Sunday, 10 November 2019

selepas rebas puisi cikgu Ramlan

SELEPAS REBAS

Selepas rebas
ku tangkap pelangi
biar tidak larut lagi
ke dalam kali

Tetapi tidak ku rasakan hangat cinta
atau bulatnya hasrat bersama
kecuali dingin
yang meruap ke atmosfera

Malah tiada apa-apa
yang memberatkan deria
sekadar warna-warna tiris di celah-celah jari
lalu ku lepaskan
membentuk bianglala semula
di telapak tangan

Maka aku izinkan kau meletakkan kanta di hadapan
untuk kau fokuskan tujuh warnanya
ke titik putih di dada mu
dan tinggalkan aku sebagai prisma
di kaki ancala

No comments:

Post a Comment

PCR: Tinggal usang

 TINGGAL USANG bukan tidak pernah digelar pegawai diraikan di gerbang ruai    kini segelung rawai di pantai landai tanpa Avecenia dan Rhizop...