Tuesday, 19 November 2019

Duka puisi cikgu Ramlan

DUKA YANG TIDAK TERSURATKAN
(atas pemergian Cikgu Kaseri Sapar)

Entah beberapa ayat telah ku padamkan
kerana aku tidak mahu menyuratkan duka yang klise
kepada mu

aku ingin mengucapkan
duka pengacara yang kehilangan kata
duka pengembara yang kehilangan peta
duka penyanyi yang kehilangan suara
duka pendoa yang kehilangan frasa

aku ingin mengucapkan
duka pungguk kehilangan bulan
duka nelayan kehilangan sampan
duka kuku kehilangan isi
duka kalbu kehilangan naluri

cuba ku cari di celah-celah formula matematika
yang bergugusan di jari-jari mu
atau di sebalik hukum-hukum fizika
yang bergema dari bibir-bibir mu
aku hanya menemui lagenda
dan nostalgia

sampailah ke kuburan mu
duka ku masih tidak tersuratkan
hanya diucapkan oleh air mata

18.11.2019

1 comment:

  1. Seorang guru pengasih, sempat berkenalan dgn Allahyarham semasa Program BELATI SAINS di Labuan. Salam Takziah dr guru2 Sains Labuan. Semoga rohnya dirahmati Allah.

    ReplyDelete

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...