Thursday, 7 November 2019

puisi pesanan

PESANAN YANG BELUM TERCICIR

sedarlah, mereka tidak mahu lagi betis kita
dan telah muak dengan peha
mereka idamkan kepala

hari ini di kedai-kedai kopi
ada rakan-rakan mabuk mengisi
borang-borang tawaran
menggadaikan mata dan minda

di hujung tanjung
tatkala lautan sedang bergelora
saudara-saudara kita sedang dipujuk 
dengan canda dan sifir kata
tentang betapa selesanya hidup
tanpa jemala

di menara kaca
yang kita percayai
sedang menanggalkan pakaian bangsa

Ramlan Ab Wahab Nov 2019.

No comments:

Post a Comment

Kisah uwais

𝗞𝗜𝗦𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗛𝗜𝗛 | 𝗨𝗪𝗔𝗜𝗦 𝗔𝗟 - 𝗤𝗔𝗥𝗡𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗚𝗘𝗡𝗗𝗢𝗡𝗚 𝗜𝗕𝗨𝗡𝗬𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗡𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗝𝗜 Kisah meng...