Sunday, 5 April 2020

puisi Cikgu ramlan haloba Dan syukur

(Bait-bait berikut mempertembungkan konsep haloba dan syukur. Semasa menulisnya minda saya dihantui oleh ungkapan "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.")

Kenikmatan merangkumi semua
kesedapan, kelazatan, keenakan
tetapi kerap kali bersendirian
pada rahmat Tuhan

Tatkala kesedapan dinilai oleh citarasa
diukur oleh budaya, jenama dan harga
dipuji oleh tradisi, kontemporari dan populariti di setiap deria
kenikmatan menunggu semuanya di minda
bersama-sama takwa

Tatkala kesedapan diruntun nafsu
pada warna, aroma, rasa dan nada
kenikmatan dirangsangi kesyukuran
pada kecintaan
dan kasih sayang Tuhan

Maka kesedapan menambahlan kesedapan
pada hidangan haloba
di meja mega serbaneka
di pinggiran kenikmatan mencukupkan kekurangan
di pinggan takwa

Anak-anak tercinta itu pun tidak meminta
bunga-bunga atau ramuan tambahan
cukup dengan sepinggan kesyukuran
kenikmatan tetap ikhlas meresap
ke dalam iman.

No comments:

Post a Comment

Kisah uwais

𝗞𝗜𝗦𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗛𝗜𝗛 | 𝗨𝗪𝗔𝗜𝗦 𝗔𝗟 - 𝗤𝗔𝗥𝗡𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗚𝗘𝗡𝗗𝗢𝗡𝗚 𝗜𝗕𝗨𝗡𝗬𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗡𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗝𝗜 Kisah meng...