Wednesday, 17 July 2019

wujud Jin

AL-MALHAMAH AL-KUBRO

Musnahnya peradaban kaum² terdahulu

Al-Quran membawa perkhabaran tentang wujudnya kaum² terdahulu seperti kaum Nuh a.s, kaum Rass, kaum Hud a.s, kaum Madyan dan beberapa kaum lain yang tidak disebutkan namanya telah dibinasakan oleh Allah swt kerana penderhakaan mereka. Bahkan lebih jauh dari itu iaitu sebelum penciptaan manusia, Allah telah terlebih dahulu menciptakan bangsa jin yang menetap di bumi. Sebahagian mereka telah musnah dalam peperangan. Sebahagian lagi survive hingga ke hari ini namun banyak dari kalangan bangsa jin yang telah kufur kepada Allah.

KEWUJUDAN BANGSA JIN

Hakikatnya bangsa jin telah lebih awal mendiami bumi. Kekhalifahan bangsa jin di bumi telah dilucutkan lalu digantikan dengan Adam (Bapa kepada bangsa manusia) bagi merintis kekhalifahan baru di bumi. Kenapa Adam a.s diciptakan sebagai khalifah menggantikan bangsa jin? Bahkan ianya telah menyebabkan permusuhan di antara Iblis (bangsa jin) dengan Adam (bangsa manusia).

Bangsa jin telah wujud berjuta tahun sebelum diciptakan manusia. Mereka diperintahkan untuk beribadah kepada Allah serta memakmurkan bumi sebagai khalifah di muka bumi. Di bumi mereka berkembang biak, bermasyarakat dan bernegara. Mereka membina tamadun sehingga mereka mencapai puncak teknologi yang tertinggi. Jin dan manusia diciptakan dengan tujuan yang sama iaitu beribadah kepada Allah. Konsep kehidupan keduanya serupa, berkeluarga, makan, minum, bekerja, berhibur, berekonomi, berpolitik dan sebagainya. Jin juga mempunyai nafsu, akal, hati, perasaan dan ruh. Sama seperti manusia. Yang membezakan antara jin dan manusia adalah bentuk kejadian jirim, jisim dan cara penzahiran keduanya ketika hidup di dunia.

Awalnya bangsa jin diturunkan ke bumi di sebelah timur. Di sini mereka memulakan kehidupan dan bertamadun. Bangsa jin terbahagi kepada tiga kaum yang kemudiannya berkembang biak. Dua kaum terbesar ialah Lumeria dan Atlantis. Kedua² kaum ini saling bersaing sebagaimana persaingan politik kuasa besar manusia di dunia ketika ini. Kemajuan peradaban telah memesongkan mereka jauh dari Allah. Bangsa jin akhirnya menyembah Thogut iaitu ketua-ketua mereka yang dipuja dan, disembah. Mereka bertuhankan kuasa, kemegahan dan kekuatan puak². Kemajuan intelektual kedua² kaum Lumeria dan Atlantis telah membolehkan mereka mengolah atom dan mencipta senjata nuklear. Antara bukti² wujudnya peradaban mereka ialah penemuan-penemuan monumen dan artifak kesan dari tinggalan tamadun mereka seperti Tembok Jayapura di laut Papua yang bersambung dengan Laut  Bismarck, Candi Borobodur, Piramid dan lain-lain monumen yang mustahil dibina menggunakan tenaga manusia.

LOKASI TAMADUN AWAL JIN

Sebelum berlakunya Operasi Pengusiran (diperangi oleh Azazil dan tentera langit), bangsa jin yang juga digelar sbg Al-Hin ini mendiami kawasan timur dunia iaitu di Indonesia sebagai wilayah penempatan. Operasi Pengusiran tersebut telah menyebabkan bangsa Jin lari ke Afrika dan menjadikan Afrika sebagai lokasi baru penempatan mereka. Banyak peninggalan tamadun mereka yang terkubur di dalam laut dan di perut bumi Indonesia antaranya adalah kota-kota  yang dilengkapi dengan patung-patung pemerintah (Thogut) yang mereka pertuhankan. Adam a.s dan Hawa a.s diturunkan ke timur dunia, ribuan tahun selepas operasi pengusiran bangsa Al-Hin dilakukan. Tempoh yang lama tersebut juga bertujuan untuk menghilangkan kesan-kesan kerosakan akibat perang nuklear yang berlaku di era Lumeria dan Atlantis. Setelah manusia mencapai peradaban moden, sekitar abad ke-18, Freemason telah kembali memberi tanda² lokasi atau nama² yang pernah menjadi lokasi penempatan awal bangsa Jin. Salah satu contoh ialah Kepulauan Bismarck yang diambil dari nama seorang Canselor German (Freemason) yang masyhur di abad ke-19. Bismarck itu membawa maksud 'Beast Mark' atau 'Tanda Kejahatan', digunakan sebagai pelabelan wilayah penting dari sudut sejarah kewujudan bangsa jin dan sebagai penanda agenda Iblis dan pengikutnya di akhirzaman.

Adam dan Hawa di timur dunia

Setelah Bani Adam membiak sehinggalah sampai ke era kaum Nuh a.s, umat manusia telah berjaya dihasut dan dipalingkan oleh bangsa jin yang berstatus syaitan daripada menyembah Allah kepada menyembah patung² alim ulama' mereka. Ianya adalah menuruti apa yang telah dipraktikkan dahulunya oleh bangsa jin yang kufur. Dari sinilah bermulanya penyembahan orang-orang musyrik kepada patung dewa-dewi yang dianggap sebagai tuhan. Agama menyembah berhala tersebut kemudiannya tersebar dari Kepulauan Melayu sehingga ke India. Dari situlah cakupan wilayah tersebut mendapatkan namanya iaitu Benua Al-Hind (Al-Hin),  kerana bangsa jin dan kerana agama menyembah berhala yang dianuti sehinggalah berlakunya banjir besar di era Nuh a.s yang membinasakan keturunan manusia dan seluruh peradaban yang bermula dari Adam a.s. Dan disebabkan itu juga Nabi Nuh a.s mendapat gelaran 'Bapa kedua manusia di bumi'.

Agama Hindu  dikatakan sebagai agama tertua mengikut rekod sejarah. Namun tiada rekod yang mengesahkan siapa pengasas agama tersebut dan bagaimana ia wujud tidak dapat dipastikan sehingga kini. Mengatakan agama Hindu sebagai agama tertua  adalah berlawanan dengan pemahaman orang Islam yang mengetahui bahawa agama yang dianuti oleh Adam a.s ialah agama Islam, demikian juga agama sebelumnya yang dianuti oleh bangsa Jin juga adalah agama Islam. Ini boleh disahkan dengan meneliti kandungan surah Al-Jin di dalam Al-Quran. Sesungguhnya tiada perubahan pada perintah taklif iaitu pada hal menyembah Allah sebagai Robb atau Tuhan yang Maha Esa. Syariat boleh berubah tetapi akidah tauhid tetap kekal sebagaimana tujuan diciptakan jin dan manusia. Kerana itulah apabila Islam kembali tersebar di era Rasulullah SAW, Kepulauan Melayu menerima agama Islam dengan mudah dan hati yang redha, kerana Islam itu adalah agama asal yang telah ditaklifkan bersama turunnya Nabi Adam a.s dan isterinya di wilayah timur dunia ini.

#bencanadatang

No comments:

Post a Comment

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...