Thursday, 26 November 2020

Nimrod dan Gilgamesh

KAITAN NIMROD DGN GILGAMESH

Dajjal adalah manusia syaitan pertama yang muncul di setiap zaman dan tamadun.

Artikel mengenai Manusia Syaitan Kedua iaitu Sabdo Palon boleh baca di sini https://bit.ly/390Gezp

Tugas Dajjal adalah merosakkan setiap agama dan menyesatkan manusia atas arahan Azazel @ Iblis . 

Salah satu watak Dajjal itu adalah ‘Nimrod’.

‘Nimrod’ ingin menguasai dunia di bawah satu pemerintahannya yang kini disebut sebagai New World Order.

‘Nimrod’ secara umum merupakan gelaran bagi penguasa dalam Empayar Babylon.

Kata nama ‘Nimrod’ berasal dari kata Ni-Marad atau penguasa Kota Marad.

Terdapat tiga org raja yg bergelar ‘Nimrod’ iaitu 

Pertama ialah Enmerkar.

Enmerkar merupakan raja pertama 100 tahun selepas banjir besar.

Enmerkar juga digelar ‘Tuhan Matahari Sumeria’.

Baginda mempunyai anak bernama Lugalbanda yg merupakan King of Uruk kedua selepas Ayahandanya.

Kedua ialah Raja Nimrod bin Kush, pembina Tower of Babel.

Dari Raja Nimrod ini lahir Rothchild salah 1 keluarga pengasas kepada Illuminati dan seterusnya Freemason hari ini.

Dan juga permulaan konsep pagan Trinity : Semiramis, Nimrud, dan Tammuz dalam Christian, Hindu, Buddha dan lain-lain.

Ketiga ialah Raja Akkadia, Raja Naram-Sin.

Raja Naram-Sim digelar dgn nama ‘Nimrod’ kerana baginda membangunkan kembali Kota Marad setelah berjaya menguasai Mesopotamia semula.

Raja Naram-Sin ini adalah Nimrod pada zaman Nabi Ibrahim a.s.

Illuminati bermaksud ‘cahaya’ manakala Illuminist merujuk kepada ‘orang yg diberi cahaya pencerahan’.

‘Cahaya pencerahan’ ini merujuk kepada Matahari. Dan Matahari (Cahaya pencerahan) ini adalah Lucifer @ Iblis.

Dalam sejarah, tamadun2 purba sembah ‘Tuhan Matahari’ yakni Iblis dan ajaran ini dibawa oleh Dajjal.

Kalau dilihat simbol pada logo Freemason, Simbol G adalah merujuk kepada Gilgamesh.

Gilgamesh ini adalah King of Uruk dalam tamadun Sumeria (Mesopotamia)

Gilgamesh adalah mitologi popular disebut dalam manuskrip puisi Epic of Gilgamesh yg berasal dari tamadun Mesopotamia Kuno.

Kalau diteliti garis masa dalam Epic of Gilgamesh, Gilgamesh hidup sezaman dengan Enmerkar.

Walaupun Gilgamesh dikatakan anak kepada Lugalbanda, tetapi pakar sejarah juga mengesyaki bahawa Gilgamesh adalah Enmerkar yg juga King of Uruk.

Logo WHO menunjukkan Snake of Immortality menuju Pillars of Hercules yg dikatakan terletak di Lingkaran Selatan dimana terdapatnya Fountain of Youth sebagaimana yang diceritakan oleh hikayat2 kuno & kitab2 sanskrit.

Ini bertepatan seperti dalam Dead Sea Scrolls (Naskah Laut Mati) yg mengatakan bahawa Gilgamesh pernah mencari Rahsia Immortality.

Tercatat juga dalam Naskah Laut Mati akan pengakhiran kematian Gilgamesh tetapi diragukan atas sebab :

Pertama ialah penterjemah bergaduh sesama mereka.

Kedua, mereka seperti menyembunyikan sesuatu apabila menyatakan bahawa Gilgamesh mati selepas terbangun dari tidur sebab terkejut mimpikan alam kematian. Tak logik sungguh cara dia mati.

Jadi, adakah Gilgamesh berjaya peroleh Immortality dan masih hidup lagi?

Gerhana Matahari 21 Jun 2020 genaplah kitaran 5126 tahun Kalendar Maya yang dikira dari berdirinya Empayar Babylon.

Empayar Babylon yang berdiri selama 2563 tahun sebelum ditakluk dengan mudah oleh Raja Parsi, Cyrus The Great.

Kemudian Empayar itu lenyap selama 2563 tahun juga iaitu sehingga tahun ini 2020.

Jadi sudah sampai masanya untuk Empayar itu didirikan kembali oleh ‘Nimrod’ sebagaimana di zaman dahulu.

Illuminati/Freemason mahu menaikkan Empayar ‘Nimrod’ tetapi yg akan ditabalkan nanti adalah Dajjal.

Secara logik, untuk apa Dajjal mahu mengetuai Empayar ‘Nimrod’ melainkan mereka adalah orang yang sama.

No comments:

Post a Comment

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...