Friday, 20 September 2019

Kepimpinan ummat

KEPIMPINAN UMAT DARI
PERSPEKTIF ISLAM DAN DEMOKRASI

1. Kita orang Islam wajib menghukum atau memutuskan sesuatu menurut neraca Islam dan bukan daripada neraca lainnya. Orang Islam ada Allah yang mesti dipercayai dan ditaati, ada al-Quran yang perlu diikuti, ada Nabi yang wajib diteladani dan ada ulama yang pandangannya perlu didengari. Ciri-ciri ini menjadikan Islam sukar ditembusi walaupun dijajah beratus tahun oleh Portugis, Belanda, Cina Komunis dan Inggeris. Datanglah apa sistem sekalipun, termasuklah demokrasi yang dipaksa ke atas kita, umat Islam akan menimbangnya dengan neraca Islam. Apa yang baik diterima dan apa yang buruk melanggar rukun dan pegangan Islam ditolak. Allah berfirman:

وَمَن يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَىٰ ۗ وَإِلَى اللَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ۞

“Dan sesiapa yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan segala urusan.” [Luqman: 22]

2. Kepimpinan Islam dalam demokrasi telah menjalankan tugas mereka dengan baik selama 62 tahun. Bukan satu masa yang singkat. Tetapi musuh Islam yang mengambil alih negara melalui tipu helah telah mendatangkan huru-hara walaupun tidak sampai 2 tahun. Kerosakan kepada nyawa, harta benda, pendidikan, sejarah dan kehidupan secara umum umat Islam tidak dapat dibendung lagi. Islam terus dihina, jurang perkauman semakin melebar, maruah umat Islam dicerca dan pemimpin Melayu munafiq dalam kerajaan liberal terus menikus. Allah swt berfirman:

وَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ آمَنَّا بِاللَّهِ وَبِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَا هُم بِمُؤْمِنِينَ (8) يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَمَا يَخْدَعُونَ إِلاَّ أَنفُسَهُم وَمَا يَشْعُرُونَ (9) فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ فَزَادَهُمُ اللَّهُ مَرَضاً وَلَهُم عَذَابٌ أَلِيمٌ بِمَا كَانُوا يَكْذِبُونَ (10) وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ لاَ تُفْسِدُواْ فِي الأَرْضِ قَالُواْ إِنَّمَا نَحْنُ مُصْلِحُونَ (11) أَلا إِنَّهُمْ هُمُ الْمُفْسِدُونَ وَلَكِن لاَّ يَشْعُرُونَ (12)

“Dan di antara manusia ada yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran). Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi", mereka menjawab: " Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan." Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.” [al-Baqarah: 8-12]

3. Hari ini merupakan pengalaman pertama bagi umat Islam di Malaysia berhadapan dengan kepimpinan demokrasi acuan Dap. Kita dapat menilai bahawa demokrasi hanyalah tong kosong. Sekiranya mereka yang baik mengisi kepimpinan maka baiklah negara dan amanlah umatnya. Sebaliknya jika mereka yang kafir jenis komunis, chauvinis, rasis dan Melayu munafiq, si penipu, barua dan penjilat maka rosaklah negara, hancurlah agama dan bercelarulah perpaduan. Terakhir inilah sebenarnya yang sedang berlaku. Ini menyebabkan kepercayaan kita kepada neraca kepimpinan demokrasi terhakis. Kita sudah tidak boleh harap lagi kepada kepimpinan demokrasi acuan Dap untuk mengatur kehidupan umat Islam. Justeru pada hemat saya, kita kena kembali kepada neraca Islam mengenai kepimpinan dan bertindak mengikut lunas-lunasnya yang telah digariskan oleh ulama silam. Allah swt berfirman:

... وَلَن يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلً۞

“.. dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman.” [an-Nisā': 141]

أَفَحُكْمَ الْجَاهِلِيَّةِ يَبْغُونَ ۚ وَمَنْ أَحْسَنُ مِنَ اللَّهِ حُكْمًا لِّقَوْمٍ يُوقِنُونَ۞

“Apakah mereka masih berkehendak kepada hukum-hukum (keputusan) jahiliyah? Padahal orang-orang yang penuh yakin mendapati tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum (keputusan) yang lebih baik daripada Allah.” [al-Mā'idah: 50]

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ ۖ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ ۚ ذَٰلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا۞

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” [an-Nisa’: 59]

وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَاحْذَرُوا ۚ فَإِن تَوَلَّيْتُمْ فَاعْلَمُوا أَنَّمَا عَلَىٰ رَسُولِنَا الْبَلَاغُ الْمُبِينُ۞

“Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas dan nyata.” [al-Mā'idah: 92]

4. Kepemimpinan, kepimpinan atau pemimpin dalam istilah syarak ialah imam (امام) atau al-imamah (الإمامة). Semasa wahyu masih turun, al-quran merujuk kepada kepimpinan Rasulullah saw yang dibantu oleh sahabat-sahabat baginda dalam mengendali setiap urusan termasuk agama dan negara. Antara istilah yang diguna pakai ialah (وَالَّذِينَ مَعَهُ) iaitu “mereka yang bersamanya”, (وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ) “pentadbir dari kalangan kamu” atau (أُولِي الْأَمْرِ مِنهُمْ) “pentadbir dari kalangan mereka”. “Kamu” dan “mereka” di sini merujuk kepada umat Islam secara khusus. Setelah Rasulullah saw wafat sahabat-sahabat telah sepakat akan kewajipan melantik pengganti baginda bagi mengurus ummah. Kesepakatan mewajibkan pelantikan ini disebut “ijma” dalam istilah syarak dan ia merupakan dalil ketiga selepas al-quran dan al-sunnah. Jawatan kepimpinan sahabat yang mengganti Rasulullah saw disebut khalifah ((خَلِيفَة iaitu “pengganti Rasulullah” dan orangnya digelar amir al-mukminin (pemimpin bagi orang yang beriman).

5. Sistem khalifah ini berjalan semenjak wafat Rasulullah saw pada tahun 632 masehi hinggalah kejatuhannya pada 1922 di tangan pemimpin sekular-liberal Mustafa Kamal di Turki. Kejatuhan itu bererti hilangnya ciri-ciri kepimpinan Islam sebagaimana yang dihuraikan oleh syarak. Ciri-ciri penting kepimpinan negara dalam Islam ini ialah sepertimana yang disebut oleh al-Mawardi  [m450h] ;

الْإِمَامَةُ مَوْضُوعَةٌ لِخِلَافَةِ النُّبُوَّةِ فِي حِرَاسَةِ الدِّينِ وَسِيَاسَةِ الدُّنْيَا ، وَعَقْدُهَا لِمَنْ يَقُومُ بِهَا فِي الْأُمَّةِ وَاجِبٌ بِالْإِجْمَاعِ.

“Al-Imamah (Ketua Negara) diletakkan bagi mengganti kenabian dalam memelihara agama (Islam) dan mentadbir dunia, aqad (pelantikan) tersebut dilakukan oleh mereka (ahlul halli wal ‘aqdi) dari kalangan umat adalah wajib secara ijma.” [al-Ahkam al-Sulthaniah: al-Mawardi, ms.17]

Al-Juwaini [m478h] pula mengatakan:

الْإِمَامَةُ رِيَاسَةٌ تَامَّةٌ، وَزَعَامَةٌ عَامَّةٌ، تَتَعَلَّقُ بِالْخَاصَّةِ وَالْعَامَّةِ، فِي مُهِمَّاتِ الدِّينِ وَالدُّنْيَا. مُهِمَّتُهَا حِفْظُ الْحَوْزَةِ، وَرِعَايَةُ الرَّعِيَّةِ، وَإِقَامَةُ الدَّعْوَةِ بِالْحُجَّةِ وَالسَّيْفِ، وَكَفُّ الْخَيْفِ وَالْحَيْفِ، وَالِانْتِصَافُ لِلْمَظْلُومِينَ مِنَ الظَّالِمِينَ، وَاسْتِيفَاءُ الْحُقُوقِ مِنَ الْمُمْتَنِعِينَ، وَإِيفَاؤُهَا عَلَى الْمُسْتَحِقِّينَ.

“Al-Imamah (ketua Negara) adalah kepenguasaan sepenuhnya, kepimpinan menyeluruh (umum), berkaitan yang khusus dan umum demi menjaga kepentingan agama (Islam) dan (hal-hal) keduniaan, tugasnya ialah memelihara (al-hauzah) kedaulatan negara (kehormatan), menjaga urusan rakyat, menegak dakwah dengan hujah dan pedang (kuasa), mengawal daripada penyelewengan dan perpecahan, membezakan yang dizalimi daripada yang menzalimi (penzalim), menyempurnakan hak (daripada apa-apa kekangan) kepada mereka yang berhak.” [Ghiyas al-Umam: al-Juwaini, ms.22]

Pada tempat yang lain al-Juwaini mengatakan dengan jelas peranan ketua negara orang Islam ialah:

... أَنَّ الْغَرَضَ مِنْ نَصْبِ الْإِمَامِ حِفْظُ الْحَوْزَةِ، وَالِاهْتِمَامُ بِمُهِمَّاتِ الْإِسْلَامِ، وَمُعْظَمُ الْأُمُورِ الْخَطِيرَةِ لَا يَقْبَلُ الرَّيْثَ وَالْمُكْثَ، وَلَوْ أُخِّرَ النَّظَرُ فِيهِ لَجَرَّ ذَلِكَ خَلَلًا لَا يُتَلَافَى، وَخَبَلًا مُتَفَاقِمًا لَا يُسْتَدْرَكُ ....

“Tujuan (maqasid) melantik al-imam (ketua negara) ialah bagi memelihara al-hauzah (kedaulatan negara) dengan mengutamakan kepentingan Islam serta setiap urusan (negara) yang merbahaya (menyangkut harta dan keselamatan) dengan tidak boleh dinanti-nanti dan ditangguh-tangguh. Jika tidak disegerakan (melantik) akan mengakibat kerosakan yang tidak dapat ditampung dan kecelakaan teruk yang tidak dapat dipulih kembali.” [Ghiyas al-Umam: al-Juwaini, ms.67]

6. Melihat kepada kenyataan al-Mawardi dan al-Juwaini di atas, perlu dijelaskan beberapa istilah pokok sebelum kita memberi pandangan mengenai kepimpinan negara dalam Islam.

Pertama, ia disifatkan sebagai khilafah al-nubuwwah iaitu mengganti kenabian (Muhammad saw) dalam memelihara agama (Islam) dan mengatur urusan dunia. Ini bererti tugas utama seorang presiden atau perdana menteri Islam dalam kepimpinan moden ialah pertama, memelihara keberadaan Islam dalam kehidupan umat dan kedua, menjamin keselamatan nyawa, agama, akal, keturunan, maruah dan harta benda. Terakhir inilah yang dimaksudkan dengan mengatur urusan dunia.

Kedua, pelantikan pemimpin dengan tugasan seperti di atas adalah wajib hukumnya sama dengan wajib-wajib yang lain seperti sembahyang, puasa, zakat dan haji malah lebih lagi diutamakan. Ini dapat dibuktikan dengan para sahabat mengutamakan melantik khalifah daripada menjalankan upacara pengkebumian jasad Rasulullah saw. Tujuannya ialah bagi memelihara kesatuan umat Islam, kelangsungan kedaulatan hukum Islam dan kesejahteraan mereka yang dibawah perlindungannya.

Ketiga, kalimat yang perlu diberi penelitian ialah (حِفْظُ الْحَوْزَةِ) yakni memelihara al-hauzah. Kalimat al-hauzah ini asalnya bermakna al-bud’u (البُضْعُ) iaitu kemaluan perempuan. Apabila seorang lelaki bernikah beliau dikatakan memiliki al-bud’u (تمليك البضع) isterinya. Maka kewajipan lelaki tersebut memelihara dengan nyawanya agar miliknya tidak dirampas atau dirogol. Lama-kelamaan al-hauzah ini berkembang maknanya kepada anak, isteri, tanah, rumah, ladang, harta dan maruah. Kemudian ianya berkembang lagi sehingga bermakna kedaulatan, kehormatan dan negara. Istilah bahasa Melayu yang sepadan ialah “tanah airku” atau peribahasa yang mengiringinya “biar putih tulang jangan putih mata” dalam mempertahankan “ibu pertiwi”.

7. Pengertian syarak pada istilah “ummah” dari segi kenegaraan pula terdiri daripada; pertama, seluruh umat Islam dan kedua, bukan Islam yang dilindungi dalam negara tersebut kerana berpegang kepada suatu perjanjian. Termasuk bukan Islam daripada apa bangsa sekalipun yang setia berpegang kepada perlembagaan negara wajib dilindungi [Ahkam al-Zimmiyin wa al-Musta’minin fi Dar al-Islam: Abdul Karim Zaidan, ms22]. Ini bererti, mereka yang tidak setia dengan kedudukan Islam, raja-raja Melayu, hak keistimewaan orang Melayu dan rakyat negeri Sabah dan Sarawak atau bahagian lain daripada perlembagaan negara dikira terkeluar daripada status zimmi dari pandangan syarak. Hal ini jelas dan kita hormati fatwa yang telah dikeluarkan oleh mufti negeri Pahang mengenai mereka sebelum ini. Maka jelas, umat Islam tidak rasis atau perkauman seperti tohmah golongan munafiqin sebaliknya memusuhi hanya bangsa Dap demi menjaga maslahah al-syari’yah akan kelangsungan kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

8. Setelah diketahui maksud syarak dalam kepimpinan negara (perdana menteri) dan tugas yang sepatut dilakukannya, maka kita dapat menilai sama ada tercapai atau tidak tujuan (maqasid) perlantikan tersebut. Begitu juga dengan mengenali siapakah rakyat atau umat negara ini, maka kita dapat menentukan siapa kawan dan siapa lawan dalam usaha mengukuh kedudukan Islam dan keharmonian kaum. Jelas bangsa Dap adalah musuh Islam dan musuh negara. Merekalah yang dimaksudkan “kafir” atau “musuh Allah dan musuh kamu” dalam banyak ayat al-quran. Bangsa ini juga yang diharam oleh Allah bersekongkol bagi orang-orang yang beriman. Sekiranya Melayu penjilat ini berdegil maka tercalitlah di dahi-dahi mereka sifat syarak sebagai munafik. Kumpulan mereka dinamakan ikhwan al-munafiqin dan kerajaan mereka sebagai kerajaan liberal munafiqin. Perhatikan ayat-ayat ini sekiranya mereka itu sebenarnya orang-orang yang beriman:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمْ تَعَالَوْا إِلَىٰ مَا أَنزَلَ اللَّهُ وَإِلَى الرَّسُولِ رَأَيْتَ الْمُنَافِقِينَ يَصُدُّونَ عَنكَ صُدُودًا۞

“Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.” [an-Nisā': 61]

فَمَا لَكُمْ فِي الْمُنَافِقِينَ فِئَتَيْنِ وَاللَّهُ أَرْكَسَهُم بِمَا كَسَبُوا ۚ أَتُرِيدُونَ أَن تَهْدُوا مَنْ أَضَلَّ اللَّهُ ۖ وَمَن يُضْلِلِ اللَّهُ فَلَن تَجِدَ لَهُ سَبِيلًا۞

“Maka apakah yang menyebabkan kamu (berpecah) menjadi dua golongan terhadap kaum munafik itu, padahal Allah telah menjerumuskan mereka (ke dalam kekufuran) disebabkan apa yang telah mereka usahakan? Adakah kamu pula hendak memberi pertunjuk kepada orang-orang yang telah disesatkan oleh Allah? Padahal sesiapa yang telah disesatkan oleh Allah, maka engkau tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.” [an-Nisā': 88]

بَشِّرِ الْمُنَافِقِينَ بِأَنَّ لَهُمْ عَذَابًا أَلِيمًا۞ الَّذِينَ يَتَّخِذُونَ الْكَافِرِينَ أَوْلِيَاءَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ ۚ أَيَبْتَغُونَ عِندَهُمُ الْعِزَّةَ فَإِنَّ الْعِزَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا۞

“Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: bahawa sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya;  (Iaitu) orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan di sisi orang-orang kafir itu, kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu semuanya ialah milik Allah, (diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya).” [an-Nisā': 138-139]

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّىٰ يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ ۚ إِنَّكُمْ إِذًا مِّثْلُهُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا۞

“Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam neraka jahanam.” [an-Nisā': 140]

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَن تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا۞

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka.” [an-Nisā': 145]

وَعَدَ اللَّهُ الْمُنَافِقِينَ وَالْمُنَافِقَاتِ وَالْكُفَّارَ نَارَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ هِيَ حَسْبُهُمْ ۚ وَلَعَنَهُمُ اللَّهُ ۖ وَلَهُمْ عَذَابٌ مُّقِيمٌ۞

“Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu menjadi balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka azab seksa yang kekal.” [al-Taubah: 68]

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ جَاهِدِ الْكُفَّارَ وَالْمُنَافِقِينَ وَاغْلُظْ عَلَيْهِمْ ۚ وَمَأْوَاهُمْ جَهَنَّمُ ۖ وَبِئْسَ الْمَصِيرُ

“Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keraslah terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.” [al-Taubah: 73]

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ اتَّقِ اللَّهَ وَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَالْمُنَافِقِينَ ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا۞

“Wahai Nabi! Tetaplah bertaqwa kepada Allah, dan janganlah engkau patuhi kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” [al-'Aĥzāb: 1]

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا بِطَانَةً مِّن دُونِكُمْ لَا يَأْلُونَكُمْ خَبَالًا وَدُّوا مَا عَنِتُّمْ قَدْ بَدَتِ الْبَغْضَاءُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ وَمَا تُخْفِي صُدُورُهُمْ أَكْبَرُ ۚ قَدْ بَيَّنَّا لَكُمُ الْآيَاتِ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْقِلُونَ۞

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi "orang dalam" (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telahpun nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.” ['Āli `Imrān: 118]

9. Wahai saudara seiman, saya bukanlah seorang ahli politik tetapi ini tidak bermakna saya anti politik dan tidak kenal politik. Saya menyatakan ayat-ayat Allah agar kita semua bersatu demi agama, bangsa dan tanah air. Saya hanya takut kepada Allah sekiranya tidak menyampaikan peringatan ini. Ayat-ayat di atas adalah daripada Allah swt jua. Janganlah sampai anak-isteri kamu dirogol dan dirampas, harta kamu diambil, agama kamu dihina dan bangsa kamu dicerca baru kamu sedar sepertimana yang telah berlaku di Palestin, Kashmir, Myanmar dan lain-lain. Bangsa Dap tidak faham ini semua. Mereka terlalu rakus dengan kekuasaan. Kepada golongan munafiqin saya berpesan agar kembali ke pangkal jalan walaupun saya tahu kamu tidak akan setuju dengan saya lebih-lebih lagi dengan ayat-ayat Allah di atas. Pesanlah kepada saudara-saudara kita, anak-anak remaja kita, supaya jangan dibiarkan mereka ditipu lagi. Kepada Allah saja saya berlindung.

Ustaz Ahmad Bakhtiar
29 Ogos 2019
Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...