Wednesday, 1 April 2020

puisi cikgu Ramlan corona

Khabarnya dialah yang terbaru
ditemui di luar buku

Kata yang melihat
tubuhnya sfera memakai korona
saiznya sejirim debu dibahagi seribu
menjadi tiada di bawah kanta

Kata yang mengkaji
wujudnya misteri
seperti bukan calang-calang hama
meski pun sama-sama parasit
namun dialah penjarah serakah
di mana dia singgah

Kata yang ditulari
sakit yang dideritai luar biasa sekali
di kerongkong panas terkepong
gelombang lemas memenuhi dada
dan nyawa ditarik-tarik ke tangga

Kata pakar perubatan 
tiada senjata untuk melawan
seperti tiba-tiba dilanda taufan
bahtera tertambat di pelabuhan

Lalu dengan sebak
aku menulis kata-kata hati
bahawa dialah yang membuka pintu-pintu eksklusif
merobohkan rumah-rumah daif
menyekat sejuta perjalanan mengurung kebebasan
membisukan kesombongan dan keangkuhan
mengejutkan kealpaan dan kelekaan
mentafsirkan semula makna kemakmuran
dan kejayaan insan
mendefinisikan semula erti kepemimpinan
mendekatkan akhir zaman

No comments:

Post a Comment

Kisah uwais

𝗞𝗜𝗦𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗛𝗜𝗛 | 𝗨𝗪𝗔𝗜𝗦 𝗔𝗟 - 𝗤𝗔𝗥𝗡𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗚𝗘𝗡𝗗𝗢𝗡𝗚 𝗜𝗕𝗨𝗡𝗬𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗡𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗝𝗜 Kisah meng...