Saturday, 21 November 2020

Mohib khouli sujud atas kain

ada seorang hamba Allah mendakwa kononnya jika sujud atas kain ketika solat maka solat itu akan terbatal !

Pelik dakwaan ini ! maka saya ingin bawa beberapa hadis sahih imam bukhari yang menunjukan sunnah Rasulullah dan bahawa tiada sebarang larangan jika kita sujud atas kain telekong atau kain putih yang kita pakai janji tempat sujud kita itu bersih seperti mana sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم dalam hadis sahih riwayat imam bukhari dan muslim:

وجعلت لي الأرض مسجدا وطهورا

dan setiap tempat di atas muka bumi ini telah dijadikan masjid (tempat sujud) dan tempat yang bersih. 

Sahabat Rasulullah ketika solat akan ambik tepi baju yang mereka pakai untuk buat alas tempat sujud kerana cuaca yang panas: 

عن أنس بن مالك قال: كُنا نُصلّي مع النبيّ صلى الله عليه وسلم فيضعُ أحدُنا طرفَ الثّوب من شدة الحرّ في مكان السجود. 

Daripada Anas ibnu malik berkata: (kami menunaikan solat bersama Rasulullah lalu salah sorg di kalangan kami akan meletak tepi bajunya sebagai alas di tempat sujud kerana cuaca sangat panas).

(hadis riwayat Bukhari) 

Hadis Anas ini menunjukan bahawa sahabat sujud atas tepi baju yang mereka pakai, dan Rasulullah membenarkan mereka, dan solat mereka tidak batal.

قال الحسن البصري: كان القوم يسجدون على العمَامَةِ والقلنسوةِ ويداه في كُمِّهِ. 

Kata Al Hasan Al Basri: Sahabat Rasulullah sujud atas serban dan songkok dan tangan mereka dalam lengang baju. 

Rasulullah sujud atas tikar yg dibuat dari pelepah pokok kurma:

عن ميمونة قالت: كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يُصلي وأنا حِذاءَهُ وأنا حائضٌ، ورُبّما أصابني ثوبُهُ إذا سجد، قالت: وكان يُصلي على الخُمرة. (رواه البخاري)

Kata Maimunah binti Al Harith (isteri baginda): Rasulullah solat ketika akan berada beresebelahan beliau ketika aku dalam keadaan haid, dan mungkin kadang kala baju baginda sentuh aku ketika baginda sujud, kata Maimunah: dan baginda solat atas Al-Khumrah.

(al-Khumrah: tikar atau sejadah yang kecil yang dibuat dari pelepah  pokok kurma).

Moga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Kisah uwais

𝗞𝗜𝗦𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗛𝗜𝗛 | 𝗨𝗪𝗔𝗜𝗦 𝗔𝗟 - 𝗤𝗔𝗥𝗡𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗚𝗘𝗡𝗗𝗢𝗡𝗚 𝗜𝗕𝗨𝗡𝗬𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗡𝗔𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗝𝗜 Kisah meng...