lakukanlah sewajarnya dengan cinta
sampai imuniti diri mampu berdikari
menjana antibodi demi antibodi
menjadi mangli
No comments:
Post a Comment