Gemini dan ChatGPT ni tak ada agama. Tak ada kaum. Tak ada jantina. Ia adalah Artificial Intelligence (AI). Telus dan tak berpihak.
Aku bertanya pada Gemini apa maksud 3 plak yang diterima oleh Atomy Co Ltd. Ini kesimpulan oleh Gemini :
Secara objektif, berdasarkan bukti dokumen ini:
·Ya, Atomy secara rasmi diiktiraf sebagai penyokong kuat aktiviti penyebaran agama Kristian.
·Aktiviti mereka tidak terhad kepada kebajikan semata-mata, tetapi juga merangkumi pendidikan agama dan misi penginjilan.
·Syarikat ini memposisikan diri mereka sebagai model perniagaan yang berasaskan prinsip agama tersebut.
JAKIM dan mufti mengharamkan umat Islam melibatkan diri dengan Atomy Co Ltd bukan kerana produk dia ada Halal atau tidak. Bukan juga kerana mereka ada sijil patuh syariah bab management.
TAPI KERANA syarikat ini mempunyai misi menyebarkan agama lain. Tak kira mereka sebarkan di mana atau sebar agama apa, asalkan misi syarikat nak sebarkan agama selain Islam, haramlah hukumnya bagi umat Islam terlibat.
Faham ke buat-buat tak faham lagi ni?
3 plak ni yang aku temui masa kaji pasal Atomy Co Ltd pada tahun 2020. Tahun ni agaknya berapa banyak lagi plak dan penghargaan mereka terima kerana penglibatan aktif dalam menyebarkan dakyah Kristian ke seluruh negara.
Ittaqullah...
Jelas tanpa takwil lagi dah ni. Tepatlah tindakan mufti mengharamkan penglibatan Muslim dengan Atomy Co Ltd ini.
Yang dah terjebak, harap bertaubat. Yang belum terjebak, jauhilah Atomy Co Ltd. Banyak lagi sumber pendapatan halal yang suci tanpa syubhah ada atas dunia ini.
Begitulah.
Salam Jumaat.
#MFS
.
No comments:
Post a Comment