Sunday, 15 November 2020

Brelwi dan capal


BRELWI DAN CAPAL 

Siapakah golongan Brelwi ? 

Mereka adalah golongan yang percaya bahawa nabi Muhammad SAW adalah cahaya wajah Allah SWT malah hakikatnya nabi Muhammad SAW itu adalah Allah SWT. 

Bagi mereka, cinta sejati itu adalah dengan mempertuhankan Baginda nabi SAW. 

Brelwi juga sangat terkenal dengan ritual-ritual yang menyalahi Ahlu Sunnah wal Jama’ah. Menyembah kubur para wali, meminta pertolongan dari kubur para wali. 

——————————————

1- Mungkin kalian beranggapan ianya tidaklah berbahaya kerana masyarakat Malaysia tidak berfahaman begitu, namun hakikatnya fahaman begini sememangnya tidak akan masuk secara menyeluruh. Mereka datang secara berperingkat. Dan lama-kelamaan masyarakat akan berubah kepada pemujaan kubur. 

2- Ini bukan soal memaksa orang lain mengikut pandangan kita. Ini soal akidah umat Islam. Tiada perbezaan pendapat dalam hal yang boleh merosakkan akidah umat Islam. 

3- Ketahuilah, hanya dengan belajar hadith sahaja dapat mengingatkan kita pada Rasulullah SAW, bukan dengan merenung capal.

4- Hadith-hadith sahih pun masih banyak lagi yang belum diamal dan dihafal, tiba-tiba “ claim “ dengan capal dapat mengingati Rasulullah SAW. Hakikatnya makin menjauhkan kita dari hadith Rasulullah SAW. 

5- Kalaulah capal itu begitu penting, maka tidak perlu Abu Hurairah r.a meriwayatkan ribuan hadith, tidak perlulah Abdullah ibn Mas’ud r.a menghafal ribuan hadith. Cukuplah dengan membawa capal kesana-kemari. 

6- Kalaulah capal itu tanda mengingati nabi SAW, maka tidak perlulah para imam 4 mazhab bertungkus-lumus mengumpul dan mengarang kitab-kitab hadith. 

Wallahua’lam. Kepada Allah SWT kita berserah.

No comments:

Post a Comment

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...