💎𝗞𝗶𝘀𝗮𝗵 𝗡𝗮𝗯𝗶 𝗦𝘆𝘂'𝗮𝗶𝗯 𝗔.𝗦, 𝗗𝗮𝗸𝘄𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗧𝗮𝘂𝗵𝗶𝗱 & 𝗟𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗻𝗴𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗸𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗗𝗮𝗻 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻.💎
♥ 𝙇𝙞𝙫𝙚 𝙋𝙖𝙜𝙞 𝙄𝙨𝙣𝙞𝙣 15/12/2025 / 24 𝙅. 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1447𝙃 𝙎𝙚𝙡𝙚𝙥𝙖𝙨 𝙎𝙪𝙗𝙪𝙝 Dr Abu Anas Madani 𝘿𝙧. 𝘼𝙗𝙪 𝘼𝙣𝙖𝙨 𝙈𝙖𝙙𝙖𝙣𝙞 - 𝙏𝙖𝙛𝙨𝙞𝙧 𝙎𝙪𝙧𝙖𝙝 𝙃𝙪𝙙 (21) 𝘼𝙮𝙖𝙩 [84-86]♥
F𝐮𝐥𝐥 𝐯𝐢𝐝𝐞𝐨: https://youtu.be/dom1HImQcuM?si=gz6XTQIulMIouexD
🌷𝐌𝐮𝐪𝐚𝐝𝐝𝐢𝐦𝐚𝐡:
1. Alhamdulillah pada hari ini kita teruskan pengajian kita dalam siri tafsir kepada Surah Hud dengan ayat 84 sehingga ayat 86 dalam juzuk kedua-belas.
2. Dalam siri ini Allah s.w.t nyatakan kisah Nabi Syu'aib A.S, dakwahnya kepada kaumnya supaya sembah Allah semata-mata iaitu dakwah kepada tauhid.
3. Kaumnya mempunyai satu penyakit yang negatif iaitu suka mengurangkan sukatan dan timbangan apabila berjual-beli.
4. Nabi Syu’aib terus mendidik kaumnya & larang mereka daripada mengurangkan sukatan dan timbangan serta nasihat untuk berikan hak orang yang sebenar.
5. Munasabah dengan ayat sebelumnya:
i- dalam ayat yang lepas Allah s.w.t nyatakan tentang malaikat yang diutuskan untuk membinasakan kaum Nabi Lut yang menjalankan amalan hubungan sejenis atau LGBT sekarang ini. Mereka ini penduduk Qura Sadum.
ii- maka datang kisah kaum Nabi Syu’aib pula yang tempatnya Madyan berdekatan dengan Qura Sadum tadi. Kata ulama' juga: Tempat dekat, masa pun dekat juga antara kisah dua orang nabi ini.
أَعُوذُ بِاَللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖𝟒- {𝐃𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 "𝐌𝐚𝐝𝐲𝐚𝐧" 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐮𝐭𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚: 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐒𝐲𝐮𝐚𝐢𝐛. 𝐈𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐤𝐚𝐭𝐚: "𝐖𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐤𝐚𝐮𝐦𝐤𝐮! 𝐒𝐞𝐦𝐛𝐚𝐡𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡! (𝐒𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚) 𝐭𝐢𝐚𝐝𝐚 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐬𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧 𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚𝐍𝐲𝐚. 𝐃𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐢 𝐬𝐮𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧. 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐤𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐦𝐞𝐰𝐚𝐡𝐚𝐧; 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐤𝐮 𝐛𝐢𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠, 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐭𝐢𝐦𝐩𝐚 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐩𝐮𝐭𝐢 (𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡).} (𝐇𝐮𝐝 𝟏𝟏:𝟖𝟒)
1. [365] Mulai dari ayat ini, diceritakan pula kisah Nabi Syu’aib a.s. dengan kaumnya – penduduk “Madyan”. Negeri ini terletak dalam daerah Jordan berhampiran laut Merah dan padang pasir “Sinai”. Kebanyakan mereka ahli perniagaan.
*Ini adalah kisah nabi yang yang keenam dalam surah ini- kisah Nabi Syu’aib ada juga dalam surah-surah lain tetapi dalam episod yang berbeza.
2. Allah nyatakan bahawa telah diutuskan kepada penduduk Madyan seorang nabi dari kalangan kaum mereka juga iaitu saudara mereka Syu’aib. Yakni Nabi Syu'aib adalah pendakwah local dari kalangan mereka- manakala nabi Lut sebelum ini adalah bukan orang tempatan atau penduduk asal Qura Sadum.
3. Begitulah Allah pelbagaikan rasul yang diutuskan agar tidak boleh dijadikan alasan oleh kaum mereka yang ingkar! Telah terbukti sama saja rasul dari kalangan mereka atau orang luar- jika menyalahi ajaran tok nenek; mereka tetap menolak dan mendustakannya! Inilah bahayanya kita nak yang jelas datang darti al-Quran & Rasulullah s.a.w bjb dari tok nenek!
3. Kata Ibnu Kathir rhm: Mereka ini adalah kabilah Arab yang duduk di antara Hijaz & Syam, dekat dengan bandar yang dibina oleh anak Ibrahim, yang dikenali dengan nama Madyan.
4. Dakwah Nabi Syu'aib adalah sama seperti para nabi lain juga iaitu tauhid kepada Allah yang Esa. Tidak menyembah, memuja memuji yang lain selain daripada-Nya! Inilah dakwah para nabi & rasul- dakwah kepada tauhid mengesakan Allah s.w.t yang satu!
5. Inilah dakwah kita juga tarbiyah manusia agar tauhid kepada Allah Azza wa Jalla. Tetapi bukan senang untuk murnikan tauhid kepada Allah ini, bukan mudah untuk ajak manusia tinggalkan syirik dan ajaran tok nenek yang telah berakar-umbi dalam diri & masyarakat!
6. Dakwah para nabi & asas utama ajaran Islam ialah:
i- sembah Allah.
ii- jauhkan taghut.
*Dua ini mesti seiring- bukan kata pagi sembah Allah, petangnya pergi minta di kubur!
7. Inilah yang kita mesti pasakkan dalam hati anak-anak kita, aqidah yang mantap & murni. Cabaran mendidik anak-anak hari ini tidak sama dengan kita dulu! Betapa semuanya ada dihujung jari, kebaikan atau keburukan tededah kepada semua.
8. Kemudian Allah nyatakan sifat buruk khas yang ada pada penduduk Madyan pada waktu itu: suka 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐢 𝐬𝐮𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧.
9. Munasabah ayat ini dengan dakwah nabi adalah dekat:
i- seruan untuk sembah Allah- ini adalah hubungan dengan Allah!
ii- seruan untuk telus & jujur dalam urusan dengan manusia- ini adalah hubungan dengan manusia!
*Wajib jaga & baik dengan keduannya! Tidak jadi jika baik pada satu saja!
10. Lalu Nabi Syu'aib menasihati kaumnya agar jangan sesekali 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐢 𝐬𝐮𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧. Sedangkan mereka adalah orang kaya yang hidup dalam kemewahan!
11. Sepatutnya mereka hanya terus menikmati rezeki yang diberi Allah, hidup dengan baik & tenang, dalam kesenangan yang Allah beri. Bukannya terus mencari hasil dari sumber haram itu dan bertambah tamak lalu dimurkai Allah!
12. Nabi Syu'aib kata dia takut & bimbang nanti mereka a𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐭𝐢𝐦𝐩𝐚 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐩𝐮𝐭𝐢 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡. Kenapa mereka tidak ambil iktibar & pengajaran akan azab yang telah menimpa kaum Lut yang dekat dengan mereka sebelum ini!
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖𝟓- {𝐃𝐚𝐧 𝐰𝐚𝐡𝐚𝐢 𝐤𝐚𝐮𝐦𝐤𝐮! 𝐒𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐮𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐢𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐤𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚-𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐡𝐚𝐤𝐧𝐲𝐚, 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐛𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐧𝐜𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐫𝐨𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐦𝐮𝐤𝐚 𝐛𝐮𝐦𝐢.} (𝐇𝐮𝐝 𝟏𝟏:𝟖𝟓)
1. Munasabah ayat:
i- dalam ayat yang lepas Nabi Syu'aib melarang kaumnya dari perbuatan 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐢 𝐬𝐮𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧.
ii- kemudian datang ayat ini pula arahan untuk mencukupi & melebihkan sedikit 𝐬𝐮𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧. Ayat ini menafikan terus kekurangan- bukan setakat cukup bahkan beri lebih lagi sebagai ihsan.
*Seperti kita ambil wuduk- lebihkan sedikit dari kadar anggota yang wajib.
2. Nabi Syu'aib menasihati kaumnya agar s𝐞𝐦𝐩𝐮𝐫𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐮𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐚𝐝𝐢𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 sesekali 𝐤𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐦𝐚𝐧𝐮𝐬𝐢𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚-𝐛𝐞𝐧𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐡𝐚𝐤𝐧𝐲𝐚.
3. Jangan berjalan atas dunia ini dengan buat maksiat kemungkaran dan menyakiti manusia! Termasuk menyakiti manusia ialah tidak adil menilai orang bahkan menuduh membuat fitnah pula!
3. Seperti firman Allah s.w.t: {Celakalah bagi orang-orang yang curang (dalam menakar dan menimbang), (yaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dicukupkan, dan apabila mereka menakar atau menimbang (untuk orang lain), mereka mengurangi.} (al-Muthaffifiin: 1-3)
🌺𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖𝟔- {𝐋𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐤𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮 (𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐚𝐦 𝐢𝐭𝐮), 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧. 𝐃𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐮 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐠𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐰𝐚𝐬 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮".} (𝐇𝐮𝐝 𝟏𝟏:𝟖𝟔)
1. Munasabahnya jelas:
i- dalam ayat yang lepas adalah larangan daripada mengurangkan sukatan & timbangan serta arahan supaya mencukupi atau melebihkannya.
ii- maka ayat ini sebagai penutupnya (mmati awah- Kelate)- bahawa kamu fikirlah sendiri mahu yang halal atau yang haram! Nabi Syu'aib tak mampu nak jaga kawal mereka, maka kamu fikir & buatlah apa yang baik bagi kamu jika kamu orang yang beriman!
2. Nabi Syu'aib a.s berkata kepada kaumnya: Apa yang Allah berikan kepada kamu itu dari rezeki yang halal apabila kamu berjual-beli dengan tulus, sukatan yang betul & timbangan yang sempurna, kamu dapat banyak manapun rezeki dalam perniagaan ; itulah yang terbaik bagi kamu, berkat lagi halalan toyyiban untuk diberi makan anak keluarga!
3. Yakni apa yang halal itu walaupun sedikit lebih berkat & memberi ketenangan. Manakala yang haram tidak akan membawa kebaikan walaupun banyak kecuali kesusahan dan keresahan! Apa yang ada bagi kamu daripada keuntungan yang halal setelah menyempurnakan sukatan dan timbanganm tanpa menzalimi orang lain; lebih baik bagi kamu daripada yang haram, dan lebih berkah & menjauhkan keburukan!
4. Ayat ini ditafsirkan dengan firman Allah ini:
{Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.} (Al-Maaidah 5:100)
5. Akhirnya Nabi Syu'aib mengatakan: 𝐃𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐮 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐠𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐰𝐚𝐬 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮!! Aku tidak mampu untuk menunggu melihat perbuatan kamu, menjaga urusan kamu menjadi pemantau. Kerja aku hanya menyampaikan apa yang Allah perintahkan.
6. Nota [366] Yakni aku hanyalah menyampaikan perintah-perintah Allah. Jika kamu mematuhi selamatlah kamu di dunia dan di akhirat; dan jika kamu mengingkarinya, maka buruklah balasan yang akan menimpa kamu di dunia dan di akhirat.
*Yakni jika kamu dengar alhamdulillah, jika kamu ingkar kamu yang akan rugi & akan mendapat azab & kemurkaan Allah!
🎀𝐏𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 & 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡:
1. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖𝟒- {𝐃𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐮𝐝𝐮𝐤 "𝐌𝐚𝐝𝐲𝐚𝐧" 𝐊𝐚𝐦𝐢 𝐮𝐭𝐮𝐬𝐤𝐚𝐧 𝐬𝐚𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚: 𝐍𝐚𝐛𝐢 𝐒𝐲𝐮𝐚𝐢𝐛.}- yakni Allah hantar kepada penduduk Madyan seorang rasul dari kalangan keluarga, anak beranak mereka sendiri. Iaitu pendakwah tempatan.
Dakwah pertama Nabi Syu'aib & semua para nabi ialah tauhid kepada Allah, tidak syirik dengan menyembah selain dari-Nya.
Begitulah juga kita para pendakwah sepanjang zaman pun- ajar tauhid kepada Allah dan dalam masa yang sama kena ajar & fahamkan masyarakat juga tentang perkara-perkara yang menyalahi & dapat merosakkan tauhid.
Juga pentingnya menjauhkan diri daripada taghut. Ajak manusia agar menjauhkan diri dari sebarang taghut sebagaimana yang ditafsirkan oleh ulama'-ulama' muktabar.
Terdapat sebuah kitab kecil yang amat bernilai, telah disyarahkan oleh DDAAM- sebuah kitab jawi bertajuk Tuhfatul Raghibin:
(تحفة الراغبين فى بيان حقيقة ايمان الموءمنين و ما يفسده).
Ia sebuah kitab yang membahas tentang hakikat keimanan seorang mukmin dan perkara-perkara yang dapat membatalkannya, termasuk tentang murtad. Ada disebut di dalamnya perkara-perkara yang menyalahi tauhid kepada Allah. Kita tidak padan tauhid saja kepada Allah tetapi dalam masa yang sama tidak memahami perkara yang boleh merosakkannya!
Boleh juga rujuk kitab Mestika Hadis- terbitan pejabat Perdana Menteri kerajaan Malaysia.
Begitulah tugas para nabi & pendakwah selepasnya- seru kepada tauhid kemudian menjadi kewajipan tengok pula kepada penyakit yang ada dalam masyarakat.
Begitulah setiap kaum atau masyarakat itu mempunyai penyakit khas masing-masing – kaum Lut penyakit LGBT, kaum Madyan mengurani sukatan & timbangan. Yakni setiap penyakit itu ada di mana-mana.
Wajib seru kepada tauhid kemudian ubati penyakit semasa dalam masyarakat- jangan dok beribadat seorang diri saja tidak hiraukan keadaan orang lain! Ini kerana apabila Allah turunkan azab ke atas sesuatu negeri kerana kekufuran- ia akan kena keseluruhan negeri itu- bukan orang yang jahat itu saja! Ini yang cukup bahaya!
2. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖𝟒- {𝐃𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐢 𝐬𝐮𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧.}- begitulah selain dakwah asas- para pendakwah kena peka & tahu realiti penyakit yang ada dalam masyarakatnya!
Para pendakwah dan khatib setiap minggu kena sebut dan tangan penyakityg ada dalam masyarakat mukimnya itu! Kena kembali kepada realiti, berpijak di bumi nyata. Takperlu pergi jauh- bincangkan hal nuclear negara asing; bincang dan sentuh dulu isu pil kuda & kecurian dalam kampung sendiri atau apa saja masalah penyakit yang ada! Kampung kita nak sama dengan kampung orang lain- mereka mungkin ada mat rempit kita tak ada sn seumpamanya!
Maka Nabi Syu'aib mulai dengan menegur apa penyakit yang ada di depan matanya di kalangan kaumnya! Mesti tunjukkan bantahan & beri nasihat!
Sebagaimana kisah Nabi Lut sebelum ini yang berkata (ayat 80) jika aku kekuasaan & kekuatan pasti aku akan lawan perbuatan buruk kamu ini!
Yakni para pendakwah kena tunjukkan bantahan atas semua perbuatan buruk yang dia tahu- jangan dok main kluk-klik buat tak tahu & tak nampak!
Maka di sini Allah ajar kepada kita (masaliku at-tadarruj- مسالك التدرج) dalam berdakwah iaitu prinsip beransur-ansur atau bertahap-tahap.
Nabi Syu'aib telah menggunakan pendekatan yang penuh hikmah dalam dakwahnya! Dia menggunakan beberapa langkah atau tahap dalam dakwahnya dengan penuh hikmah:
i- mula-mula tegur 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐢 𝐬𝐮𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧.
ii- kemudian nasihat agar mencukupi 𝐬𝐮𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧, jangan ambil hak manusia, berilah hak mereka.
iii- jangan kamu buat kerosakan apa saja atas muka bumi ini!
Yakni bukan tak buat zalim sahaja tetapi kena buat adil juga!
3. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖𝟒- { 𝐒𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐤𝐮 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐛𝐞𝐫𝐚𝐝𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐦𝐞𝐰𝐚𝐡𝐚𝐧; 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐮𝐡𝐧𝐲𝐚 𝐚𝐤𝐮 𝐛𝐢𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠, 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐭𝐢𝐦𝐩𝐚 𝐚𝐳𝐚𝐛 𝐡𝐚𝐫𝐢 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐥𝐢𝐩𝐮𝐭𝐢 (𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐬𝐚𝐥𝐚𝐡).}- kemudian Nabi Syu'aib mengungkit keadaan mereka- yang hidup senang kaya & mewah, tidak perlu buat penipuan lagi.
Begitulah kita hari ini juga- yang ambil rasuah berjuta-juta adalah mereka yang kaya & berkedudukan tinggi bukan yang miskin merempat! Kemudian terlepas pula daripada hukuman!
Yakni Nabi Syu'aib menasihati mereka dengan mengatakan kamu adalah orang yang baik, yang dapat nikmat & banyak kebaikan; maka janganlah kamu buat maksiat kemungkaran lagi yang menyebabkan kemurkaan Allah!
Ini kerana apabila Allah murka; Allah akan tarik nikmat & anugerah-Nya kepada mereka akibat perbuatan buruk mereka. Iaitu Nabi Syu'aib nasihat mereka agar jaga nikmat yang telah ada dengan mereka itu!
Sebagaimana kata-kata hikmah: الشكر حافظ و جالب
Syukur menjaga nikmat yang sedia ada & menarik nikmat yang baru!
4. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖𝟒- {.. 𝐝𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐛𝐚𝐤𝐤𝐚𝐧 𝐛𝐞𝐧𝐜𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐫𝐨𝐬𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐦𝐮𝐤𝐚 𝐛𝐮𝐦𝐢.}- Nabi Syu'aib juga menasihati kaumnya agar jangan melakukan segala kerosakan secara umum atas muka bumi ini.
Jika tadi nasihat & amaran khas agar jangan 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐢 𝐬𝐮𝐤𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐢𝐦𝐛𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧, ini adalah nasihat secara umum jangan buat segala jenis kejahatan atas muka bumi ini!
Jangan mengkhianati, menzalimi dan menganiaya orang-sebarang jenis kerosakan saja!
Contoh kerosakan: Seperti jual dadah, buat program yang boleh merosakkan akhlak dan iman dan lain-lain.
5. 𝐀𝐲𝐚𝐭 𝟖𝟔- {𝐋𝐢𝐦𝐩𝐚𝐡 𝐤𝐮𝐫𝐧𝐢𝐚 𝐀𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐛𝐚𝐢𝐤 𝐛𝐚𝐠𝐢 𝐤𝐚𝐦𝐮 (𝐝𝐚𝐫𝐢𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥 𝐬𝐞𝐜𝐚𝐫𝐚 𝐡𝐚𝐫𝐚𝐦 𝐢𝐭𝐮), 𝐣𝐢𝐤𝐚 𝐛𝐞𝐭𝐮𝐥 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠-𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧. 𝐃𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐮 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧𝐥𝐚𝐡 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐠𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐚𝐰𝐚𝐬 𝐩𝐞𝐫𝐛𝐮𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐤𝐚𝐦𝐮".}- apa yang Tuhan beri kepada kamu dari segi yang halal itulah yang terbaik!
Satu kalimah yang pendek tetapi panjang maknanya!
Iaitu- jika kamu tunaikan janji, kamu tidak kurangkan timbangan, kamu tidak buat keroskaan atas muka bumi ini; maka kamu akan hidup tenang di dunia & aman di Akhirat.
Jangan buat benda buruk & buatlah kebaikan jika kamu betul-betul beriman!
Nabi Syu'aib juga berkata kepada kaumnya bahawa dia tidak mampu untuk menjaga & mengawasi perbuatan mereka pada setiap waktu- maka kamu jagalah diri kamu dengan iman & ibadat kamu insya' Allah kamu akan selamat!
Maka jika kamu betul-betul beriman- maka rezeki yang halal yang Allah berikan kepada kamu itu yang terbaik!
Sebagai pendakwah tumpukan pendidikan kepada masyarakat, supaya beriman kepada Allah, murnikan aqidah mereka daripada segala yang karut, jauhi syirik- jaga iman & jaga ibadat dan jaga akhlak.
Alhamdulillah tamatlah dulu kuliah tafsir kita untuk hari ini semoga mendapat faedah & berkatnya.
𝒲𝒶𝓁𝓁𝒶𝒽𝓊 𝒶’𝓁𝒶𝓂.🎀
#𝙐𝘼𝙈✎𝗖𝗮𝘁𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗹𝗶𝗮𝗵 𝗦𝘂𝗯𝘂𝗵 𝙄𝙨𝙣𝙞𝙣 15/12/2025 / 24 𝙅. 𝙏𝙝𝙖𝙣𝙞 1447𝙃 🌷
No comments:
Post a Comment