**SENARAI 10 FIRAUN PALING TERKENAL DALAM SEJARAH TAMADUN MESIR PURBA**
Pharaoh atau Firaun dalam bahasa Arab dan Melayu , Merujuk kepada pemerintahan kerajaan Mesir purba, firaun bukanlah seorang Individu, namun terdiri daripada banyak pemerintah.
1. FIRAUN MENES ( 3201-3103 BC )
Menes atau turut digelar dengan nama Narmer, Adalah Firaun mesir yang pertama, baginda adalah individu yang bertanggungjawab menyatukan dua buah kerajaan Mesir, iaitu; Lower Egypt dan Upper Egypt , Baginda turut di anggap sebagai pengasas kerajaan mesir purba dengan dinasti petama sekitar 3150 BC.
Menurut beberapa sumber antara sumbangan paling besar Menes kepada mesir adalah mengalihkan laluan sungai Nil in lower Egypt, memphis, ibu negeri diraja mesir purba adalah antara sumbangan utama menes yang lain .
2. FIRAUN TUTANKHAMUN ( 1341-1323 BC )
Tutankhamun mungkin boleh dikatakan sebagai firaun paling terkenal dalam kalangan firaun mesir. Firaun Tutankhamun adalah firaun yang paling muda dalam sejarah Mesir , Tutan menaikki Takhta pada tahun 1332 BC, Pada ketika berusia 9 atau 10 tahun, sebelum meninggal dunia pada usia 20 tahun. Makam Tutankhamun atau King Tut ditemui pada tahun 1922, Makam yang di penuhi dengan emas dan masih utuh adalah antara penemuan arkeologi paling hebat abad ke 20.
3. RAMSES II ( 1302-1213 BC )
Pemerintah kerajaan baru ( New Kingdom ) Selama lebih 60 tahun , ramses II adalah firaun yang paling berkuasa dalam kerajaan mesir purba, ketika pemerintahannya sekitar tahun 1279 BC hingga kematiannya 1213 BC, Ramses berjaya membina banyak kuil terkemuka termasuklah Ramesseum dan Abu simbel. Ramses II juga digelar seorang yang sangat genius dalam bidang ketenteraan, dengan sokongan tentera dengan seramai 100.000 orang,Legasi ramses II adalah tersangat berpengaruh sehingga sebanyak sekurang-kurangnya 9 orang Firaun di namakan sempena Nama Baginda.
4. FIRAUN THUTMOSE III ( 1481-1425 BC )
Thutmose yang memerintah sekitar 1479 bc hingga 1425 bc , turut digelar sebagai Napoleon mesir purba dalam tempoh 22 tahun pertama pemerintahannya , baginda mentadbir kerajaan mesir bersama ibu tirinya iaitu Hatshepsut, Selepas kemangkatan Hatshepsut , Thutmose berjaya memimpin kerajaannya meluaskan Empayar terbesar mesir yang pernah dilihat, Penaklukkan melalui ketenteraan termasuklah dalam peperangan megiddo dan kadesh berjaya membawa pulang kekayaan yang banyak kepada kerajaan Thutmose dan menjadikan Thutmose sebagai wira Negara.
5. FIRAUN HAPSEPSHUT ( 1507-1458 BC )
Hapsepshut memperolehi peranan sebagai firaun ketika pemerintahan baginda dgn Tuthamose III. Yang di lihat sebagai terlalu muda untuk memimpin kerajaan mesir, selepas kematian bapa Tuthamose iaitu Tuthamose II . pemerintahannya bersama Tuthamose III selama 22 Tahun dilihat sebagai satu kejayaan besar buat kerajaan tersebut.
Hapsepshut adalah individu yang bertanggungjawab mengarahkan pembinaan beratus-ratus bangunan dan koleksi patung-patung yang kekal sehingga kini. Mesir berada dalam keadaan aman makmur ketika di bawah pemerintahan Hapsetshut , Walau bagaimana pun Thuthamose III telah membuang segala imej berkaitan hapsetshut daripada semua kuil dan monumen selepas kemangkatan baginda .
6. FIRAUN CLEOPATRA VII ( 69-30 BC )
Seperti Hapsepshut Cleopatra juga menduduki takha sebagai Firaun ketika pemerintahan mesir bersama saudara lelakinya, iaitu bersama 2 orang adik lelaki dan kemudian anaknya. cleopatra adalah pemerintah terakhir mesir sebelum kerajaan berkenaan dijadikan sebagai sebahagian daripada tanah jajahan Empayar Roman. Cleopatra dikatakan mempunyai kecantikkan dan kebijaksanaan yang tiada tolok bandingnya. Hubungan romantik bersama Maharaja Roman iaitu Julius caesar dan mark Anthony menguatkan lagi imaginasi ramai tentang rupa paras cleopatra yang dikatakan sangat jelita.
7. AKHENATEN ( 1380-1336 BC )
Firaun Akhenaten memerintah kerajaan mesir purba selama 17 tahun ketika dinasti ke-18 mesir, Antara tahun 1353 hinggalah 1336 BC. Akhenaten adalah firaun yang diingati kerana melarang penyembahan tradisional terhadap Tuhan-tuhan mesir , melainkan Aten, Tuhan Matahari menurut mitologi mesir, walau bagaimanapun, rakyat kerajaan mesir purba kembali menyembah Tuhan-tuhan mereka selepas kemangkatan Akhenaten. Isteri baginda iaitu Ratu Nefertiti mempunyai kemasyhuran yang setara seperti baginda, kerana diberi kuasa politik yang banyak dan turut di gelar sebagai pemerintah bersama Akhenaten.
8. Firaun Djoser ( 2650-2757 BC )
Djoser di sebut sebagai zoser adalah merupakan firaun kedua dalam dinasti ke-3 kerajaan mesir purba. Baginda memerintah selama sekurang-kurangnya selama 19 tahun antara 2700-2601 BC, dan merupakan firaun pertama yang hidup secara eksklusif di ibu negeri diraja memphis , yang kini terletak di barat daya bandar kaherah. Firaun Djoser adalah individu yang bertanggungjawab membina piramid bertingkat, di mana puncaknya berbentuk rata segi empat tepat. Djoser juga terkenal kerana patung batu kapur dirinya yang dikatakan sebagai patung mesir bersaiz manusia yang paling tua diketahui.
9. FIRAUN KHUFU ( 2620-2655 BC )
Nama firaun khufu adalah sangat sinonim dengan piramid giza yang sangat Agung, yang di bina ketika zaman pemerintahan baginda selama 24 tahun, dalam dinasti ke-4 kerajaan mesir purba. Piramid Giza yang berketinggian 146.7 meter adalah salah satu 7 keajaiban dunia purba yang tertua. Satu-satunya peninggalan patung khufu yang masih kekal dan utuh sehingga ke hari ini adalah sebuah patung kecil yang berukuran 9 sentimer tinggi. Patung tersebut yang di temui pada tahun 1903 boleh di lihat di muzium mesir di kaherah.
10. FIRAUN AMENHOTEP III ( 1411-1353 BC )
Antara pembina yang Agung, Pemerintahan firaun Amenhotep III selama lebih 40 Tahun ketika Dinasti ke-18 ( Antara Tahun 1570 hinggalah 1293 BC ) Dilihat sebagai pentadbiran yang paling stabil & makmur, Amenhotep menaikki Taktha ketika berusia 12 tahun selepas kemangkatan bapanya, iaitu Thutmose IV . Amenhotep III Mengambil peluang kekuatan antarabangsa mesir dan kemakmurannya untuk membina beberapa kuil indah, monumen dan patung-patung indah. Baginda adalah individu yang bertanggungjawab mengarahkan pembinaan kuil Amun di kawasan yang kita kenali hari ini sebagai Luxor, Selain itu baginda turut membina lebih 250 patung dirinya, yang kini telah di temui dan pastinya dirinya.
KESIMPULAN
Kesemuan Firaun dalam senarai ini adalah pemerintah-pemerintah kerajaan yang Agung pada suatu ketika dahulu , Namun kini mereka bukanlah siapa-siapa. Kuasa & Harta tidak kekal, Ada kisah di antara firaun-firaun ini di abadikan dalam Al-Quran untuk di jadikan pengajaran buat umat manusia agar tidak bongkak di muka bumi, Semoga kisah mereka menjadi peringatan buat kita semua .
#MJSuhaimi
#WindaA
No comments:
Post a Comment