Friday, 13 November 2020

Kerikil puisi cikgu Ramlan

Dalam perjalanan pulang melalui lorong yg baru ditambak kerikil, khayalan saya merangka-rangka yg berikut:

yg  besar berketulan, kekal berketulan
di tepi cermin retak seribu
tetapi dosa semarak membiak
dalam saku persembunyian
tangan-tangan yg melontarkan

yg kecil-kecil dipanggil kerikil
menggelongsor di bawah pijak
raksasa pun mudah tercampak
bersama-sama alpa dan riak
yg mendongak-dongak
ke puncak

diperikan oleh bahasa:
batu adalah penghasut sebelum api
adalah penyegar selepas air
adalah cinta sebelum permata...

Tetapi yg pasti, perjalanan saya semakin tidak lancar kerana tongkat saya tidak stabil, mudah terbenam-benam....

No comments:

Post a Comment

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...