Tuesday, 21 April 2020

lord of the ring


Tuesday, November 2, 2010

Konspirasi Dunia - Lord Of The Ring

Artikel kali ini menyingkap sebuah filem yang agak popular tidak lama dahulu, ia merupakan filem dari Hollywood, ia tidak lain adalah filem Lord of the Ring. Mungkin ramai antara kita yang sekadar menonton filem tersebut tanpa berfikir serta merenung mesej yang tersembunyi di sebalik filem tersebut, Alhamdulillah dengan izinnya saya berpeluang untuk mengupas serba sedikit pesanan yang tersembunyi untuk di kongsikan bersama.

Film Lord Of The Ring (LOTR) bukanlah filem yang bertema sejarah, mengapa? Jika kita lihat sejarah dunia, tidak ada suatu periwayat atau mana-mana buku sejarah mencoretkan mengenai sejarah sebegitu. Ia juga bukan filem yang berunsurkan fantasi magis seperti Harry Potter, tetapi di dalamnya terdapat adegan-adegan pertempuran menggunakan sihir sihir. Ia juga bukan filem fantasi, kerana kandungan ceritanya mengandungi makna-makna tertentu. Malah ia juga bukan filem seram, sebab tidak terdapat babak yang mengaitkan dengan kepercayaan hantu didunia ini.

Filem LOTR adalah sebuah filem yang dikelaskan sebagai METAFORA FUTURISTIK. Dengan kata yang lebih mudah untuk kita fahami maksudnya, filem itu sarat dengan mesej serta imiginasi dan gambaran mengenai kehidupan yang bakal terjadi pada masa hadapan. Ia bukan perkara yang bersifat imiginasi, Tanda-tanda atau gambaran yang digambarkan di dalam filem LOTR adalah melambangkan TANDA-TANDA KIAMAT. Jika anda berpeluang menonton filem tersebut buat kali kedua, cuba anda perhatikan, begitu banyak persamaan-persamaan yang mereka gambarkan mengenai kehidupan manusia menjelang Hari Kiamat. Tetapi mereka bijak berselindung dan kebanyakan adegan-adegan itu dikaburkan dan diletakan didalam kesamaran dengan harapan kita semua tidak Nampak hakikat sebenar dan terpengaruh dengan mesej yang ingin mereka sampaikan.

Mungkin kebanyakan kita hari ini kurang yakin dengan hadits-hadits mengenai tanda-tanda Hari Kiamat, di mana kita akan kembali ke zaman kekurangan teknologi dan berperang menggunakan kuda, pedang dan seangkatan dengannya. Mereka menganggap hadis-hadis ini tidak realistik, kurang rasional, dan tidak sesuai dengan fakta-fakta kehidupan moden pada hari ini. Tetapi yang menjadi tanda tanya dikalangan bukan islam, mereka sangat mempercayai akan perkara – perkara ini. Mereka mencipta Filem LOTR bagi memperlihatkan keyakinan mereka terhadap hari-hari terakhir menjelang Hari Kiamat. Bahkan di pusat-pusat Zionis Antrabangsa, mereka telah pun merancang konsep The New World Order berdasarkan perkhabaran-perkhabaran yang telah diceritakan melalui Al-Quran dan Hadis mengenai Tanda-tanda Kiamat.

|Mordor = Markas dajjal Laknatullah|

beberapa istilah yang digunakan di dalam cerita LOTR

*Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia.
*Di antara dua gunung = Gunung Kaukasus.
*Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum Armenia.
*Tembok besi = Daryal Gorge/Gerbang Iberian/ Gerbang Kaukasia.

|Sauron = All Seeing eye = The False Messiah|


|The All of Seeing Eye|


|Dinding = Isengard|


|Witch king = Yajuj & Majuj|


|Gandalf = Imam Mahdi|


|Aragorn = Isa almasih|


|Pedang Nabi Muhammad = Al-Battar|

Di atas pedang Baginda S.A.W dikhabarkan terdapat tulisan Arab yang berbunyi : ‘Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, Nabi Muhammad SAW’. Diyakini bahawa pedang (Zulfaqar) yang akan digunakan Nabi Isa AS kelak ketika dia turun ke bumi kembali untuk menghancurkan Dajjal Laknatullah.

|Piramid = Lambang Firaun / Piramid Giza, Menara Babylon (akan di bangun oleh Illuminati)|

Film LOTR memiliki jalan cerita yang bagus. Jika kita menonton filem ini, kita dapati tiada langsung mengandungi unsur-unsur lucah, perlakuan yang tidak bermoral dan pemujaan berhala (syaitan), aksi-aksi percintaan pemuda dan pemudi. Filem ini amat luar biasa dari pelbagai aspek. Meskipun ia di terbitkan di Hollywood.

Saya teruja dan berasa sangat hairan mengapa Hollywood meluluskan pembikinan dan penyiaran filem seperti ini?, Padahal ianya terang-terangan telah mengambarkan kekalahan empayar pimpinan dajal laknatullah di akhir zaman nanti. Sedangkan seperti yang kita ketahui Hollywood merupakan sebahagian dari perancangan NWO (New World Order) dan merupakan antara fitnah-fitnah awal dajal laknatullah sebelum ia muncul di akhir zaman nanti.

Apa yang saya fahami melalui metafora dari filem LOTR lebih kurang begini:

Saat ini jaringan freemason antrabangsa, terus menjalankan rencana yang telah di susun oleh dajjal laknatullah, ia bergerak serentak, dengan penuh komited, dan tidak kenal penat, untuk memperbesarkan empayar kerajaan kejahatan Dajjal (Mordor). Dari sisi pembangunan ekonomi, jaringan informasi, politik, ketenteraan, budaya, pemikiran serta ideologi. Mereka terus bergerak. Agen-agen Freemason di negara itu dianggap sebagai hamba-hamba kepada anak buah Sauron yang sangat fanatik dan bekerja membi-buta tanpa mengenal erti penat. Mereka sedang mempersiapkan bagi kedatangan “The False Mesiah” iaitu dajjal Laknatullah di “The Promise Land” (Palestin).

Sementara kekuatan bagi puak anti Zionis, baik dari kalangan Islam mahu pun Nasrani, juga sedang bergerak menyusun strategi dan kekuatan masing-masing. Suatu saat nanti akan ada kesepakatan antara kekuatan Islam dan Nasrani ini untuk menghadapi, melawan dan menghancurkan Zionis laknatullah.

Sedikit peringatan, Yahudi hari ini bukanlah pengikut Taurat peninggalan Musa AS. Mereka adalah pengikut fahaman-fahaman sihir dari zaman Fir’aun di Mesir. Yahudi saat ini mengikuti Talmud, bukan Taurat. Meskipun, katanya masih ada Yahudi yang setia mengikuti Taurat. Tetapai majoritinya Yahudi yang mengimani Talmud, mereka bukan Ahlul Kitab, tetapi orang musyrikin. Kerana mereka adalah penyembah dajjal Laknatullah atau simbol-simbol paganisme Mesir Kuno. Tentera-tentera dajjal ini bukan pengikut Musa AS, Tetapi mereka adalah musuh sejati Musa AS. Nenek-moyang mereka, Bani Israil penderhaka, mereka telah menyia-nyiakan ajaran Musa AS ketika dirinya diutus kepada Bani Israil. Yahudi hari ini lebih tepat disebut: Pengikut SAMIRI, bukan Musa AS.

Masalahnya, kita menyaksikan filem Lord Of The Ring sekadar hiburan semata-mata, tanpa cuba memahami mesej yang hendak disampaikan, sayang sekali.

Majoriti filem Hollywood tidak berkualiti serta boleh dilabel murahan. Kebanyakan filem-filem keluaran mereka penuh dengan propaganda serta mesej tersembunyi seperti The Matrix, Chlinder List, Salt dan banyak lagi. Namun ada juga yang memiliki elemen-elemen yang berkualiti dan mengadungi pesanan untuk diteladani.

Di antara persamaan isi filem LOTR dengan Tanda-tanda Kiamat antara lain sebagai berikut:

1. Intisari cerita film LOTR adalah pertarungan diantara golongan putih dan golongan hitam. Begitu juga saat menjelang Hari Kiamat nanti, akan terjadi pertarungan besar antara kaum Muslimin dengan kaum Yahudi.

2. Di dalam film LOTR, Ketua bagi unsur yang jahat di perlihatkan menggunakan kekuatan ilmu hitam dan sihir yang bermata satu. Ia tidak ubah kepada perkaitan dengan The False Mesiadi akir zaman nanti.

3. Filem itu turut mengambarkan terdapat dua puak yang kuat dan besar bergabung untuk melawan empayar kejahatan. Di akhir zaman nanti terjadi pergabungan antara umat islam dan nasrani (yang telah mengimani Allah setelah Nabi Isa AS turun) untuk menentang kaum yahudi zionis ini.

4. Di dalam filem itu mempelihatkan seorang yang bernama Gandalf sebagai pemimpin yang memimpin golongan yang putih dalam menghancurkan kejahatan. Ia tidak lain bersamaan dengan peranan Nabi Isa AS yang akan turun ke dunia untuk memimpin umat islam untuk menghancurkan dajal laknatullah.

5. Terdapat juga seorang pahlawan yang berani dalam membela kebenaran, Setelah empayar kejahatan Mordor hancur pahlawan itu di angkat menjadi ketua. Posisi pahlawan ini di dalam tanda-tanda kiamat sangat menyerupai posisi Imam Mahadi.

6. Di akhir babak cerita ini digambarkan empayar kejahatan hancur seluruhnya dan tidak ada yang tersisa. Begitulah perkaitan dengan empayar dajal laknatullah nanti, di akhir zaman empayar ini akan hancur dan kaum yahudi zionis akan hancur dan bercerai berai.

7. Sebelum empayar kejahatan (Mordor) ini hancur, mereka telah mencapai kemajuan-kemajuan yang hebat dan pesat dari sudut kekuatan ketenteraan dengan kekuatan yang mereka ada mampu mengepung kekuatan dari kaum yang baik di sebuah lembah. Di akhir zaman nanti begitulah persamaannya, kaum yahudi akan menjadi sangat kuat dan berkuasa seperti yang kita lihat di Israel kini, mereka memperlekeh-lekeh serta membuat sesuka hati kepada umat islam, Namun akhirnya kekuatan yahudi zionis ini akan hancur seperti hancurnya empayar yahudi zionis laknatullah.

8. Kunci kekuatan empayar kejahatan adalah “sang mata satu” (Sauron). Semakin kuat dirinya, semakin kuat pula kerajaannya. Namun saat dia hancur, maka hancurlah seluruh empayar kejahatannya. Begitulah hubungan antara dajjal laknatullah dengan kaum Yahudi zionis terkutuk di Akhir zaman nanti.

9. Hancurnya kekuatan “sang mata satu” ditambah pula dengan jatuhnya cincin yang dibawa Frodo di sebuah kawah gunung berapi yang membara. Begitu pula digambarkan, nanti di Akhir zaman dajjal laknatullah ketika melihat Nabi Isa As., dia akan meleleh seperti garam yang meleleh.

10. Dalam filem itu digambarkan bahwa tokoh “sang mata satu” bukan muncul dari bangsa jin atau makhluk lain. Ia berasal dari seorang raja di masa lalu. Di dalam Tanda-tanda Kiamat disebutkan, bahwa Dajjal itu sejenis manusia. Lahir dari keluarga Yahudi di Isfahan, Iran saat ini.

Waallahu’alam bisawab

19 comments:

  1. penuh informasi blog ini. saya harap anda (penulis) dapat menulis secara terperinci mengenai freemason di Malaysia ini. wslm

    Reply
  2. terima kasih kerana sudi mengikuti penulisan di blog ini..ensyaAllah jika diberikan kekuatan saya akan mengupas secara terperinci mengenai kewujudan freemason di malaysia, disini saya sertakan laman sesawang informasi mengenai freemason in malaysia mungkin dapat memberikan informasi kepada saudara sekian (=

    http://www.ehoza.com/v4/forum/info-pengetahuan-am/84071-secret-society-freemason-di-tanah-air-tercinta-malaysia.html

    Reply
  3. salam, dah lama cari konspirasi related dengn lotr ni..terima kasih kerana menulis..mohon share di blog saya boleh?

    Reply
  4. salam saudaraku...

    Alhamdulillah....saya sememangnya menantikan satu penjelasan tentang filem ini...

    Ketika saya menontonnya saya memang ada perasan banyak persamaan kronologi filem ini dengan tanda2 hari kiamat...

    Penjelasan saudara hampir sama dengan apa yang bermain di benak fikiran saya ketika menonton filem ini.

    Akhirul kalam...teruskan menulis..
    semoga ianya dapat dimanfaatkan oleh seluruh umat Islam...

    Allah know the best !!! Allahuakbar

    Reply
  5. wa`alaikummusalam saudari puteri..silakan moga ia memberi manfaat kepada semua umat islam..

    wa`alaikummusalam saudara hijabul crew. alhamdulillah moga perkongsian ini mendapat manfaat, semoga Dia terus memberi kita manfaat dalam mencari jalan yang lahir di zaman permulaan segala pengakhiran.. ensyaAllah (= Allahuakhbar!!

    Reply
  6. Salam (Tuan)
    Dah tonton Resident Evil: Afterlife? Harap tuan dapat ulas disebalik mesej film tsbt, kalau ada kelapangan. Tuan mmg seorang yg kreatif & kritis. AlhamduliLLAH! Segala Ilmu Kebaikan Milik ALLAH.
    INNA ALLAH-HA 'ALA KULLI SYAIIN ALEEEM.

    Reply
  7. wa`alaikummusalam warahmatullah saudaraku. saya belum berpeluang menonton filem yang saudara nyatakan, ensyaAllah saya akan cuba memenuhi permintaan saudara dengan izinNya, jika saudara berjaya mengupaskannya terlebih dahulu jangan lupa kongsikan dengan kami semua..(=

    Reply
  8. Assalammualaikum.... Saudara.... Apa kaitan Dajal dgn Yahjuk Makjuk pula?.... Sama atau berlainan.... Terima kasih....

    Reply
  9. wa`alaikummusalam warahmatullah, Dajjal menurut Kaum Muslimun adalah benar-benar. Suatu lembaga berbulu tebal sehingga tidak dapat dibezakan antara kemaluan hadapan dan belakangnya. ia seorang manusia yang besar badannya, tangannya sedang dipasung ke lehernya. Pengulas-pengulas hadis menyatakan, kemungkinan lelaki ini ialah Dajjal yang dikatakan sedang dipenjara di sebuah pulau.

    Sedang Ya’juj Wa Ma’juj adalah sendiri benar-benar suatu kaum yang jumlahnya sangat banyak memenuhi seluruh Bumi dan akan dimatikan oleh penyakit yang ganas semuanya seperti matinya satu orang dalam waktu semalam dan pagi-pagi Nabi Isa dan kaum muslimin mendapati bumi penuh mayat Ya’juj wa Ma’juj. Kedatangan dajjal dan Ya’juj wa Ma’juj sudah dekat maksudnya sesuatu yang pasti ada dan datang itu pasti sudah dekat kedatanggannya dan mengenai waktunya hanya ALLAH yang tahu.

    Reply
  10. Salam saudara.

    Terima kasih atas perkongsian infomasi.

    bg individu yg kurang ilmunya (spt saya), hubungan/tanda hari kiamat dlm trilogi ini tidak dpt dikesan. ia hanyalah cerita fiksyen, dongeng yg penuh aksi, emosi.
    ditambah lg dgn pendedahan watak orc, wizard spt dlm game warcrft.

    saudara ada menyebut mengenai trilogi the matrix. harap saudara dpt berkongsi apa pula mesej,hubungan, tanda yg ingin disampaikan?

    wasallam

    Reply
  11. assalamualaikum

    maaf saya berpendapat kl gandalf itu nabi isya, dan aragorn itu imam al mahdi. kl dilihat dari cerita LOTR Eps I - Fellowship of the ring- gandalf the grey tewas dan hidup kembali pada Eps II -the two towers- berubah menjadi gandalf the white, meskipun nabi isya sebenarnya tidak mati. maaf jika bahasa penulisan saya kurang berkenan

    assalamualaikum

    Reply
  12. wa`alaikummusalam elbalaiva

    terimakasih kerana sudi memberikan pandangan.. (=

    Reply
  13. subhanallah walhamdulillah.

    ternyata saya tidak sendiri dalam membaca mesej tersirat dalam film/ buku LOTR. saya pun telah lama mendapat kesan yang sama sejak lama berselang, terutama ketika mempelajari tokoh Aragornragorn, yang menurut pengertian saya sangat mirip dengan karakter Imam Mahdi.

    saya dari Indonesia. Naskah2 kuno dari jawa dan sunda, termasuk hadits/ atsar tentunya, banyak membantu saya melihat Aragorn sebagai sosok Imam Mahdi yang akan muncul di tengah-tengah kita kelak.

    Reply
  14. assalamualaikum...harap penulis boleh ulaskan secara terperinci mengenai cerita SALT klu ada kelapangan..tq

    Reply
  15. slm, sekadar prkongsian boleh??
    pndpat sy ialah aragorn seolah2 sbg Mahdi krn dia keturunan Raja & raja tul lah NABI Muhammad.
    Gandalf gambaran seolah2 dia Isa Al-Masih,
    Witch King sbg agent2 khas yg dituju musuh2 utama the one eyed,
    Ya'juj Ma'juj jg blh npk pd tentera2 Mordor yg begitu ramai iaitu Goblins2& ogres,
    saja nk lagi feel kan movie tu...hehe

    Reply
  16. sangat menarik info yang cuba diketengahkan...moga dapat terus memberi info yang berguna kepada sekalian pembaca...


    www.duniakiesya.blogspot.com

    Reply
  17. Assalammua'laikum Admin,
    I love the article but just one thing. Isn't the points number 4 and 5 upside down? Imam Mahdi is going to prepare the army before Prophet Isa A.S comes?
    Wallahualam.
    =)

    Reply
  18. Ad Daulatul Islamiyah Melayu
    Khilafah Islam Akhir Zaman

    Kami mengundang Kaum Mukminin-Mukminat
    Dari seluruh Dunia untuk bergabung bersama kami
    Menjadi Tentara Islam The Man from The East of Imam Mahdi
    as A New World Religion Bangsa Islam Akhir Zaman.

    Kunjungi Undangan kami
    di http://dimalayo.co.de




    Reply
  19. BENTUKLAH PASUKAN MILITER PADA SETIAP ZONA ISLAM
    SAMBUTLAH UNDANGAN PASUKAN KOMANDO BENDERA HITAM
    Negara Khilafah Islam Ad Daulatul Islamiyah Melayu

    Untuk para Rijalus Shaleh dimana saja kalian berada,
    bukankah waktu subuh sudah dekat? keluarlah dan hunuslah senjata kalian.

    Dengan memohon Ijin Mu Ya Allah Engkaulah Pemilik Asmaul Husna, Ya Dzulzalalil Matien kami

    memohon dengan namaMu yang Agung
    Pemilik Tentara langit dan Bumi perkenankanlah kami menggunakan seluruh Anasir Alam untuk

    kami gunakan sebagai Tentara Islam untuk Menghancurkan seluruh Kekuatan kekufuran,

    kemusyrikan dan kemunafiqan yang sudah merajalela di muka bumi ini hingga Dien Islam saja

    yang berdaulat , tegak perkasa dan hanya engkau saja Ya Allah yang berhak disembah !

    Firman Allah: at-Taubah 38, 39
    Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu jika dikatakan orang kepadamu: “Berperanglah

    kamu pada jalan Allah”, lalu kamu berlambat-lambat (duduk) ditanah? Adakah kamu suka dengan

    kehidupan didunia ini daripada akhirat? Maka tak adalah kesukaan hidup di dunia,

    diperbandingkan dengan akhirat, melainkan sedikit
    sekali. Jika kamu tiada mahu berperang, nescaya Allah menyiksamu dengan azab yang pedih dan

    Dia akan menukar kamu dengan kaum yang lain, sedang kamu tiada melarat kepada Allah sedikit

    pun. Allah Maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

    Berjihad itu adalah satu perintah Allah yang Maha Tinggi, sedangkan mengabaikan Jihad itu

    adalah satu pengingkaran dan kedurhakaan yang besar terhadap Allah!

    Firman Allah: al-Anfal 39
    Dan perangilah mereka sehingga tidak ada fitnah lagi, dan jadilah agama untuk Allah.

    Peraturan dan undang-undang ciptaan manusia itu adalah kekufuran, dan setiap kekufuran itu

    disifatkan Allah sebagai penindasan, kezaliman, ancaman, kejahatan dan kerusakan kepada

    manusia di bumi.

    Allah Memerintahkan Kami untuk menghancurkan dan memerangi Pemerintahan dan kedaulatan

    Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis yang mengabdikan manusia kepada sesama manusia

    karena itu adalah FITNAH

    Firman Allah: al-Hajj 39, 40
    Telah diizinkan (berperang) kepada orang-orang yang diperangi, disebabkan mereka dizalimi.

    Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk menolong mereka itu. Iaitu
    orang-orang yang diusir dari negerinya, tanpa kebenaran, melainkan karena mengatakan: Tuhan

    kami ialah Allah

    Firman Allah: an-Nisa 75
    Mengapakah kamu tidak berperang di jalan Allah untuk (membantu) orang-orang tertindas. yang

    terdiri daripada lelaki, perempuan-perempuan dan kanak-kanak .
    Dan penindasan itu lebih besar dosanya daripada pembunuhan(al-Baqarah 217)

    Firman Allah: at-Taubah 36, 73
    Perangilah orang-orang musyrik semuanya sebagai mana mereka memerangi kamu semuanya.

    Ketahuilah bahawa Allah bersama orang-orang yang taqwa. Wahai Nabi! Berperanglah terhadap

    orang-orang kafir dan munafik dan bersikap keraslah terhadap mereka.

    Firman Allah: at-Taubah 29,
    Perangilah orang-orang yang tidak beriman, mereka tiada mengharamkan apa yang diharamkan

    Allah dan Rasul-Nya dan tiada pula beragama dengan agama yang benar, (iaitu) diantara ahli-

    ahli kitab, kecuali jika mereka membayar jizyah dengan tangannya sendiri sedang mereka orang

    yang tunduk..

    Bentuklah secara rahasia Pasukan Jihad Perang setiap Regu minimal dengan 3 Anggota maksimal

    12 anggota per desa / kampung.
    Siapkan Pimpinan intelijen Pasukan Komando Panji Hitam secara matang terencana, lakukan

    analisis lingkungan terpadu.

    Apabila sudah terbentuk kemudian Daftarkan Regu Mujahid
    ke Markas Besar Angkatan Perang Pasukan Komando Bendera Hitam
    Negara Khilafah Islam Ad Daulatul Islamiyah Melayu

    Wahai para Ikwan Akhir Zaman, Khilafah Islam sedang membutuhkan
    para Mujahid Tangguh untuk persiapan tempur menjelang Tegaknya Khilafah yang dijanjikan.

    Mari Bertempur dan Berjihad dalam Naungan Pemerintah Khilafah Islam, berpalinglah dari

    Nasionalisme (kemusyrikan)

    email : seleksidim@yandex.com

    Dipublikasikan
    Pasukan Komando Bendera Hitam
    Markas Besar Angkatan Perang Berani Mati
    Negara Khilafah Islam Ad Daulatul Islamiyah Melayu

    Reply

Saturday, 18 April 2020

Strategi Freemason di Mesir

BAGAIMANA STRATEGI FREEMASON MELETAKKAN ULAMA MEREKA KE DALAM UNIVERSITI AL-AZHAR?

Menyingkap kembali sejarah bagaimana Freemason meletakkan orang-orang kepercayaan mereka menyelinap masuk ke dalam Universiti Al-Azhar (Mesir) dan motifnya harus dilihat dahulu dari segi sejarah bagaimana organisasi elit Yahudi itu boleh bertapak di Mesir.

Tetapi kenapa nak kaji tentang Mesir sedangkan organisasi berkenaan ada di kebanyakan negara di dunia termasuk Malaysia?

Kerana Mesir adalah strategi halus Yahudi menguasai Umat Islam. Menguasai Mesir bermaksud menguasai hampir separuh pemikiran umat Islam di dunia ini. Kira-kira 300 tahun dahulu, Mesir bukanlah sebuah negara yang menjadi rujukan para ulama' di seluruh dunia, tetapi kini fatwa Al-Azhar dirujuk oleh hampir satu billion umat Islam dan menjadi pegangan pemikir politik yang pro-Islam atau Islam Sekular. Elit Yahudi yang mengetahui akan hal ini sentiasa berusaha untuk merealisasikan matlamat untuk menguasai seluruh umat Islam melalui kawalan minda (minda control).

SEJARAH FREEMASON DI MESIR

Mengikut laman sesawang Freemason di British, Freemason mula bertapak di Mesir sekitar 1798. Organisasi ini dipercayai dibawa masuk oleh orang-orang Perancis pada zaman penjajahan Napoleon.

Kemudian pada 1800-an, beberapa kuil Freemason dibuka lagi di Iskandariah oleh-orang Itali. Selepas itu, beberapa kuil dilihat mula ditubuhkan secara 'underground' di Port Said, Kaherah, Ismailia dan Suez.

Pada 1881, Tawfik Pasha anak kepada Ismail Pasha telah dilantik sebagai Grand Master bagi kuil Freemason Mesir. Ketika perlantikannya, kuil-kuil Freemason telah bercambah kepada 500 kuil di seluruh Mesir. Freemason terus menjadi organisasi popular di kalangan orang kenamaan Mesir khususnya penjawat-penjawat awam.

Samir Raafat dalam artikelnya bertajuk Freemasonry in Egypt (1999) dalam Insight Magazine menjelaskan bahawa terdapat dua kategori Freemason di Mesir, yang pertamanya kuil yang dibina oleh penjajah dan terikat sepenuhnya dengan corak budaya asal Inggeris. 

Yang keduanya adalah kuil yang dibina oleh golongan penggerak revolusi dan pembaharuan Mesir. Kuil ini berteraskan budaya Freemason Perancis yang mana dipimpin oleh Jamaluddin Al-Afghani dan Muhammad Abduh. Kedua-dua mereka menggelarkan ahli-ahli Freemason sebagai ''ikhwanul al-saffa wa khullam al-wafa''.

Pada 1950-an, selepas kejatuhan King Farouk dari pemerintahan, organisasi Freemason di Mesir telah mengalami tentangan dari kelompok revolusi sehingga memaksa ianya ditutup. Freemason kembali dihidupkan di Mesir selepas perlantikan Hosni Mubarak pada 1981 tetapi ia menggunakan nama samaran lain iaitu Rotary Club, Leo Club dan sebagainya.

Itu catatan ringkas berkenaan sejarah Freemason di Mesir. Belum masuk ‘gear’ lagi cerita tentang Al-Azhar kerana cerita universiti ini mempunyai kaitan dengan faktor ekonomi. Mari kita lihat dulu strategi bagaimana elit Yahudi menguasai Mesir melalui ekonomi.

KEJATUHAN MESIR KE DALAM GENGGAMAN ROTHSCHILD

Untuk menyingkap bagaimana ikon ekonomi Yahudi, Rothschild menguasai Mesir melalui strategi ekonomi boleh dilihat pada permulaan kejatuhan Mesir.

Era 1860-an merupakan tahun kritikal kejatuhan Mesir ketika di bawah pemerintahan Ismail Pasha. Memandangkan Ismail Pasha (yang mendapat pendidikan di Eropah) mempunyai keinginan yang kuat untuk melihat negaranya maju seperti negara-negara di Eropah, maka kesempatan ini telah dipergunakan oleh Rothschild melalui agen2nya yg berada di Mesir untuk melaksanakan perancangan sulit mereka.

Projek pembinaan Terusan Suez di bawah pemerintahan dinasti Ali Pasha telah dikendalikan oleh jurutera dari Perancis, iaitu Ferdinand De Lesseps. Kos projek ini juga telah meningkat sehingga berjuta-juta pound pada setiap tahun akibat dari peperangan. Berikut adalah beberapa senarai pinjaman kewangan yang telah dilakukan oleh kerajaan Mesir:

1. Tahun 1862 : Ejen Rothschild di Mesir, Herman Oppenheim telah membantu Said Pasha untuk mendapatkan pinjaman kewangan daripada Bank Eropah bagi meneruskan projek pembinaan Terusan Suez.

2. Tahun 1864 : Herman Oppenheim sekali lagi telah menguruskan pinjaman kewangan untuk kerajaan Mesir sebanyak 5,700,000 pound. Jumlah yang diberikan kepada kerajaan Mesir hanya berjumlah 4,660,000 pound sahaja kerana 'bunga' (interest) telah ditolak oleh pihak bank sedari awal lagi. Sebagai cagaran kepada pinjaman besar tersebut, Ismail Pasha telah bersetuju untuk menyerahkan hasil maksum dari tiga kawasan dagangan di Mesir.

3. Tahun 1865 : Ismail Pasha membuat 'Pinjaman Peribadi' (Personal Loan) di Anglo-Egyptian Bank yang berjumlah sebanyak 3,387,000 pound. Tetapi jumlah tunai yang diterimanya setelah di tolak 'bunga' oleh pihak bank hanya sebanyak 2,750,000 pound. Hasil dari pinjaman tersebut telah digunakan olehnya untuk membeli hartanah dan kilang memproses gula.

3. Tahun 1866 : Kerajaan Mesir membuat beberapa pinjaman kewangan dengan jumlah yang besar dari  Messr Fruhling & Goschen bagi menampung kos perbelanjaan projek mega oleh kerajaan Mesir iaitu pembinaan landasan keretapi. Seperti juga dengan pinjaman-pinjaman kewangan yang telah dilakukan sebelum ini, kerajaan Mesir hanya menerima sebanyak 2,640,000 pound daripada perjanjian asal pinjaman tersebut yang berjumlah sebanyak 3,000,000 pound.

4. Tahun 1867 : Ismail Pasha membuat pinjaman peribadi daripada Imperial Ottoman Bank milik Perancis dengan jumlah sebanyak 2,080,000 pound untuk membeli lebih banyak kawasan tanaman tebu bagi perniagaan kilang gulanya. Dan seperti sebelumnya juga. Ismail Pasha hanya mendapat 1,700,000 pound setelah di tolak 'bunga' oleh pihak bank.

5. Tahun 1870 : Ismail Pasha membuat pinjaman peribadi yang berjumlah 7,143,000 pound.

6. Tahun 1868 : Kerajaan Mesir dengan bantuan khidmat Herman Oppenheim membuat pinjaman sebanyak 11,890,000 pound dengan kadar 'bunga' yang amat tinggi. Jumlah tunai yang diterima setelah di tolak 'bunga' oleh pihak bank hanya sebanyak 7,195,000 pound.

7. 11 JUN 1873 : Kerajaan Mesir membuat pinjaman sebanyak 32 juta pound dengan kadar 'bunga' tahunan yang paling tidak munasabah iaitu 20 peratus setahun. Pinjaman ini juga merupakan jumlah pinjaman terbesar yang dilakukan oleh kerajaan Mesir di sepanjang pemerintahannya.

Berkenaan dengan pinjaman kewangan yang dilakukan dengan jumlah yang begitu banyak ini, Ismail Pasha yang turut menggunakan pinjaman kewangan tersebut untuk menampung kos kehidupan mewahnya, tidak lagi melihat hasil maksum tahunan negaranya. Beliau menjadi leka dan hanyut di dalam keseronokan menghabiskan wang dengan usaha permodenan yang boleh memberikan publisiti kepada pemerintahannya.

Pinjaman kewangan yang dilakukan secara terus-menerus saban tahun oleh pemerintah kerajaan Mesir telah mengakibatkan hutang negara meningkat dengan begitu mendadak sekali sedangkan pendapatan negara tidaklah seberapa. Pemerintah Mesir ketika itu juga tidak mahir mengenai ilmu perbankan kewangan dan tidak memahami cara perniagaan serta muslihat tersirat Yahudi - Freemason di dalam bidang perbankan, di mana formula ekonomi Yahudi Rothschild ialah dengan meningkatkan hutang kerajaan Mesir terhadap bank. Dengan itu, akan lebih besarlah peluang mereka untuk meningkatkan kadar 'penguasaan hartanah' ke atas negara Mesir.

Persoalannya, mengapa pinjaman hutang-hutang tersebut dilakukan hampir setiap tahun? Apakah kerajaan Mesir tidak menyedari bahawa pendapatan mereka tidak mampu untuk melangsaikan segala pinjaman hutang-hutang tersebut di dalam waktu yang singkat? Dan mengapa pula bank-bank kepunyaan Rothschild terus-menerus meluluskan pinjaman hutang-hutang tersebut sedangkan mereka mengetahui bahawa kerajaan Mesir tidak mempunyai punca pendapatan yang banyak dan kukuh untuk  membayar kembali pinjaman hutang-hutang tersebut?

PELUANG ROTHSCHILD MENGAMBIL KESEMPATAN

Oleh kerana setiap proses pinjaman kewangan tersebut harus disertakan dengan cagaran hartanah atau organisasi perniagaan, Rothschild dan ejen-ejennya telah menggunakan kesempatan dan peluang tersebut untuk menguasai kerajaan Mesir dengan terus-menerus memberikan jutaan pound pinjaman kewangan kepada kerajaan Mesir pada setiap tahun. Kerajaan Mesir tidak menyedari bahawa banyak tanah-tanah utama di kawasan industri mereka telah dicagarkan kepada bank-bank milik Rothschild.

Sebenarnya, Rothschild dan ejen-ejennya tidak mengharapkan bayaran semula pinjaman hutang-hutang tersebut, sebaliknya mereka mahu menguasai hartanah dan ekonomi kerajaan Mesir pada ratusan tahun akan datang. Sekiranya mereka mendapati harga tanah di negara Mesir mempunyai nilai yang tinggi, Rothschild dan ejen-ejennya akan menyusutkan nilai hartanah-hartanah tersebut dengan cara mencetuskan peperangan. Dengan ini, tidak akan ada pelabur yang akan membuka perniagaan di kawasan yang sering berlaku peperangan. Apabila mereka dapat membeli hak milik tanah-tanah tersebut daripada pemerintah Mesir, Rothschild dengan pantas akan mengarahkan ejen-ejennya untuk menghentikan peperangan tersebut dengan serta-merta (mereka berkemampuan untuk menghentikannya dengan serta-merta kerana mereka sendiri yang telah mencetuskannya).

TERUSAN SUEZ MENJADI MILIK ROTHSCHILD

Pendapatan cukai melalui sistem pinjaman Muqabala dan Ruznameh masih lagi tidak mencukupi bagi kerajaan Mesir untuk membayar semula kesemua pinjaman hutang-hutang kewangan yang dilakukan pada bank-bank milik Rothschild. Hal ini telah menyebabkan Ismail Pasha membuat keputusan untuk menjual segala saham-saham di dalam projek Terusan Suez kerajaan Mesir. Berita mengenai penjualan saham-saham tersebut telah di hebah dan diumumkan kepada pelabur-pelabur British dan Perancis.

Selepas hebahan penjualan saham-saham tersebut dilakukan, Rothschild London mengarahkan ejennya yang bernama Benjamin Disraeli, iaitu seorang Perdana Menteri Britain ketika itu untuk membuat pembelian saham-saham tersebut. Pembelian saham-saham tersebut dilakukan agar British mempunyai kepentingan di dalam terusan tersebut. Namun pada masa yang sama, kerajaan British tidak mempunyai modal yang cukup bagi urusan pembelian saham-saham tersebut. Oleh itu, Benjamin Disraeli secara rahsia telah mengarahkan kementerian kewangan Britain untuk membuat pinjaman kepada bank milik Rothschild dengan jumlah sebanyak 4 juta pound tanpa melalui proses persetujuan dan kelulusan dari parlimen.

Rothschild berjaya memiliki Terusan Suez dengan memperkudakan kerajaan Britain melalui agen-agennya di dalam kabinet Britain. Apabila Terusan Suez berjaya dikuasai maka para pedagang yang menggunakan laluan tersebut sebagai jalan pintas untuk ke asia, akan memberikan hasil pendapatan yang lumayan kepada pemegang-pemegang saham Terusan Suez tersebut.

KERAJAAN MESIR DIISYTIHAR BANKRAP PADA TAHUN 1875

Detik-detik kebankrapan kerajaan Mesir adalah pada ketika kerajaan British berjaya menguasai saham harta terbesar Mesir iaitu Terusan Suez. Hal ini telah menyebabkan Ismail Pasha sebagai seorang pemerintah kerajaan Mesir menjadi amat tertekan dan membiarkan sahaja suruhanjaya memanipulasi perbendaharaan negara. Tetapi, Ismail Sadik, seorang Menteri Kewangan Mesir telah menentang akan hal ini. Malangnya, Ismail Sadik telah ditemui mati secara misteri di Sungai Nil dan dipercayai merupakan angkara orang-orang suruhanjaya dan Rothschild.

Apa yang lebih menggemparkan dunia tentang perancangan Rothschild ini ialah pada tahun yang sama juga, kerajaan Empayar Khalifah Turki Utmaniyah telah diisytiharkan bankrap di atas sebab yang sama iaitu ketidakmampuan mereka untuk membayar kembali pinjaman hutang-hutang kewangan yang dilakukan pada bank Rothschild, dan menjadikan kerajaan Turki Uthmaniyah sebagai Empayar Kegemilangan Umat Islam Terakhir yang tumbang kerana terjerumus ke dalam sistem perbankan Rothschild yang penuh muslihat dan tipu daya.

PENDERITAAN RAKYAT MESIR MENANGGUNG SEGALA HUTANG KERAJAAN

Tindakan Ismail Pasha yang bersetuju untuk menyerahkan hak milik hartanah negara Mesir kepada Rothschild telah memberikan kejayaan yang besar kepada bank-bank Yahudi-Freemason. Pada 28 Ogos 1878, secara rasminya suruhanjaya telah mengisytiharkan sebuah kabinet di dalam kerajaan Mesir baru yang di anggotai oleh agen-agen Rothschild. Di antaranya adalah Charles River Wilson (Freemason) yang di lantik sebagai presiden bagi suruhanjaya khas menguruskan kewangan negara Mesir.

Tahun 1870an sehingga tahun 1898 merupakan tempoh kerajaan Mesir hidup di dalam pentadbiran yang defisit, iaitu hutang negara yang melebihi dari pendapatan negara. Kerajaan Mesir telah menanggung hutang yang amat tinggi dengan bank-bank Yahudi-Freemason di Kaherah. Bank-bank tersebut amat bijak dan licik di dalam hal mengumpan kelemahan pemimpin kerajaan Mesir (yang kebanyakannya adalah dari kalangan ahli anggota Freemason) yang tidak bijak di dalam merancang perbelanjaan wang rakyat.

Pada tahun 1877, kerajaan Mesir telah melakukan beberapa langkah drastik yang kejam iaitu dengan menghentikan pembayaran gaji pekerja dari sektor awam dan meningkatkan hasil cukai-cukai tanah perladangan, bagi membayar semula pinjaman hutang-hutang negara yang semakin menggunung kerana 'Interest' dari pinjaman kerajaan negara Mesir pada bank-bank milik Rothschild meningkat setiap tahun. Rakyat Mesir terpaksa membayar cukai yang tinggi melebihi dari kemampuan pendapatan mereka. Kerajaan Mesir juga telah meningkatkan cukai tanah sebanyak 6 kali ganda kepada semua pemilik tanah di seluruh Mesir. Sistem cukai tanah yang luar biasa ini digelar sebagai 'Muqabala' dan 'Ruznameh'.

PENUBUHAN BANK NEGARA PALSU

Istilah 'Bank Negara' (yang turut diguna pakai di seluruh negara di dunia ini, termasuk Malaysia) bukan bermaksud ianya adalah hak milik penuh sesebuah kerajaan yang dipilih oleh rakyat, tetapi ia sebenarnya adalah sebuah institusi perbankan milik persendirian yang dikuasai oleh Rothschild dan ejen-ejennya untuk menutup mata dan memanipulasi pemikiran masyarakat dunia. Istilah 'Bank Negara' inilah yang telah dilaksanakan oleh Rothschild dan proksinya untuk menguasai Mesir seterusnya negara-negara lain yang ada di dunia ini.

Pada tahun 1898, sebuah bank yang dinamakan sebagai Bank Negara Mesir (National Bank Of Egypt) telah ditubuhkan oleh Rothschild dan proksinya. Rothschild juga telah mengarahkan Cassel untuk menubuhkan NBE agar mereka dapat menukar sistem kewangan Mesir daripada penggunaan syiling emas kepada wang kertas. Tujuan penggunaan sistem wang kertas ini adalah untuk memudahkan Rothschild dan proksinya mengawal inflasi, ekonomi dan dagangan saham di seluruh dunia. Dengan penggunaan sistem wang kertas ini juga, Rothschild dan proksinya berkemampuan untuk mengawal nilai mata wang sesebuah negara mengikut kemahuannya.

Pada 3 April 1899, Bank Negara Mesir telah mengumumkan penggunaan sistem wang kertas kepada seluruh rakyat Mesir. Sejak daripada itu, wang syiling emas tidak lagi digunakan dan ianya hanya disimpan di dalam bank atau digadaikan untuk mengambil nilainya. Inilah tarikh malang kerajaan Mesir yang telah jatuh terjerumus ke dalam kemiskinan.

ROTHSCHILD MENYEBARKAN IDEOLOGI SISTEM PINJAMAN BANK

Setelah sistem penggunaan wang kertas diguna pakai oleh seluruh rakyat Mesir, bank-bank di bawah penguasaan Rothschild ini mula menjalankan perancangan licik mereka dengan menawarkan pinjaman berfaedah kepada orang-orang awam, persatuan-persatuan, peniaga-peniaga kecil, badan-badan kerajaan dan lain-lain lagi. Dengan wujudnya lambakan situasi tersebut, telah timbul isu baru di dalam dunia perundangan Islam Mesir yang berkaitan dengan riba perbankan dan sebagainya. Maka berlakulah banyak perdebatan dan pandangan di kalangan para ulama'.

Bagi memastikan umat Islam di negara Mesir mengambil dan mengguna pakai sistem pinjaman riba ini, agen-agen Rothschild di dalam pentadbiran kerajaan Mesir mula memilih ulama'-ulama' sekular yang cenderung ke arah pemikiran barat untuk dipergunakan bagi kepentingan pihak bank. Persoalannya, ulama' manakah atau ulama' yang bagaimanakah yang akan bersetuju dengan sistem perbankan pinjaman riba ini kerana ianya nyata dan jelas haram? 

Bagi memastikan segala perancangan mereka berjalan dengan rapi, Rothschild melalui agen-agennya di Mesir telah mempersiapkan 'Stok-stok' ulama' yang khusus di dalam perkara ini. Rothschild telah memilih ulama'-ulama' yang terkenal dari Al-Azhar yang merupakan ahli anggota organisasi Freemason iaitu Jamaluddin Al-Afghani, Muhammad Abduh dan Muhammad Rashid Rida.

FATWA  ULAMA' FREEMASON DENGAN MENGHALALKAN RIBA'

Fatwa mengenai riba dengan menghalalkan riba perbankan di atas sebab dan keadaan-keadaan yang tertentu telah dikeluarkan pada tahun 1904 oleh Syeikh Muhammad Abduh dan Syeikh Rashid Rida. Kesan daripada fatwa tersebut, ramai dari kalangan ulama'-ulama' kontemporari di seluruh dunia Islam telah terpengaruh, tambahan pula pada waktu itu dunia Islam di landa pengaruh Kaum Muda yang mempunyai ciri-ciri fahaman Wahabi di seluruh dunia.

Inilah saat yang menggemparkan ulama'-ulama' Islam di seluruh dunia. Ianya seolah-olah suatu pertembungan pendapat di antara golongan para ulama' muda yang ekstrem menagih pembangunan sosial dengan para ulama' pondok yang berpengalaman mengenai taktik dan agenda Freemason.

Ulama' di seluruh dunia mengetahui bahawa fatwa tersebut adalah suatu hal yang 'berat' dan terselindung di sebaliknya pelbagai helah kerana Sheikh Muhammad Abduh dan gurunya, Sheikh Jamaluddin Al-Afghani (berkelahiran Iran) adalah dari kalangan ahli anggota Freemason di Kaherah. Malah Sultan Abdul Hamid yang merupakan Khalifah Uthmaniyah pada ketika itu, menggelarkan Sheikh Jamaluddin Al-Afghani sebagai 'pelawak' di dalam buku lognya. Gelaran 'penghinaan' tersebut diberikan kerana Sultan Abdul Hamid mengetahui bahawa Jamaluddin Al-Afghani adalah salah seorang daripada perisik British dan sedang berkomplot untuk menjatuhkannya dengan cara menaikkan pemimpin boneka Rothschild di Kota Makkah iaitu Sharif Hussein.

Perlantikan Muhammad Abduh sebagai Mufti Mesir sebenarnya adalah hasil dari pengaruh Lord Cromer. Ketika Rothschild menubuhkan Bank Negara Mesir pada tahun 1898, pada masa yang sama juga Majlis Ulama' Al-Azhar telah mengeluarkan fatwa dengan mengumumkan bahawa sistem perbankan yang diamalkan oleh bank-bank di Mesir mempunyai unsur-unsur riba dan ianya adalah haram. Rothschild yang melihat kenyataan rasmi mengenai fatwa tersebut amat bertentangan dengan kaedah di dalam perniagaannya dan merasakan ianya akan menganggu perjalanan perancangannya, telah mengarahkan Lord Cromer untuk melantik salah seorang dari sahabatnya iaitu Muhammad Abduh sebagai Mufti Mesir bagi mengaburi umat Islam dan mencari pembenaran untuk menidakkan fatwa tersebut. Setelah dilantik menjadi Mufti Mesir pada tahun 1899, Muhammad Abduh secara rasminya telah mengumumkan bahawa sistem perbankan riba adalah halal.

Di dalam majalah Al-Manar keluaran gerakan Wahabi Salafi Mesir, Muhammad Abduh menyatakan bahawa:

"Riba sememangnya tidak halal di dalam semua hal, manakala pihak bank melabur wang yang di ambil daripada orang ramai melalui deposit, sedangkan wang itu tidak di kira sebagai pinjaman kepada pihak bank. Ia boleh menjadi sebagai wang pelaburan seumpama syarat-syarat bagi suatu perkongsian di dalam qirad." (Majalah Al-Manar, Vol. VI, Bab 18, Ms 717)

Riba perbankan yang difatwakan sebagai halal tersebut diteruskan lagi penggunaannya oleh Mufti Mesir yang seterusnya iaitu Shiekh Muhammad Rasyid Rida, seorang Wahabi Salafi warga Syria dan anak didik Muhammad Abduh. Perlantikan Shiekh Muhammad Rasyid Rida sebagai Mufti Mesir juga telah di atur oleh pihak-pihak tertentu dengan membawa fahaman fatwa yang sama. Tambahan pula, Sheikh Muhammad Rashid Rida bersama Muhammad Abduh dan Jamaluddin Al-Afghani juga merupakan ahli anggota Freemason yang berpengaruh di Kaherah. Ketiga-tiga ulama' ini juga bergiat aktif di dalam melancarkan fahaman menentang ulama'-ulama' tasawuf dan amalan-amalan tareqat yang diamalkan oleh ulama'-ulama' berkenaan.

SEJARAH MELINDUNGI RAHSIA INDIVIDU-INDIVIDU TERTENTU

Sejarah telah mencatatkan bahawa Shiekh Muhammad Abduh melalui gerakan Islamnya mengajak umat Islam Mesir untuk menentang penjajahan British. Apa yang menjadi persoalan ialah di dalam masa yang sama, beliau juga merupakan ahli anggota Freemason di Kaherah dan mengeluarkan fatwa dengan menghalalkan riba perbankan dan beliau sendiri mengetahui bahawa ketika itu bank-bank yang dikuasai oleh Rothschild telah mula membuka cawangan-cawangannya di Mesir. Dan sehingga kini Mesir mempunyai lebih daripada 400 cawangan bank milik Rothschild. Adakah Shiekh Muhammad Abduh melalui gerakan Islamnya benar-benar menentang penjajahan British ini atau 'di arah' untuk berlakon menentang British? Adakah sejarah telah menipu kita atau ahli sejarah sendiri tidak mengetahui fakta yang sebenarnya?

(Di dalam buku teks Sejarah Tingkatan 2, nama Jamaluddin Al-Afghani dan Shiekh Muhammad Abduh telah dicatat sebagai pemimpin pembaharuan rakyat Mesir, sedangkan pada hakikatnya kedua-dua ulama' tersebut adalah tali barut British Freemason)

MUFTI AL-AZHAR DIPERMAINKAN OLEH ROTHSCHILD

Rothschild yang suatu ketika dahulu memilih untuk membeli seluruh saham-saham Terusan Suez adalah bertujuan untuk menguasai negara Mesir. Apabila pimpinan kerajaan Mesir dapat dikuasai, maka perlantikan mufti, jawatankuasa ulama' dan proses menggubal perlembagaan negara juga turut dapat dikuasai. Dan hanya satu perkataan sahaja yang diperlukan oleh Rothschild dari Mufti Al-Azhar iaitu 'HALAL'. Inilah di antara rahsia perancangan mereka untuk menjadikan seluruh jiwa dan raga umat Islam di seluruh dunia ini berada di bawah cengkaman mereka. Rothschild telah memperkudakan Mufti Al-Azhar kerana ia mengetahui bahawa seluruh umat Islam di dunia ini lebih tertumpu kepada pandangan para ulama' Al-Azhar dan menguasai Mufti Al-Azhar bermaksud menguasai fatwa umat Islam di seluruh dunia.

MAJLIS FATWA ROTHSCHILD

Majlis Fatwa Mesir sendiri iaitu Darul Iftaa adalah sebuah majlis propaganda yang dibina sendiri oleh Rothschild untuk menentang fatwa para ulama' Al-Azhar lain yang bersifat bebas. Majlis Fatwa ini diwujudkan bagi memporak-perandakan pegangan, pandangan dan pendapat umat Islam. Rothschild juga telah mewujudkan 3 lagi majlis fatwa di Mesir. Menurut Abdel Rahman, kewujudan ketiga-tiga majlis fatwa ini telah mengelirukan umat Islam di Mesir.

'ULAMA'-ULAMA' SYAITAN' BERFATWA MENGENAI FAEDAH BANK

Jika golongan ulama' sebegini berani memutar-belitkan ayat-ayat Al-Qur'an dan melabelkan yang haram kepada harus maka masyarakat awam juga wajar melabelkan ulama sebegini sebagai 'Ulama' Syaitan'. 

Seorang Ulama' tersohor iaitu Imam Habib Abdullah Haddad telah menyebutkan di dalam kitabnya, An-Nashaih Ad-Diniyyah Wal Washaaya Al-Imaniyah:

"Mereka (orang alim) gemar membuka pintu ta'wil dan menunjukkan kepada orang-orang awam mengenai cara-cara mudah untuk menentukan sesuatu hukum agama, sehingga terbukalah jalan untuk memutar-belitkannya atau menipu..."

"Orang-orang alim yang bersikap sedemikian adalah ibarat seperti syaitan yang durjana, pengingkar dan penentang Allah Swt dan Rasul-Nya. Ia sebenarnya telah dilantik oleh syaitan untuk menjadi wakilnya di dunia ini, agar ia bisa menabur fitnah dajjal dan menunjuk ke arah kesesatan dan kekeliruan..."

Riba perbankan khususnya di atas 'pinjaman' adalah satu kaedah perancangan tipu muslihat Rothschild bagi menguasai dan memufliskan sesebuah negara. Negara-negara yang dahagakan permodenan kemudahan asas terpaksa membayar kepada syarikat-syarikat kejuruteraan luar yang memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Maka syarikat-syarikat kejuruteraan tersebut akan mencadangkan kepada negara-negara tersebut agar memohon pinjaman kewangan dari bank-bank kroni mereka. Maka terjerumuslah sesebuah negara itu ke dalam perangkap perhutangan yang tiada kesudahannya.

Dan apa yang lebih malang lagi, ulama' kontemporari pada zaman kini menganggap bahawa wang kertas adalah suatu aspek berlainan di dalam menentukan hukum riba perbankan. Golongan ulama' seperti ini sebenarnya berada dalam kekeliruan dan terpesona dengan 'Zauq' istilah 'Prinsip Darurat' yang berlegar-legar di dalam 'Riba Al-Nasiah'. Mereka juga mengelak untuk membincangkan isu penggunaan wang kertas.

Sumber: 
Ibnuyaacob, penulis buku ‘Rothschild Yahudi Kepercayaan Dajjal’ terbitan Moon Media (2012).

Nota:

Ini adalah catatan dari beberapa penyelidik luar. Dikumpul dan dikupas oleh pengkaji tempatan, Ibnuyaacob. 

Jangan kita anggap semua Al-Azhar adalah Freemason. Sedangkan dalam catatan hanya segelintir sahaja yang menyertai organisasi berkenaan, tidak menggambarkan keseluruhan Al-Azhar.

Friday, 17 April 2020

istilah vaksin covic 19, puisi cikgu Ramlan

Di mana-mana pun Edward Jenner
atau sesiapa pun dia
segeralah kembali ke makmal
nafas dunia kian terbenam ke dalam lumpur

Yang bernama Joseph Lister
tidak dapat berbuat apa-apa
tiada antiseptik yang dapat memadamkan bara di dada
tiada pembedahan steril dapat membuang ruang-ruang 
dipenuhi sekam

Yang bernama Alexander Flaming pun sama
semesta antibiotik tidak berjaya memijarkan kaca
di seluruh sarira
dan segala pelusuk dijarah dengan serakah
kerana mereka bukan bakteria atau protozoa
tetapi parasit paling pelesit
mencengkamkan kematian

Maka segeralah kembali
telah disediakan tujuh dulang Covid-19
daripada setengah juta mangsa yang kecundang
disediakan tujuh dulang plasma
daripada dua juta mangsa yang bernafas semula
disediakan tujuh dulang DNA direkayasa
daripada bibit-bibit infeksi yang dikombinasi

Lakukanlah sewajarnya dengan cinta
sampai imuniti diri mampu berdikari
menjana antibodi demi antibodi
menjadi mangli

Wednesday, 15 April 2020

makin berumur

Tatasusila Apabila Makin Kita Berumur...

1. Makin kita berumur, solat kita tak boleh lewat
2. Makin kita berumur, solat kita kena buat berjemaah
3. Makin kita berumur, solat kita kena banyak, solat sunat kita kena lebih, lebih banyak dari tahun-tahun sebelumnya
4. Makin kita berumu, solat sunat Qobliyyah dan Ba'diah jangan tinggal
5. Makin kita berumur, buat solat sunat Qobliyyah 4 rakaat dan Ba'diah 4 rakaat waktu zohor, sebab nabi SAW dah bagitau, siapa buat Qobliyyah 4 dan Ba'diah 4, ALLAH haramkan badan dia daripada disambar api neraka, kita tak tau bila hari terakhir kita hidup di atas dunia ni
6. Makin kita berumur, buat solat sunat witir sebelum tidur
7. Makin kita berumur, solat sunat dhuha & tahajjud jangan tinggal
8. Makin kita berumur, paling tidak khatam Al- Quran 2 kali dalam setahun, sehari kena baca Al-Quran
9. Makin kita berumur, ambillah peluang puasa sunat, paling tidak sebulan sekali, nak cantik, seminggu dua kali
10. Makin kita berumur, zikir kita kena banyak, kita nak kurangkan bercakap yang tidak berfaedah, kita nak tambah amal, untuk kita di hari akhirat,
11. Makin kita berumur selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw kena banyak
12. Makin kita berumur, akhlak kita kena jaga,

Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

*Saya yang copy paste peringatan untuk diri sendiri dan semua sahabat* maka copy paste pula utk rakan serta sanak saudara anda .....

puisi Cikgu Ramlan covic 19

KONSPIRASI

Sshhh...
kononnya virus nCoV-19 ini bukan dari gua
bukan yang dibawa terbang oleh kalilawar
bukan yang bergelumang darah di dalam sangkar
bukan yang dibiar bergelimpangan di lantai pasar
bukan...

kerana jujukan genomnya bukan asli
bukan semurni corona sejati
seperti telah berkali-kali dimanipulasi

ada bibit menyamai CoV2c45
ada bibit menyamai CoV2xc21
ada komponen yang pada HIV
ada komponen yang pada SARS
semuanya dalam sejirim debu
dibahagi seribu

tak mungkin secara semulajadi
termutasi begitu
apatah lagi terbahagi betkali-kali
daripada satu ibu

Sshh...
tak mungkinkah ia tercipta daripada ego manusia
yang tidak mahu kalah dan berada di bawah
yang mahu segera menjarah

atau mahu terpandang lebih bijaksana
mensintisis apa yang diketahui
akan menjadi senjata?

Sshhh.....

Monday, 6 April 2020

Artikel nor azizuddin

*"ENTAH APA YANG MERASUKIMU”: ANWAR FREEMASON?*

*Menjawab tuduhan liar ke atas surat YB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (TGHH) kepada Pemimpin Gerakan Islam di Timur Tengah bertarikh 22 Mac 2020.*

*Part 1 : Pengenalan Surat*
Saya sudah membaca versi asal surat berkenaan dalam Bahasa Arab, dalam surat tersebut dinyatakan secara kronologi bagaimana Kerajaan PH boleh tumbang dan dinyatakan juga sebab musabab Kerajaan PH tumbang termasuklah pergolakan dalaman yang berlaku di dalam PH yang mahu mengangkat Anwar Ibrahim sebagai PM bagi menggantikan Tun M (baca : Perebutan Kuasa).

So, bagi saya tak ada apa-apa masalah pun dalam surat berkenaan. Cuma sekarang ini, puak PH memainkan sentimen mengatakan TGHH memfitnah Anwar Ibrahim yang kononnya disokong oleh Amerika Syarikat, Freemason dan Iluminati(?) dan mengaitkan PAN sebagai parti Islam liberal. 

*Part 2 : Anwar Ibrahim dan Muslim Moderat*

Saya cuma tertarik dengan satu baris ayat di dalam mukasurat 3 Surat (Versi Arab) berkenaan yang menyebut "Anwar Ibrahim" disokong oleh "Amerika Syarikat", "Eropah", "Singapura", "Freemason", dan "Zionis". 

"Anwar Ibrahim (AI)"
Kenapa nama Anwar IbrahimI disebut secara jelas dalam surat berkenaan ?. Korang masih ingat lagi tak ucapan TGHH semasa permsyahuran Muafakat Nasional pada 14 September 2019 di PWTC [1] yang menggunakan analogi "tikus yang mempunyai kuman yang merbahaya" disusuli dengan "hantu-hantu penjajah","kuda kayu yang ditunggang" dan "potongkan tangan-tangan yang melambai makhluk asing untuk mengacau negara kita".

Jika diinterpretasikan secara mendalam, kesemua analogi itu menjurus kepada sikap Anwar Ibrahim yang sememangnya mempunyai hubungan dengan entiti luar yang dinyatakan oleh TGHH dalam ucapannya semasa Perhimpunan MN 2019. 

Kenapa Anwar Ibrahim dijadikan asas dalam surat berkenaan. Perlu saya nyatakan di sini, Anwar Ibrahim bukan calang-calang pemimpin, beliau mempunya satu karektor "victims of circumstance" yang mampu meraih simpati pihak luar demi karier politiknya. Ingat, impian Anwar Ibrahim hanya satu, menjadi Perdana Menteri yang dimusnahkan oleh Tun M pada tahun 1997. 

Simpatisan Anwar Ibrahim juga bukan calang-calang individu. Saya masih ingat ketika Anwar Ibrahim bebas daripada penjara semasa Pak Lah menjadi PM5. Anwar Ibrahim terus meninggalkan bumi Malaysia menuju ke "Amerika Syarikat". Kenapa di Amerika Syarikat (US) ?. Sebab di sinilah simpatisan Anwar Ibrahim berkumpul.

Di US, Anwar Ibrahim menerima pemasyhuran sebagai "Distinguished Visiting Professor" di SAIF, John Hopkins University [2] dan CUMC, Georgetown University [3]. Anwar Ibrahim juga dilantik sebagai "Future Speaker" dan "Founder Scholar" di The Woodraw Wilson Center dan the International Institute of Islamic Thought (IIIT) [4] . Kenapa Anwar Ibrahim dikurniakan sebegitu banyak gelaran "Professorship". Hal ini kerana Anwar Ibrahim merupakan 'Pecksniffian-person' yang mempunyai "pelbagai wajah". Bukan orang lain yang memberikan gelaran tersebut, sahabat rapatnya seperti Dr Sidek Baba dan Ustaz Ismail Mina dan beberapa orang lagi yang memberikan gelaran tersebut.[5] 

'Professorship' yang digelar oleh Anwar Ibrahim adalah disebabkan oleh Pemikiran Islam Moderat yang dipakainya sehingga ke hari ini. Barat begitu 'reflective' dengan membina program 'Muslim Moderat' mengikut aspirasi Barat dengan tajaan kewangan Foudation For The Future, The Brookings Institute, The Rand Corps, The Sasakawa Peace Foundation, The Asia Foundation, Konrad Adenauer Stiftung dan Friedrich Naumann Foudation yang sebahagiannya mendanai perjalanan politik Anwar Ibrahim sendiri. 

Anwar Ibrahim + Muslim Moderat = SEPILIS
Muslim Demokrat sebagaimana Pasca Islamisme tidak mempunyai definisi dan konsep yang jelas. Bagi mudah difahami, Muslim Demokrat lahir daripada kandungan SEPILIS. Apakah itu SEPILIS ? : 

SE = Sekularisme 
Pemisahan antara peranan jemaah Islam dengan parti politik mengambarkan sifat sekularisme yang ada dalam pemikiran pimpinan kelompok Muslim Moderat/Demokrat. Cuba tengok PKR, di manakah konsep Islam yang diperjuangkan ?. Tidak ada kan ?.

PILIS = Pluralisme Islamis dan Liberalisme Islamis.
Anwar Ibrahim memanipulasi golongan agama yang menganggap hanya satu ajaran asasi (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke jalan keselamatan/syurga (salvation) adalah pandangan yang silap dan tertutup. Agama-agama lain juga benar. Maka Pluralisme Agama adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan perpecahan tersebut. Cuba lihat bagaimana PKR mengimplementasikan Islam yang diacuankan.

Rasanya, tak perlulah saya mengulas panjang, siapa yang menjadi tulang belakang kepada program "Muslim Moderat" yang menjadi rangka "SEPILIS" bagi menghancurkan sesebuah negara. Jika begitu, benarlah apa yang termaktub di dalam karya Angel Rabasa etc (2007).[6] 

Anwar Ibrahim + Muslim Moderat + SEPILIS = Parti Islam Moderat

Mungkin ada yang kurang faham, bagaimana sebuah parti Islam Moderat boleh tertubuh di Malaysia. Jika ada pun, umum akan mengaitkan dengan gerakan G18 (bekas Pemimpin PAS yang kalah dalam pemilihan PAS 2015). Saya boleh akui, betul. Tapi sebenarnya, penubuhan satu lagi parti politik Islam Moderat ini sebenarnya bermula lebih awal daripada itu lagi. Penggerak SEPILIS inilah yang menjayakannya dengan 3 pendekatan :

Pertama : Bergerak dalam ruang lingkup politik dalam kerangka ‘nation state’ iaitu bergerak dalam
kerangka Perlembagaan Persekutuan. Namun, permulaannya mestilah bermula dengan kader-kader yang dilatih dalam "Sekolah Pemikiran" yang ditubuhkan seperti Sekolah Demokrasi (Tajaan DAPSY), Keadilan Executive Internship Program (KEIP-Tajaan PKR) dan Sekolah Politik (Tajaan IKD). Alumni daripada sekolah pemikiran inilah yang menyebarluas konsep Muslim Moderat + SEPILIS ini di Malaysia.

Kedua : Menjana gagasan "neo-fundamentalisme" ke arah penyatuan ummah yang universal berteraskan syariah. Inilah yang Mujahid buat ; mengunakan Maqasid Syariah, Fiqh Muwazanah dan kemuncaknya kempen "Islam Rahmatan Lil Alamin". Perasan tak ada hubung kait dengan SEPILIS tadi ?.

Ketiga : Tindakan politik perlu mengatasi ideologi sesebuah organisasi. Jadi penubuhan Pakatan Harapan sebenarnya menyatukan semua ideologi dalam parti-parti politik gabungannya dengan satu prinsip ; "EQUALITY". Jadi, tidak ada beza semua agama, budaya dan sosial dalam PH, semuanya adalah sama. Saya ulang, S.A.M.A !.

*Part 3 : Jaringan 'Persahabatan’ Anwar Ibrahim*

'Persahabatan' Anwar Ibrahim bukanlah sesuatu yang baru, ia bermula sejak tahun 1980an lagi. Apabila Anwar Ibrahim aktif dalam WAMY (World Assembly of Muslim Youth) diikuti dengan Anwar Ibrahim menjadi 'Founder Scholar' dengan tertubuhnya IIIT (The International Institute for Islamic Thought), berpengkalan di Herndon Virginia yang ditubuhkan pada tahun 1980 oleh para pimpinan WAMY seperti Dr. Jamal Barzinji, Dr. Abdul Hamid Abu Sulayman , Dr. Ahmad al-Haj Totonji Dr. Ismail R. Faruqi. Para pengasas IIIT juga merupakan kelompok reformis dalam Ikhwan Muslimin Alami (Ikhwan Alami') yang terhasil daripada pertembungan dalaman sehingga mencetuskan konflik organisasi Ikhwan Alami'. 

Kedua, Anwar Ibrahim juga mendapat simpatisan daripada pentadbiran Rumah Putih (WH) dan NGO berpengaruh di Washington D.C. Saya masih ingat semasa awal kemunculan gerakan Reformasi pada tahun 1997 selepas Anwar Ibrahim dipecat daripada kerajaan dan UMNO. Selain Al Gore yang menunjukkan sokongan kepada Anwar Ibrahim, terdapat seorang lagi pemimpin yang berpengaruh yang memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim iaitu Paul Wolfowitz (PW). Paul Wolfowitz ialah ahli dalam gerakan Masonic (Freemason) dan individu penting yang melaksanakan agenda rahsia White House di bawah pentadbiran George W. Bush ketika itu yang dikenali sebagai 'The Project for a New American Century'. Pelan ini telah didedahkan dalam sebuah tesis oleh Ida Sofia Vaa (2005). [7]. Perlu diingatkan juga, Paul Wolfowitz dan Bush merupakan ahli dalam "Skull and Bones", cabang gerakan Masonic semasa mereka menuntut di University of Yale. Paul Wolfowitz ini juga yang merencanakan supaya diwujudkan sebuah gerakan Islam yang bertujuan memecah belahkan kesatuan tersebut. Jika tidak masakan Cheryl Benard (2003) telah memperjelaskan bagaimana tindakan Muslim Demokrat untuk memusnahkan gerakan-gerakan Islam yang mahu menegakkan Islam di negara masing-masing. [8]

Ketiga, pendanaan daripada NGO US dan Eropah. Memastikan perancangan Muslim Moderat dijalankan dengan sempurna, sumber kewangan disediakan. Bukan sedikit pelaburan mereka. Pendanaan ini datangnya daripada jalur US sendiri antaranya, Smith Richardson Foundation (yang melabur didalam RAND Corp), Center on Islam, Democracy & the Future of the Muslim World (tajaan Hillel Fradkin dari Hudson Institute),The Washington Institute for Near East Policy (tajaan Dennis Ross dan Robert Satloff), US Commission on International Religious Freedom (tajaan Joseph Crapa, Tad Stahnke, Dwight Bashir & Scott Flipse), Freedom House (tajaan Paul Marshall), majoriti penaja NGO-NGO tersebut adalah ahli tetap dalam gerakan Masonic (Freemason Antarabangsa). Manakala dari jalur Eropah datangnya daripada Konrad-Adenauer-Stiftung (KAD, berpusat di Jerman mempunyai cawangan di Pulau Pinang). Manakala di Asia Tenggara, ISEAS antara tink-tank Kerajaan Republik Singapura. 

*Part 4 : Kesimpulannya*

Berasaskan kepada analogi ucapan TGHH di Perhimpuan Ummah - Muafakat Nasional pada 14 September 2019 jelaslah difahami siapa yang dimaksukan oleh TGHH "Tikus", "Penjajah" dan "Potongkan tangan" yang mengganggu gugat sistem dan kestabilan politik di negara tercinta ini. Maka, saya dapat menyimpulkan keseluruhan kandungan surat TGHH kepada seluruh pemimpin gerakan Islam di Timur Tengah adalah satu bentuk amaran akan ancaman yang telah berlaku di Malaysia sepanjang 22 bulan Pakatan Harapan memerintah Malaysia. Yang pastinya kita tidak lupa siapa yang mengungkap ayat, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel" pada tahun 2012. Kepada Allah, saya berserah.

Nor Azizuddin Abdul Manan
Calon Doktor Falsafah (Sejarah Politik Malaysia)
USM, Pulau Pinang

*Rujukan :*
[1] Abdul Hadi Awang. (2019). Ucapan Perhimpunan Ummah - Maufakat Nasional, PWTC : Kuala Lumpur, https://www.youtube.com/watch?v=JBzcbO92m8Y&t=1484s , dicapai pada April 5, 2020
[2] ____. (Mar 31, 2005). Anwar Ibrahim to join Johns Hopkins, Al Jazeera. Dicapai daripada https://www.aljazeera.com/…/2005/03/2008410113237403409.html pada Apri 5, 2020
[3] Sumana R. (2005). Human Rights and Politics: An Asian Perspective, Rackham: University of Michigan. Dicapai daripada http://fordschool.umich.edu/files/AnwarIbrahimFlyer.pdf pada April 5, 2020.
[4] Ermin S. (2013). Woodrow Wilson Center Sponsors Event With IIIT; Anwar Ibrahim Featured Speaker, Hudson Institute : Washington D.C , dicapai daripada https://www.globalmbwatch.com/…/woodrow-wilson-center-spon…/ pada April 5, 2020. Lihat pada Steven Merley. (2009). The Muslim Brotherhood in the United States, Hudson Institute : Washington D.C, dicapai daripada https://www.hudson.org/…/…/20090411_merley.usbrotherhood.pdf pada April 5, 2020.
[5] Manusia Pelbagai Wajah. (2013). Dicapai daripada https://www.youtube.com/watch?v=VrRZ27MdZVg pada April 5, 2020.
[6] Angel R. etc. (2007). Building Moderate Muslim Networks. Santa Monica: RAND Center for Middle East Public Policy
[7] Vaa, Ida Sofia. (2005). Project for the New American Century: How One Think Tank May Influence American Foreign Policy, Oslo: University of Oslo, hal 29-39. 
[8] Cheryl B. (2003). Civil democratic Islam, partners, resources, and strategies. Santa Monica: RAND National Security Research Division,hal. 47-66
Penafian : Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis sahaja.

Sunday, 5 April 2020

haji dibatalkan 40x

HAJI PERNAH DIBATALKAN 
LEBIH 40X?

Memang benar, malah lebih daripada itu.
2x Sebelum Wahabi Berkuasa iaitu ketika Peperangan yang dahsyat di Mekah sekitar zaman tabien. Asbab ini adalah saheh kerana ia memang bersabitkan Peperangan. Termasuk Nabi sendiri menundakan Haji dan Pembukaan Kota Mekah atas alasan peperangan. 

Sehinggalah lebih 1200 tahun Islam melalalui fasa sejarah dan masa sehingga Mekah dikuasai oleh Wabahisme dan Bani Saud ( kalian harus faham bahawa  Saudi itu adalah nama manusia dan bukan lagi nama sebenar Tanah Hijaz atau Najd dan bukan lagi milik Umat Islam).

SELAINNYA ADALAH KERANA WABAK ATAU VIRUS PADA ERA VAKSIN BERMULA.

38 kali Penutupan Kota Mekah  Itu berlaku pada Zaman penaklukan mekah oleh wahabisme dengan membunuh lebih 300 ulamak Mekah.

Sehinggalah kepada kaitan kejatuhan Khalifah Islam Uthmaniah, pembentukan Israel raya dan sebagainya.

Pada zaman penutupan Mekah atau wabak ini. Telah berlaku kematian berpuluh ribu manusia atau berpuluh-puluh juta manusia.
 Entah apakah kaedah, teknik, helah dan cara yang telah mereka lakukan.

Semak lah tarikh lahir  Si Mamat Abdul Wahab dan lihatlah tarikh huru-hara dan penutupan Mekah. Serta perbahasan para ulamak dan ilmuan Islam terhadap mereka. 

Manakala ditempat lain hanyalah anak didik dan menganut fahaman mereka sahaja. Atau telah dipaksa mengikut kehendak dan cara kerajaan Mulkan Jabbariah versi Common Law & Benedectine.

Ibarat TANDUKNYA DI SANA , ekornya sedang dan dipaksa mengikutinya diseluruh dunia.

Selepas seluruh Negara Bekas tanah Jajahan Kuffar menerima Demokrasi dengan melantik Umarak dan Perlembagaan secara Lord Reid serta memilih "Ulamak mereka". ( ada yang hanya bekerja dan terpaksa mematuhi Akta semata-mata). 

Oleh itu jangan kita semata-mata melihat kepada title, rupa, bangsa dan personaliti sesiapa. Tetapi lihatlah kepada landasan ilmu yang mana yang telah dan sedang mereka  gunakan dalam sesuatu hukum terutama yang bapa-bapa kalian belum pernah mendengarnya. 

Itulah kaedah untuk mengenal wahabisme dan juga Sekularisme.

ALASAN DITUTUP KERANA WABAK IALAH PADA ZAMAN KEMATIAN YANG SANGAT RAMAI DAN JUGA PADA ZAMAN BERMULANYA INDUSTRI VAKSIN.

Lihatlah kepada Jumlah kematian akibat wabak pada waktu-waktu tersebut. Berbanding kematian akibat wabak sebelum kemunculan mereka. 

Mereka menidakkan kaedah-kaedah asal Islam ( berkongsepkan stay at zone tetapi memperkenalkan konsep 'stay at home' yang sangat berisiko kerana kebanyakan manusia tidak mungkin akan sentiasa stay at home  , 

Pada waktu pagi mereka atau wakil keluarga mereka bebas keluar masuk masuk mana-mana zon atau pasar-pasar, kemudian pada waktu petang dan malam mereka berkurung bersama keluarga) . Road block hanyalah sedikit alasan tetapi sebenarnya tiada yang berpatah balik atau ditahan ketika road blok.

Mereka sengaja membuka dan membocorkan kawasan-kawasan, membenarkan pengangkutan manusia dan bekalan makanan atau barangan dari zon luar yang bercampur baur dan berisiko). 

INI ADALAH TEKNIK PEMBUNUHAN
DAN TEKNIK PERNIAGAAN VAKSIN DARI BIG FHARMACY.

Mereka sekali lagi mahu membunuh manusia dengan berskala besar seperti mana mereka pernah lakukan dalam ritual-ritual kuno mereka yang lama setiap 100 tahun lalu oleh Agenda mereka yang utama iaitu Freeamson, elit, Illimunati, dalam rupa kuno ataupun moden.

Iaitu Para penyembah Lucifer.
Musuh utama Umat Islam sampai kiamat. Sebagai mana sumpah Lucifer kepada anak cucu Adam  a.s.

Namun dalam kesemua Pelaku ini. Ada suatu golongan Yang paling jahat berbanding Lucifer sendiri.
Semaklah Hadis-hadis akhir zaman.
Yang mana, kerana fitnah merekalah Masjid kosong. Tindakan yang tak mampu dilaksanakan oleh anak didik Lucifer dari kalangan Jin dan manusia lain. 

TERMASUK JUGA HELAH DAN TEKNIK MENGOSONGKAN MASJID-MASJID DI SELURUH DUNIA.

SELEPAS MEREKA PERNAH BERJAYA MERUNTUHKAN SISTEM KHALIFAH ISLAM JUGA DARI KERJA SAMA ULAMAK SEKULAR & WAHABI MEREKA.

A-ayohmed.
#covid19

puisi Cikgu ramlan haloba Dan syukur

(Bait-bait berikut mempertembungkan konsep haloba dan syukur. Semasa menulisnya minda saya dihantui oleh ungkapan "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.")

Kenikmatan merangkumi semua
kesedapan, kelazatan, keenakan
tetapi kerap kali bersendirian
pada rahmat Tuhan

Tatkala kesedapan dinilai oleh citarasa
diukur oleh budaya, jenama dan harga
dipuji oleh tradisi, kontemporari dan populariti di setiap deria
kenikmatan menunggu semuanya di minda
bersama-sama takwa

Tatkala kesedapan diruntun nafsu
pada warna, aroma, rasa dan nada
kenikmatan dirangsangi kesyukuran
pada kecintaan
dan kasih sayang Tuhan

Maka kesedapan menambahlan kesedapan
pada hidangan haloba
di meja mega serbaneka
di pinggiran kenikmatan mencukupkan kekurangan
di pinggan takwa

Anak-anak tercinta itu pun tidak meminta
bunga-bunga atau ramuan tambahan
cukup dengan sepinggan kesyukuran
kenikmatan tetap ikhlas meresap
ke dalam iman.

Saturday, 4 April 2020

puisi cikgu Ramlan covic 19 5 April 20

Aduhai, teka-teki apakah ini
seluruh dunia menjadi saksi
akan sebuah peperangan tanpa pertempuran
dengan lebih seribu wira kecundang
beribu-ribu lagi terkorban di ranjang
lebih sejuta warga mengemis rawatan
dan beribu juta dinafikan kebebasan
hanya kerana tersedut titisan-titisan pernafasan
dan menyentuh rakan-rakan taulan
dengan salam persaudaraan

sehingga kota-kota metropolis seakan-akan muflis
bangunan-bangunan tinggi seperti pohon-pohon mati
sepi seperti menunggu kekasih pulang
dan malam menjelang

dan pertama kali angin angkuh berundur
dengan matahari seperti akan kembali ke timur
sehingga bayang-bayang memanjang ke barat
meliputi puncak-puncak yang pernah cerah
memakmurkan megah

mungkin tidak akan ada yang sirna
seperti dilanda tsunami atau digegar gempa
tetapi yang pasti segala rahasia terbuka
tentang kemewahan yang sementara
tentang kekuatan tanpa perkasa
tentang kesempurnaan yang fana
tentang keadilan yang haloba
tentang kekuasaan yang hanya adu domba
tentang kedurjanaan dalam lipatan harta

dan kemanusiaan menjadi tebusan
di antara siapa yang patut diselamatkan
dengan yang wajar dibiarkan di katil penghabisan
di antara keselamatan atau tradisi warisan
di antara ketaksuban atau keintelektualan ibadah
di antara keunggulan atau kelangsungan ummah.

Friday, 3 April 2020

ucapan TGHH

Surat TGHH kepada Pemimpin Gerakan Islam

*Terjemahan: Friends of HARAPAN Jordan*

GERAKAN ISLAH SECARA AMAN, BUKAN RAMPASAN KUASA DAN REVOLUSI

Segala puji bagi Allah yang segala kekuasaan berada di tangan-Nya, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Katakanlah: "Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. Di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu. Selawat dan salam keatas junjungan besar, pemimpin dan contoh ikutan terbaik kita, Nabi Muhammad s.a.w, yang membawa rahmat dan sinaran cahaya, serta keatas ahli keluarga, para sahabat Baginda, dan sesiapa yang mendapat petunjuknya sehingga hari kiamat.

Malaysia telah terkesan dengan perancangan yang ditinggalkan oleh penjajah British dari sudut isu-isu pemikiran, kebudayaan, politik, ekonomi dan sosial, yang telah diamalkan oleh pihak kerajaan dan para pemimpinnya secara terus-menerus, disamping berhadapan dengan masyarakat pelbagai kaum dan agama. Meskipun masyarakat beragama Islam adalah golongan majoriti, tetapi keadaan semasa mereka semakin merosot, dalam urusan pembentukan kemasyarakatan dan perancangan kependudukan, disebabkan oleh kesempitan keadaan semasa masyarakat beragama Islam dalam berhadapan dengan masyarakat bukan bumiputra yang bukan beragama Islam.

Pihak penjajah telah menetapkan syarat-syarat kemerdekaan, antaranya mesti menerima kewarganegaraan bagi bangsa bukan bumiputra yang masuk ke negara ini sebagai pekerja dan buruh di bandar-bandar, sedangkan majoriti umat Islam tinggal di luar bandar dengan kekurangan kelengkapan infrastruktur. Kemudian dilaksanakan solusi-solusi yang diimport dari luar lalu dipaksakan keatas umat dalam bentuk ideologi-ideologi sekularisme yang mengakibatkan tidak dapat terbangunnya sebuah kerajaan yang kuat untuk menjaga kedaulatan umat Islam di negara mereka sendiri. Kemudian, (kerajaan itu perlu) berhadapan dengan cabaran-cabaran dalam pentadbiran kerajaan dalam keadaan penguasaan bangsa lain dalam bidang pendidikan dan ekonomi, dan kerajaan juga dilanda dengan isu-isu kerosakan, penyelewengan, rasuah dan lain-lain.

Sesungguhnya rasuah, kerosakan, dan penyelewengan harta negara yang digembar-gemburkan oleh pihak media telah berlaku beberapa dekad di negara ini, bukan hanya pada sesi kepimpinan Najib Razak. Ia adalah kesan daripada penyakit-penyakit yang menimpa kerajaan sebelumnya sejak sekian lama yang membawa kepada kelemahannya. Ia bertambah kritikal sehingga membawa kepada pergelutan politik dalam kalangan pemimpin-pemimpin perompak dalam kalangan anak bangsa yang  membawa kepada berpecahnya kaum Muslimin disebabkan perbalahan dalam kerajaan sendiri.

Kemudian kehancuran politik mereka sehingga negara jatuh kepada satu situasi yang amat bahaya dalam Pilihanraya Umum baru-baru ini dengan keputusannya memihak kepada majoriti Non-Muslim dalam pakatan kerajaan (Pakatan Harapan) yang telah mempergunakan Tun Mahathir, Perdana Menteri yang lalu dan juga merupakan seorang ahli politik yang berpengalaman, untuk menjatuhkan Najib Razak. Beliau telah dipergunakan kerana usia beliau yang telah lanjut dan parti beliau yang lemah. Mereka menjadikan beliau sebagai anak tangga untuk menaiki tampuk pemerintahan secara helah tanpa mengambil kira komposisi majoriti kaum Muslimin dalam negara yang telah meningkat melebihi 69% berbanding kaum minoriti yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, yang mana ia menggalakkan lagi pertelingkahan dalaman. Selain itu, terdapat juga peluang campurtangan pihak asing yang memusuhi Islam dan kaum Muslimin seperti yang terjadi pada negara-negara Islam lain seperti negara-negara Arab. 

Setelah meneliti pengalaman-pengalaman yang lalu berada dalam pakatan dari sudut yang positif dan negatif, PAS telah mengambil pendirian untuk menjadi blok ketiga (Third-Force) tanpa menerima atau bersetuju dengan pelawaan Tun Mahathir untuk menyertai Pakatannya iaitu Pakatan Harapan untuk menjatuhkan kerajaan Najib Razak dan menukar kerajaan baru di bawah pimpinannya setelah kerajaan sebelumnya dijatuhkan. Begitu juga, tanpa menerima atau bersetuju dengan pelawaan Najib Razak dalam Pakatannya iaitu Barisan Nasional di bawah pimpinannya untuk mempertahankan kerajaan sedia ada yang telah memimpin negara berdekad lamanya daripada tentangan berbahaya yang dihadapinya.

Sebab-sebab pendirian kami:

1. Pakatan Harapan: Parti Tun Mahathir, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang merupakan parti serpihan UMNO (tulang belakang bagi parti kerajaan) adalah parti yang baru ditubuhkan, secara praktikalnya merupakan sebuah parti yang lemah. Turut bersama adalah parti Anwar Ibrahim (Parti Keadilan Rakyat, PKR) yang merupakan sebuah parti sekular pragmatik yang dianggotai oleh ahli pelbagai kaum dan juga mempunyai pegangan ideologi yang berbeza seperti golongan Melayu Muslim sekular dan juga kelompok bukan Muslim daripada bangsa Cina dan India yang kebanyakan mereka beragama Kristian. Juga bersama adalah Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang mempunyai keanggotaan majoriti Cina yang kebanyakannya beragama Kristian, saki-baki daripada parti komunis yang telah diharamkan dan juga pemikir-pemikir liberal. Bersama mereka juga adalah Parti Amanah Negara (AMANAH) yang berorientasikan Islam liberal-sekular, yang dibentuk oleh Anwar Ibrahim dan juga pimpinan DAP bagi menyaingi populariti PAS khususnya dalam kalangan orang-orang Islam serta bagi memecahkan kesatuan mereka, dengan menghimpunkan golongan pembangkang termasuk membawa masuk kelompok yang tergesa-gesa dan juga opportunis yang telah keluar daripada PAS. Di belakang blok ini adalah sokongan-sokongan daripada luar yang mendapat manfaat dengan keberadaan Anwar dalam blok ini.

Kemudian setelah Pakatan Harapan berjaya mengubah kerajaan dengan kemenangan mereka dalam pilihanraya, berlaku usaha dalaman untuk mencalonkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri oleh DAP, PKR dan AMANAH bagi mengetepikan Tun Mahathir, dengan sokongan Amerika Syarikat, Eropah, Singapura, Zionis dan juga Freemason. Pencalonan Mahathir hanyalah semata-mata untuk melawan Najib dengan menggunakan populariti beliau namun dalam masa yang sama juga, mereka menolak pegangan Tun Mahathir yang mereka kira sebagai terlalu tegas lebih-lebih lagi dalam usaha beliau untuk menolak pendekatan berbaik-baik dengan Barat serta pandangan beliau dalam isu Palestin, Kashmir, Myanmar dan Uighur. Pakatan Harapan akhirnya berjaya memenangi pilihanraya yang terakhir sebelum ini. PAS telahpun keluar daripada pakatan yang telah disertai daripada tahun 1999 sehingga 2012 disebabkan sikap mereka yang melanggar perjanjian yang berhubungkait dengan prinsip dan juga objektif PAS dalam berkhidmat untuk Islam dan kaum Muslimin.

2. Parti-parti kerajaan (Barisan Nasional) yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC pula berusaha untuk mempertahankan kerajaan pimpinan Najib Razak yang telah banyak membawa dan mewarisi kerosakan sejak era pemerintahan sebelum-sebelum ini seperti rasuah, kelemahan urus tadbir dan pelbagai lagi. PAS pernah berada bersama dalam blok parti-parti ini pada tahun 1973 sehingga 1979. Daripada pengalaman ini, PAS mengetahui akan keburukan-keburukan yang ada dalam Barisan Nasional.

Berdasarkan pengalaman-pengalaman PAS dalam pakatan dengan pelbagai parti, sama ada parti kerajaan mahupun parti pembangkang, PAS telah mengambil keputusan untuk menubuhkan blok ketiga di antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, yang turut disertai oleh parti-parti kecil dan disokong oleh NGO-NGO Islam dan nasional (menggunakan nama Gagasan Sejahtera) yang mempraktikkan politik dengan prinsip kerjasama ke arah kebaikan dan ketakwaan, bukan atas dasar keburukan dan juga permusuhan.
 
PAS telah pun menyertai Pilihan Raya Umum ke 14 pada tahun 2018 dan berjaya menawan 2 negeri (Kelantan dan Terengganu) dengan majoriti dua pertiga. Manakala majoriti kerusi di negeri-negeri lain pula dimenangi oleh beberapa parti lawan. Di peringkat parlimen pula PAS berjaya memenangi 18 kerusi parlimen yang menjadikan PAS sebagai sebahagian daripada anggota daripada blok pembangkang dalam parlimen dan dalam masa yang sama juga sebagai parti kerajaan dalam dua buah negeri. Maka tumbanglah kerajaan pusat dan hilanglah segala kekuasannya yang dipimpin oleh Najib Razak dan sekutunya dalam Barisan Nasional. Pakatan Harapan telah menang dan diberikan mandat untuk membentuk kerajaan dan Majlis Kabinet pimpinan Tun Mahathir. Jadi sekarang marilah kita menyentuh pula kepada perkembangan yang telah berlaku selepas peristiwa ini.

Pergelutan dalam Kerajaan Pusat

Pakatan Harapan, parti yang mencalonkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri melalui sokongan majoriti Non-Muslim di peringkat Kerajaan Persekutuan, dan melantik beliau sebagai Perdana Menteri berdasarkan perjanjian sementara yang hanya berlaku secara lisan semata-mata melalui kenyataan media, telah menentukan bahawa Anwar Ibrahim akan diangkat sebagai Perdana Menteri selepas 2 tahun pemerintahan, tanpa persetujuan oleh Tun Mahathir, dimana beliau sendiri menganggap perjanjian tersebut tidak mengikat mana-mana pihak sama ada secara undang-undang mahupun Syarak.

Barisan Nasional (termasuk parti UMNO di dalamnya) berjaya menguasai dua negeri, dan merupakan barisan pembangkang yang memperolehi kerusi yang paling banyak dalam Dewan Rakyat. Beberapa parti dari Sabah dan Sarawak yang majoritinya adalah Muslim telah mengisytiharkan keluar daripada Barisan Nasional dan membuat keputusan untuk tidak juga menyertai Kerajaan Pusat. Kemudian sebilangan parti daripada Sabah yang mempunyai beberapa kerusi Parlimen menyertai Kerajaan Pusat pimpinan Tun Mahathir. Begitu juga beberapa ahli Parlimen daripada UMNO bertindak untuk keluar daripada parti bagi memperkuat kedudukan Tun Mahathir dalam barisan kepimpinan Kerajaan Persekutuan. Setelah itu, beberapa ahli parlimen daripada PKR diketuai oleh Azmin Ali berpecah bagi memberi sokongan penuh kepada Tun Mahathir.

Akan tetapi, jumlah ahli-ahli Parlimen Muslim baik daripada pihak Kerajaan mahupun Pembangkang tidak mencapai majoriti di Parlimen (Dewan Rakyat) secara keseluruhannya. Para intelektual, birokrat, anggota tentera dan polis yang beragama Islam berasa bimbang selepas kemasukan Ahli-ahli Parlimen Non-Muslim dan Muslim Liberal ke dalam Kerajaan yang baharu yang mencuba untuk melemahkan kedudukan Islam, orang Islam dan kaum Bumiputera, dengan cubaan meminda Perlembagaan, mengubah sistem Pembelajaran dan Pengajaran, Media Massa dan sebagainya dalam politik dan ekonomi yang mana telah mengejutkan orang Islam dan mereka melihat bahayanya situasi mereka.

Maka, PAS telah mengambil langkah politik bekerjasama (Taawun) secara jalan damai. PAS telah memilih hubungan dengan Tun Mahathir memandangkan sikap nasionalisya dan semangatnya mempertahankan Islam. Dan PAS menolak kerjasama dengan kumpulan Anwar Ibrahim kerana tidak yakin dengan karakter peribadi dan akhlaknya serta pendirian politik pragmatiknya yang berbahaya. Dan bersama Anwar Ibrahim adalah AMANAH yang bersifat Islam liberal, dengan bersandarkan pada sokongan dan pendirian kedutaan-kedutaan Barat yang menyokongnya dari segi strategi, media dan kewangan. Kami turut menolak campur tangan asing baik secara total, meskipun pertemuan-pertemuan kami dengan delegasi-delegasi ini yang datang menemui kami untuk cuba membina hubungan dengan bermanis muka, khasnya delegasi Amerika yang mengajak PAS untuk menyertai Pakatan Harapan dan membantu Anwar Ibrahim menumbangkan Tun Mahathir.

Kami telah menemui Tun Mahathir sebaik selepas Pilihanraya Umum untuk memahami situasi yang bahaya pasca-pilihanraya, maka Perdana Menteri Tun Mahathir selepas berbincang dengan kami telah mengusahakan pembaikan kedudukan orang Islam dari dalam Kerajaan dengan bantuan kami, para pembangkang, Ahli-ahli Parlimen Islam dan Non-Muslim yang bersikap sederhana dan yang bekerjasama dengan kami untuk menghadapi perancangan mereka tersebut, yang antaranya adalah untuk meminda Perlembagaan dan sebagainya, yang kemudiannya membawa kepada pertembungan yang sengit, kerana golongan pelampau daripada parti-parti Kerajaan yang menentang dan bersama mereka adalah sokongan Barat melalui Anwar Ibrahim yang cuba menjatuhkan Tun Mahathir daripada tampuk kepimpinan Kerajaan.

Maka, pada tahun lalu, PAS telah menganjurkan Himpunan Penyatuan Ummah secara aman bagi membantah sebarang seruan kepada kesamarataan antara agama, tetapi PAS tidak menolak toleransi antara agama dan kebebasannya. Berdasarkan populariti PAS dalam kalangan rakyat, hampir 2 juta umat Islam telah menyertai himpunan tersebut.

Kemudian PAS mula bekerjasama dengan UMNO bagi membentuk satu perpaduan atas kemaslahatan agama dan negara. Lalu kerjasama perpaduan ini menghasilkan sebuah persepakatan yang dinamakan sebagai Muafakat Nasional dalam blok pembangkang. Seterusnya, dari pihak kerajaan, Parti Bersatu telah  bertanggungjawab untuk mengumpulkan pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan kerjasama persatuan-persatuan pelajar, para profesor, ahli-ahli akademik dan tokoh-tokoh pemikir, bagi menganjurkan Kongres Maruah Melayu sebagai platform untuk mengkaji kedudukan semasa masyarakat Melayu muslim. Pihak penganjur Kongres telah memberikan jemputan khas kepada Muafakat Nasional untuk menghadiri kongres tersebut. Tun Mahathir selaku Perdana Menteri pada ketika itu telah dijemput untuk menyampaikan ucapan perasmian bagi Kongres itu. Kemudian, Kongres telah mengeluarkan resolusi dimana antara lain menyebutkan kepentingan perpaduan sesama masyarakat Melayu Muslim untuk mendepani cabaran-cabaran semasa disamping meraikan hak-hak kenegaraan pelbagai kaum dalam sesebuah negara.

Setelah itu, PAS telah mengambil pendekatan secara aman dan mengelak sebarang bentuk demonstrasi. PAS telah pergi menghadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong (YDP Agong) yang mengetuai Majlis Raja-raja dimanan anggotanya terdiri dari sultan-sultan bagi setiap negeri berdasarkan kedudukan masing-masing dari sudut perlembagaan, bagi menjelaskan situasi-situasi yang berbahaya serta keperluan negara untuk menukar kerajaan melalui saluran demokrasi menerusi parlimen. PAS juga telah berjaya mengumpulkan ahli-ahli parlimen yang beragama Islam dari Sabah dan Sarawak serta kaum Bumiputra Non-Muslim bagi mengumpulkan tandatangan (Surat Akuan Berkanun) dalam kalangan ahli-ahli parlimen dengan memperolehi majoriti seramai 133 orang daripada jumlah keseluruhan 222 orang ahli parlimen.

Apabila kami telah menerima majoriti, kami telah meletakkan kepercayaan kepada Tun Mahathir untuk mengetuai kerajaan baru selepas melaksanakan cadangan untuk melepaskan jawatannya daripada kerajaan dan keluar dari Majlis Kabinet kerajaan untuk membentuk kerajaan baru.  Maka, YDP Agong telah meminta ikrar secara lisan secara langsung di hadapan beliau seorang demi seorang dari setiap ahli parlimen. Kemudian berlaku Gerakan balas daripada Pakatan Harapan dengan menyokong Tun Mahathir hanya untuk menunjuk-nunjuk sebagai satu bentuk tipu daya daripada kumpulan Anwar Ibrahim, AMANAH, dan DAP. Mereka telah pergi bertemu Mahathir pada waktu pagi sambil menangis seperti menangisnya adik beradik Yusuf AS setelah mereka menghumban Yusuf AS ke dalam telaga, untuk menyerahkan kepada Mahathir cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan. Sesungguhnya strategi licik ini adalah untuk memecahkan penyatuan kaum Muslimin dengan perkataan yang benar namun yang dikehendaki daripadanya adalah kebatilan! 

Kemudian, PAS telah diajak untuk menyertai kerajaan di bawah kepimpinan Mahathir dan kami telah dicalonkan untuk diletakkan di kerusi Timbalan Perdana Menteri dan diletakkan juga untuk menjadi Menteri di beberapa kementerian. Perkara ini semua berlalu secara rahsia. Gerakan yang digerakkan atas rasuah, rebut-merebut dan ancaman demi ancaman berlaku ke atas semua ahli parlimen bagi mendapatkan sokongan. Rupanya, Tun Mahathir telah terperdaya dengan tipu daya yang sangat licik itu. Kemudian, beliau telah pergi bertemu YDP Agong sambil membawa tandatangan kesemua ahli parlimen secara keseluruhannya. Akan tetapi, sebahagian ahli parlimen telah menarik balik sokongan kepada Tun  Mahathir kepada sokongan kepada Anwar Ibrahim.

Maka telah bangkit sejumlah ahli Parlimen beragama Islam menentang tipu daya licik ini secara rahsia dengan mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merupakan orang nombor dua kepada Tun Mahathir dalam partinya untuk menjadi Perdana Menteri dengan memberikan sekali lagi kepada YDP Agong senarai nama ahli parlimen yang menyokong pencalonan ini beserta tandatangan mereka. Selepas YDP Agong bertemu dengan semua Pemimpin setiap parti untuk mendapatkan sokongan terbanyak, telah jelas kepada YDP Agong setelah melakukan dan melaksanakan setiap proses melalui demokrasi dan mengikut perlembagaan. Maka telah gagal gerakan balas tersebut meskipun dengan campurtangan daripada duta-duta Barat dan para penasihat Freemason dan Zionis.

Maka terbentuklah kabinet kerajaan yang baru, diketuai oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan nama Perikatan Nasional, yang majoritinya Muslim. Pakatan ini terdiri daripada beberapa parti komponen iaitu UMNO, PAS, BERSATU, GPS,  sebahagian pemimpin PKR, MCA, MIC serta parti komponen daripada Sabah dan Sarawak. 

Kemudian, Majlis Kabinet dibentuk tanpa melibatkan individu yang masih didalam perbicaraan mahkamah. Perkara ini dilakukan demi meraih kepercayaan rakyat. Ini lah yang dimaksudkan Islah yang aman tanpa sebarang demonstrasi, dengan sokongan rakyat, para pegawai kerajaan, tentera, polis, dan Majlis Raja-raja.

Segala pujian bagi Allah Tuhan sekalian Alam.

Yang menyayangi kalian,
Abdul Hadi Awang
Presiden, Parti Islam Se-Malaysia
27 Rejab 1441/22 Mac 2020

Wednesday, 1 April 2020

puisi cikgu Ramlan corona

Khabarnya dialah yang terbaru
ditemui di luar buku

Kata yang melihat
tubuhnya sfera memakai korona
saiznya sejirim debu dibahagi seribu
menjadi tiada di bawah kanta

Kata yang mengkaji
wujudnya misteri
seperti bukan calang-calang hama
meski pun sama-sama parasit
namun dialah penjarah serakah
di mana dia singgah

Kata yang ditulari
sakit yang dideritai luar biasa sekali
di kerongkong panas terkepong
gelombang lemas memenuhi dada
dan nyawa ditarik-tarik ke tangga

Kata pakar perubatan 
tiada senjata untuk melawan
seperti tiba-tiba dilanda taufan
bahtera tertambat di pelabuhan

Lalu dengan sebak
aku menulis kata-kata hati
bahawa dialah yang membuka pintu-pintu eksklusif
merobohkan rumah-rumah daif
menyekat sejuta perjalanan mengurung kebebasan
membisukan kesombongan dan keangkuhan
mengejutkan kealpaan dan kelekaan
mentafsirkan semula makna kemakmuran
dan kejayaan insan
mendefinisikan semula erti kepemimpinan
mendekatkan akhir zaman

PCR: Tinggal usang

 TINGGAL USANG bukan tidak pernah digelar pegawai diraikan di gerbang ruai    kini segelung rawai di pantai landai tanpa Avecenia dan Rhizop...