* ANAK LUAR NIKAH PENYELAMAT BUMI *
Dajjal Dan Promosi Konsep Anak Haram
Antara konsep filem hollywood yang jarang-jarang kita sedari ialah wujudnya Agenda Mempromosi Kehebatan Anak-anak Luar Nikah. Kelompok kecil ini di beri status yang hebat hingga ke Taraf penyelamat umat manusia. Ia sesuatu yang ganjil tetapi masih lagi diterima pakai diseluruh dunia kerana tiadanya sifat sensitiviti di kalangan penonton.
Situasi penerbitan gambar-gambar seperti ini adalah sebagai isyarat tersembunyi dari dajjal bagi memberitahu kepada umat manusia bahawa kehadirannya akan tiba tidak lama lagi. Isyarat-isyarat ini di sampaikan melalui filem kemungkinan dalam dua maksud. Pertama, untuk memberi amaran dan kedua bagi mendidik Masyarakat agar tidak memandang rendah taraf anak luar nikah.
LEGION ( 2010 )
Mengisahkan seorang malaikat yang datang kebumi untuk menyelamatkan seorang bayi. Bayi tersebut adalah anak luar nikah kepada seorang remaja perempuan bernama charlie. Malaikat yang bernama Michael itu juga menerima tentangan dari malaikat Jibril. Semua manusia berubah menjadi zombie dan cuba membunuh bayi tersebut kerana kelak bayi tersebut akan menjadi penyelamat bumi.
LOST ( 2004 )
Drama Bersiri ini mengisahkan sekumpulan penumpang kapal terbang yang terhempas di sebuah pulau misteri yang tiada dalam peta dunia. Salah seorang penumpang itu remaja perempuan yang sedang mengandung anak luar nikah. Tanpa di sedari juga di pulau tersebut terdapat sekumpulan manusia lain yang sedang menunggu kehadiran wanita mengandung tersebut, mereka inginkan anak tersebut kerana ia dikatakan bakal menjadi penyelamat bumi kelak.
Di pulau misteri tersebut sebenarnya terdapat sekumpulan pengkaji yang mempunyai kelengkapan yang cukup. Mereka semua mengetahui bahawa pulau tersebut boleh di pindah merentas masa melalui satu gua khas di bawah tanah, sebahagian orang di atas pulau tersebut ada yang sudah mencapai usia ratusan tahun dan ada yang berasal dari masa hadapan.
Filem ini mempunyai 6 musim bermula 2004 hingga 2010. Pemilik idea asal filem ini di rahsiakan stesen ABC ( Amerika ) Tetapi dua orang pengarah yahudi di minta untuk menulis skrip dan menerbitkannya iaitu J.J Abram dan Damon Lindelof.
CLASH OF THE TITANS ( 2010 )
Filem Clash Of The Titans diadaptasi daripada cerita Greek kuno berkaitan seorang manusia separa dewa bernama Perseus. Beliau adalah anak hasil hubungan Dewa Zeus dengan Isteri Raja Argos yang bernama Danae. Di dalam filem ini, Perseus digambarkan sebagai seorang penyelamat masyarakat Greek yang sedang di timpa bencana.
Pengarah Filem, Louis Leterrier mengubahsuai jalan cerita dengan menambah watak jin yang membantu Perseus memenggal kepala Medusa. Ketua Jin tersebut di beri nama “ Sheikh Suleyman “ yang merupakan penghuni padang pasir yang mahir dalam kesihiran. Memilih nama “ Suleyman “ adalah tindakam yang “ double meaning “ kerana dalam sejarah Islam sememangnya Nabi Sulaiman a.s seorang yang di beri kebolehan mampu menguasai semua bangsa Jin.
DAJJAL SEBAGAI ANAK SUMBANG MAHRAM
Anak sumbang Mahram bermaksud anak yang di lahirkan dari Ibu bapa yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang rapat seperti Bapa dah anak perempuan, abang dan adik perempuan dan sebagainya. Di dalam kajian Muhammad Isa Dawud tentang Dajjal, Beliau mengatakan Dajjal adalah anak hasil sumbang Mahram. Ini bermakna ibu Dajjal adalah anak sumbang Mahram dan bapanya juga adalah anak sumbang Mahram. Apabila kedua-keduanya berkahwin maka lahirlah Dajjal dari keturunan sumbang Mahram yang lengkap.
Kajian yang di ambil dari Manuskrip Kuno di Yaman itu menyimpulkan bahawa Dajjal adalah sejahat-jahat manusia dan melalui filem. Dajjal ini mengambarkan bahawa anak haram sepertinya juga boleh menjadi penyelamat kepada masyarakat dan menjadi pemimpin yang dihormati. Melalui filem-filem ini jelas ia membuktikan pengarah filem cuba mengetengahkan unsur-unsur “ penghormatan “ kepada anak luar nikah. Kebanyakkan masyarakat Malaysia mungkin menganggap soal anak luar nikah adalah perkara biasa di barat khususnya agama yahudi. Sebenarnya tidak, apa yang berlaku di dalam filem tidak semestinya mengambarkan situasi masyarakat luar, Di barat , Semua pihak penentang sumbang mahram, pelacuran dan pembuangan bayi , Malah Agama yahudi sendiri itu memberi Taraf yang bawah kepada anak-anak Yahudi yang lahir tanpa pernikahan yang sah.
Soal membiasakan masyarakat dengan “ Anak Luar Nikah “ adalah perancangan Yahudi Iluminati di dalam Filem. Memandangkan Filem adalah medium yang paling mudah di terima maka knologi filem diputarbelit sehingga ia mengubah pemikiran Masyarakat luar bahawa barat sudah biasa dengan anak luar Nikah .
#Tkonspirasi
#WindaA
No comments:
Post a Comment