Wednesday, 22 April 2020

IgM, IgG

Kepada yang bertanya, IgM dan IgG yang sesekali disebut dalam pembentangan laporan keadaan COVID-19 pada setiap petang di TV itu ialah dua jenis antibodi yang juga dipanggil immunoglobulin (Ig). Oleh itu IgM adalah antibodi M atau immunoglobulin M, manakal IgG adalah antibodi G atau immunoglobulin G.

Antibodi yang lebih dahulu dihasilkan oleh sistem ketahanan untuk bertindak ke atas patogen (atau mikrob penyebab penyakit) yang menjangkiti badan ialah IgM, kemudian disusuli oleh IgG.

Ada tiga lagi jenis antibodi, iaitu, IgA, IgE dan IgD. IgA berfungsi bagi ketahanan pada lapisan mukosa, IgE bagi ketahanan yang berkaitan dengan alahan terutamanya, dan IgD berkaitan ketahanan terhadap parasit dan neuroimmunity system.

Jangan pula marah kepada yang tersasul menyebut IgY dan IgVV, kerana kedua-duanya adalah jenis antibodi juga tetapi tidak terdapat dalam badan manusia.

Wallahuaklam.

No comments:

Post a Comment

Kisah uwais

𝗞𝗜𝗦𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗛𝗜𝗛 | 𝗨𝗪𝗔𝗜𝗦 𝗔𝗟 - 𝗤𝗔𝗥𝗡𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗚𝗘𝗡𝗗𝗢𝗡𝗚 𝗜𝗕𝗨𝗡𝗬𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗡𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗝𝗜 Kisah meng...