Saturday, 9 November 2019

keluar dajjal dari timur

DAJJAL KELUAR DARI TIMUR

Terdapat beberapa hadith yang menyebut bahawa Dajjal akan keluar dari arah Timur dengan tambahan 'Khorasan'. Ada juga yang berpendapat bahawa Timur yang dimaksudkan ialah pulau dimana Tamim ad-Dari secara tidak sengaja telah bertemu dengan Dajjal. Ada juga hadith yang menyebut bahawa Dajjal akan keluar dari Isfahan bersama 70 ribu Yahudi.

Namun hadith yang akan dibincang berikut ini, secara tegas menyebut Timur dan diulang², bahkan setelah menyebut dua lokasi sebelum timur itu, Rasulullah SAW menidakkannya, lalu mengarahkan tangan baginda menunjuk ke arah Timur. Dari kepelbagaian redaksi hadith² berkaitan tempat keluarnya Dajjal maka dapat disimpulkan bahawa Dajjal akan keluar dari beberapa lokasi dan yang terakhirnya ialah dari Isfahan ketika memimpin seramai 70 ribu orang Yahudi bagi memerangi pasukan Imam Al-Mahdi seterusnya menjadi pertempuran terakhir bagi Dajjal kerana dibunuh oleh Nabi Isa a.s.

Melalui hadith² tersebut dapat dibuat satu rentetan peristiwa tentang keluarnya Dajjal secara fisik di beberapa lokasi untuk menjalankan fitnah perangnya tetapi munculnya itu hanya dilihat oleh para pengikutnya yang berpangkat tinggi sahaja; bermaksud Dajjal itu masih belum mengisytiharkan kenabian kemudian ketuhanannya kepada dunia secara keseluruhannya. Perhatikan kronologi peristiwa berikut yang disesuaikan dengan beberapa hadith tentang keluarnya Dajjal.

1] Hadith Dajjal keluar dari pulau (Tamim ad-Dari). Ini berlaku pada hari wafatnya Nabi SAW.

2] Hadith Dajjal keluar dari wilayah antara Syam dan Iraq. Sudah berlaku iaitu ketika meletusnya Arab Spring yang pertama dengan diikuti oleh pembunuhan para pemimpin Islam seperti Saddam, Ghadafi dan lain-lain serta bermulanya perang² di Timur Tengah sehingga membawa kepada Perang Syria ketika ini.

Hadith yang dibincangkan ialah;

3] Hadith Dajjal keluar dari Laut Syam atau Laut Yaman, kemudian Rasulullah SAW menidakkannya tetapi kemudiannya menunjuk ke arah timur. Hadith ini menunjukkan bahawa Dajjal akan keluar buat kali ketiga (tanpa mengisytiharkan kemunculannya kepada dunia), di Nusantara bagi memulakan perang² di wilayah ini iaitu perang yang dinamakan Perang di Bumi Al-Hind atau Ghazwah Al-Hind. Perhatikan hadith berikut;

Dari Fatimah bint Qais R.anha, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَلاَ إِنَّهُ فِى بَحْرِ الشَّامِ أَوْ بَحْرِ الْيَمَنِ لاَ بَلْ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ ما هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ مِنْ قِبَلِ الْمَشْرِقِ مَا هُوَ ». وَأَوْمَأَ بِيَدِهِ إِلَى الْمَشْرِقِ.

Maksudnya: Ketahuilah bahawa dia berada di laut Syam atau laut Yaman. Oh tidak, bahkan dia akan datang dari arah timur. Apa itu dari arah timur? Apa itu dari arah timur? Dan baginda berisyarat dengan tangannya menunjuk ke arah timur.” 

Riwayat Muslim (7573)

PENJELASAN

Rasulullah SAW ketika mengatakan hadith ketiga di atas, baginda berada Madinah. Jika dirujuk kepada peta dunia maka akan dapat dipastikan bahawa Laut Yaman itu terletak di bahagian bawah atau Selatan Madinah. Perhatikan selepas baginda menyebut Laut Yaman (Arabian Sea), kemudian baginda menidakkannya, tetapi pada keadaan posisi badan baginda ke arah Yaman itu, baginda terus mengisyaratkan tangan baginda ke arah timur yang mana jika dilihat dari peta terlihat bahawa Laut Yaman yang termasuk di dalam wilayah Arabian Sea/Laut Arab itu sama arahnya bahkan tepat menuju ke Nusantara iaitu wilayah umat Islam paling Timur. Rujuk gambar yang disediakan.

Hakikatnya jika dilihat kepada iklim politik negara² umat Islam di Nusantara ketika ini dan keadaan geopolitik dunia semasa, maka bukanlah perkara mustahil bahawa Nusantara sedang menanti meletusnya Ghazwa Al-Hind yang realitinya menjadi gerbang kepada Al-Malhamah Al-Kubro sehingga nyatanya hadith keempat iaitu keluarnya Dajjal bersama 70 ribu Yahudi untuk memerangi pasukan Al-Mahdi dan seterusnya Dajjal terbunuh di tangan Nabi Isa a.s.

#akalberagama

Surah Al-Isra', ayat 81:

وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا

Dan katakanlah:" Telah datang Al-Haq dan hilang lenyaplah Al-Bathil; sesungguhnya Al-Bathil itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

GAMBAR DAN KETERANGAN

No comments:

Post a Comment

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...