Tuesday, 16 July 2019

Namrud semiramis tammuz

" Dari Namrud, Semiramis, Tammuz kepada Allah, Mariam dan  Jesus".

"Anak yang lahir itu diberikan nama Tammuz, dan dia diangkat sebagai anak Tuhan kerana Semiramis merahsiakan zinanya dengan Iblis. Semiramis mencipta satu kepercayaan bahawa Tammuz itu lahir tanpa bapa, dan kerana kelahiran Tammuz dianggap satu keajaiban, dia diangkat oleh rakyatnya sebagai Tuhan. 

  Tammuz lahir pada tanggal 25 Disember. Oleh kerana Namrud dan Semiramis bertuhankan Matahari, maka Tammuz di gelar anak Tuhan Matahari. Setelah itu, Semiramis pula diangkat sebagai Ibu Tuhan dan juga Dewi Bulan.
 
  Dengan ini anda akan faham, kenapa tarikh 25 Disember ini dipilih sebagai hari lahir Tuhan Kristian, Horus Dewa Mesir juga lahir pada tarikh yang sama.Tammuz dan Horus keduanya sama iaitu diangkat sebagai anak Tuhan Matahari, kecuali Jesus, Tuhan Kristian yang dianggap anak Allah SWT. Tetapi Jesus tetap juga ada kaitan dengan matahari, yang mana Kristian telah memilih hari "Sunday" atau "Hari Matahari". Ini tidak lain adalah untuk meneruskan ritual penyembahan Tammuz sebagai Tuhan yang berbapakan "Tuhan Matahari". 

   Didalam Mesir purba , ribuan tahun setelah zaman Semiramis, nama Semiramis telah digantikan dengan Isis. Masyarakat mesir purba percaya bahawa Horus adalah kebangkitan semula Dewa Osiris, dan juga seperti Tammuz, Horus juga dilahirkan tanpa bapa. Apabila Dewa Osiris mati dan badannya telah terpisah banyak,Dewi Isis telah menyatukan kembali tubuh suaminya, setelah melalui tunjuk ajar Dewa Thoth. Setelah berjaya menyatukan tubuh Dewa Osiris, dia kemudiannya menyetubuhinya, kemudian melahirkan Horus. Demikian fitnah dan kebohongan itu kembali diulang, di dalam versi lain tetapi cerita yang sama. Disini kita  fahamilah, Dewa Thoth itu adalah merujuk kepada Harut dan Marut.

   Di dalam kepercayaan Kristian, kepercayaan ini bertukar sekali lagi. Kini Jesus dianggap sebagai jelmaan Allah dalam bentuk manusia. Tammuz bertukar menjadi Jesus, dan Semiramis sebagai Marry, Tuhan Matahari atau Namrud sebagai Allah.

  Kerana itu, ajaran Kristian itu sendiri tidak boleh dipisahkan daripada Agama Babylon Kuno dan juga Agama Mesir Kuno. Para Kultus sihir juga menggunakan simbol salib Tammuz (lambang salib kepala bulat)(didalam Kristian ianya diubah menjadi salib biasa) dan Horus (mata satu) dalam ritual mereka.

     Berasal dari mesir kuno, Tuhan bermata satu, yakni Horus, sehingga sekarang masih sembah oleh para ahli kultus yang itulah dia yang kita kenal sekarang sebagai Freemason dan Illuminati.

        Berkenaan Freemason dan Namrud, akan saya khabarkan lagi di lain halaman" ..(Bersambung)

No comments:

Post a Comment

Pcr, pesannya

 Pesannya... kau adalah lebih daripada sekadar kau adalah hati-hati yang kau sentuh adalah udara yang kau sedut kopi yang kau seduh dunia ya...