Wednesday, 22 April 2020

covid-19, ulasan cikgu Ramlan

Kepada yang bertanya di sebelah, "strain" dalam bidang mikrobiologi merujuk kepada mikrob-mikrob yang sama spesies tetapi dijumpai di sumber-sumber yang berlainan, atau yang mempunyai sifat-sifat tertentu yang membezakan satu mikrob dengan satu mikrob yang lain.

Berdasarkan pengertian ini, maka kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tiga strain coronavirus yang menyebabkan pandermik COVID-19 wajay diberi perhatian yang serius. Ini adalah kerana, kerdasarkan wabak-wabak yang terdahulu, setiap strain akan menyebabkan gejala-gejala infeksi yang berbeza dan memerlukan kaedah rawatan yang berlainan. Maka usaha mengenalpasti kesemua strain itu amat penting disegerakan.

Setakat ini dimaklumkan bahawa strain yang menyebabkan pendermik COVID-19 di Malaysia adalah sama seperti yang ditemui di Wuhan, China, iaitu SARS-Cov-2. Apakah ada strain-strain yang lain, sama ada yang berbeza jujukan genomenya atau yang berasal dari tempat-tempat selain Wuhan?

Jawapan kepada soalan ini amat penting kerana seperti yang dinyatakan di atas, strain-strain lain ini akan menyebabkan gejala-gejala infeksi yang berlainan. Keadaan akan menjadi lebih huru-hara jika strain-strain yang lain itu akan menyebabkan gejala-gejala yang lebih kronik dan kadar kematian yang tinggi.

Dengan penemuan strain di Wuhan tersebut, maka jumlah strain coronavirus yang boleh menginfeksi manusia daripada manusia adalah tujuh, iaitu HCov-0C43, HCov-HKU1, HCov-229E, HCoV-NL63, SARS-CoV,, MERS-CoV dan SARS-Cov-2.

Strain SARS-Cov yang dijumpai pada tahun 2003 menyebabkan penyakit "severe acute respiratory syndrome", manakala MERS-CoV yang dijumpai pada tahun 2012 menyebabkan penyakit "Middle East Respiratory Syndrome, MERS".

Apa yang unik tentang strain SARS-CoV-2 yang menyebabkan pandemik COVID-19 ialah ia menunjukkan 70% persamaan genetik dengan strain SARS-CoV dan juga 98% persamaan dengan dua strain coronavirus yang terdapat pada kelawar, iaitu CoV-2C45 dan CoV-2XC21. Pada masa yang sama ada penyelidik yang menemui beberapa komponen yang turut terdapat dalam virus HIV-1gp-120.

Keunikan ini dijadikan asas oleh beberapa pihak untuk menyebarkan konspirasi kononnya SARS-CoV-2 bukan hasil daripada evolusi semulajadi tetapi disintesiskan di dalam makmal.

Sehingga 22/4/2020, jumlah kes COVID-19 yang disahkan di seluruh dunia adalah 2,587,556 dan 176,984 kematian.

Yang di sebelah itu ada soalan lagi?

Tak ada...yang di sebelah lagi?

No comments:

Post a Comment

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...