Thursday, 26 November 2020

Radd buku Aiman banna

NEW WORLD ORDER VERSI REALITI

Oleh: Muhd Arifin

Saya nak mengulas mengenai ‘New World Order’ dalam buku Aiman Banna iaitu Dajaluminati.

Aiman Banna dalam bukunya sedang menormalisasikan ‘New World Order’ dengan mengatakan NWO ini satu idea yang bernas yang diambil dari Woodrow Wilson.

Dia juga mengatakan kepercayaan NWO ini dimulakan oleh Pat Robertson dalam bukunya pada tahun 1991 yg bertajuk “New World Order”.

Apa yang dinyatakan dalam buku seperti di atas adalah tidak tepat sama sekali.

Sebenarnya Konsep New World Order ini telah dicetuskan sejak zaman ‘Nimrod’ Babylon lagi. 

Tetapi kronologi tentang New World Order pada era moden bermula pada tahun 1773.

Bermula dengan Mayer Amschel Rothschild mengumpulkan 12 daripada teman-temannya yang paling berpengaruh dan meyakinkan mereka bahawa jika mereka semua mengumpulkan harta mereka bersama-sama, mereka dapat menguasai dunia. 

Pertemuan ini berlangsung di Frankfurt, Jerman. 

Rothschild juga memberitahu kawan-kawannya bahawa dia telah menemui calon yang sempurna, seorang individu yang luar biasa kecerdasan dan kecerdikan, untuk memimpin organisasi yang telah dirancang iaitu Adam Weishaupt.

Adam Weishaupt (nama kodnya Spartacus) membentuk sebuah kumpulan rahsia yang disebut ‘Order of the Illuminati’.

The Order of the Illuminati telah bergabung tenaga dengan Freemasonry di Kongres Wilhelmsbad.

Bermula dari sini, Illuminati berusaha untuk menubuhkan sebuah Tata Dunia Baru / New World Order.

Kenyataan tentang New World Order ini telah dibuat secara rasmi oleh Presiden Russia waktu itu iaitu Mikhail Gorbachev dalam ucapannya di perhimpunan agung PBB pada 7 Disember 1988. 

Dia menekankan untuk menguatkan peranan pusat PBB dan penglibatan aktif dari semua pihak.

Itu antara konsep awal NWO yang diperkenalkan olehnya. 

Tetapi pada 11 September 1990, George H.W. Bush (ayah kepada presiden Amerika Syarikat sekarang iaitu George W. Bush) , telah mula membicarakan NWO ini dengan ucapannya yang bertajuk "Toward a New World Order" yang bermaksud "Ke arah Tata Dunia Baru".

Ramai yang tidak sedar, kerajaan Amerika sekarang sedang membawa konsep pemerintahan itu , dengan mereka mewar-warkan NWO (New World Order) yang merupakan sebuah "Teori Konspirasi" (Conspiracy theory)

Dulu terma "teori konspirasi" dicipta oleh CIA. Sekarang agen-agen Wasabi pula cipta terma baru iaitu “agama teori konspirasi”

CIA akan mencipta teori2 mengarut yang dicampuradukkan dgn fakta atas nama "teori konspirasi", supaya golongan yg membongkar kebenaran dianggap sebagai "pentaksub, paranoid" dan sebagainya.

Hasilnya pada hari ini, perkara yang dah jadi REALITI pun masih dianggap "teori" oleh sheeple (gelaran dari Barat).

Bertitik-tolak dari ini lah kerajaan Amerika Syarikat mempunyai agenda lebih-lebih lagi disogok oleh gerakan Freemason, orang-orang yahudi dan sekutu-sekutunya untuk menguasai dunia.

Sejarah dan kronologi New World Order ini sangat panjang dan saya tidak akan bercerita panjang mengenainya.

Apa yang nak ditekankan, New World Order bukanlah seperti yang terdapat dalam buku Aiman Banna tersebut.

Imam Mahdi juga akan memerintah guna berkonsepkan ‘pemerintahan seluruh dunia’ tetapi konsep Imam Mahdi adalah khilafah berbeza dgn NWO penyembah syaitan.

Khilafah Imam Mahdi memimpin semua manusia tak kira agama dan bangsa ke 1 jalan mencari keredhaan Allah.

Manakala NWO penyembah syaitan pula memimpin seluruh manusia dgn 1 sistem mengkultuskan dajjal & iblis.

Dah pastilah usaha ini tak akan berhasil dgn jumlah manusia seramai 7 billion.

Jadi untuk memastikan sistem ini berjaya, jumlah manusia seramai 7 billion perlu dikurangkan kpd 500 juta yg terpilih saja.

Artikel mengenai Nimrod Babylon boleh dibaca di sini : 

https://www.facebook.com/100001202373090/posts/3883213321728709/?d=n

Sumber:
https://www.facebook.com/100001202373090/posts/3900420390008002/

No comments:

Post a Comment

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...