Sunday, 8 September 2019

Ummat Islam tersinggung

UMAT ISLAM TERSINGGUNG

1. Umat Islam adalah yang paling sopan walaupun ditipu, dicaci dan dimaki oleh pemimpin mereka sendiri. Mereka mengutamakan keamanan dan kesejahteraan negara. Sekiranya tempat mereka ini bangsa lain, saya kira sudah lama ada di antara pemimpin yang putus kepala mereka. Syukurlah kita berada di Malaysia dan lebih-lebih lagi bersyukur kerana kita dilahirkan di kalangan umat Islam-Melayu yang terbaik. Hanya yang buta matanya tidak dapat melihat hakikat ini. Allah swt menegaskan:

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ ۗ وَلَوْ آمَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُم ۚ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرُهُمُ الْفَاسِقُونَ ۞

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang yang fasik.” [Ali Imran: 110]

قَالَ رَبِّ لِمَ حَشَرْتَنِي أَعْمَىٰ وَقَدْ كُنتُ بَصِيرًا ۞ قَالَ كَذَٰلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا ۖ وَكَذَٰلِكَ الْيَوْمَ تُنسَىٰ ۞

“Ia berkata: Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan aku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?" Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan.” [Thaha: 125-126]

2. Tindakan mengutama barang keluaran orang Islam adalah di antara kesopanan umat Islam di Malaysia. Selain daripada menurut perintah agama tindakan ini juga melahirkan satu tanda kesatuan. Kesatuan dalam menunjuk rasa tersinggung kepada penipuan besar-besaran yang dilakukan kerajaan terhadap umat Islam. Apa yang anehnya, kempen mengutama barang Muslim (BMF) ditentang oleh bangsanya sendiri iaitu pemimpin-pemimpin Melayu yang ada dalam kerajaan. Tanpa segan silu mereka menyalak bagai anjing yang dikerah untuk menjaga kepentingan tuannya. Sudah hilang maruah diri dan pegangan agama demi menjaga periuk nasi dan jawatan. Inilah tindakan yang paling jijik dan tidak bermaruah yang pernah berlaku dalam sejarah tanah air.

Pertama: Punca BMF sebenarnya ialah keyakinan

3. Apakah dulu tidak ada BMF? Jawabnya memang ada. Dari kecil lagi datuk saya mengajar bagaimana membuat sabun. Suatu ketika allahyarham membisik ke telinga saya: “kita kena berdikari, jangan biar orang kafir menguasai kita.” Kata-kata beliau seperti mengaitkan sikap berdikari dengan kekuasaan. Berdikari adalah ciri-ciri peribadi Muslim yang dididik dan diajar di sekolah-sekolah pondok ketika itu. Berdikari juga bermakna tidak bergantung kepada bukan Islam dalam memenuhi keperluan seharian kita.

4. Setelah negara semakin maju di bawah kepimpinan orang Islam, rakyat menjadi yakin dengan kemampuan kerajaan dalam mengawal piawaian syarak kepada produk-produk yang dikeluarkan oleh bukan Islam. Kita banyak berpegang kepada rukhsah (رُّخْصَةُ) yakni kelonggaran daripada ‘adzimah (عَزِيمَة) iaitu ketetapan ketika itu. Muamalat dengan bukan Islam berjalan dengan baik mengikut kadar keyakinan tersebut walaupun ada golongan yang tetap berpegang kepada hukum ‘adzimah. Abu Ishak al-Shatibi [m790h] telah menjelaskan hubungan antara ‘adzimah dengan rukhsah seperti berikut:

إنَّ الْعَزِيمَةَ رَاجِعَةٌ إِلَى أَصْلٍ كُلِّيٍّ ابْتِدَائِيٍّ، وَالرُّخْصَةُ راجعة إِلَى جُزْئِيٍّ مُسْتَثْنًى مِنْ ذَلِكَ الْأَصْلِ الْكُلِّيِّ.

Sesungguhnya hukum ketetapan merujuk kepada perkara pokok dan hukum kelonggaran merujuk kepada ranting yang dikecualikan daripada pokok (tersebut).

5. Ini bermakna setiap hukum itu perlu dilaksanakan berdasar kepada ketetapan (maksud asal yang pokok) namun sekiranya terdapat rintangan kepada pelaksanaannya, maka diperbolehkan memilih kelonggaran dengan melaksanakan ranting kepada perkara pokok tersebut. Misalnya sembahyang dimulakan dengan takbir sambil berdiri. Sekiranya terdapat hal-hal seperti sakit maka diperbolehkan seseorang itu solat sambil duduk. Namun jika keadaan kembali sediakala, maka hukum asal iaitu solat bermula dengan takbir sambil berdiri mestilah dituruti.

6. Apabila kerajaan bertukar tangan kepada bukan Islam keyakinan umat Islam hilang. Keyakinan kepada kerajaan dalam mengawal piawai syarak terhadap produk bukan Islam menjadi luput. Daripada bersikap acuh tak acuh serta berpegang kepada rukhsah bertukar secara spontan kepada ‘adzimah. Iaitu kembali mengawal pemakanan dengan penuh berhati-hati. Jalan keluar yang ditunjuk oleh syarak ialah dengan mengutamakan produk-produk yang dihasil oleh umat Islam sendiri. Bukan boikot, tetapi beralih kepada amalan yang ditetap oleh syarak. Ini adalah amalan Islam yang asasnya keyakinan. Apakah umat Islam yakin dengan kerajaan yang ada bagi memenuhi keperluan syarak dalam hal pemakanan atau tidak. Jawabnya tidak. Keyakinan pula tidak boleh dipaksa.

Kedua: BMF mementingkan Halalan Taiyiba

7. Peliknya barua-barua Dap ini, mereka tidak boleh beza apa yang dikira agama dan hal-hal awam. Bangsa Dap memang tidak berpegang kepada apa-apa peraturan kebersihan. Agama mereka tidak mengajar demikian. Mereka makan apa sahaja yang hidup. Beza dengan umat Islam. Mereka amat terikat dengan fekah kebersihan termasuk apa yang boleh dimakan, peraturan sembelihan, bersuci dan juga tatacara menyimpan makanan. Kalau bangsa Dap tidak faham perkara ini kita boleh terima, tetapi kebodohan barua-barua mereka dari kalangan menteri Melayu amat mendukacitakan. Agama apakah mereka? Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُوا مِمَّا فِي الْأَرْضِ حَلَالًا طَيِّبًا وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ ۞

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” [al-Baqarah: 168]

وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّهُ حَلَالًا طَيِّبًا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ الَّذِي أَنتُم بِهِ مُؤْمِنُونَ ۞

“Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.” [al-Maidah: 88]

Ketiga: BMF adalah usaha kemerdekaan

8. Saya teringat akan permulaan revolusi Iran pada tahun 1979 di mana Khomeni dan ulama Syiah Iran telah mengeluarkan fatwa mengharamkan coca-cola. Timbul persoalan di hati saya bahawa mana mungkin coca-cola boleh jadi haram sedangkan kita di Malaysia meminumnya. Setelah diteliti, fahamlah saya bahawa Khomeni berhasrat untuk melemahkan pengaruh ekonomi Amerika di bumi Iran. Syarikat pengeluar coca-cola milik Amerika telah banyak menyumbang kepada penentangan yang kuat kepada usaha revolusi. Akibat daripada fatwa berkenaan maka bungkuslah syarikat pengeluar coca-cola tersebut dan pulanglah mereka ke negara asal mereka.  

9. Bukan saya hendak mengangkat syiah dan revolusinya tetapi pengajaran yang boleh kita pelajari. Di zaman al-Shatibi di Andalus pula terdapat aktiviti penjualan senjata yang ketara di antara orang Islam dengan kafir kristian. Al-Shatibi mengharamkan transaksi tersebut dan mengharamkan juga apa saja aktiviti yang boleh mengangkat kekuatan musuh. Prinsip yang dipakai ialah sad azzara-iq (سد الذرائع) iaitu menutup pintu-pintu mafsadah (kerosakan) yang besar kebarangkaliannya akan berlaku akibat sesuatu perbuatan. Maka perbuatan itu diharamkan. Fatwa tersebut tidak diendahkan oleh mereka di zaman itu (yang otak mereka sama dengan barua Dap hari ini). Selepas 200 tahun jatuhlah kerajaan Islam Andalus selepas berkuasa sekitar 800 tahun. Allah mengingatkan:

وَأَنفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ وَأَحْسِنُوا ۛ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ ۞

“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” [al-Baqarah: 195]

10. Mencari kekuatan dalam apa saja bentuk adalah wajib bagi umat Islam di Malaysia hari ini. BMF adalah salah satu usahanya. Kesatuan, kasih sayang, bertolak ansur,  tolong menolong, bersepakat adalah ramuan bagi kejayaannya. Awasi juga musuh yang hendak menggagalkan kita yang datangnya daripada segenap penjuru. Semoga Allah memberkati kita semua yang berjihad di JalanNya. Teruskanlah bekerja.

وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ۞

“Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan.” [al-Taubah: 105]

No comments:

Post a Comment

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...